UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

Friday, December 11, 2009

Musuh Ketat

Terengganu dah bebas dari taun… gitulah yang ditayangkan sepintas lalu kat kaca televisyen. Sejak dua minggu yang lalu, aku dipesan jangan minum air di luar. Takut terkena!! Bayangkan aku kalau keluar wajib jalan-jalan cari makan kat kedai-kedai yang jarang dikunjungi. Sebab tu badan pun dah mengembang. Lepas ni boleh jadi pengacara jalan-jalan cari makan pulak. Tapi sebab ramai sangat yang mengingatkan, jadi mahu tak mahu kenalah turutkan iya tak..

Dua hari sebelum pengumuman tu, sempat juga aku dan adik-adik singgah makan kat sebuah restoran yang belum kami jelajahi. Sebab aku masih batuk jadi aku pesan horlick panas saja, My sis Aiza pun pesan minuman yang sama. Tinggal adik aku Wawa sahaja yang mintak sirap limau. Baru seteguk dia minum, tiba-tiba kitaorang teringat kat pesanan penaja. Wawa dah tension dah, sebab dia sempat minum air tu seteguk dua. Kami yang kakak ni bukan nak tenangkan dia sebaliknya mengusik lagi kata habislah dia minum ais time-time penyakit taun ni merebak. Dia tanya aku apa tanda-tanda taun tu. Aku kata entah..sakit perut kut. Betul ke? Hahahaha..

Lepas tu air sirap tu dah tak laku dah. Ditibainya air horlick aku sampai habis. Balik rumah, tiba-tiba dia sakit perut. Kitaorang apa lagi, lagi kuat mengusik dia. Kata dia ni mesti sakit perut sebab minum air sirap tu. Tak pun sakit perut sebab kena gigit dengan kucing kat restoran tadi. Hehehe..

Adik bongsu aku ni ada satu penyakit takutkan kucing. Dia kalau jumpa kucing memang fobia habis. Pucat lesi muka macam jumpa hantu. Peliknya mana-mana dia pergi dengan aku, aku perasan mesti ada banyak kucing duduk keliling kitaorang (duduk kat adik aku sebenarnya). Dah lama aku perasan sebenarnya benda ni. Cuma malas nak sebut aje. Teringat kat satu magazine yang aku baca lama dulu. Isi magazine tu sebut, kalau kita takutkan sesuatu..benda yang kita takutkan tu macam boleh tahu yang kita takut kat dia. Lagi kita takut lagi dia nak datang dekat kita. Masalahnya kucing ni bukan setakat datang dekat adik aku, malah siap gesel-geselkan bulu dia lagi kat kaki adik aku. Mana lah orang tu tak kecut perut. Puas halau, datang lagi. Lagi pelik orang lain kat kedai makan tu relax je, kucing tu tak usik pula. Pernah satu malam, ada sampai lima ekor kucing datang dekat adik aku tu. Tak pelik ke kalau selalu sangat jadi macam gini. Hiii supernatural nih..kikiki..Dia dan kucing memang tak boleh dipisahkan lagi.


Sebut fasal fobia ni, teringat pulak aku kat diri sendiri. Aku pun ada fobia jugak. Tapi fobia aku ni satu je. Lipas! Kalau ada lipas depan aku, aku gerenti terlompat-lompat sebab terkejut. Tak tahulah dari kecil lagi aku memang tak suka lipas. Tapi kalau tikus orait pulak. Hari tu kitaorang buat operasi pemburuan tikus besar-besaran kat rumah, orait je aku join dengan abah aku buat perangkap. Ini yang kenit pulak yang aku trauma. Rasanya si kenit ni dah jadi musuh azali seumur hidup aku la. Rasanya aku sorang aje kat rumah tu yang terlompat-lompat kalau nampak si kenit ni. Family aku yang lain relax je, siap boleh lalu depan kenit ni main salam-salam lagi. Pernah dulu aku tengok rancangan Fear Factor kat TV. Ada satu group tu kena pilih nak kunyah cacing ke atau nak kunyah lipas. Hidup2 plak tu. Aku nampak je diaorang kunyah lipas tu..aku dah tak tahan dah..terus masuk toilet dan zaasssss...Heii menyampah tahap maksima dah aku kat si kenit tu. Dalam banyak-banyak orang, apasal aku sorang aje yang selalu dikejar-kejarnya...Agaknya sebab tu aku sorang je yang faham perasaan adik aku yang memang pucat tengok kucing.
P/S : tapi dalam takut-takut..aku bangga jugak sebenarnya. Fasal dalam banyak-banyak benda, benda ni je yang aku mampu buat musuh. Hehehe..

6 comments:

Nazeera Balqis said...

salam,
ni 1st time komen..hehe
samala,saya pn sgt tkut dgn lipas.klu ada lipas mmg x ckup tanah lari.yg herannya lipas ni asik kejar sy aja,adik lain xda pla.geram btul.bkn geli dgn lipas,tp takut!!

p/s-sgt syg dgn kucing.kak anita kim slm dgn adik akk yg tkut kcing tu.anywy,sy suka bca blog ni.;)

ANITA ARUSZI said...

haha sama-sama..mmg k nita bukan geli tp takut sangat-sangat..masa kecik dulu ada kawan k nita kata lipas ni makhkluk asing sbb ada sesungut mcm antena kat depan tu..haha...

Keluduk said...

kikiki...pecah rahsia, takut lipas rupanya cg kita nie. aku pulak forbia kat ular. Tak takut, tapi geli..

ANITA ARUSZI said...

hehe nak buat camana..sejak azali begini..hari tu lipas merayap kt kaki saya, mcm nak menangis dibuatnya..haha kecoh sekejap satu rumah..

tp dalam dunia ni, even benda tu kecil atau besar, tp klu kimia dalm badan ni kata..ha takutlah dikau dengan benda itu, kalau sekecil semut pun pasti kita gerun..

twitweety said...

hahah.. sebijik macam ida... memang dari kecik ngeri tengok lipas.. punye takut sampai bau dia pun buleh kenal sebatu jauhnye.. tih tih.. defense mechanism tuh.. kebolehan bau dari jauh supaya buleh melarikan diri.. tih tih..:)

ANITA ARUSZI said...

haha ini lagi teruk..boleh bau smpi sebatu..wah kagum2..hihih ni kira dah terikut2 dgn the sense of vampire kut...

 

Template by Blogger Candy