UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

Tuesday, March 31, 2009

April Fool! Terkena Korang!

Hehehe..kejap je dah masuk April. So disebabkan hari ni 1 April, maka aku dengan niat jahatnya mengkantoikan 3 orang adik aku yang pelbagai perangai dan feel..lepas ni aku mesti kena maki punyalah sebab mendedahkan muka-muka depa ni kat publik sehingga ditonton oleh rakyat Malaysia.Hahaha..

Sebenarnya saja je aku rancangkan pelan ni tanpa pengetahuan mereka. Dalam diam-diam tadi aku kongkak pc adik aku dan curi gambar-gambar yang entah bila la diaorang ni ambil. My sis tanya gak tadi..buat apa tu? Hehehe..pandai-pandailah cover line..nak hidup kan. Kalau nak tahu, inilah 3 stooges yang ada dalam hidup aku. Hehehe..

Yang pakai tudung biru sebelah kanan atas tu adik aku Aiza yang kini tengah sambung master dia kat Kustem. Dialah yang aku seret ke mana aje aku pergi sampaikan baru ni buat promosi Kaki Novel kat Melaka, dia jugalah yang ikut. Orangnya very sensitif tetapi ringan tulang gak nak menolong. Bebaru ni dia busy bebenor smpi nak nampak batang hidung pun malam-malam aje, maklumlah tengah sibuk siapkan project paper..
Yang sebelah kiri ni my sis yang no 3. Zura namanya. Dia ni kecil-kecil aje orangnya. Sekarang tengah belajar kat UNIMAP tahun akhir. Baru je habis praktikal dan tak lama lagi ada la seorang jurutera dalam familiy kami ni. Tapi mulut dia lancang sikit...banyak yang dah terkena..termasuklah aku! Hehehe....

Yang paling bawah ni my sis yang paling bongsu. Wawa namanya. Dia sekarang tengah get ready nak ambil PMR. Aku selalu pening tengok dia sebab aku tak tahu apa ke benda yang dia tengah belajar sebenarnya. Tapi dia ni paling manja ngan aku ler coz sejak kecik lagi aku manjakan. Sekarang je aku plan nak rotan-rotankan dan cubit-cubitan sikit nak bagi dia rajin belajar. Hobi utama dia ialah suka curik kamera aku dan posing macam-macam gaya. In fact gambar kat sebelah tu pun sebenarnya gambar posing dia yang entah ke berapa ratus kali agaknya! Pening den dibuatnya...

So buat adik-adikku yang bertiga...APRIL FOOL!! Jangan mare kalau nampak gambar-gambar ni terpampang kat blog ni..hehehe...Tak baik marah-marah nanti lekas tua!!
P/S : Buat sesiapa yg melihat perkataan 'lancang' tu sebagai maksud yg kasar. Sebenarnya maksudnya 'laser' dan ianya just gurauan antara adik beradik. Perkataan laser tu sesiapa sahaja guna di zaman sekarang ni. Dalam Melodi pun ada guna. Just aku guna lancang menggantikan istilah ini. Dalam kamus dewan pun ada. Kalau ada yang salah faham, clearkan mind anda dan fikir secara positif ok!

5 comments:

asfa86@blogspot.com said...

wah..wah..memang patut kena april fool buat durang nita..sekali sekala masuk blok nita satu malaysia dia urang terkenal..salam untuk aiza..dalam 3 urang adak mana satu yg muka macam nita?rasa2 macam aiza tak?

ANITA ARUSZI said...

hahaha..ramai org kata muka kami ni cam sama..pergi mana2 pun gitu juga orang sebut..

tp kitaorg selalu belek muka depan cermin sambil tertanya2 apa yang sama?? Hehe....

Jue said...

weii..knita..Aiza tu sebiji mcm k.nitalaaa..ingtkan gambar k.nita..hehehe

ANITA ARUSZI said...

ala..jue, dah byk org dah yg ckp macam tu sejak kitaorang ni kecik2 lagi..hehehe..

sama ke? peliknya tuan punya badan pun langsung tak rasa camgitu..even rizal kaki novel pun cakap kitaorg ni serupa sgt mcm kembar..hahaha..

mamashilla said...

Haah...mula2 ingat tu gambar nita
tapi lepas baca rupanya, aiza.

Apa2 pon semua mereka tu cantek2
belake kan..!

 

Template by Blogger Candy