Coretan Penulis

Sejak bila menulis? Macamana masa mula-mula menulis? Macamana kumpul idea? Siapa pendorong utama? Ni semua soalan-soalan klise yg sering diajukan dalam email aku oleh pembaca yang baru mula membaca karya-karya aku.

Sebenarnya sejujurnya aku tak pernah terfikir nak smpai ke tahap ini dan dah menulis sepuluh buah novel. Rasanya waktu mula-mula involve dalam penulisan ni, aku cuma terfikir nak asah bakat aje. Yup mana-mana kawan yang mengenali diri aku pasti sudah tahu tentang aku yang mula menulis sejak  di bangku sekolah lagi. Tapi waktu tu karya-karya aku hanya dibaca oleh teman-teman sekolah sahaja, Merekalah pembaca dan pengkritik pertama. Waktu itu aku dah simpan hasrat untuk jadi penulis. Tak sangka tuhan perkenankan hasrat aku itu. Tapi cita-cita aku tak besar mana pun. Aku cuma nak novel aku dibaca orang aje. Bukan untuk tempah nama besar macam penulis2 lain.

Sekarang ni aku dok fikir kenapa aku suka menulis waktu dulu ya? Last-last baru aku tahu, rupa-rupanya sebab aku sedih ketika itu. Aku bencikan asrama, aku bencikan tempat yang aku pergi tu. Semuanya! Dan aku tak tahu mcmana nak lepaskan rasa benci itu kecuali dengan mencatat sesuatu pada kertas seperti sebuah diari. Dari hari ke sehari, diari aku makin tebal dan aku dapati aku semakin suka mencoret sesuatu. Dan entah sejak bila aku menukar gaya penulisan dengan mula menulis sesuatu yang aku khayalkan. Of courselah yang aku tulis itu cerpen-cerpen pendek. Kelakarnya cerpen-cerpen itu disukai oleh teman-teman sekelas dan sering bertukar-tukar tangan ketika itu. Bila melihat karya aku dibaca dan disukai, aku jadi semakin bersemangat untuk menulis. Sedar tak sedar sebenarnya aku dah menulis hampir lima belas tahun lamanya.

Hidup setiap manusia sudah ditakdirkan dan berada pada setiap garisan yang betul dalam destinasinya..aku percaya hidup aku juga sudah ditakdirkan untuk semua ini. Mungkin kalau bukan sebab aku dihantar belajar di tempat yang jauh dari rumah oleh family, mana mungkin aku sedar tentang minat aku yang mendalam terhadap penulisan. Dan kalau bukan family juga yang mahukan aku menjadi guru, mana mungkin aku sedar kini bahawa aku benar-benar menyukai profesion ini. Guru dan penulis adalah profesion terbaik yang pernah aku miliki dalam hidupku.. Thanks abah , ama dan adik-adikku. Love u always..

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com