Sunday, January 31, 2010

Macamana Nak Download Video Dari Youtube?

Beberapa hari yang lepas aku macam nak gila mencari cara nak mendownload video dari Youtube. Video yang aku nak download ni nak digunakan dalam kelas Sains aku sebenarnya. Tapi seperti semua dah maklum, kita dah tak boleh download video dari Youtube kecuali lah kita share dan berkongsi URL video itu menerusi email. Tapi kalau kita nak guna video tu di tempat yang takde internet, tentulah embedded video tu langsung tak boleh guna.

So macam biasa dalam tempoh 24 jam, aku menggunakan kepakaran IT aku yang tak seberapa ni dengan mencari cara terbaik supaya aku dapat mendownload video yang aku hendak. Berjam-jam aku mengadap internet. Novel dah tolak tepi time tu. Yang mana penting didahulukan. Dan video tentang 5 sensory organs in human system tu memang aku hendak sangat sebab itu satu-satunya videoclip yang paling comel, paling senang nak ingat dan paling colourful pernah aku jumpa. Sesuai sangat untuk ditunjukkan pada student-student aku di dalam makmal.

Alhamdulillah setelah berpenat lelah, akhirnya aku dah tahu cara yang paling senang nak download video-video tu semua. Bagi guru-guru yang nak gunakan video-video dalam internet yang tidak boleh didownload melalui cara biasa, maka aku dengan rela hati (hehehe..) bersedia untuk berkongsi ilmu IT ini untuk manfaat kita semua terutama untuk anak-anak didik kita. Adui semangat la pulak..

so inilah caranya..senang sangat, tak payah pening kepala pun!

1) Mula-mula anda kena download perisian Applian FLV Player sebab hanya perisian ini sahaja yang boleh digunakan untuk menonton video yang sudah didownload. Media Player atau VLC Media Player tak boleh. Ini link untuk download FLV : link

2) Lepas tu cari video dalam youtube atau apa-apa sahaja enjin pencarian dan copy url untuk video tersebut.

3) Buka link untuk Youtube Video Online Download Tool (YVODT)

4) Paste URL video yang hendak didownload dalam ruangan 'URL' dalam YVODT. Kemuian klik perkataan 'Link'. Dekat bawah perkataan URL itu akan keluar link-link baru untuk download (warna merah).

5) Right click pada perkataan download berwarna merah.

6) Klik Save Target AS pada folder yang anda mahu. Tunggu proses download sampai selesai. Done..

Senang kan? Cubalah! Tak rugi anda cuba sebab ini kemahiran yang amat berguna bagi sesiapa yang nak gunakan video-video ini untuk tujuan yang bermanfaat. Aku pun memang nak post kaedah ni di blog ni supaya aku senang nak mencarinya. Manalah tahu aku terlupa nak menggunakannya suatu hari nanti, sekurang-kurangnya boleh rujuk kat sini.. Hehehe..tamat sudah pelajaran IT kita hari ni. Cikgu nak pergi makan pulak!! Lapar dah ni!!

7 comments:

f. said...

Kalau ada Real Player pun boleh download video from Youtube. Much easier :D

m.k.z.e said...

tepuk tangan 10x

pas nie blh la jd

cikgu IT

:)

Mazni Aznita said...

dulu boleh download terus dr youtube farah, tp sekarang dh tak boleh..dulu pun k nita selalu buka youtube dan kt video yg kita tonton tu belah atas kanan akan kluar perkataan download, tp skrg dah takde..tu yg kena guna kaedah lain tu..

Mazni Aznita said...

hehe.. saya dah 3 tahun jd salah seorang guru IT kt sekolah..kena jg bilik akses sekolah..

f. said...

oh, dlu farah pnye pn jd mcm tu. lpas tu tuka version real player, skrg ok balik :D

Al - Mu'allim said...

salam...

em, macam complicated je cara yang cikgu tunjukkan tu.

sebenarnya ada cara yang lebih mudah, cikgu. Oleh kerana cikgu menggunakan utube ni untuk manfaat anak-anak didik kita, saya perturunkan sedikit pengetahuan yg xseberapa ini.

Ok, bila cikgu berkenan dengan sesuatu video youtube tu, cikgu hanya tukarkan perkataan youtube kat address bar dia dengan voobys. Kemudian tekan enter, cikgu akan ke web voobys. dekat web voobys tu, ada icon download. klik je.

Mudah dan senang, satu langkah je.

Mazni Aznita said...

salam al-mualim,

terima kasih kerna berkongsi ilmu anda..sewaktu artikel ni ditulis sehingga kini, sy dah menemui cara yang paling mudah untuk download video youtube. mungkin kita boleh bertukar2 cara yg paling mudah..

yg dlm artikel sy tu mmg complicated bebenor..tp yg ni lagi senang..baru2 ni sy terjumpa perisian Cucusoft Youtube Mate nama nya..cute kan nama ni. sy download aje..tak berat pun..ringan aje

lepas tu add kan aje link video yg nak download tu..Cucusoft ni akan download sec automatik..kekadang tu sy letak link smpi sepuluh..pergi makan..tak smpi pun 15 minit, sepuluh video yg sy nak tu dah tersimpan dlm folder khas..yg ni rasanya paling best guna. Laju pun laju..cuba yek sesiapa nak cuba..

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com