UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

Tuesday, December 23, 2008

Ronda-Ronda Melaka

Taraa...aku dah gian nak masuk blog setelah hampir seminggu tinggalkan dunia blog dan dunia anita aruszi (dalam bilik kecik yang lengkap dengan rak buku, dua biji laptop, meja tulis). Itu pun aku rancang nak pasang engsel yang lagi 'outstanding' dalam bilik aku ni untuk menghalang anasir-anasir yang tak diingini menceroboh seperti lipas, beberapa koloni semut yang sedang merancang nak buka empayar dalam bilik aku ni (sebab aku lupa nak keluarkan gelas-gelas minuman yang aku dah guna dekat seminggu..wakakaka) serta sebuah objek misteri yang menyerupai adik aku Wawa yang asyik sama sibuk nak buka friendster dan pelbagai benda yang takde kena mengena dengan subjek dia.

Aku sebenarnya baru turun flight pagi tadi dari Kuala Lumpur. Asalnya aku dan kawan-kawan nak gi ronda melaka, johor n then terus ke Kuantan jalan-jalan cari fasal. The first priority kamu ialah untuk cari kawan aku Ayu dan Asyrani kat sana. Tapi last minute plan cancel sebab ayu dah men'yilentkan dirinya sendiri dari dunia kami. Terpaksa la kami patah balik ke Kuala Lumpur. Tapi sempat juga singgah di Umbai makan seafood. Best giler! Giler pun tak best macam tu. Hahaha. Tapi poket aku pun giler jugak sebab makan makanan-makanan gila tu. Kami lepak kat situ sampai pukul 11 malam sehingga naik gila. Banyak juga la tempat kami ronda-ronda kat situ sampai puas.

Tapi so far aku memang suka bandar Melaka ni. Kalau ada kesempatan memang aku nak singgah lama sikit untuk habiskan cuti sekolah yang hanya tingga tak sampai dua minggu pun. Kesian juga bila fikirkan Quratu'ain (penulis novel Ku Intai Cinta Di Dalam Rahsia) terpaksa balik ke Kuala Lumpur sendirian dengan big boss KN, Rizal dan side kick dia Taha. Anyway untuk big boss dan sidekick..terima kasih atas kesudian mencemar duli mengajak kami turun padang membuat promosi buku-buku Kaki Novel di Kedai Buku Thaikuang, Mahkota Parade Melaka pada 20 dan 21 Disember baru-baru ini. Best jugak dapat jumpa Suhaila (Quratul'Ain) dan Kak Lia (Lia Azira, penulis Fajar Pakeer) yang ramah tamah. Tapi ampun big boss, sebab kami ni tak berapa reti buat promo untuk diri sendiri. Tak biasa sebenarnya! Untuk Su dan Kak Lia...hope so kita jumpa lagi akan datang ya.
P/S : gambar tu hiasan semata-mata kerana pada waktu ini dan ketika ini aku sedang berperang berhabis-habisan dengan beberapa koloni semut dalam bilik aku. Dah tak terlawan dah ni...habis senjata aku dah pakai. Maklumlah aku sorang nak lawan banyak koloni semut...mahu lapan bulan baru habis nih! Hahahaha...

Saturday, December 13, 2008

Me n My Day

Aduh bosannya pagi-pagi macam ni, tak tahu nak buat apa. Semalam aku tidur awal, jaga tepat pukul 6.30 pagi ini dan lepas tu aku dah tak boleh tidur lagi dah. Masuk dapur siapkan sarapan. Menu Nasi Goreng + bilis + bahan-bahan yong tau fu + carrot. Semuanya aku hentam masukkan dalam menu suka-suka hati aku. Memang kalau aku bosan, aku akan masuk dapur dan create apa sahaja masakan yang terlintas kat kepala. Tapi kalau aku rajin, maka akulah orang yang paling malas masuk dapur.

Semalam pun aku masakkan lunch untuk family. Sampaikan my father says.."Kan bagus kalau abah dapat makan macam ni hari-hari.." heheheh ayat skema ayah aku menandakan dia puji masakan aku. Aku akui sejak adik aku ada kt rumah, aku jarang-jarang masuk dapur. Walhal sejak bertahun-tahun yg lalu akulah tukang masak kat rumah. Mungkin sebab dah ada ramai, so aku buat tak kisah aje fsl masak-memasak ni, apatah lagi aku ni bukan jenis yang cerewet fsl makan. Semuanya aku telan tolak batu ngan kayu je. Itupun kalau batu tu lembut, agaknya dengan benda tu sekali aku makan.


Lepas tu family aku kata ada orang nak datang rumah. Katanya salah seorang kenalan abah aku. Kitaorang ingatkan dia datang nak bagi supplement yang mak aku memang order tiap-tiap bulan. Rupa-rupanya dia datang bawa hajat lain. Dia rupa-rupanya nak pujuk ayah aku jadi ahli jualan langsung yang jual barang-barang kesihatan. Dia bawa la sorang pakcik ni yang beria-ria pujuk abah aku yang just buat muka toya aje. Kalau dengar dari gaya hebat pakcik ni kempen, kitaorang tak sangka langsung yang dia ni imam masjid. Heheheh...kalah orang berdebat pilihanraya.


Tapi sian gak kat pakcik tu sebab membazir air liur kempen kat keluarga kitaorang yang memang dua ratus peratus tak berminat langsung dengan produk-produk jualan langsung. Lagi-lagi dia mana ada masa nak jual benda-benda tu semua. Abah aku kata daripada dia melabur kat benda ni, baik dia simpan duit dia kat bank. Entah kenapa fikiran abah aku tu ngan anak-anak dia memang sama. Aku pun fikir macam tu. Tapi sejak dia bersara dari kerajaan, memang ramai sangat suka ambil kesempatan. Mentang-mentang diaorang tahu duit EPF dia ada, semua nak menyemak kat dia. Yang datang nak meminjam duit pun ada!


Kejadian ni mengingatkan aku kat seorang teman lama yang buat aku hampa betul. Masa tu aku tinggal kat Kerinci tengah habiskan final year aku kt UM. Salah seorang teman sekelas aku call petang tu ajak keluar minum-minum. Bukan main beria dia pujuk. Aku dahlah tengah penat study sanggup aje kata ya, semata-mata sebab kawan. Janji pukul 8.30 tapi pukul 11 lebih dia tak datang lagi. Aku buat donno aje tapi hati dah terasa malas giler..Bila jarum jam dah pukul 11.30 tghmalam, aku call kata tak jadi nak keluar. Tapi member aku tu pujuk gak...setiap kali dia kata dia dah on d way tapi tak sampai-sampai jugak. Aku yang baik hati aka wanita melayu terakhir ni pun menanti la dengan penuh kesabaran. Dekat pukul 12.30 dia pun call kata dia ada kat bawah. Aku yang dah separuh layu campur angin sepoi-sepoi bahasa pun turun la kt bawah nak jumpa dia.


Rupa-rupanya dia bawak kawan. Kitaorang pi minum kat Kolej 12. Tapi rupa-rupanya hajat dia lagi besar dari nak belanja aku minum macam yang dia kata. Tiba-tiba sahaja aku yang layu+malas+boring kena mendengar syarahan panjang lebar fsl jualan langsung. Tepat pukul 1.00 tengah malam pulak tu. Punyalah mendidih hati aku ni time tu, tapi sebab aku mmg baik hati so aku leh la kontrol sikit-sikit bengang aku tu. Rasanya time tu dari dengar bla-bla perempuan yang berkempen sikit punya panjang tu, aku lebih rela dengar pontianak mengilai di atas pokok. Bila balik rumah sewa aku kira-kira pukul 3 pagi, aku rasa macam nak hantuk kepala aku kat dinding bilik. Tapi nanti terkejut pulak kawan-kawan aku yang tengah tidur.


Moral of the story :

Sejak hari itu aku mula sedar betapa pentingnya duit pada sesetengah orang sehingga sanggup susahkan kawan sendiri. Bagi aku sendiri duit tu memang penting, tapi ia tak sepenting keluarga dan kawan-kawan dalam hati aku. Sebab itu aku tak pernah berkira fasal duit dengan kawan-kawan. Tapi aku cukup kecewa kalau ada kawan-kawan yang suka ambil kesempatan kat aku..Adik aku Aiza pernah sebut benda ni kat aku dulu..katanya aku selalu diambil kesempatan oleh orang-orang kat sekeliling aku. Betul ke?

Friday, December 5, 2008

Salam Aildi Adha

Selamat Menyambut Hari Raya Korban diucapkan buat keluarga samaada yang jauh atau yang dekat, kawan-kawan terapat aku di sekolah dan di UM dulu, kawan-kawan bloggers, member-member di WR, pengunjung-pengunjung setia blog aku yang kadangkala terasa lebih kamceng dari kawan baik sendiri. Heheheh..Tak lupa juga buat pihak penerbit yang telah sudi menerbitkan novel-novel aku yang tak seberapa tu. Salam aidil adha buat semuanya.

Diam tak diam dah nak menjelang Hari Raya Korban. Aku sendiri pun tak sedar kerana kat rumah aku reaksi semua orang biasa-biasa sahaja. Mujur ada Ari yang tolong ingatkan. Rutin raya kami kat sini rasanya biasa sahaja. Lepas sembahyang raya, semua orang berkumpul sambil makan-makan. Tengok TV lepas tu tidur. Hahaha rutin yang sama macam tahun lepas, lagilah tahun ni pun mungkin kami beraya dalam keadaan hujan lebat.
Di kesempatan ini juga aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan blogger yang banyak menyokong aku dalam bidang penulisan. Ada pelbagai kritikan yang aku terima samaada ia positif atau negatif. Semuanya aku terima dengan hati terbuka. Ada banyak kelemahan dalam novel-novel yang aku tulis sebenarnya, tapi sebagai manusia aku masih belajar untuk menjadi seorang penulis yang baik. Mungkin tidak sebaik penulis-penulis berpengalaman yang lain, namun harapan aku besar agar novel-novel yang aku karang dapat membuatkan semua orang tersenyum atau gembira membacanya.

Monday, December 1, 2008

Segalanya Tak Menjadi...


Hujan makin lebat kat luar, aku pula makin kesejukan dan makin bercelaru. Nak menulis pun dah jadi malas time-time hujan ni. Nak tonton astro, lagi lah malas. Dah dua minggu lebih hujan berhenti sekejap-sekejap kat luar sana. Kadangkala lebat..kadangkala slow motion sikit. Tapi lebat ke tak lebat hujan, si penulis ini tetap dah jadi slower than usual.


Nak keluar enjoy kat luar, jalan sah-sah dah jem...bonus basah pulak tu. Banyak benda lah yang tertangguh sebab hujan ni. Bil astro aku belum bayar, bil telefon belum settle, pendek kata segala jenis bil aku belum jelaskan lagi. Mujur aku paksa juga diri aku ni poskan satu manuskrip aku pada pihak penerbit.


Apa aktiviti aku musim hujan ini? Tidur? Hahaha tidur tetap ikut jadual biasa. Tapi itu rutin harian adik-adik aku kat rumah. Tepat jam 2 atau 3 petang semua dah berlingkar kat tempat tidur masing-masing. Maklumlah musim hujan, tidur pun sodapp..


Sempat tengok berita TV3 tadi. Banyak orang dah dipindahkan ke pusat perpindahan banjir. Dan pelajar2 di sebuah sekolah di Kelantan terpaksa mengharungi air untuk mengambil exam STPM yang masih belum habis lagi. Kasihan tengok student-student ni semua. Hope so pihak kementerian tolonglah awalkan exam STPM untuk pelajar-pelajar pada masa-masa akan datang supaya takkan lagi berlaku benda-benda macam ni. Juga aku tertarik dengan berita korban banjir yang berlaku kalau tak salah di Kelantan juga. Sedih sekali!


Di tempat aku ni walaupun hujan lebat, nasib baik masih belum naik air lagi. Tapi beberapa tempat di sekitar sini sudah pun dinaiki air separas 2 kaki. Family aku dah sibuk bincang bagaimana nak pindahkan barang-barang di tingkat bawah ke tingkat atas. Tapi harap-harap kami tak perlu buat semua itu. Banyak juga kalau nak diangkut, berat beb! Bagaimanapun aku harap hujan ni cepat-cepat berhenti, sebab aku dah plan nak pergi bercuti ni. Huwaa..aku dah tension sangat ni. Banyak benda yang tak menjadi disebabkan hujan. Bukan aku nak salahkan hujan, tapi aku yang salah sebab tak tahan dengan suasana hujan. Badan jadi malas, otak pun jadi malas...

Sunday, November 23, 2008

Back to Routine


Dah empat malam berturut-turut aku tak boleh tidur. Editing HR baru sahaja selesai tapi mata aku dah terbiasa dengan perubahan waktu 'vampire' aku ni. Istilah ayah aku ialah 'burung hantu'. Ada ke aku ni dikatakan burung hantu sebab tak tidur malam. Hahaha suka hati dia aje...tapi inilah rutin harian aku beberapa tahun yang lalu sewaktu aku disahkan mengidap insomnia yang menjadikannya salah satu sebab aku menjadi seorang penulis. Selalu juga aku kena tegur dek saudara mara yang kata susahnya nak jumpa aku waktu siang. Heheheh..abis yang ko datang waktu siang tu apahal. Cuba kau mai lawat aku waktu tengah malam, sure ada punya...


Tapi tak bagus ke kalau ada seorang ahli keluarga anda yang mengalami masalah tidur macam aku ni? Sewaktu family aku berada di Kuantan Pahang, ayah aku sewakan rumah kami ni pada pelbagai jenis family. Kali terakhir kalau tak salah keluarga polis berpangkat agak besar jugalah dalam pasukan polis. Dan sejak beberapa tahun yang lalu, kawasan rumah aku ni dikatakan satu kawasan yang agak 'keras' jugalah. But jangan kecewa, bukan 'keras' yang itu tapi keras kerana dikatakan kawasan taman perumahan aku ni selalu jadi sasaran pecah rumah. Dan anehnya sewaktu keluarga polis itu menetap di rumah aku yang sekarang ni, rumah ni dah kena pecah banyak kali. Pelik juga bila dengar rumah polis kena pecah. Await depa ni tidur tak kunci rumah ke? Macam nak ketawa pun ada juga. Kalau setahun dua kali kena pecah takdelah kami nak mengata. Ini sebulan sampai dua tiga kali. Rasa macam nak salute aje pencuri profesional ni yang berani pecah masuk rumah ASP polis.


Sebab tu bila family aku pindah masuk rumah kami, ramai yang mengingatkan tentang sejarah rumah ini. Tapi alhamdulillah setelah beberapa tahun kami masuk, belum pernah sekalipun rumah kami jadi sasaran. Mungkin kerana berkat ayat-ayat kursi yang kami kerap baca sebelum tidur agaknya. Ataupun kerana si pencuri itu tidak ada keberanian untuk pecah masuk kerana takut terserempak dengan aku yang tak pernah tidur malam agaknya. At least itulah yang menjadi usikan family aku suatu ketika dahulu. Bayangkan pukul 3 atau 4 pagi sewaktu orang lena, aku pula ke hulu ke hilir buat macam-macam kerja. Kadang-kadang memasak pada waktu-waktu begini. Kadang-kadang bercakap sorang diri. Ketawa pun sorang diri (bukan sbb sinting, tapi ketawa sebab tengah tengok comedy movie time tu). Siapa yang cuba nak pecah masuk pun kena fikir dua tiga kali. Ayah aku patut bagi upah sebab secara tak langsung aku dah guard rumah kami ni. Rasanya aku patut minta upah tu..hehehe!


Rasanya setahun yang lepas aku dah boleh tidur semula macam orang normal. Tapi sejak dua bulan yang lepas, masa tidur aku dah kucar kacir. Kadang-kadang penat aku datang tiba-tiba. Pernah aku tertidur kat sekolah sehingga pukul 5 petang. Peliknya aku tak tahu bila aku mula tidur. Kejadian ni dah berlaku beberapa kali juga. Sehinggalah beberapa hari yang lepas aku menonton sebuah movie di KBS bertajuk 'Loveholic'. Isi cerita itu berkenaan seorang guru yang mengidap satu penyakit yang dipanggil Narcolepsy kalau tak salah aku. Cerita itu buat aku terfikir, apakah aku juga salah seorang pengidap Narcolepsy?? Harap-harap tidak!

Thursday, November 13, 2008

Hooray!! Dah Cuti Sekolah Rupernya....


Excitednyer dia.....begitulah teguran salah seorang guru bila nampak aku kelam kelibut (betul ke istilah ni?) menyiapkan macam-macam benda kat sekolah. Tapi aku always kelam kabut kalau di sekolah. Sebab my prinsip : SEKOLAH ADALAH SEKOLAH. RUMAH ADALAH RUMAH. Kedua-duanya sangat berbeza. Kerja sekolah jangan bawa balik di rumah, sebab kerja-kerja itu adalah beban sekolah yang sebolehnya aku haramkan dibawa masuk ke dalam sebuah rumah. Pulun sahaja habis-habis kat sekolah. Kekadang sebab tu kalau aku sibuk sangat, aku balik rumah pukul 5.30 petang atau pukul 6. Sama masa dengan sidang petang balik.


Dan cikgu itu pun tak tahu betapa seronoknya aku bila cuti dah mula...Ada banyak sebab kenapa aku gembira sebenarnya. Dalam kepala aku dah tersurat dan tersirat pelbagai projek yang aku nak lakukan sepanjang cuti. Heheheh apa lagi kalau bukan projek menulis aku yang terbengkalai kerana concentration aku pada SPM.


Ini projek cuti sekolah aku yang tengah mendidih dalam kepala aku ni : (update 23 nov sebb byk list yg nak kena cancel)


1) Rehat sepenuhnya
(tht impossible!!)

2) Edit new version untuk HR
(done)
3) Edit PBM
(baru nak mula)

4) Sambung menulis cerita MKC dan SV
(dah buat sikit-sikit)

5) Baca novel yg tak habis baca
(baru dua biji..nak smbung semula hijab sang pencipta)

5) tengok semua VCD-VCD yang aku beli punyalah banyak kat KL tempohari
(baru sempat tengok QOTG)

6) Jalan-jalan kat Kuala Lumpur/ Langkawi.
(cam kena cancel je sebab hujan- new plan on coming December)

7) Shopping baju
(heheheh faham-faham jerlah. Kerjaya cikgu ni macam ni ler.. kena ada banyak baju
tapi blm mula lagi..hehehe)

8) Pergi memancing kat Tasik Kenyir and tengok tapak gajah kat sana.
(cam tak berkenan je aku nak ikut klu tengok time2 hujan ni)
9) Semak PEKA Bio/Sains
(tunggu greenlight dr kak paridah untuk semak sama2)

Jamuan Perdana Akhir Tahun 2008

Persembahan nasyid yang menghiburkan. Lain-lain gambar persembahan tak sempat nak snap sebab masa tu aku tengah makan-makan.
Kak Zana, Kak Rahimah n Kak Ani. Nasi Beriyani hari tu memang umph. Inilah orang kuat yang memberi makan kami-kami ni semua. Hahaha

Khemah guru tempat guru-guru santai sambil menonton persembahan dan makan-makan. Kalau tak salah ada sebanyak enam khemah besar didirikan hari itu.
we all cikgu-cikgu bergambar dengan Aiman, Finalis Akademi Nasyid 2008.Teka tempat bergambar tu kat mana? Syyy...jgn beritahu sesiapa. Hehehhe bilik pengetua tu. (time tu pengetua tak ada kat sekolah)

Kak Nora n cikgu Azman. Sepadan tak? Tapi jangan salah faham..keduanya sudah berpunya....heheheh tu ler siapa suruh pakai baju matching..tak fasal-fasal di zoom in oleh my camera..

Hidangan untuk tetamu-tetamu VIP yang dijemput
me n kak rozaidah bersama anak-anak murid kesayangkan kami
5 Dinamik dalam kenangan...

Bestnyer..Gitulah reaksi aku bila pada penghujung minggu lalu, my school buat acara jamuan akhir tahun yang paling grand. Grand menurut pendapat akulah, orang lain tak tahulah. Jamuan ni bersempena juga dengan Jamuan Raya AidilFitri (wlupun dah lepas lebih sebulan) serta Jamuan Perpisahan Akhir Tahun untuk semua pelajar + guru-guru. Makanan of course makanan raya cuma kali ni campur gak ngan nasi beriyani serta kuih muih yang lain. Ada rendang, ketupat, lemang dan yang lain-lain. Best jugaklah aku menyentap walaupun tengah sakit gigi. Lagi kelakar, keesokannya aku mc sebab sakit gigi. Hehehe macam budak-budak je sakit gigi. But itu satu sebab kenapa aku dah lama tak update blog. Hehehe...tapi sekarang ni dah ok sikit... coz aku dah pi jumpa dentist. Cabut lagi senang dari menahan seksa ini selama beberapa malam.

Yang bestnya pada jamuan tu, ada persembahan nyanyian karaoke dari pelajar-pelajar aku. Tak sangka, kebanyakan pelajar aku ni ada tokoh masuk AF tahun depan. Semuanya berbakat dan pandai menyanyi. Tak kurang juga persembahan dari cikgu Alias yang best sangat menyanyikan lagu Aris Ariwatan dan Broey Marantika. Serta persembahan Cikgu Syamsul yang mendapat tepukan gemuruh dengan lagu My Heart bergandingan dengan seorang student dia.

Kak Rasmah juga tak lupa bawak anak teruna dia turun padang. Siapa lagi kalau bukan Aiman, salah seorang finalis Akademi Nasyid yang kini gah bergelar seorang penyanyi. Kesian juga tengok budak ni kena kerumun dek budak-budak perempuan yang nak bergambar. Yang kelakar, cikgu-cikgu dia ni pun sibuk sama nak bergambar dengan Aiman.
Habis sahaja acara kira-kira pukul 12 tengahari, aku dengan pelajar-pelajar aku pula ambil turn bergambar. Tapi sedihnyerr coz kak Paridah ngan Kak Zaidah tak dapat sama-sama meraikan Jamuan Akhir Tahun kali ini kerana kena pergi seminar.

Thursday, October 30, 2008

Kereta Oh Kereta...

Hari ni rasa shock sekejap kat sekolah bila abah call dari balai polis kata kereta yang Aiza drive nak ke UMT pagi tadi menemui kemalangan. Firstly yang terlintas kat kepala aku ialah camne budak tu? Okey ke tak okey. Sampai aku pun takde mood nak buat extra class tengahari tadi. Nasib la abah kata Aiza okey. Yang tak okey kereta wira tu. Habis remuk bahagian depan.

Kereta ni banyak betui history yang membabitkan kemalangan. Bermula dari kemalangan teruk yang dialami semasa adik aku Amrul bawak kereta ni dari Kuala Lumpur nak balik ke Terengganu. On the way ketika sampai di kawasan Bentong, kereta ni langgar divider. Kalau tengok dari segi rupa kereta tu dulu, mmg takde siapa percaya pemandunya boleh selamat. Tapi ketika itu adik aku yang bawa dua kawan dia orait je. Langsung takde cedera ke calar-calar ke. Kuasa Allah semua. Lepas tu ada la beberapa accident ringan yang selalu berlaku kat kereta tu sehinggalah yang membawa kepada peristiwa hari ni.
Balik dari sekolah, aku terus capture gambar. Kononnya nak buat kenangan sebelum kereta tu masuk bengkel. Ingatkan nak capture muka adik aku sekali. Tapi tak sampai hati lak..kang tak fasal-fasal dia melalak panjang. Hehehe susah kami dibuatnya. Apapun kalau dah nak malang memang kita tak leh jangka....nampaknya susahlah Aiza nak bergerak ke UMT lepas ni. Terpaksalah kami kongsi kereta lepas ni. Mujurlah cuti sekolah pun dah tak lama.

Saturday, October 4, 2008

Majlis Berbuka Puasa

Tanggal 20 September yang lalu, aku dijemput ke Majlis Berbuka Puasa dan sekaligus majlis pelancaran novel terbaru aku Bunga Syurga bertempat di pejabat Kaki Novel Enterprise di Wangsa Maju. Mulanya aku malas nak rakamkan gambar-gambar sekitar majlis tersebut kerana di blog Geng Kicap pun dah ada. Tapi disebabkan si situn dan si sinin minta agar gambar-gambar itu dipublish, jadi inilah dia. Hahahah sempoi habis....

Sebelum menunggu waktu berbuka, siangnya aku berjalan-jalan dengan Aiza di Jalan Tar dan sempat singgah di Miverva membelek-belek beberapa novel. Sempat juga aku tibai novel Hijab Sang Pencinta karya RAM dan Tika Rindu Berlagu karya Lily Suriani. Paling best dapat jumpa Kak Uda dan Kak Ija katMinerva. Kedua-duanya peramah tapi sayangnya tak leh nak berborak lama.

Petang itu aku dan family ke Wangsa Maju, mujurlah tak sesat. Tapi best bila sampai sana dapat jumpa ramai blogger dan penulis-penulis KN. Antara yang hadir ialah Geng Kicap...Kak Qimi aka Kak Noor, Nicky Azrai, Wan Amalyn, Mamaeera, Wabbit, Carrie dan yang lain-lain (maaf kalu ada tertinggal). Penulis KN yang hadir pula ialah Izzul Izzati (Baya kawan aku minat tul kat buku Bukan Cinta Biasa tu), ada juga Kak Wi (Rabiatul Adawiyah- Airmata Cinta) dan Aimy Najwa (Bahang Selatan) yang peramah orangnya. Semuanya bawa family masing-masing.

Thanks banyak-banyak Rizal kerana sudi menjemput. Lawa tul wife Rizal ni. Dan terima kasih juga buat krew-krew KN yang bersusah payah siapkan hidangan yang sedap tu. Kalau bukan sebab terpaksa pulang ke Terenganu malam itu kerana keesokannya aku kena mengajar..dah tentu aku akan berlama-lama lagi kat sana berborak ngan kak qimi dan nicky yang peramah.

Thursday, September 25, 2008

Menjelang Raya

Kemungkinan besar pada 1 oktober ini kita semua akan menyambut hari lebaran Aidill Fitri. Rumah aku dah macam tongkang pecah dengan sesi mengemas yang dijalankan secara sekerat-sekerat. Tapi rutinnya dua tiga hari nak raya barulah adegan kemas mengemas ni jadi serius. Tengah menanti kepulangan adik aku zura yang akan drive sendiri dari kampusnya bertemankan kawan-kawanya.
Tadi lepas habis sekolah, kak Paridah ajak shopping kuih raya. Tapi aku memang pantang pergi shopping kuih raya ni. Mana taknya, semuanya nak dibedal tak muat mulut. Tapi dah janji dengan diri sendiri dah, tak nak beli banyak sgt biskut raya. Last-last dia beli empat lima balang, aku terikut sekali beli dua balang. Yang kelakarnya tadi beli rempeyek dua bungkus dengan Kak Mahani. Kebetulan pulak aku dengan kak Paridah, dua-dua uzur...tiba-tiba borak fasal rempeyek, teringin lak nak rasa rempeyek kak Mahni tu best ke tak? Kitaorang berdua pun apa lagi, buat projek merasa rempeyek dalam bilik akses. Itupun setelah memastikan line kiri kanan clear. Haahaaha nakal betul. Konon nak merasa, tapi dah setengah bungkus rempeyek tu kitaorang habiskan. Mujur student-student semua ada aktiviti kat surau sekolah sempena raya ni.
Lagi best, bila sekolah announce boleh balik awal. Semuanya ribut berkemas sebab excited sgt nak cuti raya. Tapi dekat tengah jalan nak balik, aku mengucap banyak. Woitt kuih rempeyek aku tertinggal kat sekolah lorrr...hihihik, kak Paridah gelak guling dengar aku cerita fsl rempeyek aku ada lagi kat sekolah. Itulah siapa suruh kau tibai rempeyek tu sebelum masanya tiba? padan muka aku!! Entah bila la aku nak patah balik ke sekolah ambil kuih tu?? Hmmm..nasib-nasib.
Buat teman-teman blog serta teman-teman forum, aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga atas sokongan kalian. Maaf nama tak disebut kerana kalau nak sebut satu persatu sangatlah ramainya. Minta maaf naa kalau ada salah dan silap atau terkasar gurau. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf, Zahir dan Batin. Semoga ukhwah antara kita akan terus terjalin dari masa ke semasa.
Salam sayang..
Anita Aruszi
4.44 petang
25hb September 2008

Tuesday, September 9, 2008

Penantian Yang Kini Berakhir


BUNGA SYURGA

Terbitan : Kaki Novel Enterprise
Price : RM23
(keluaran Oktober 2008)


At last...keluar jugak Bunga Syurga aku ni setelah hampir setahun menanti. Thanks to Kaki Novel Enterprise yang sudi terbitkan novel ini untuk keluaran Bulan Oktober. Sejak seminggu yang lalu, aku dah menatap cover BS ni, tapi tak boleh dipublishkan lagi selagi belum dirasmikan oleh Kaki Novel di laman web mereka. Syukur alhamdullilah, tercapai juga hasrat untuk melihat Bunga Syurga dalam versi cetak. Tapi lucunya cover kali ini juga berwarna biru sama seperti yang asal. Mungkin sememangnya warna biru sudah menjadi satu kemestian untuk novel aku kali ini.

Sunday, September 7, 2008

Memori Negara Serumpun

Hmm entah apa yang nak dicatatkan ya...lagipun dah tiga minggu aku balik dari sana...fikiran pun dah jadi suam-suam kuku. Tapi tadi sempat belek-belek friendster budak bertiga ni.

Antara ketiganya..hanya Ben yang tidak mengupload gambar. Aiza ngan baya rupa-rupanya dah buat album perjalanan kami dalam friendster masing-masing. Bila ditanya aku bila lagi, ntahlah.. (jawab ngan muka toya. hehehehe). Tapi hari ni tergerak hati pula nak merakamkan kenangan kami semua semasa di sana.

Day 1, kami bertolak ke LCCT tepat pukul 4.00 pagi. Ben drive ke Seremban, sbb kat sana dia minta temannya hantarkan kami ke LCCT untuk flight pukul 7.05. Dalam perjalanan, kami sempat singgah gerai mamak pukul 5.00 pagi makan nasi lemak ngan kopi o. Mana taknya...sebab semuanya excited nak pergi...boleh kata semua orang tak leh tidur malam sebelum tu. Yang lelap hanyalah adik aku yang tepi longkang pun dia boleh tidur. Hehehe..Pukul 7.05, memasing dah masuk dalam flight. Tapi await pulak tayar kapal terbang bocor ka? Pukul 8.30 baru flight jalan. Sampai kat sana Pak Basuki, the handsome one dah menanti. Kami dibawa melawat Taman Fantasi Anchol. Tiket dia RM35 kita. Walaupun mahal tapi berbaloi. Bestnya kat sana sebab dapat tengok pertunjukan Singa Laut, Ikan Paus dan macam-macam lagi. Bermulalah sesi gambar-bergambar yang paling hebat di abad nih. Yang paling suka bergambar dah tentulah Ben. Hampir semua muka dia terselit dalam gambar-gambar kami.

Lepas tu kami singgah di Cempaka Emas, sebuah pusat beli belah.Kata Pak Basuki, ramai orang suka ke Mangga Dua di Jakarta, padahal barang-barang yang murah ada di Cempaka Emas. Lepas shopping buku di Gramedia, kami jalan-jalan di sekitar Cempaka Emas. Memang murah barang-barang di situ, tapi mungkin mood shopping kami belum muncul. Kat sini pun ada Giant, tapi anehnya kosong je. Rasanya mungkin sebab kebanyakan mereka kat sini tak mampu membeli belah di Giant agaknya. Aku dan Aiza sempat tibai perkakas-perkakas Maybelline kami yang hanya RM28 kat sini, berbanding kat Malaysia dah sah-sah harganya RM46 ke atas. Kemudian, kami pergi soru tengahari. Masa nak pesan makanan, semua confuse sebab semua tak tahu apa ke benda yang kami boleh makan kat situ. Last-last Pak Basuki juga yang tolong order. Tapi bila sampai lauk, kami terkejut beruk tengok ayam goreng bersama kepalanya sekali dalam pinggan. Hahaha.. Malamnya selepas makan Seafood, kami check in di Batavia Hotel. Hehehe cantik hotel ni, besar pulak tu. Acara bebas.
Day 2, lepas sarapan kat Batavia...Pak Basuki jemput di mana lepas ni kami nak ke Puncak. Tapi dalam perjalanan kami sempat singgah ke Monas, tugu kebanggaan rakyat Indonesia. Di sepanjang perjalanan kami bertemu dengan perarakan di mana menurut Pak Basuki, Indonesia akan menyambut hari kemerdekaan pada 18 Ogos, iaitu hanya beberapa hari saja. Then, kami bergerak ke destinasi kedua iaitu Taman Budaya Indonesia, di mana ditempatkan banyak model rumah-rumah Indonesia mengikut region. Tapi tak larat nak pergi semua. Kami hanya sempat melawat Rumah Bali, Minang dan Yogja. Kat sana aku dah mula beli cenderamata-cenderamata untuk di bawa pulang. Kami makan hidangan Nasi Padang kat sebuah restoran. Sedap sangat! Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Taman Safari. Best taman ni tau sebab boleh bagi makan binatang melalui tingkap kereta sahaja. Patutlah Pak Basuki suruh kami beli lobak kecil yang dijual di sepanjang perjalanan. Kebanyakan binatang kat sini bebas bergerak kat mana saja mereka suka. Even harimau pun mereka tak kurung, cuma kita tak dibenarkan buka tingkap kereta..then lepas tu kami pergi ke Gunung Berapi Tangkuban Perahu di mana sepanjang perjalanan, Pak Basuki tak habis-habis cerita fasal lagenda Sankuriang yang jatuh cinta pada ibunya sendiri. Kiranya gunung Tangkuban Perahu tu ada lagendanya sendiri la. Singgah kat masjid atas bukit (aku dah lupa nama daa) untuk tunaikan solat. Then kami balik ke Hotel Surya Indah. Lepas makan malam, kami keluar pergi makan jagung bakar ngan air kopi kat warung-warung kecil di Puncak. Malamnya kami berkaraoke di Surya Indah sampai pukul 12 malam. Heheh yang paling kuat melalak, aku ler...semua lagu indon aku tibai nyanyi. Reti tak reti tolak tepi.

Day 3, kami bertolak ke Bandung. Jumpa beberapa rombongan malaysia dalam perjalanan. Kami singgah beli makan segera di Cianjur. Banyaknya biskut cam nak beli semua. Hahaha. Perjalanan kami lancar je tapi semakin bertambah sejuk. Rupa-rupanya baru aku tahu Bandung tu sejuk tempatnya, mungkin sebab terletak di tanah tinggi. Kami di bawa Pak Basuki untuk shopping-shopping di Factory Outlet yang memang banyak sekali. Aku sempat beli beg tangan di Elizabeth House dan beli baju serta dompet untuk saudara mara. Sebelum tu kami juga singgah ke Rumah Batik yang khabarnya tempat ekslusif untuk pelancong-pelancong. Tapi tak banyak yang menarik kat Rumah Batik. Then lepas tu kami pergi makan tengahari yang cukup enak sebelum sambung shopping. Lepas tu makan lagi. pendek kata kat Bandung tu tak ada istilah hayati suasana, kepala asyik ingat nak shopping aje. Check in di Hotel Ahadiat yang berupa cottage yang mengadap ke arah sebuah tasik. Pemandangannya boleh tahan menarik juga.
Day 4, lepas sarapan di hotel Ahadiat, kami sempat bershopping sekali lagi sementara menanti waktu pulang ke Kuala Lumpur lebih kurang pukul 12 tengahari. Sempat bertukar-tukar hadiah dengan Pak Basuki yang sabar melayan kerenah kebudak-budakan kami ni. Sampai di KL pukul 3.30 petang. Kawan Ben jemput kami tapi lepas tu kami tak terus pulang ke rumah, sebaiknya ambil keputusan ke Kajang kerana tiba-tiba saja aku nak makan sate kajang. Hehehe..itu jerlah report yang sempat. Kalau tulis panjang-panjang kan...blog ni kena kuarantin plak...bagaimana pun memang best sesekali berjalan kat sana. Percutian seterusnya insya allah akan dirancang dalam masa terdekat. Salam sayang Anita Aruszi

Wednesday, September 3, 2008

Bingkisan dari Jakarta

Beberapa hari ni aku gian sikit menunggu bungkusan dari Jakarta sampai. Tak sangka hari ni penantian aku berakhir apabila aku dapat panggilan dari rumah. Rupa-rupanya kiriman novel-novel Agnes Jessica sudah sampai. Percaya atau tidak semua novel-novel ini dikirim sendiri oleh Agnes Jessica si penulisnya.
Minggu sudah kami sempat ngobrol-ngobrol guna sms dan email tentang novel-novelnya. Secara bercanda aku katakan aku sudah gila angau dengan novel-novel beliau. Sebenarnya bukan bercanda tapi memang ya aku dah jadi kemaruk dengan kisah-kisah cinta Agnes. Tak sangka beliau telah menghasilkan berpuluh buah novel cinta yang aku kira sangat menarik untuk dibaca. Sayangnya novel-novel beliau tidak dipasarkan di sini. Bila ditanya berapa yang aku ingin baca, jadi aku namakan sepuluh buah novel-novel beliau yang aku gagal mendapatkannya di Gramedia ketika berkunjung ke Jakarta beberapa minggu sudah.
Tapi hari ni excited dan kemaruk aku dah jadi terharu pulak. Bungkusan yang dihantar oleh Agnes mengandungi sembilan buah novel-novel beliau yang membuatkan aku sangat-sangat gembira. Thanks Agnes for your kindness. I really appreciate it...

Monday, September 1, 2008

And I Hate You So

Boring punya fasal, aku sempat menonton sebuah movie Hong Kong bertajuk 'And i Hate You So'. Mula-mulanya tengok sekadar mahu hilangkan mengantuk, tapi awalan cerita yang agak menarik membuatkan aku terus menonton. Kisahnya simple sahaja berkaitan pertemuan antara dua insan bertelagah hanya kerana sebuah rekod lagu lama.

Kisah Lulu Ng dengan Cheung Yung yang menghiburkan dan agak kelakar sebenarnya. Lulu Ng seorang columnis sebuah akhbar yang hidupnya menulis..menulis dan menulis. Dia yang baru ditinggalkan kekasih menjalani hidup seharian di sebuah apartment bersepah yang menjadi sarang tikus dan lipas. Tapi kunjungan Lulu Ng ke sebuah kedai menjual barang-barang terpakai menemukan dia dengan sebuah rekod lama yang pernah dihadiahkannya pada bekas teman lelakinya CH. Sememangnya dia marah kerana CH dengan mudah membuang rekod lagu yang menjadi lambang percintaan mereka. Dia akhirnya cuba membeli rekod tersebut, malangnya rekod itu telah dibeli seorang DJ bernama Cheung Yung yang handsome, lebih bersih dari Lulu tetapi angkuh dan punya keyakinan diri yang tinggi.

Kerana marah Cheung Yung tidak mahu menjualkan rekod itu kepadanya, membuatkan Lulu sakit hati dan menghentam kredibiliti Cheung Yung sebagai Dj di ruangan kolum yang ditulisnya. Apabila Cheung Yung terbaca, dia pula naik marah dan seterusnya menjadikan radio sebagai alat untuk menghina Lulu. Dan sejak itu bermulalah perang kolum dan radio sehingga menarik perhatian audiens. Masalahnya hanya satu sahaja...kedua-duanya tidak mahu mengalah sedangkan yang direbutkan hanyalah rekod lama yang murah sahaja.

Moral story ni kat sini ialah supaya kita lebih menghargai orang yang berada di hadapan kita, lebih dari orang yang telah pergi. The past is past, tetapi dalam movie ini Luna tidak mahu melepaskan kenangan cinta pertamanya terhadap CH meskipun masih ada Cheung Yung. Apa yang menarik hati aku ialah satu dialog antara Luna dan CH di dalam teksi dalam perjalanan ke airport.
Luna : Kau masih ingat kenapa kita berpisah dulu?
CH : Entahlah, sudah lama. Aku sudah tidak ingat. Apakah kerana kita bergaduh?
(Luna menggelengkan kepala)
Luna : Bukan, sebabnya ialah kerana kita sudah berhenti bergaduh seperti di awal pertemuan. Kita tidak pernah lagi bergaduh sewaktu menonton wayang bersama. Kita juga tidak bergaduh semasa makan bersama. Sehingga akhirnya kita lupa kewujudan antara kita berdua.

p/s : mungkin benar kata orang, pergaduhan bukan bermakna membenci tetapi sebenarnya menyayangi. Kerana itu ada kata-kata yang menyebut, "perasaan benci adalah perkataan yang paling dekat dengan cinta."Renung-renunglah...

Puasa Yang Membawa Berkat

Salam Muslimin dan Muslimat
Seterusnya Mukminin dan Mukminat
Ramadan penuh dengan berkat
Bagi meningkatkan amal ibadat
Bertaraweh menambah fadhilat
Ttilawah alQuran mesti ditingkat
Qiyamulail di malam yang pekat
Lupa jangan membayar zakat
Puasa membuatkan badan sihat
Fikiran lebih cerdas dan hebat
Tetapi ada beberapa syarat
Kurangkan makanan tak berkhasiat
Nasi, kueh, pulut tinggi karbohidrat
Jangan bedal banyak sangat
Nanti taraweh badan jadi berat
Nak rukuk pun agak lambat
Nak bertahajud pun tak larat
Sahur pun terlepas dah lewat
Buka dengan kurma dan salawat
Dan buah yang banyak serat
Kemudian tunaikanlah dahulu solat
Jamahlah sedikit kalau lapar sangat
Ikutlah amalan Rasul dan para sahabat
Semoga sihat akal, ruh dan jasad
Baharulah puasa yang membawa berkat
Penuh dengan hidayah dan nikmat
Jauhilah terus dari amalan maksiat
Terutama sekali mengata dan mengumpat
Di pasar, di ofis, atau ditengah masyarakat
Makan rashwah pun tak akan selamat
Tak berkat rezeki dunia wal akhirat
Pakailah pakaian sopan menutup aurat
Elakkanlah pakai baju nampak pusat
Terlalu seksi atau terlalu ketat
Hindarilah amalan kurang sehat
Yang tidak membawa faedah buat umat
Seperti main dam di kedai kopi Pak Saat
Atau pergi lepak di bawah jejambat
Pantang awek lalu semuanya dingorat
Yang bertudung atau berambut karat
Elakkan bergelimpangan di surau pejabat
Malu kat orang yang belum bersunnat
Puasa sebenarnya membuatkan kita sehat
Bukan letih atau lembik tak larat
Faqir-miskin dibantu dengan zakat
Semoga mereka dapat sedikit nikmat
Ajar keluarga berjimat-cermat
Dan tingkatkan amal ibadat
Keredhaan Allah itulah matlamat.
Kredit to ; Keris Silau

Sunday, August 24, 2008

Santai Sebelum Sibuk...

Beberapa hari ini setelah aku balik bercuti, mood aku masih baik..so aku habiskan masa dengan membaca beberapa buah buku. Salah satunya ialah buku Hatiku Di Harajuku karya Ramlee Awang Mursyid yang baru sekarang aku dapat beli di MPH MidValley. Selepas itu aku sambung pula bacaan dengan buku-buku Agnes Jessica, penulis Indonesia yang kini menjadi kegilaan aku selepas pertama kali aku membaca buku Dongeng Sebelum Tidur. Buku-buku yang sempat aku cari di Gramedia Jakarta ialah buku-buku karya Agnes iaitu Jejak Kupu-Kupu, Bunga Yang Terbuang serta Sepatu Kaca. Salah satu buku yang lain ialah Lost In Love karya Rachmania Arunita.
Sebenarnya ada banyak lagi buku Agnes Jessica yang aku mahukan sebagai koleksi, tapi entah apa malangnya di Gramedia ketika itu hanya ada tiga buah itu sahaja. Apa yang boleh aku ceritakan tentang Agnes... mungkin yang pertama aku menyukai karya beliau kerana aku merasakan fikirannya sama dengan aku bila menulis. Kami menulis kisah cinta yang mungkin nampak 'fairy tale' bagi seorang yang sukakan realiti, tapi apa salahnya fairy tale jika ia mampu menggembirakan hati. Kedua kerana Agnes juga sama seperti aku seorang 'author teacher' dalam bidang sains, pun sama cam aku jugak. Hehehe... Dan ketiga kerana jalan cerita novelnya sesuatu yang mungkin aku akan tulis jika bukan dia yang menulisnya. Jadi kerana itu aku suka dengan setiap jalan cerita Agnes ini dalam novel.
Paling best membaca ialah Jejak Kupu-Kupu kisah cinta Allisa dan Danu yang bermula semasa Allisa terpaksa menginap di rumah kebajikan setelah ibu dengan ayahnya meninggal dunia. Macam samalah pulak sikit ngan kisah DDH. Tapi sama tak serupa. Di rumah kebajikan tu, Allisa selalu cari fasal dengan Danu, pengelola rumah kebajikan tu. Tapi lama-kelamaan dia suka jugaklah kat Danu tu biarpun ketika tu Danu dah bertunang dengan Catherine.
Lost In Love pun tak sebest JKK tapi orait jugak lah. Kisah Tita yang mengikut keluarganya ke Paris sebab ayah ibunya buka sebuah restoran di sana. Kat sana si Tita ni suka dengan Adit, anak teman ibubapanya. Tapi si Adit ada perangai sombong sikit, jenis yang sesuka hati je nak marah Tita meskipun ketika itu Tita sudah sah jadi girlfriend dia. Kecewa ngan sikap Adit, Tita pun merajuk lalu bawa di ke tengah-tengah kota Paris yang dia langsung tak kenal sesiapa. Tapi di situ dia ditakdirkan bertemu Alex. Teka dengan siapa Tita akhirnya? Harharhar... kalau akulah penulisnya, sah-sah aku akan buat si Tita ni bersama dengan Alex. Tapi penulis cerita ni agaknya jenis setia kut. Last-last Tita kembali semula ke pangkuan Adit. Ceh sembrono betul, sia-sia je aku membaca. Hehehe faham maksud aku kenapa aku lebih suka JJK dari LIL?? Yang lain-lain tu sekarang tengah mencari masa untuk dihabiskan..

Wednesday, August 6, 2008

PELITA dan SM NOOR

Petang tadi selepas balik dari sekolah, aku tidur sekejap sementara menunggu untuk tuition sebelah malam. Maklumlah badan memang cepat letih. Sekejap aje aku terus terlelap.Senang pula nak terlelap. Kalau malam pula, aku kelip-kelip sorang diri. Semua orang di rumah dah tidur, aku dok renung siling aje. Penyakit tak tidur malam ni datang lagi tak diundang. Nak menulis, malas tahap dewa.

Dalam keadaan mamai, nampak ayah aku masuk bilik selongkar rak buku aku. Apalah yang dibuat dek lelaki idaman malaya tu belek-belek almari buku aku. Tapi punyalah malas nak bertanya, aku biarkan aje meskipun aku dah nampak dia bawa keluar novel pertama aku DDH. Sekejap lepas mamai aku dah hilang, aku dah terkejut. Naya...janganlah ayah aku tu tunjuk lagi buku tu kat member-member dia. Naik segan aku dibuatnya. Dahlah dia senyap-senyap kirim novel aku tu kat salah seorang member dia di Perak beberapa minggu yang lalu. Puas aku cari salinan novel tu,tapi tak jumpa. Rupa-rupanya kerja ayah aku dalam diam-diam. Pandai sungguh bab-bab macam ni. Habis semua copy DDH aku kena derma kat orang. Aku sorok copy last tu dari dia, tapi jumpa juga dia.

Aku jenguk ke luar bilik, dengar suara orang berbual. Ingatkan member dia, rupa-rupanya tetamu kenalan ayah dengan mak aku...SM Noor. Dia salah seorang penulis sejak zaman aku kecik-kecil dulu. Selain menulis novel, SM Noor ni juga banyak menghasilkan skrip drama untuk Angkasapuri. Rupa-rupanya dia dah ambilalih jawatan presiden PELITA (persatuan penulis terengganu). Dan dia syorkan agar aku masuk persatuan PELITA ni, tapi cam malu jek. Maklumlah orang-orang kat PELITA tu penulis lama Manalah layak aku yang cabuk ni join penulis-penulis lama yang dah gah namanya tu. Lagipun aku ni menulis citer ringan-ringan je, tapi mereka ni menulis tentang tema yang lebih berat. Tapi menurut SM Noor, ada seorang lagi penulis di Terengganu ni yang aktif menulis, katanya namanya Normah dari Marang Terengganu. Aku pun garu kepala sekejap. Confuse! Samakah Normah yang ini dengan penulis yang pernah dikatakan oleh seorang kenalan aku? Kalau ada sesiapa yang mengenali si penulis bernama Normah ini, hope so sangat bantu aku menghubungi beliau. Teringin nak mengenali siapa dia sebenarnya.

Pilihan Hak Mutlak Kita

Hari ni sempat berpesan dengan my student tentang betapa pentingnya kita memilih sendiri jalan hidup yang harus kita tempuh. We choose what we are today! Bukan orang lain tapi diri kita sendiri. Tapi the most important, kita harus bertanggungjawab terhadap apa yang kita pilih. Ramai di kalangan student aku dapati masih ragu-ragu dengan apa yang patut mereka buat pada masa hadapan. Ramai yang lebih suka ambil jalan mudah dengan membiarkan sahaja diri mereka mengikut apa yang telah ditakdirkan untuk mereka selain dari mengambil inisiatif menentukan hala tuju diri sendiri. Tapi sebagai guru, aku cuba menyakinkan mereka yang mereka ada hak untuk memilih apa yang mereka mahu jadi pada masa hadapan.
Sepanjang aku menjalankan tugas di SMKPM, aku dapati kebanyakan student sukar mahu meluahkan perasaan mereka pada guru. Why? Sebab semakin ramai guru lupa yang tugas mereka bukan hanya setakat mengajar di kelas, tapi juga mendekati dan membimbing pelajar tentang nilai-nilai hidup. Mengajar mereka bahawa sentiasa ada pilihan kedua selepas pilihan pertama. Mengajar mereka bahawa jikakalau mereka gagal, sentiasa ada jalan dan ruang untuk mereka menebus kegagalan itu, mengajar mereka bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, juga mengajar mereka mempercayai bahawa aku adalah guru mereka yang akan sentiasa ada untuk mendengar, memahami, bergelak ketawa serta meminta belanja sekali sekala. Itulah tugas guru yang paling utama sebenarnya bagi aku dan kesemua itu tidak boleh diajar dengan rumus dan formula sains dan matematik, atau diajar dengan fakta sejarah atau grammar English, tapi harus diterapkan sebagai salah satu ilmu yang paling penting dalam hidup. Ilmu untuk menjadi pandai semua guru boleh mengajarnya, tapi berapa ramai guru yang boleh mengajar ilmu untuk menjadi manusia berguna atau menjadi manusia yang tahu berdikari?

For all my students, especially kelas 5Dinamik yang akan menghadapi Trial SPM tidak lama lagi. Remember this. Manusia di dunia ini tidak dilahirkan untuk kalah selama-lamanya. Jika kalah sekali, bangkit segera. Jika kalah kali kedua, bangkitlah lebih cepat dari kali pertama dan jika kalah lagi kali ketiga, capailah tangan seseorang dan bangkitlah lebih cepat dari kali pertama dan kedua. Doa cikgu untuk kamu semua and i'm pretty sure...everyone will score better results in coming SPM. Wish u all the luck.

Tuesday, July 22, 2008

Jakarta, wait for us...

Congak punya congak lagi tiga minggu aku dan teman-teman akan berangkat ke Jakarta. Tiga minggu tu rasanya kejap aje. Kami pilih tarikh 14 Ogos untuk ke sana. Memasing nampak dah excited sangat nak bercuti lepas berpenat lelah dengan tugas masing-masing. Adik aku Aiza pun asyik tersenyum sorang diri je dua tiga hari ni sebab dah tak sabar nak jalan-jalan. Aku tahu otak dia dah sarat ngan nota-nota. Tu yang dia suka sangat tu. Benjamin tu pun sibuk congak berjuta-juta rupiah nak angkut kat sana. Tergelak besar aku bila dia minta aku belikan mak dia beg kat sana. Hehehe kiut betul permintaan tu. Macamlah aku ni reti nak pilih beg-beg tangan ni. Baya as usual, asyik low profile je.
Meskipun frust juga pada awalnya sebab rancangan nak ke Bali terpaksa cancel atas sebab2 keselamatan, tapi pergi Jakarta dengan Bandung pun okay jugak kut. Lagi-lagi bila dengar member-member cerita fasal tempat shopping kat sana. Minggu lepas juga sempat chatting ngan farah. Lupa pulak Farah pun nak ke Bandung bershopping. Hehehe jangan lupa ya Farah, balik nanti bagi tips kat mana tempat paling best nak shopping kat Bandung! Harap-harap juga kemacetan jalan raya kat sana takkan memacetkan kepala hotak kami semua selepas ni. Kakakaa (gelak jahat)

Canda Akalku

Hmm..dah lama tak catat sesuatu dalam blog ni. Kesibukan kerja dah jadi rutin harian cikgi macam aku ni. Kalau tak ke kelas sibuk siapkan lesson plan untuk esok, kalau tak pun mencacak di bilik akses siapkan apa-apa yang patut untuk pertandingan 3k. Ada cikgu yang aku kenal kata, buat apa bersusah payah dengan pertandingan ni kalau akhirnya orang yang di atas juga yang dapat nama. Nak tergelak pun ada dengar komen sebegini. Jauh di sudut hati aku, aku mengerti yang pandangan sebegini tak patut keluar dari mulut seorang guru. Berkhidmat untuk sekolah, bukan bersandarkan pada pujian atau pangkat semata-mata, tapi ini keikhlasan kita untuk melakukan satu sumbangan kecil pada sekolah. Ini yang sepatutnya kita lakukan. Mungkin sumbangan kecil ini akan berupaya menaikkan nama sekolah, biarpun akhirnya kita akan tetap berada di takuk yang lama. Itu sudah lumrah. kalau hendakkan balasan semata, rasanya tak perlulah jadi cikgu..lebih baik kerja di bidang yang senang naik pangkat dan boleh menentukan apa yang kita mahu atau tidak. Macamana cikgu lama boleh cakap macam tu sedangkan aku yang baru setahun jagung pun sedar tentang semua ni?? Bukanlah aku ni baik sangat pun, cuma aku tak leh dengar apa-apa yang aku rasa tak logik. Ada ke pulak sebab tak mahu orang atas dapat nama, sampai kita nak lingkupkan prestasi sekolah. Pernah dengar ke benda mengarut ni? Maybe he can do that but i still can't. Hehehe obviously aku ni tukang bangkang kat sekolah. Lumrah alam beb, lain orang lain ragam...

Tuesday, July 8, 2008

Tahukah anda..

1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
3. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula dinyanyikan oleh Ricky Martin.
4. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh hanya biasa digunakan room dot dot dot)
5. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
9. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
10. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
11. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
12. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda..........walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya. Hehehhe...
--Krdt to yynr--

Sunday, July 6, 2008

Intel Punya Pasal

Pagi tadi datang lagi pelawat dari Pulau Pinang nak datang melawat ke Bilik KPM-Intel aku. Dan seperti biasa, aku yang tengah berada di dalam makmal dikunjungi dengan pelbagai panggilan telefon suruh aku bersedia di kelas, minta student buka semua CMPC tu dan buat pengajaran. Sengal betul! Macamana aku nak suruh cikgu-cikgu tu bersedia on time dengan P&P menggunakan CMPC kalau kami didatangi tetamu mengejut begini. Siapa aku nak arah-arah cikgu-cikgu kelas tu begini begitu? Dahlah kelas aku banyak terjejas kerana lawatan-lawatan sebegini. Sempat juga lepas perasaan kat Cikgu Nik, aku kata kenapa..dah tak ada orang lain lagi dah kat sekolah tu sampai asyik-asyik aku kena...asyik-asyik aku yang kena layan tetamu jauh semata-mata aku penyelaras kelas KPM-Intel. Padahal aku bukannya mengajar kelas tu. lagipun kalau alasan aku lebih pakar dalam penggunaan Master Program di kelas tu, rasanya ada 13 orang cikgu yang pergi kursus tu dulu. Await aku deh yang kena. Kelakar pun ada masa kat makmal, bila Cikgu Nawi call, aku kata kejap lagi aku datang. Cikgu isa call, aku kata aku dah on the d way. Padahal aku selamba aje mengajar kat lab. tapi cukup 6 7 kali call mencurah-curah masuk, student aku pulak yang berbunyi. Siannn cikgu...takpelah cikgu...orang dah panggil tu pergilah. Heheheh asam boi betul student tu. Padahal depa dah boring dah dengar amylase, lipase, protease dan segala-gala suffix -ase yang keluar dari mulut aku tak henti-henti..mata memasing dah macam mata cicak kubing. layu jeee..jangan kata diaorang, aku pun sama. Enzyme-enzyme ni memang aku alergik sikit. So bila dah student kata camtu, terpaksa aku stop kelas dan berlari pecut 100 m dengan penuh keayuan ke bilik KPM-Intel. Dahlah pecut, shortcut belakang Pusat Sumber pulak tu. Sempat pula dengar ada orang menyiul fasal nampak aku lari. Heheh student manalah yang kurang asam tu. Tapi time tu buat muka derkk je...asal nak sampai tepat sebelum orang Pinang tu datang. Kalau tak berbakullah leteran mak nenek tersedia untuk aku..Hahaha macam-macam..

Friday, July 4, 2008

Realiti...malunyer

Aku pernah pernah berbicara dalam blog lama yang aku agak malu jika ada orang yang terapat membaca novel aku. Antaranya ialah ahli keluarga sendiri terutama mak dan ayah aku sendiri. Meskipun mereka tak membacanya tapi cukup sekadar jika mereka menyentuh kulit novel DDH dulu, betul-betul buat aku segan sedikit. Mungkin kerana blurp di belakang kulit novel yang disediakan oleh pihak ibook sendiri rasanya sedikit 'hot' dan menarik perhatian Adik-adik aku pula mujurlah bukan dari jenis yang suka membaca novel cinta. Thank god for that. Kurang gangguan, kurang bertanya dan segala-galanya. Mulanya aku berniat mahu kekal menulis as a silent writer, tapi beberapa minggu sudah anak murid aku sibuk bertanyakan tentang novel aku yang berada di perpustakaan negeri. Jumpa jugak mereka akhirnya. Dan antara ayat yang disuarakan oleh salah seorang dari mereka ialah...romantiknya novel cikgu. hehehehe..merah beb kulit muka ni. Walaupun ditanya berkali-kali, aku buat tak faham je..Bukan tak nak bagi novel DDH yg masih ada beberapa buah dalam simpanan, tapi mengenangkan mereka akan menghadapi SPM tahun ni yang tinggal lebih kurang 4 bulan sahaja lagi. Hehehe alasan sebenarnya. As their teacher, aku memang tak mahu anak murid aku baca novel aku sebenarnya. Pertama bukan sahaja sebab exam mereka tapi juga kerana masalah aku segan orang yang aku kenal baca hasil karya aku. Beberapa guru di sekolah juga sudah menempah novel yang akan keluar nanti. Entah bagaimana mahu menghalang dan membuat alasan supaya mereka tak membacanya. Teruk betul aku ni..tapi realitinya memang itulah yang aku rasakan. Segan sekali...bagaimana agaknya penulis-penulis lain berhadapan dengan hasil karya mereka yang dibaca orang yang terdekat dengan mereka. Kalau ada, kongsilah dengan aku ya..

Wednesday, July 2, 2008

Mirage..antara nampak dan tidak nampak.

Mula serius menulis tahun 2004 semasa di UM dan mula menerbitkan buku pertama November 2007. Kira-kira dah tiga tahunlah aku mula serius menulis. Tapi mula-mula menulis dulu, aku tak pernah terfikir pun nak terbitkan manuskrip-manuskrip ni. Hantar ke syarikat penerbitan pun secara main-main je atas desakan dan pujukan my sis. Now kenapa bila aku ada sebiji buku yang dah keluar, sebiji buku yang tersadai serta sebiji lagi on coming serta beberapa lagi yang dipegang oleh penerbit, tetiba aku rasakan langkah aku ni tak betul sebenarnya. Kenapa jadi penulis di blog sendiri rasanya lebih gembira dan puas dari jadi penulis yang ternanti-nanti karyanya bila nak keluar? Tetiba aku rasakan aku dah buat satu mistake. Mungkin aku sepatutnya tak payah susah-susah jadi penulis yang mempunyai buku sendiri. Cukuplah kalau aku jadi penulis yang menulis di blog untuk diri sendiri. Senang tak payah fikir banyak dan tak payah rasa bersalah pada orang lain. Buat teman-teman yang setia menanti novel-novel ini diterbitkan, maaf banyak-banyak kerana saya sudah tidak tahu bagaimana harus menjelaskan. Mulai sekarang, hentikan pertanyaan anda sebab saya takkan mengupdate sesuatu yang saya tidak pasti. Kalau novel saya sah sudah ada di pasaran dan mata saya melihatnya sendiri di rak buku, baru saya war-warkan pada anda semua. Jika tidak, anda hanya akan nampak diri saya yang berdiam diri sahaja pada pertanyaan anda. Hope semua setuju yek!!

Wednesday, June 25, 2008

Selamat Hari Bapa.

Meskipun agak terlewat menyambutnya tahun ini, tapi aku pastikan aku mengucapkannya di hadapan abah. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, tidak ada hadiah kali ini dek kesibukan kerja yang tak putus-putus. Dan satu lagi mungkin kerana adik-adik aku yang lain, masing-masing berada di Kuala Lumpur. Apapun aku sedang menanti kepulangan my sis untuk satu surprise party untuk abah kami yang tersayang. Hopefully this surprise will be landing soon at our home. Untuk abah, kami ucapkan SELAMAT HARI BAPA. Thanks for being our understanding father and we wish you GUD LUCK for your new bussiness. Jaga kesihatan, jaga diri dan ceria selalu.

Wednesday, June 4, 2008

My Loving Sister

This is my lovely sister yang kerjanya asyik duduk di depan komputer saja. Aku dulu dalam usia 14 tahun tak pernah terfikir nak duduk lama di hadapan komputer just untuk friendster, facebook, art generator, imeem, design image dan macam-macam lagi. Tapi dalam usia 14 tahun my sis ni memang dah expert dengan term-term dalam komputer yang tak payah diajar lagi. Even sekarang aku galakkan dia berjinak-jinak dengan blog dan multiply. Betullah sekarang dah zaman advance IT yang mana kalau tak tahu buat, maka memang malu! Mujurlah bidang kerja aku sekarang related sangat dengan IT. In fact aku buka laptop aku sendiri tiap-tiap hari. Mungkin perangai dulu yang sukakan komputer turun pada adik-adik aku. Kalau bukan sebab ikut permintaan ayah ibu suruh aku jadi cikgi, mungkin sekarang aku dah jadi salah seorang proggramer atau It Technician agaknya macam member aku Ziha. Dulu memang rasa menyesal juga tinggalkan bidang Computer Science untuk mengejar cita-cita yang tak pernah aku impikan. Tapi aku selalu belajar jadi positive thinker. Tapi inilah dunia aku sekarang. Seorang individu yang meninggalkan bidang Computer Science untuk jadi seorang guru sains. But one more thing, satu impian yang aku tinggalkan lama dahulu rupa-rupanya telah menarik aku kembali pada satu impian yang lain pula. And now this is what i am. Dan untuk sepuluh tahun akan datang, aku akan tetap di sini menulis untuk kalian semua selagi ada yang sudi membaca!....

Cuti yang kian kehabisan....

Dah lama tak edit blog....bukan tak mahu tapi tak ada masa. Punyalah banyak kerja nak buat. Kelas tambahan, semak kertas exam, rekod markah then hantar kat sekolah pula. Hari ni bila semua markah dah siap baru rasa boleh bernafas. Kan bagus kalau ada orang boleh cipta satu sistem exam yang tak payah menulis banyak-banyak, tak payah cikgu semak, tak payah monitor exam, tak payah bimbang murid meniru, pendek kata semuanya tak payah! Tapi mimpilah kalau betul ada sistem macam tu...jenuh aku nak tunggu next future kot-kot ada.
Cuti pun dah tinggal sikit. Aku pun tak tahu selain dari buat kerja kat atas, apa lagi yang dah aku buat sebenarnya? Nak cuti lama kat tempat lain pun tak boleh lama. Ada aje halangan. Tapi yang nyata, menulis pun dah tak ada masa. Bila cuti sekolah dah berakhir, lagi masa tu tak ada. Jealous betul kat orang yang ada banyak masa kat rumah. Kalau aku jadi orang tu, dah tentu projek menulis aku sentiasa on 24 hours. Bebaru ni aku sibuk dengan projek mengumpul buku-buku Ramlee Awang Mursyid untuk dibaca. Dah baca banyak tapi masih ada beberapa yang aku miss termasuklah Ungu Karmila. Teringin betul nak baca tapi sampai kat kedai, buku tu out of stock. Waaa...menangis tak berlagu aku. Aku dah lah tak ada masa nak membaca...tetiba mood membaca tu ada...buku pula takde. Last-last aku ulang baca Cinta Sang Ratu. Baya pula tiba-tiba call aku nak tanya buku aku Sakti Cinta dah keluar ke belum, sebab dia nak cari. Aku cakap kat dia tak payah carilah...fasal aku pun tak tahu bila nak release buku tu dari gudang Ibook tu. Dia minta aku syorkan satu buku best fasal dia tengah ada kat kedai buku so dia pun sama tengah mood nak baca buku. Aku pun dengan penuh confident syorkan kat dia buku Bukan Cinta Biasa keluaran Kaki Novel. Sbnrnya aku tak tahu pun buku tu best ke tak tapi ikut review ramai org kata best. So sengaja aku cakap nama buku tu coz manalah tahu bila aku pi Kuala Lumpur lagi, bolehlah aku pinjam baca. Hehheh jahat kan? Tapi syukur alhamdulillah, dia hantar mesej balik kata buku tu memang berbaloi sampai menangis-nangis dia malam tu. Aku nak kata apa lagi? Terkedulah jawabnya...hehhee takpe untung aku boleh baca nanti.

Tuesday, May 20, 2008

Nasib Guru Zaman Sekarang...

Guru Dapat Aib
Oleh : Ahmad Shahrul Nizam Muhammad

KUALA LUMPUR: Hanya kerana memberi amaran kepada seorang murid akan melondehkan seluarnya, seorang guru terpaksa menerima aib ditahan empat anggota polis di kelas selepas perhimpunan pagi di sebuah sekolah elit, baru-baru ini.Lebih memeritkan apabila guru dari sebuah negeri di pantai barat itu terpaksa meringkuk semalaman di sebuah balai polis, di sini.Dia hanya dibebaskan selepas mendapatkan kerjasama seorang individu berpengaruh yang dikenalinya kira-kira jam 9 pagi.Kejadian bermula apabila guru lelaki lingkungan 30-an terbabit memberikan kata dua kepada murid tahun dua itu seluarnya akan dilondehkan kerana melanggar disiplin sekolah secara berulang.Murid itu, anak sebuah keluarga yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat, diberi amaran itu kira-kira jam 3 petang.Bagaimanapun, murid terbabit yang dikatakan sering menimbulkan masalah di kalangan rakan memaklumkan kepada bapanya yang turut mempunyai hubungan dengan pihak tertentu.Sumber memberitahu Harian Metro, bapa murid terbabit tersinggung dengan kata-kata kasar guru itu terhadap anaknya.Malah, katanya, bapa murid terbabit mendapat kerjasama daripada seorang saudaranya yang juga anggota polis yang dipercayai bertindak terhadap guru terbabit.“Saya terkejut apabila guru terbabit dibawa menaiki kenderaan polis selepas ditahan di kelas kira-kira jam 8 pagi sebelum dibawa ke sebuah balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.“Saya percaya penahanan guru itu ada kaitan dengan tindakannya memberi amaran akan melondehkan seluar seorang murid di sekolah itu.“Memang kejadian itu sungguh memalukan guru berkenaan, terutama ketika ditahan di depan murid dan guru lain,” katanya.Menurutnya, walaupun pengurusan sekolah itu cuba merayu kepada anggota polis supaya dihentikan penahanan itu, tetapi tidak berjaya.Guru terbabit yang tidak sempurna anggota kakinya akibat kemalangan jalan raya dikatakan terkejut sebelum dibawa ke balai polis bagi diambil keterangan.“Saya difahamkan dia ditahan di lokap sebelum guru itu menggunakan pengaruh seorang kenalan bagi membebaskannya,” katanya.Sumber itu berkata, bapa murid terbabit sanggup menggunakan tindakan yang tidak masuk akal untuk memalukan guru berkenaan.“Sepatutnya, sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, bapa murid itu perlu memikirkan tanggungjawab seorang guru berbanding bertindak mengikut telunjuk anak yang terlalu dimanjakan,” katanya. Dia kecewa kerana sekolah contoh itu dicemarkan dengan insiden yang sungguh memalukan apabila seorang guru dibiarkan bermalam di lokap hanya kerana menasihatkan muridnya. Sumber itu berkata, guru terbabit sedang berbincang dengan keluarga dan rakan bagi mengambil tindakan sewajarnya terhadap bapa murid dan anggota polis terbabit terbabit.“Pengurusan sekolah cuba mengelak kejadian itu diketahui media dan Kementerian Pelajaran bagi menjaga imej sekolah itu,” katanya.Menurutnya, tindakan segera perlu diambil bagi membantu guru berkenaan selain menjaga imej profesion perguruan yang semakin menjadi sasaran pihak yang tidak senang dengan peranan guru.Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II, Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan penahanan guru terbabit oleh beberapa anggota polis di sekolahnya.Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan sebelum sebarang tindakan dilakukan.
 

Template by Blogger Candy