UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

Wednesday, March 11, 2009

Teachers Lore 2

Apasal aku berdebar ya? Dari malam semalam aku tidur lambat. Pukul 4.30 baru tidur..lepas tu solat dan sambung tidur lagi. Tapi seawal pagi sekolah hubungi aku minta aku ke MidTown Hotel untuk menghadiri Bengkel Pemurnian Teachers Lore. Dalam keadaan mamai yang tidur 2 3 jam sahaja, aku paksa juga diri ni bangun bersiap. Kali ini bengkel kedua ini diadakan untuk memurnikan bahan-bahan cerpen yang kami tulis pada minggu lepas. Kak Siti Hawa pun ada sekali. Minggu lepas dia tak ada kerana sibuk ke kursus lain anjuran JPN. Kak Siti Hawa ni bekas wartawan Wanita dan Karangkraf dan juga seorang penulis skrip untuk RTM. Hebat kan!
Minggu lepas masa aku ke bengkel ni, aku duduk sebelah Tuan Faridah, penulis novel Seteguh Karang yang menjadi teks rujukan untuk pelajar-pelajar tingkatan 5. Excited sangat dapat jumpa dia. So pagi tadi masa aku bersiap-siap nak ke bengkel ke dua ni, aku plan nak bawa kamera untuk ambil gambar dengan Kak Faridah, tapi bengkak betul hati aku...adik bongsu aku dah kebas dulu bawa ke sekolah. Melepas aku nak bergambar dengan Kak Faridah. Tadi kami duduk sama-sama lagi dengan Kak Siti Hawa sekali. Macam biasa orang lain sibuk buat kerja, kitaorang pula sibuk berborak. Kak Faridah ni baik sangat orangnya dan lemah lembut.
Baru aku tahu rahsia dia yang rupanya dia tak boleh menulis direct di hadapan komputer. Dia kena tulis dulu point-point dia tu dalam kertas kosong. Lepas tu baru transfer kat komputer. Terbalik dengan aku, aku lak tak boleh tulis atas kertas kosong tapi direct terus pada komputer. Kalau orang beri aku sekeping kertas dan suruh tulis atas kertas tu, then korang datang lagi dua tiga jam..insya allah kertas tu tetap kosong macam sbelumnya. Aku blurr kalau nampak kertas..itu sebab agaknya tulisan aku buruk coz aku jarang menulis pakai tangan. Tapi kak Faridah ni dah lapan tahun tak menulis. Katanya dia sibuk dengan tugasnya sebagai seorang guru di SMK Bukit Tunggal serta kerana urusan rumahtangga. Sememangnya inilah selalunya masalah yang aku dengar dari beberapa orang penulis yang dah kahwin. Jarang sangat yang maintain kekal menulis sampai bila-bila.
Tapi tadi memang kelakar. Mana taknya macam-macam ragam cikgu cikgi ni bertungkus lumus siapkan cerpen masing-masing untuk dijadikan antalogi sempena Hari Guru peringkat kebangsaan nanti. Dan tadi mereka dah sok sek sok sek nak namakan antalogi tu dengan tajuk Nostalgia. Ada yang sibuk drafkan cover dia la, ada yang baru nak menulis, ada yang nak menulis lagi dan lagi...yang kelakar ada yang datang bawa cerpen yang takde tajuk. Yang ada tajuk pula boleh terbantai tajuk yang sama. Kak Siti Hawa punya cerpen sama dengan tajuk seorang guru lain. Last-last kami pakat fikirkan satu tajuk untuk cerpen dia. Apapun best jugak dapat terlibat dalam projek Teachers Lore ni...walaupun aku punya cerpen sendiri ntah apa-apa tajuknya.

3 comments:

missn said...

salam..
hai k.nita..
dah lama cari cikgu faridah ni..
sbb tertarik dgn novel 'pada garis perkenalan' tulisan tangan dia..
tp syg x abis bc...=(
sedang mencari2 novel tersebut yg memg da di stopkan pengeluarannya..=(

eherm..
ada kontek dia x? ape2 cara sekali lah..
=)

Anita Aruszi said...

k nita ada no dia..tp kena bagitahu dia dulu la klu nak call dia..sbb kadangkala ada org tak suka klu kita bg no tel dia merata tempat..hehe jd k nita tak berani nak bg sebarangan..tp nanti k nita tanyakan dia dulu...tolong ingatkan fsl hal ni klu k nita lupa yek..

missn said...

k.nita...
segan la nk contact pkai no..
huhu..
saya pemalu..(yo yo o je)

emel de x?
blog ke?
hehe...

 

Template by Blogger Candy