Gedung Novella

Selain menulis novel, saya juga giat dalam menghasilkan e-novel-enovel di blog khas saya dipanggil Gedung Novella (klik untuk melawat). Malah kebanyakan novel-novel saya berasal dari e-novel yang saya garapkan di dalam blog tersebut. Antara e-novel yang masih dan sedang ditulis ketika ini ialah Mitos Cinta Suria, Sayangku Casper dan Kasihku Arina 2 (lanjutan dari novel Kasihku Arina terbitan Buku Prima)

Saya menggemari pelbagai genre penulisan dan setakat ini telah mencuba sebahagian besar genre yang ada seperti cinta, kekeluargaan, komedi, sains-fiksyen, thriller, seram dan sebagainya. Oleh kerana minat yang amat mendalam terhadap dunia fantasi maka saya dan beberapa orang teman telah menubuhkan sebuah blog dipanggil Rumah Fantasi (klik untuk melawat). Blog ini merupakan blog e-novel yang khusus kepada karya-karya berbentuk sci-fi, fantasi, thriller dan seram. Matlamat utama Rumah Fantasi adalah untuk menghimpunkan senarai penulis-penulis fantasi yang berbakat agar dapat diasah dan saling bertukar idea atau pandangan. Setakat ini Rumah Fantasi mempunyai sekelompok penulis-penulis yang terlibat secara aktif dalam penulisan karya-karya berbentuk sains fiksyen.

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com