UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

Monday, September 1, 2008

And I Hate You So

Boring punya fasal, aku sempat menonton sebuah movie Hong Kong bertajuk 'And i Hate You So'. Mula-mulanya tengok sekadar mahu hilangkan mengantuk, tapi awalan cerita yang agak menarik membuatkan aku terus menonton. Kisahnya simple sahaja berkaitan pertemuan antara dua insan bertelagah hanya kerana sebuah rekod lagu lama.

Kisah Lulu Ng dengan Cheung Yung yang menghiburkan dan agak kelakar sebenarnya. Lulu Ng seorang columnis sebuah akhbar yang hidupnya menulis..menulis dan menulis. Dia yang baru ditinggalkan kekasih menjalani hidup seharian di sebuah apartment bersepah yang menjadi sarang tikus dan lipas. Tapi kunjungan Lulu Ng ke sebuah kedai menjual barang-barang terpakai menemukan dia dengan sebuah rekod lama yang pernah dihadiahkannya pada bekas teman lelakinya CH. Sememangnya dia marah kerana CH dengan mudah membuang rekod lagu yang menjadi lambang percintaan mereka. Dia akhirnya cuba membeli rekod tersebut, malangnya rekod itu telah dibeli seorang DJ bernama Cheung Yung yang handsome, lebih bersih dari Lulu tetapi angkuh dan punya keyakinan diri yang tinggi.

Kerana marah Cheung Yung tidak mahu menjualkan rekod itu kepadanya, membuatkan Lulu sakit hati dan menghentam kredibiliti Cheung Yung sebagai Dj di ruangan kolum yang ditulisnya. Apabila Cheung Yung terbaca, dia pula naik marah dan seterusnya menjadikan radio sebagai alat untuk menghina Lulu. Dan sejak itu bermulalah perang kolum dan radio sehingga menarik perhatian audiens. Masalahnya hanya satu sahaja...kedua-duanya tidak mahu mengalah sedangkan yang direbutkan hanyalah rekod lama yang murah sahaja.

Moral story ni kat sini ialah supaya kita lebih menghargai orang yang berada di hadapan kita, lebih dari orang yang telah pergi. The past is past, tetapi dalam movie ini Luna tidak mahu melepaskan kenangan cinta pertamanya terhadap CH meskipun masih ada Cheung Yung. Apa yang menarik hati aku ialah satu dialog antara Luna dan CH di dalam teksi dalam perjalanan ke airport.
Luna : Kau masih ingat kenapa kita berpisah dulu?
CH : Entahlah, sudah lama. Aku sudah tidak ingat. Apakah kerana kita bergaduh?
(Luna menggelengkan kepala)
Luna : Bukan, sebabnya ialah kerana kita sudah berhenti bergaduh seperti di awal pertemuan. Kita tidak pernah lagi bergaduh sewaktu menonton wayang bersama. Kita juga tidak bergaduh semasa makan bersama. Sehingga akhirnya kita lupa kewujudan antara kita berdua.

p/s : mungkin benar kata orang, pergaduhan bukan bermakna membenci tetapi sebenarnya menyayangi. Kerana itu ada kata-kata yang menyebut, "perasaan benci adalah perkataan yang paling dekat dengan cinta."Renung-renunglah...

0 comments:

 

Template by Blogger Candy