UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

Thursday, January 7, 2010

Pagi Ceria...

Pagi tadi tengah sedap-sedap tidur, my friend mesej..suruh buka laptop dan tengok link ni..aku pun follow je..wah terus mengantuk jadi hilang berganti rasa seronok pulak bila tengok Street Vendetta tersenarai antara 20 bestseller di Carta MPH. Alhamdulillah..meskipun ini hanya perkara kecil tapi menyuntik semangat yang besar untuk aku menulis.

Sebenarnya aku jarang buka website MPH ni..pertama sebab aku tak pernah beli buku online, kedua aku selalu tak jumpa buku-buku aku di senaraikan di situ..macam hilang ghaib ditelan bumi je. Dan lastly memang aku tak yakin pun buku tu boleh jadi bestseller gak macam buku-buku lain. Hehehe...

Apapun buat sesiapa yang dah membeli dan membaca Street Vendetta, terima kasih yang tak terhingga. Kalau bukan sebab anda yang membeli dan membaca Street Vendetta, sudah pasti si penulis ini takkan berhenti tersengih sepanjang pagi ini. Hehehe dah gila agaknya aku ni!!!

17 comments:

m.k.z.e said...

ok lah 2 nita

selalu MPH tunjuk 1 - 10 jer (kl kat kedai)

tepuk tangan 10x

;)

Anita Aruszi said...

hehe walaupun berada di tangga ke-13 dari 20 tapi rasa macam lega.almaklum bukan senang nak duduk dlm carta tu dalam ratusan buku baru setiap bulan. KUrang-kurangnya saya tahu ada juga orang nak beli buku tu..alhamdulillah..

setalunya susah kita nak tahu perkembangan novel2 kita kalau dr mulut publisher. Yelah laku ke jual atau tak laku..publisher tertutup sikit kalau nak bagitahu penulis ttg sambutan pembaca..

sy gembira tau sbb apa amarul? hehe klu buku laris..itu maksudnya royalti saya pun banyak sikit agaknya..hahaha..

Anonymous said...

Saya la salah seorg pembeli SV.... dah dua kali ulang baca

Anita Aruszi said...

hehe thnks anonymous..klu anda perempuan rasa macam nak peluk2 cium..

kalau anda lelaki, meh kita pi dating.Hahahaha...

m.k.z.e said...

kl mcm 2

blh belanja saya sekali

bila dpt royalti 2

;)

farahusain said...

anda penulis romantik komedi yang best! hehehe..serius cakap. awak memang pandai tulis genre macam ni. tgk je citer casper tu. penggunaan ayat-ayatnya bersahaja je..
tahniah sebab berada dalam carta. heheh...teruskan berkarya...

Anita Aruszi said...

che farah meh nak citer satu rahsia kat che farah

sbnrnya kita tak reti nak tulis style2 gitu..tapi agaknya bila menulis tanpa ada tekanan dan tak ambil peduli fasal ayat2 dia..tu yg jd sempoi agaknya..haha

Anonymous said...

kalau dah top 20 tuh , royaltinya pon cantekkk... tahniah! murah rezki kau. - tengkuchil

Anita Aruszi said...

salam amarul,

haha boleh no hal punya..hehehe

Anita Aruszi said...

salam tengkuchil,

wah lama tak nampak awak kat forum..n kat sini..sihat ke?

Anonymous said...

as-salam, sihat jugak, bila rasa bosan cam nih aku lepak blog kau as a silent reader aje. -tengkuchil

Anita Aruszi said...

amboi masa bosan je lepak sini..ms tak bosan lepak dengan awek-awek kat forum pulak kan..hehe

Hanya Aku Dihatimu.. said...

bestnya kan nita tu lah menulis jangn berhenti terus ja menulis..hehehhe,kita jadi pembaca ja...senyum sampi besuk nita..hehehe...

twitweety said...

hai.. congrats on the great news.. setiap kali ida pi bookstore, mesti g kat bahagian malay novel cari nama mazni.. so proud of u..:)

Keluduk said...

wah!!! ini sudah bagus. Tahniah cg! Moga ianya menjadi perangsang untuk idea seterusnya.

tumpang gembira...

sue said...

betul nita, bukan senang nak carik buku u kat MPH. tak pasti kenapa.

Anita Aruszi said...

salam liza,
seronoknya saya ada pembaca dari brunei..walapun tak smp lagi brunei..tapi asal buku sy sampai dah ler..

salam twitweety,
thanks ida..ida n cikgu keluduk je kt sek tu yg byk bagi moral support..

salam cikgu keluduk
harap2 sokongan dari kawan-kawan akan terus mencetuskan semangat utk terus menulis.

salam sue,
bebaru ni sya ke MPH..saya ada nampak 4 novel saya di MPH..BS, RB, HR dan SV..rasanya novel2 ibook je yg takde kat situ..yg lain ada

 

Template by Blogger Candy