Sunday, September 7, 2008

Memori Negara Serumpun

Hmm entah apa yang nak dicatatkan ya...lagipun dah tiga minggu aku balik dari sana...fikiran pun dah jadi suam-suam kuku. Tapi tadi sempat belek-belek friendster budak bertiga ni.

Antara ketiganya..hanya Ben yang tidak mengupload gambar. Aiza ngan baya rupa-rupanya dah buat album perjalanan kami dalam friendster masing-masing. Bila ditanya aku bila lagi, ntahlah.. (jawab ngan muka toya. hehehehe). Tapi hari ni tergerak hati pula nak merakamkan kenangan kami semua semasa di sana.

Day 1, kami bertolak ke LCCT tepat pukul 4.00 pagi. Ben drive ke Seremban, sbb kat sana dia minta temannya hantarkan kami ke LCCT untuk flight pukul 7.05. Dalam perjalanan, kami sempat singgah gerai mamak pukul 5.00 pagi makan nasi lemak ngan kopi o. Mana taknya...sebab semuanya excited nak pergi...boleh kata semua orang tak leh tidur malam sebelum tu. Yang lelap hanyalah adik aku yang tepi longkang pun dia boleh tidur. Hehehe..Pukul 7.05, memasing dah masuk dalam flight. Tapi await pulak tayar kapal terbang bocor ka? Pukul 8.30 baru flight jalan. Sampai kat sana Pak Basuki, the handsome one dah menanti. Kami dibawa melawat Taman Fantasi Anchol. Tiket dia RM35 kita. Walaupun mahal tapi berbaloi. Bestnya kat sana sebab dapat tengok pertunjukan Singa Laut, Ikan Paus dan macam-macam lagi. Bermulalah sesi gambar-bergambar yang paling hebat di abad nih. Yang paling suka bergambar dah tentulah Ben. Hampir semua muka dia terselit dalam gambar-gambar kami.

Lepas tu kami singgah di Cempaka Emas, sebuah pusat beli belah.Kata Pak Basuki, ramai orang suka ke Mangga Dua di Jakarta, padahal barang-barang yang murah ada di Cempaka Emas. Lepas shopping buku di Gramedia, kami jalan-jalan di sekitar Cempaka Emas. Memang murah barang-barang di situ, tapi mungkin mood shopping kami belum muncul. Kat sini pun ada Giant, tapi anehnya kosong je. Rasanya mungkin sebab kebanyakan mereka kat sini tak mampu membeli belah di Giant agaknya. Aku dan Aiza sempat tibai perkakas-perkakas Maybelline kami yang hanya RM28 kat sini, berbanding kat Malaysia dah sah-sah harganya RM46 ke atas. Kemudian, kami pergi soru tengahari. Masa nak pesan makanan, semua confuse sebab semua tak tahu apa ke benda yang kami boleh makan kat situ. Last-last Pak Basuki juga yang tolong order. Tapi bila sampai lauk, kami terkejut beruk tengok ayam goreng bersama kepalanya sekali dalam pinggan. Hahaha.. Malamnya selepas makan Seafood, kami check in di Batavia Hotel. Hehehe cantik hotel ni, besar pulak tu. Acara bebas.
Day 2, lepas sarapan kat Batavia...Pak Basuki jemput di mana lepas ni kami nak ke Puncak. Tapi dalam perjalanan kami sempat singgah ke Monas, tugu kebanggaan rakyat Indonesia. Di sepanjang perjalanan kami bertemu dengan perarakan di mana menurut Pak Basuki, Indonesia akan menyambut hari kemerdekaan pada 18 Ogos, iaitu hanya beberapa hari saja. Then, kami bergerak ke destinasi kedua iaitu Taman Budaya Indonesia, di mana ditempatkan banyak model rumah-rumah Indonesia mengikut region. Tapi tak larat nak pergi semua. Kami hanya sempat melawat Rumah Bali, Minang dan Yogja. Kat sana aku dah mula beli cenderamata-cenderamata untuk di bawa pulang. Kami makan hidangan Nasi Padang kat sebuah restoran. Sedap sangat! Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Taman Safari. Best taman ni tau sebab boleh bagi makan binatang melalui tingkap kereta sahaja. Patutlah Pak Basuki suruh kami beli lobak kecil yang dijual di sepanjang perjalanan. Kebanyakan binatang kat sini bebas bergerak kat mana saja mereka suka. Even harimau pun mereka tak kurung, cuma kita tak dibenarkan buka tingkap kereta..then lepas tu kami pergi ke Gunung Berapi Tangkuban Perahu di mana sepanjang perjalanan, Pak Basuki tak habis-habis cerita fasal lagenda Sankuriang yang jatuh cinta pada ibunya sendiri. Kiranya gunung Tangkuban Perahu tu ada lagendanya sendiri la. Singgah kat masjid atas bukit (aku dah lupa nama daa) untuk tunaikan solat. Then kami balik ke Hotel Surya Indah. Lepas makan malam, kami keluar pergi makan jagung bakar ngan air kopi kat warung-warung kecil di Puncak. Malamnya kami berkaraoke di Surya Indah sampai pukul 12 malam. Heheh yang paling kuat melalak, aku ler...semua lagu indon aku tibai nyanyi. Reti tak reti tolak tepi.

Day 3, kami bertolak ke Bandung. Jumpa beberapa rombongan malaysia dalam perjalanan. Kami singgah beli makan segera di Cianjur. Banyaknya biskut cam nak beli semua. Hahaha. Perjalanan kami lancar je tapi semakin bertambah sejuk. Rupa-rupanya baru aku tahu Bandung tu sejuk tempatnya, mungkin sebab terletak di tanah tinggi. Kami di bawa Pak Basuki untuk shopping-shopping di Factory Outlet yang memang banyak sekali. Aku sempat beli beg tangan di Elizabeth House dan beli baju serta dompet untuk saudara mara. Sebelum tu kami juga singgah ke Rumah Batik yang khabarnya tempat ekslusif untuk pelancong-pelancong. Tapi tak banyak yang menarik kat Rumah Batik. Then lepas tu kami pergi makan tengahari yang cukup enak sebelum sambung shopping. Lepas tu makan lagi. pendek kata kat Bandung tu tak ada istilah hayati suasana, kepala asyik ingat nak shopping aje. Check in di Hotel Ahadiat yang berupa cottage yang mengadap ke arah sebuah tasik. Pemandangannya boleh tahan menarik juga.
Day 4, lepas sarapan di hotel Ahadiat, kami sempat bershopping sekali lagi sementara menanti waktu pulang ke Kuala Lumpur lebih kurang pukul 12 tengahari. Sempat bertukar-tukar hadiah dengan Pak Basuki yang sabar melayan kerenah kebudak-budakan kami ni. Sampai di KL pukul 3.30 petang. Kawan Ben jemput kami tapi lepas tu kami tak terus pulang ke rumah, sebaiknya ambil keputusan ke Kajang kerana tiba-tiba saja aku nak makan sate kajang. Hehehe..itu jerlah report yang sempat. Kalau tulis panjang-panjang kan...blog ni kena kuarantin plak...bagaimana pun memang best sesekali berjalan kat sana. Percutian seterusnya insya allah akan dirancang dalam masa terdekat. Salam sayang Anita Aruszi

4 comments:

Anonymous said...

Hah..baru dapat tgk.udah lama menunggu diuploadkan..hehe.Siapa kah yg tinggi lampai dan hensem itu?hehehe..itu ker pak basuki?

Mazni Aznita said...

alahai..bukanlah jue..itu my frenz, Ben nama omputeh dia..shamrul azhar nama malay. hihihi masuk jue dah dekat sepuluh orang kat indon tu kata dia mamat indon..siap kata dia tu pemandu pelancong kami lagi. hahaha nasib ko ler ben...

Anonymous said...

soklan.... yakin ke ayam kat sana 100%?? sbb my fren indon sellau cakap..jgn kata halal itu haram,haram itu halal.. bismilah saja kalau makan di indon.. he he he..
tapi saya yakin dgn status halal ayam + daging kat indon.. sbb saya ddk dalam kelompok indon setiap hari..trajisssssss.

NAY..

Mazni Aznita said...

hahaha begitulah perasaan kami bila nampak ayam goreng berkepala tu..heheha. terpaksa redha dan yakin. Tapi menurut driver kami, retsoran tu halal tapi apa pun lebih baik baca bismillah dulu kan nay...

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com