Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidil Adha..

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat ahli keluarga tercinta, jauh dan dekat..serta buat teman-teman tersayang. Moga perayaan tahun ini memberi erti yang cukup besar pada diri kita semua akan makna sebuah pengorbanan.

Dan bagi tiap-tiap umat Kami tetapkan ibadah (korban) atas apa yang Kami rezekikan kepada mereka berupa binatang ternak, agar mereka ingat akan nama Allah. Maka Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha-esa, maka dari itu berserah dirilah kepada-Nya. Dan berilah kabar baik kepada orang yang rendah hati (22:34)

Tuesday, November 24, 2009

Hujan Oh Hujan!

Hujan makin lebat, air makin naik, tidur pun makin sedap! hehehe....

Setelah hari-hari mengadap TV berita fasal banjir, akhirnya Kuala Terengganu hampir nak bah dah..hari-hari hujan lebat, astro pula hari-hari mengongggg. Jangan kata takde kena mengena..mmg ada!! Aku tension dengan Astro daa!!! Kalau macam ni terus, nampak gaya aku kena potong siaran Astro kat rumah aku tiap-tiap kali musim tengkujuh. Habis musim tengkujuh, sambung la balik. Agak2 valid tak buat gitu?

Menurut berita terbaru, beberapa buah kawasan di Kuala Terengganu dah dinaiki air dan ada sebahagiannya yang dah dipindahkan ke kawasan penempatan. Kasihannya pada mangsa-mangsa banjir ni. Zura kat Pekan mesti risau takut tak leh balik beraya hujung minggu ni. Makcik pakcik kat kampung mesti risau lembu-lembu diaorang mati lemas sebelum kena sembelih.Hehehe...

Family aku dah sibuk bincang fasal banjir ni. Yalah kalau air naik, kereta nak simpan kat mana..dah la ada tiga biji kat rumah tu. Barang-barang kat tingkat bawah nak usung ke tingkat atas pakai apa? Hehe..mcm-macamlah. Tiap-tiap hari kami kena alert! Maklumlah tengah sedap-sedap tidur, tak fasal-fasal tidur dalam air plak nanti..Tapi aku kan ada. So aku la tukang alert nya!

Tapi aku kesian dengan budak-budak yang nak periksa SPM dan STPM ni. Sebab aku jaga periksa dalam keadaan hujan lebat so aku tahulah. Diaorang terpaksa protect kertas exam masing2 dari tempias hujan yang lebat menggila sambil menjawab. Dahlah sejuk beku sampai menggigil dibuatnya. Jangan kata mereka je yang kena hujan, kitaorang yang mengawasi peperiksaan pun turut terkena tempias.

Kami para pengawas peperiksaan pun dah tak reti macamana nak cover bilik-bilik tu dari tempias hujan. Sesetengah sekolah memang tak ambil peduli langsung pada tingkat nako bilik-bilik darjah yang susah nak ditutup. Kalau satu dua tu boleh kita kata terlepas pandang, ini hampir semua tingkap tu tak boleh ditutut.Kut ya pun apa salahnya suruh pekerja sekolah betulkan tingkap tu sebelum exam..tiap-tiap tahun exam dalam keadaan hujan dan tiap-tiap tahun mereka tahu students jawab exam di bilik yang sama, takkan cikgu-cikgu sekolah tu langsung tak cakna. Apa daa..hehe jahat kan! Aku pergi sekolah orang, lepas tukutuk pulak!! Tapi sebenarnya bukan kutuk, aku cadangkan je..nanti aku ingat nak sebut la sepatah dua idea bernas aku ni kat pengetua sekolah tu..hehe chewaahhh semangat pertiwi sungguh!

Friday, November 20, 2009

New Moon Upcoming

Aku suka cover kat atas ni sebab nampak klasik.
'Bella nampak innocent sangat.
Sejak aku baca New Moon sampailah Eclipse..aku tak tahu kenapa aku lebih suka watak Jacob dari Edward. tetiba aje The Wolf nampak lagi macho dari The Bloodsucker. Haha jangan mare ya peminat Edward..


Alamak makin tak sabar nak menantikan twilight Saga : New Moon. Aku dah plan dah dengan adik-adik aku nak pergi tonton New Moon. Sebab aku kena jaga budak-budak yang ambil SPM so aku kena curi-curi masa terluang nak menonton. So far aku dah habis baca keempat-empat siri Twilight ni. Ida cadangkan aku baca Midnight Sun, tapi aku sempat baca sedikit sahaja tentang Renesmee. Nak sambung baca tapi SM dah delete lak chapters untuk Midnight Sun sebab ramai yang copy cerita ni (menurut ida la).

Camna pun untuk mengubat kerinduan dan ketidak sabaran hati aku ni, tetiba rasa nak upload gambar-gambar poster dari New Moon untuk tatapan yang sama-sama menantikan kehadiran New Moon di pawagam. Dah tak lama kan? Hehe..

Sunday, November 15, 2009

Komitmen 24 jam


Tinggal seminggu sahaja cuti sekolah. Lepas ni semua orang bercuti panjang. Nampak macam best kan? Yalah cikgu-cikgi nak bercuti panjang. Tapi hakikatnya hmm..tak best langsung.Apa taknya lagi dekat nak cuti, lagi kepala aku ni serabut dengan pelbagai benda nak kena selesaikan.

Aku cuma ada ahad, isnin, selasa, rabu dan khamis. Ahad aku ada program, Isnin aku ada taklimat peperiksaan Selasa .je masa nak uruskan pelbagai benda sebelum bercuti. Rabu dan Khamis pulak aku kena jaga SPM. Bayangkan macamana aku nak selesaikan semua benda dalam satu hari? Aduihh berat dah kepala ni. Mana fikir nak hantar buku rekod mengajar lagi, nak selesaikan register kehadiran pelajar, nak uruskan pemulangan buku teks pelajar2 aku, nak serahkan komputer pada makmal lagi dan macam2 lah nak kena urus. Hari-hari terakhir sekolah sebelum cuti memang merupakan hari-hari sibuk bagi seorang guru.

Masalahnya kalau tahun lepas, aku relax je selesaikan semua kerja berdikit-dikit. Cukup tempoh seminggu kira boleh selesailah semua tu. Tapi dalam minggu ni, satu hari je aku berada di sekolah. Bermakna satu hari tu rasanya nak makan dan minum pun tak sempat. Silap2 hari bulan nak kerling kat kawan sebelah pun tak menyempat..Apa nak buat? Siapa suruh aku jadi cikgu? Hah terima ajelah nasib sodih aku ni!! Update sikit je lah ya..sebab lepas ni aku nak mempersiapkan diri aku jadi robot selama 24 jam pada hari Selasa ini. Haha inilah padahnya kalau asyik gilakan siri terminator kat AXN tu..Chaiyok kat diri sendiri untuk komitmen paling getir dalam minggu ini. Sayonara buat e-novel seketika!!

Sunday, November 8, 2009

Musim Demam


Not in the mood...kesian tgk kakak kena paksa makan ubat. hakikatnya aku sendiri benci makan ubat. hihihi..

Tuesday, November 3, 2009

Dopamine Go To Hell...

Dah lama tak update blog, kadang-kadang malas ni datang tak diundang. Internet di Bilik Akses aku di sekolah still di tahap cikai. Sebab tu aku selalu tak dapat nak reply sapaan kawan-kawan di shout n chat. Kalau balas tu maksudnya aku dah balik rumah time tu. Sorry ya kalau ada yang merasakan tahap keramahan aku tu dah menurun. Hehe...Masa ni la membuak-buak dalam dada ni nak pergi Celcom dan kebas broadband satu supaya aku dapat terus melekat kat komputer ni dua puluh empat jam..
Sepanjang bulan ni saja aku rasa aku ni clumsy betul. Minggu lepas aku baru aje langgar pasu bunga kat depan kantin sekolah aku. Besar pulak tu pasu tu. Habis calar kereta aku tapi sikit aje la.. Yang kasihannya of course la pasu tu sendiri yang pecah berderai-derai macam kena langgar dengan kereta kebal. Hihhi.. Tak cukup dengan tu aku terpatahkan pula kerusi kat meja aku sampai patah riuk...Kawan-kawan mengusik, camanalah boleh duduk atas kerusi tu sampai patah? Kerusi tu punyalah kukuh buatannya. Kalau beli satu, duduk sampai tua pun tak patah-patah lagi. Jawab aku, pertambahan berat badan daa....(aku memang kuat makan sekarang ni)..

Hari ni pulak final exam dah start, sebab subjek pun dah habis diajar, jadi aku dah mula belek-belek beberapa buah bahan bacaan untuk dibaca.Nanti kalau budak dah habis exam, dah sah-sah aku terpaksa memerah otak semak kertas exam pulak. Last-last aku tarik buku Rose Harissa@ Nora Ismail. Actually aku dah buat speed reading dah (ikut istilah yunix) cerita Serasi Di Hati. Tapi entah macamana aku teringin nak baca lagi. Bagi aku ceritanya sangat menarik dan best. Aku jatuh hati kat Zarul, kasihan kat Edrinaz dan benci gila pada Zalina dan Syamsul Azman tu (sula aje lelaki macam ni. Siapa sokong angkat tangan!)

Aku baca lagi cerita ni sebab ia mengingatkan aku pada suatu keadaan yang mungkin sama tapi tak serupa. Kalaulah aku boleh syorkan cerita ni untuk dibaca oleh insan-insan yang aku kenal ni. Malangnya aku tak mampu nak bersuara, nanti dikatakan busy body pulak. Tapi kadang-kadang rasa kasihan dan simpati pula. Pelik kan? Perkahwinan sepatutnya sesuatu yang membahagiakan, ada persefahaman dan menerima diri isteri/suami tu seadanya lagi-lagi bagi orang yang berkahwin kerana cinta. Tapi kenapa ianya tak begitu? Salah siapa sebenarnya? Maaflah aku memang tak pandai bab-bab kahwin ni, tapi mata aku memang sangat peka walaupun nampak aje aku buat muka selamba dan tak kisah kat orang.

Masa aku belajar dulu, lecturer aku pernah cerita tentang 'Dopamine', bahan kimia dalam badan yang merangsang perkara yang menimbulkan kegembiraan dan passionate contohnya dalam cinta atau bila buat sesuatu yang menggembirakan atau bila kita suka pada makanan yang kita makan. Semuanya ada kaitan dengan Dopamine. Tapi kadar Dopamine dalam tubuh seseorang akan mula berkurang setelah dua tahun. Pada ketika ini tahap keghairahan seseorang pada sesuatu akan mula berkurangan. Begitulah kalau tak salah. Tapi kalau salah maaflah, maksudnya dah sah-sah aku tidur masa kelas Biokimia dulu. Apa yang aku maksudkan ialah, mungkinkah tempoh dua tahun adalah tempoh penentu untuk kebahagiaan sesebuah perkahwinan? Setelah dua tahun, cinta pada pasangan akan mula luntur dan ketika itu akan timbul pelbagai krisis. Semua ini pernah dibincangkan dalam kelas aku tu sewaktu di UM.

Mulanya aku memang tak percaya. Tapi ada beberapa contoh yang aku lihat sendiri dari orang-orang terdekat dengan aku. Bayangkan cinta bagai nak rak, tapi tup-tup bila kahwin, semuanya dah jadi hambar. Seperti kisah Edrinaz dan Syamsul Azman.Dan waktu itu aku terfikir, mungkin dari segi saintifik, itulah penyebabnya. Dopamine! Tapi kalau kita merasakan ada sesuatu kekurangan pada pasangan kita, tolong jangan salahkan Dopamine. Kalau pasangan itu pandai melahirkan rasa cinta dengan perbuatan, hadiah dan ungkapan kata-kata..Dopamine will go to hell! Jangan sesekali dikalahkan oleh Dopamine!

P/S : Sangat kagum dengan cikgu keluduk yang sangat loving dengan wifenya..suami mithali ni! Juga sangat kagum dengan one of my friend at school yang sangat penyabar dengan husbandnya. Merekalah orang-orang yang tak terkalahkan oleh Dopamine!!

Wednesday, October 21, 2009

Susahnya Nak Buat Orang Faham...

Beberapa hari ini sebenarnya aku rasa agak terkilan sedikit. Tapi untuk elakkan perasaan terkilan ini bercambah menjadi celaru, maka aku sibukkan diri dengan menyelesaikan report PEKA Sains anak-anak murid aku. Tapi perasaan sedih itu tetap terasa...

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa. Sebenarnya adik aku Aiza dah masuk hari keempat berada di wad di Hospital Besar Kuala Terengganu. Dia dibawa masuk ke hospital setelah muka dan kedua belah kakinya bengkak-bengkak. Sebenarnya ini bukan kali pertama mukanya bengkak-bengkak begitu. Kali pertama dulu, kami ingatkan ia sekadar alergik pada sesuatu. dan selepas dia pulang dari Kuala Lumpur kerana temankan adik aku interview, dia macam tak sihat dan demam-demam. Dua hari dia MC dan tak pergi mengajar.Tapi lepas habis MC, dia mengajar macam biasa. Tapi bengkak kat muka dia tak surut-surut. So kami hantar dia ke klinik. Dan doktor di klinik syorkan kami terus bawa dia ke hospital besar untuk pemeriksaan sebab doktor syak dia mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan paru-paru berair.

Sekarang ini hari keempat dia menjalani pelbagai ujian. Hampir tiap-tiap hari dia kena suntik dengan 4 atau 5 jarum suntikan. Kasihan pula aku tengok dia. Tekanan darah dia pula punyalah tinggi sehingga mencecah 154/110...even ayah aku yang mengidap darah tinggi pun tak kena setinggi itu. Dahlah kelmarin aku sempat menatap seorang jururawat yang suntik ubat pada adik aku punyalah kasar sampai adik aku dan berkerut-kerut tahan sakit.

Apa yang aku terkilankan ialah aku tak boleh kerap melawat dia sebab aku sekolah petang. Pukul 12.30 dah turun nak pergi sekolah dan balik pulak pukul 6.30 petang. Sedangkan masa melawat di hospital ialah 12-2 dan 5 -7. Kelmarin sahaja aku pecut dari sekolah dekat 100km/j untuk sampai ke hospital melawat dia. Tepat pukul 6.50 aku sampai ke hospital dan tak keluar-keluar dari wad dia sehingga dekat pukul 8 malam. aku buat tak peduli je bila ada nurse jeling-jeling aku. Pedulilah asal aku nampak adik aku cukuplah!

Satu lagi benda yang aku terkilan ialah fasal cuti. Kelmarin aku cuba minta-minta cuti dengan pihak pentadbir sekolah (petang) sebab nak ambil turn jaga adik aku, lagipun aku kasihan kat adik aku Zura yang terpaksa berulangalik ke hospital. Lagipun CRK aku banyak lagi, dan last aku ambil CRK ialah pada bulan 8 masa konvo adik aku kat Perlis. Tapi malangnya tak diberi.Alasannya...buat apa nak jaga adik, kan dah ada jururawat di hospital tu. Biarlah jururawat tu yang jaga. Begitulah bunyi kata-kata itu ditujukan pada aku. terus-terang cakap telinga aku memang berdesing mendengarnya. Terkedu dan terkecewa...lagi-lagi diucapkan oleh orang yang juga sakit. Aneh kan!

Mudahnya orang lain bercakap kalau bukan jatuh pada ahli keluarga sendiri.Kenapa hendak diharapkan jururawat yang ada di hospital untuk jaga ahli keluarga kita? Kitalah yang sepatutnya ambilberat tentang ahli keluarga sendiri. Kita yang sepatutnya temani dia dan beri kata-kata dorongan padanya. Sebab bagi orang sakit, ahli keluargalah yang mereka nak tengok, bukannya muka jururawat yang bersepah kat hospital tu. Terfikir juga aku, apakah selama ini waktu dia dimasukkan ke hospital tak pernah ditemani ahli keluarga, hanya jururawat sahaja yang menjaganya barangkali!

Aku pun jadi pelik, kenapa nak halang aku ambil CRK yang memang hak aku? Lagipun aku nak cuti ikut peraturan. Kali terakhir aku ambil CRK bulan 8 bermakna CRK aku ada jarak-jarak masa yang dibolehkan. Dan aku nak ambil CRK bukan nak pergi holiday atau pergi shopping kat mana-mana. Aku cuma nak habiskan masa dengan adik aku sahaja. Salahkah? Kalau tak nak beri sekalipun, janganlah buat keluar ayat yang boleh buat airmata aku mengalir.

P/S : Patutlah orang lain minta cuti tak pernah melalui dia..Ada sebab rupanya..aku yang terlebih hormat konon-kononnya..Maaflah kalau ada kengkawan satu sekolah yang terbaca luahan ni.. Aku tengah sedih dan kuciwa ni..

Friday, October 16, 2009

Selamat Hari Ulangtahun BS


Hari ini genap setahun novel yang sangat memberi erti pada aku iaitu Bunga Syurga di pasaran. Dan dalam tempoh setahun ini aku bersyukur sangat sebab novel ini masih diterima dan dibaca oleh segenap lapisan wanita pelbagai bidang kerjaya. Malah perasaan gembira tak dapat digambarkan dengan kata-kata bila novel ini diulang cetak dan masih terdapat di rak-rak buku. Ini menandakan kehadiran aku di dalam bidang ini rupa-rupanya diterima oleh para pembaca. Syukur alhamdulillah.

Antara banyak-banyak novel aku, Bunga Syurga boleh dikatakan sebagai antara novel terawal aku yang berada di tangan pelbagai penerbit dan mengalami pelbagai masalah yang boleh membuatkan aku hampir putus asa sebenarnya ketika itu. Sepertimana aku yang mula bertatih dalam bidang ini (masih bertatih sebenarnya), aku kurang arif dengan mana-mana penerbit sehingga aku mengharapkan sebuah syarikat penerbitan yang kurang dikenali untuk menerbitkannya. Tapi masalah pula melanda apabila syarikat ini mengalami masalah.

Sesudah itu aku lontarkan pula naskah ini pada Alaf 21. Tapi akibat masa yang terlalu panjang untuk menilai naskah ini (hampir setahun), maka aku dengan rela hati dan tanpa confident, melayangkan pula naskah ini pada tangan Kaki Novel. Alhamdulillah bila Rizal dari KN call aku, tuhan aje tahu betapa gembiranya aku ketika itu. Terasa melayang-layang perasaan ini.

Dalam proses editing novel ini, tiba-tiba aku menerima panggilan telefon dari pihak Alaf 21 yang mengatakan akan menerbitkan novel tersebut. Terkejut memang terkejut ketika itu. Bayangkan aku yang langsung tak dengar berita tentang manuskrip aku dari pihak Alaf dan hampir putus asa, tiba-tiba sahaja dihubungi dan diberikan berita yang aku nanti-nantikan sejak hampir setahun yang lalu. Tapi disebabkan aku seorang yang berpegang pada janji, maka aku jelaskan baik-baik bahawa aku telah menyerahkan manuskrip BS pada KN dan takkan sesekali menariknya kembali.Memang kena leter jugalah waktu itu dengan Kak Wan Alaf, tapi nak buat macamana, bukan rezeki aku dengan Alaf agaknya.

Waktu itu ramai juga kengkawan yang mengatakan bodohnya aku. Sepatutnya aku terbitkan manuskrip itu dengan Alaf.Tapi aku buat donno aje dengan kata-kata beberapa orang kawan. Jawapan aku mudah. Sudah bukan rezeki aku! Lagipun aku tak mahu dikatakan mungkir janji dengan pihak KN. Bagi aku yang dah dibesarkan dengan cara begini, janji adalah sesuatu yang harus dihormati dan bukannya digadaikan semata-mata kerana sebuah syarikat penerbitan yang terkenal. Lagipun tak ada salahnya menerbitkan manuskrip dengan KN yang aku kira sekarang sudah boleh dikatakan megah juga namanya, iya tak.

Dan dalam tempoh ini aku langsung tak menyesal memberikan manuskrip ini pada KN. Kerana aku sedar aku dilahirkan bukan untuk jadi penulis yang popular dan menerima royalti berpuluh-puluh ribu. Tapi aku dilahirkan untuk jadi penulis yang benar-benar gembira menulis dan gembira jika ada pembaca yang sudi membaca buku-buku aku.

Buat Bunga Syurga yang amat aku sayang, terima kasih kerana memberi mamamu ini satu keyakinan untuk meneruskan perjuangannya dalam bidang penulisan. Buat KN, thanks kerana menerima aku ketika aku bukan nobody, dan untuk kawan-kawan di blog, terima kasih kerana menyokong dan terus menyokong. Selamat Hari Ulangtahun Pertama Bunga Syurga, harap-harap tahun depan..ia akan terus hadir di rak-rak utama di kedai-kedai buku di seluruh Malaysia.

Tuesday, October 13, 2009

Tribute To Wawa

Hari ni aku just nak share cerita tentang adik bongsu aku. Bukan apa, saja nak tribute kat dia sebab hari ni last day dia selesai menduduki PMR. Dia ni memang comel orangnya (bagi akulah...hehe) n of course la aku cakap begitu fasal dia adik aku. Aku ada banyak nama gelaran untuk dia sejak dia kecil sampailah usianya lima belas tahun. Biasanya gelaran-gelaran yang aku beri akan lekat pada dia. Means.. apa yang aku panggil, itulah yang orang akan panggil pada dia. Kiranya pengaruh aku kuat jugak la dalam family. Salah satu nama gelaran dia ialah Tea Pot. Tapi lama kelamaan kami sebut 'tiput' aje sebab lebih kiut..Hahaha..sikit-sikit ada bunyi siput..we all know that n yet still like the name..

Orangnya tinggi, kurus dan muka pulak kecil aje..lagi-lagi kalau dia pakai cermin mata lagilah nampak muka tu kecil. My other sis kata muka dia memang terover jimat coz semua organ seperti mata, hidung, mulut, telinga dan sebagainya cukup-cukup muat untuk diisi kat muka dia. Tak macam kitaorang ni, letak mata dan hidung..aikk ada lagi space..letak mulut lak..fuhh tinggal lagi space kat belah pipi plak..hehehe ada faham ke?

Dia ni hantu komik, gila kat My Space, meja study dia bersepah giler macam baru kena taufan Ketsana, bila keluar tak suka bawa duit sendiri (sbb dia tahu sangat siapa yang akan bayar), suka benar berfesyen sampai sanggup ikat talileher kat baju dia coz katanya fesyen terbaru. Kalau meja studynya kena hentam taufan ketsana, almari bajunya pula cam taufan palma. And the sweetest thing.. dia suka buat muka blur all the time, terutama masa kena marah dengan kami semua sebab malas nak belajar.

And you know what, tonight aku tanya dia agak-agak berapa A dia boleh dapat dalam PMR tahun ni? Dengan mata masih kat My Space, dia jawab...semua A kecuali Bahasa Inggeris. Hahaha sardin betul. Dalam kepala otak aku kureng2 dia jawab la 4A tak pun 5 A ke..tapi jawapan dia gempak gila. Sama gempak dengan jawapan adik aku zura masa kena interview bebaru ni. Tanya si tukang interview..ada tiga jabatan kat sini, agak-agak yang mana satu jabatan yang sesuai dengan awak? Jawab adik aku tu dengan muka selamba...tanpa diragukan lagi, saya rasa ketiga-tiga jabatan tu sesuai dengan saya.. hehehe poyo tul adik-adik aku ni.Kakak dia? Poyo jugak kekadang! Hihihi...

Wednesday, October 7, 2009

Mini Novella Di Pasaran

Disebabkan internet kt sekolah cari fasal dengan aku dalam dua tiga hari ni, smpai aku tak perasan pula ada update terbaru dari FP tentang Mini Novella karya penulis2 FP yang Kini ada di pasaran. Harga pasaran di kedai adalah RM8.90..murah kan! Sesuai la dengan kenipisannya..So bagi sesiapa yang berminat nak membeli mini novella bukan sahaja karya aku tapi juga semua karya penulis-penulis FP yang lain bolehlah mendapatkannya di kedai-kedai terpilih mulai hari ini.

Kelakarnya hari itu aku baru je bercakap soal ketebalan novel-novel aku, aiseh camna boleh lupa pulak kat mini novella ni yang sebenarnya nipis sahaja. Kiranya inilah hasil karya aku yang paling nipis dengan cerita paling sempoi aku kira. Dan jangan suruh aku hurai panjang lebar apakah isi ceritanya coz aku dah lupa apa benda yang aku tulis. Ada kengkawan aku kata nak beli mini novella ni aku kata tak payahlah..hahaha ada la pulak gitu! Hehe sori bukan tak kasi beli tapi segan daaa....bukan apa rasa cam nak tulis panjang lagi la..hehehe...
BLURB BUKU (tak ingat bila buat ni?)
Kata orang cinta datangnya dari mata, terus turun ke hati. Tapi bagi Kael, cinta tidak semudah itu. Apatah lagi gadis-gadis yang berada di sekelilingnya langsung tidak menarik minatnya kecuali seorang…

Widuri bukan gadis idaman, malah jauh panggang daripada api untuk termasuk dalam senarai gadis-gadis yang diperkenalkan ibunya. Di matanya dia melihat Widuri sebagai si Ugly Duckling. Namun dwi-personaliti Widuri memangkah setiap perhatiannya kepada gadis itu.Apatah lagi sikap Widuri menimbulkan misteri tersendiri sekali gus menimbulkan rasa bingung, curiga dan keliru dalam diri Kael. Apakah misteri itu? Dan, benarkah si Ugly Duckling punya dua personaliti berbeza?

Friday, October 2, 2009

Diugut Anak Murid Sendiri..


Aku macam nak ketawa dua tiga hari ni..why? Bayangkan one of my student ugut aku semata-mata sebab aku denda dia kerana tak bawa buku ke sekolah. Bayangkan pelajar yang sama tak berminat nak belajar, tak bawa buku teks dan buku nota, bercakap masa aku tengah mengajar dan menganggu kawan-kawannya yang lain. Apakah wajar kalau aku jadi cikgu yang hanya terus mengajar tanpa apa-apa respon dengan jenis murid yang begini semata-mata sebab aku dah penat nak menegur? Jawab aku..maaf this is not me..

Aku akui kelas ni baru dua bulan aku ambil dari guru asalnya. Berbeza dengan kelas-kelas yang aku latih dari awal tahun, kelas ini agak sukar mahu dikawal. Aku tahu banyak sangat cabaran mengajar kelas-kelas yang ke belakang kerana mereka semuanya tidak berminat mahu belajar. Ditambah lagi dengan masalah disiplin mereka yang sering membuat ramai cikgu-cikgu pening kepala di sekolah.

Berkali-kali aku katakan dengan diri aku sendiri, yang tak pandai belajar tak mengapa..boleh diajar..tapi kalau murid biadab, guru MUSTI mengajarnya. Bukan hanya berdiam diri atau membiarkannya sahaja. Jika seorang murid biadap dengan gurunya, kemungkinan besar dia mempunyai sikap yang sama terhadap ibubapa dan adik beradiknya di rumah.

Bayangkan pelajar ini sering memberi alasan yang sama tidak bawa buku. Aku pun dah muak mendengar alasan yang sama. Jadi bila aku periksa beg sekolahnya..apa yang ada? Nothing at all. Hanya ada dua batang pen sahaja yang mungkin takkan berguna tanpa sebarang buku. Jadi jenis pelajar yang bagaimanakah sehingga langsung tak bawa buku ke sekolah? Usah katakan buku teks, buku tulis pun dia tak bawa. Beg sekolah dibawa hanya untuk ditunjuk-tunjukkan pada kawan-kawannya agaknya. Jadi seperti biasa, aku beri dia dua batang pen miliknya dan aku ambil beg sekolahnya. Kata aku selagi dia tak bawa buku-buku ke sekolah, aku takkan beri beg dia. Bukannya susah pun, dia ada dua pilihan. Samaada dia bawa buku atau dia takkan dapat balik begnya. Tapi apa yang pelajar ini pilih? Dia pilih untuk mengugut aku di hadapan rakan-rakannya yang lain.

Apa yang dia buat? Dia tenung aku dengan marah sambil mula mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat. Yang paling best dia buat dialog mengugut dalam loghat terengganu. Ini antara dialog dia yang paling gempak.

Dia : Tengok arr kalau aku jupe mung kat luar, mampuih mu aku buat..Siap mung nanti!

Aku terbeliak biji mata dengar ayat yang keluar dari mulutnya. Then apa aku buat? Dengan dialek terengganu juga aku membalas dengan lancar, kejam, sadis dan selamba.

Aku : Oh ada ati nak tunggu aku kat luar? mu pung sama..kalau aku jupe mung kat luar, mapuih mung jugok aku kerjakan. mung ingat mung sorang samseng, aku dok berani? Kalau berani mari la lawan aku kat depan ni.

Aku mencabarnya dengan menggunakan perkataan 'Aku'. Hahaha gempak jugak kan..then lepas tu ada satu beg kosong melayang ikut celah tingkap..ini beg kelima yang aku campak ikut luar tingkap dalam tahun ni sebab kosong takde isi.

Maaflah kalau ada ibubapa yang membaca entry ni beranggapan kata-kata aku terlalu kasar dan ekstrim. Even my mother pun kata aku ni terlalu agresif sebagai seorang guru. Tapi bagi aku yang ada pengalaman mengajar budak-budak begini, kelembutan menasihat sudah tidak ada ertinya bagi jenis pelajar begini. Sepertimana ada pelbagai jenis pelajar di sekolah dengan pelbagai ragam...kaedah untuk menyedarkan pelajar juga perlu pelbagai. Kadangkala kita perlu lembut tetapi kadangkala kita harus juga berkeras dengan mereka.

Bagi aku untuk mengajar pelajar biadab dan 'jahat mulut' begini, kita harus lebih biadab dan jahat darinya supaya dia tahu membezakan siapakah guru dan siapakah kawannya. Kelakarnya satu kelas terlopong tengok aku membalas kata-kata kawan mereka dengan penuh selamba tanpa perasaan takut atau gementar. Apa respon budak itu? Dia diam aje..

Sepanjang aku jadi cikgu, aku dah berhadapan dengan banyak ragam pelajar begini.Tahun ni sahaja aku dah berlawan mulut dengan ramai pelajar yang sewaktu dengan pelajar yang biadap ini.

Bagi aku, kebanyakan yang kuat melawan sebenarnya dalam hati mereka adalah pelajar yang penakut.. Aku paling faham tentang itu. Mereka bangga kalau berjaya menakut-nakutkan cikgu. Tapi kalau ada cikgu yang melawan mereka sekali sahaja, mereka takkan berani lagi bersuara..buktinya? keesokkannya pelajar itu sentiasa mengelak diri dari berjumpa aku kat sekolah..hahaha aku nak tengok aje sampai bila dia mengelak..Mapuihh mung kalu aku jupe!!! (Sedap pula ayat camgitu kalau disebut berulang-ulangkali..haha try ler).

Monday, September 28, 2009

All The Pages...

Kelmarin dalam sibuk-sibuk termenung (biasalah org bekerja kalau lepas raya mesti termenung sana sini, al maklum poket tengah kontang), aku terpandang susunan rak buku-buku di hadapan aku. Banyaknya buku2 yang dibeli di pesta buku tahun ini yang belum habis dibaca. Dah la pesta buku tahun depan dah terasa sikit-sikit auranya.

Tobat aku nak puasa dari beli buku buat sementara waktu sehingga buku2 di rak habis dibaca. Setakat ni buku-buku yang dah khatam ialah Ilham Hati, Viva Sakura, Belahan Jiwa, Mulanya Satu Cinta, Tika Rindu Berlagu, Biarlah YM Berbicara, Di Hujung Ranting dan Aku Ada Kamu. Tengoklah dalam 30 buah buku yang dibawa balik tempohari, tak sampai 10 pun aku sempat baca. Maklumlah masa aku benar-benar terbatas nak habiskan novel-novel tu. Mana nak habiskan kerja-kerja kat sekolah, mana nak curi masa untuk menulis lagi...nak buat macam-macam lagi. Betullah kata orang, aku memang takde sosial life langsung.

Ketika inilah aku dok tenung novel-novel aku pulak. Lepas beberapa saat, aku selongkar gobok aku dan cari pembaris dan tali tape..apa aku buat? Aku sibuk mengukur ketebalan novel-novel aku dengan novel-novel rakan penulis yang lain. Novel yang jadi mangsa perbandingan tentulah novel che rose, Mulanya Satu Cinta dan novel kak zara, BelahanJiwa. Hehe nampak sangat aku takde kerja dan dalam keadaan boring teramat...

Bukan apa, aku selalu over budget dan jadi kemaruk kalau dah start menulis. Ada orang kata buku aku tebal-tebal, sampai sakit tangan mereka nak pegang buku tu. Adui kasihan, aku nak tolong pegangkan pun..jauh di mata (tapi dekat di hati tau!).

Ada orang tanya kenapa aku suka menulis buku tebal-tebal. Jawab aku, bukan aku suka-suka tulis tapi 'tertebal' nak buat camna. Dah aku limitkan ketebalan tu, last-last aku langgar and redah je limitation tu sehingga puas.Tak tahu lah kenapa tiba-tiba bila siap tulis, tebal semacam pulak. Agaknya mungkin sebab bila aku menulis, aku asyik fikir fasal jalan cerita dan bagaimana nak buat penamat yang memuaskan, sebab tu aku tak ingat langsung fasal soal mukasurat.

Kekadang bila tengok novel orang lain antara 400-500 ms je, aku jealous gila. Bukan jealous kat diaorang tapi jealous sebab diaorang mampu melimitkan panjang novel itu sehingga ke had-had yang ditetapkan. Sedangkan aku pula asyik tulis, tulis dan tulis sampai lupa nak jeling pages.Terfikir pula bila tgk novel aku yang setebal 700 ms dengan novel kawan-kawan lain yang hanya 400 ms lebih.

Bayangkan kalau 700 ms tu aku bahagi 2, agak-agaknya aku dah boleh jimatkan masa dengan menulis dua buah novel. Hihihi gitu pulak otak aku fikir! Pening betul nak fikir panjang mana nak tulis. Lebih mudah untuk menulis sahaja mengikut jalan cerita yang terangka dalam otak. Sebab tu bila aku hasilkan mini novella, aku hampir putus asa nak hantar mini novella tu pada pihak FP..bukan apa, seksa nak edit mengikut jumlah ms yang diperlukan oleh mereka. Potong sana, buang sana, tambah sana..adui macam nak gila dibuatnya. Agaknya mungkin itulah mini novella terakhir yang akan aku tulis dengan FP..hehehe..

Tapi bestnya bila tengok novel Kak Norhayati Berahim, Chinta.. novel Kak Lily, Aku Ada Kamu serta novel Rose, Tuhan Lebih Tahu..entah kenapa sejuk sikit perasaan aku. Sebab apa? Kurang-kurang aku tahu bukan aku je tulis novel tebal, diaorang pun tulis novel-novel tebal jugak. Cuma bezanya novel tebal mereka lebih diminati orang dari novel aku..hahaha...

P/S : Tengah curious dan tak sabar menanti novel terbaru aku dengan Kaki Novel, entah setebal mana la pulak novel tu? Hahaha..nampak gayanya aku kena belajar tulis cerita kanak-kanak agaknya supaya aku terbiasa tulis manuskrip yang lebih nipis.KN ampun, aku memang tak reti tulis nipis...rasa macam cerita tak habis dan tak lengkap je..hihihi..

Wednesday, September 16, 2009

Yeay Dah Nak Cuti!

Wah, hari ni cam excited je..al maklum last day sekolah sebelum nak raya. Pepagi ni lepas sahur terus tengok Diari Ramadan Rafique sekejap dengan family aku. Ni drama wajib tonton tiap-tiap kali bulan puasa padahal drama ulangan je. Kalau ada penerbit DRR baca entry aku ni..please..please..buatlah season baru drama ni untuk tahun depan. Sebuah drama yang menghiburkan dan terasa seperti hidup sangat untuk ditonton. Suka muka Rafique yang macam poyo-poyo aje..hehe.

My sis ingatkan aku fsl baju raya yang tersadai lagi kat kedai jahit. Dah dua kali call, makcik tu kata tak siap-siap. Jangan jadi macam tahun lepas dah le..tunggu punya tunggu alih-alih belek baju lama yang paling lawa je buat baju raya. Lepas tu aku teringat pulak kat kek yang aku tempah kat kedai, tunggu nak diambil.satay yang abah tempah lagi..aduii pening plak kepala aku ni..rasa cam berhelai-helai ringgit malaysia akan terbang dari poket aku lepas ni..

Kelmarin keluar jap bawa adik aku wawa beli kasut. Kitaorang sanggup buka puasa dalam kereta semata-mata sebab nak kejar masa takut ramai sangat orang. Jangan tak tahu, kat Kuala Terengganu ni makin dekat nak raya, makin penuh orang di bandar dari pagi sampai ke malam. Abah aku dah phobia dah nak keluar even sekadar nak pergi Giant dan Mydin Mall yang cuma 1 kilometer je dari rumah aku. Kelakarnya konon-konon sempat, padahal bila sampai sana, banyak kereta dah beratur dua line kiri dan kanan jalan..aku pandang adik aku, dia pun dah mula buat muka blurr..last-last dua-dua orang ni balik bodoh aje ke rumah. Esok? Kena fikir strategi baru ni camna nak kejar tempat parking kat kedai kasut tu.

Eii tak sabarnya nak cuti. Rasa cam melayang-layang aje rasa gembira ni. Kertas exam subjek sains untuk lima kelas dah setimbun atas meja aku. Baru selesai 2 kelas yang dah disemak..baki dia aku buat donno aje. Cuba fikir? Siapa yang nak bawa balik kertas-kertas tu time cuti-cuti gini? Sejak dulu prinsip aku tetap sama..kerja sekolah buat kat sekolah aje..jangan nak bawa balik kat rumah. Kat rumah masa untuk family je..

Peliknya aku tak sabar nak cuti bukan sebab nak raya sangat. Tapi sebab aku dah rancang nak sambung projek menulis yang tergendala sepanjang Ramadhan ni..Lepas ni bolehlah concentrate kat novel pulak..cuti..cuti, i really need you...haha apa yang aku repekkan ni??
P/S : atas sebab2 keselamatan dan nasihat rakan2, aku padamkam duit raya tu..hehe langsung tak teringat fsl gabenor..ingat fsl mr.bean je..anyway thanks tzaraz untuk duit raya kat atas tu..tahun depan bagi not seribu pulak ya...tp duit betul la...

Saturday, September 12, 2009

Salam Lebaran Untuk Semua..

Next week semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya AidilFitri 1430H...seperti biasa setiap orang sedang berlumba-lumba memperlengkapkan ibadat mereka di hari-hari terakhir Ramadhan. Berakhir Ramadhan, menyusul pula Syawal yang dinantikan...

Tahun ini sambutan lebaran terasa lebih bererti bagi aku kerana semua baby-baby aku yang tersangkut di salah satu syarikat penerbitan hampir setahun lebih kini semuanya dah keluar. Terasa lega sangat bila jerih-perih kita berjuang memastikan novel-novel itu dikeluarkan seperti yang dijanjikan, berbaloi sudah. Cuma harap lepas ni syarikat tu tak buat diam pulak masa nak bayar royalti aku. Hahaha..ada yang tanya aku apakah aku akan serik untuk berurusan dengan publisher itu? Jawapan aku entahlah..aku tak pandai nak mendefinisikan apa yang aku rasa. Yang pasti harapan aku agar kekecewaan aku pada tahun-tahun sudah takkan berulang lagi kali ini. Bagaimanapun aku doakan yang terbaik untuk semua pihak dan berharap pihak penerbit ini akan bersikap lebih telus pada penulis-penulisnya...kalau tak boleh untuk menerbitkan novel-novel ini, diharap jangan dibiarkan tersadai di meja sehingga bertahun-tahun lamanya. Serahkan kembali manuskrip yang tersadai lama tu supaya penulis boleh mencari alternatif lain. Kasihanilah para penulis yang bersusah payah menghasilkan karya tersebut. Kasihan kan kita ni Kak Non!

Buat publisher2 aku yang best-best seperti KN, FP dan BP...thanks a lot kerana sudi menerbitkan karya-karya aku yang tak seberapa tu. Sesungguhnya aku rasa bertuah sangat dapat bernaung di bawah syarikat-syarikat yang sedang mewarnai dunia penerbitan tanahair. Menjadi sebahagian dari mereka adalah benda terindah yang berlaku pada aku sepanjang tahun ini. Terima kasih juga atas kiriman kad-kad raya tu..wah syok dapat kad raya..kalau tak asyik tgk kad raya digital aje..

Teristimewa buat ahli-ahli keluargaku yang tersayang..abah, ma, amrul, ida, aiza, zura, wawa, sarah dan qistina..cayang kamu semua..thnks atas sokongan yang tak berbelah bagi diberikan pada aku untuk menjadi sebahagian dari dunia baru ini. Terutama buat abah yang menjadi moral support terkuat yang sentiasa menegur kenapa aku tak menulis kalau nampak aku duduk lepak-lepak kat depan tv, yang sentiasa teruja melihat cover-cover novel aku, yang sentiasa menolong aku tunaikan cek-cek royalti aku, dan yang sentiasa datang ke bilik aku untuk menjenguk novel apa yang aku taip di skrin. Thanks abah, your are the best father in the world!

Teristimewa juga buat teman-teman baikku, ayu, ben, naim, baya, asyrani, hariri, che ziha, kak ma, rosziyani (kak zie), gee, lida..semoga kalian sukses dalam hidup.

Buat teman-teman penulis seperti bikash, hafielda, rehal, umaira dzul widad, kak zara aluwi, kak ainon zaini, kak dyza ainun, kak indah hairani, fatin nabila, sarnia yahya, che rose harissa, kak mimie afinie, izza aripin, kak izzul izzati, hanni ramsul, shaheila arimi (ila), quratul'ain(sue), ida nardiel,ikmal syah, mr. khar dan yang lain-lain...adoii ramainya..maaf kalau tak dapat sebut semua kat sini.Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dan menegur penulis cabuk ini di blognya. Hahaha..

Tak lupa juga buat teman-teman pengunjung blog, para reviewers and a few linkers seperti farah, julia esqalia, sonata, kak ziekiera, cikgu keluduk, twitweety (ida), geng kicap, april snow (kucing ungu), rinn, kak maria kajiwa, nafisya, reben merah, liza, yan brunei, yulie (indonesia), suhana UNIMAP, tzaraz, yunix77, misznana, princess, kesengalan terserlah, bulan hijau, cik ulat buku, wan jazlina (jaz), yusnita casting, qunia dunia indah, norazila (nay), kak noor, kak jua, jujun, kak udaidza, kak ija, kak wan amalyn, adhan (dunia novel), amarul, ain,fralyana, shalby salbina, mamaerra, hantunovel, qasehnuriz..sekali lagi maaf jika tidak disebut semua..thnks atas kesudian singgah ke blog aku serta sudi mereview novel-novel aku.

Buat mereka-mereka di atas dan semua yang pernah mengunjungi blog anita aruszi dan blog gedung novellaa, aku ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Jika ada terkasar tutur bicara dan perbuatan, aku pohon maaf yang tak berbelah bagi. Semoga Ramadan dan Syawal ini akan terus menyambungkan ukhwah persahabatan kita semua di alam maya..salam aidilfitri untuk anda semua...

Tuesday, September 8, 2009

Kejamnya Manusia Zaman Sekarang...

Kira-kira pukul 8 malam semalam, selepas berbuka puasa, abah aku dapat call yang bertalu-talu kat handset dia. Tapi sebab dia sembahyang kat tingkat atas, jadi mak aku suruh adik aku bagitahu dia tentang panggilan-panggilan tu. Hati mak aku masa tu dah tak sedap, rasa macam ada benda penting je..kalau tak takkan sampai macam tu sekali panggilan-panggilan tu singgah macam urgent sangat-sangat.

Then my father turun, terus reply call tu. Rupanya memang betul memang ada berita mengejutkan. Salah seorang kenalan abah aku masa dia berkhidmat sebagai Pengurus Felda dulu, rupa-rupanya dirompak dan dibunuh dengan kejam kira-kira jam 3.30 petang kelmarin. Terkejut jugak kita orang mendengar khabar berita ni, apatah lagi abah dan mak aku memang sangat-sangat rapat dan mengenali arwah makcik Simah dan suaminya Husin. Malah mereka sempat datang beraya ke rumah kami tahun lepas.

Kata mak aku, arwah Makcik Simah ni baik sangat orangnya dan peramah pada sesiapa yang dia baru kenal. Jadi tak mustahillah dia aktif dalam UMNO. Tak sangka ajalnya sampai dalam keadaan begini. Sedih mendengar bagaimana perompak itu menikam dia bertubi-tubi sehingga tali perut terburai keluar. Tak cukup dengan itu dikelarnya pula seorang wanita yang tak berdosa. Betul-betul perompak yang tak ada hati perut! Kejam dan tak berperikemanusiaan betul.

Menurut kata kawan abah aku yang menelefon semalam, si pelakunya adalah warga asing dan mungkin lebih dari seorang suspek. Tapi dalam berita dikatakan hanya seorang sahaja. Entahlah...apa yang pasti kami semua doakan agar pembunuh kejam ini mendapat balasan yang setimpal di atas apa yang dilakukannya dan semoga roh arwah Makcik Simah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...
Petikan Berita..(Harian Metro)

HULU TERENGGANU - Bekas Ketua UMNO cawangan Felda Mengkawang dekat sini ditemui mati dengan ususnya perutnya terburai setelah ditikam bertubi-tubi oleh seorang perompak yang memecah masuk rumahnya sebelum melarikan sejumlah barang kemas di Felda Mengkawang petang semalam.
Kejadian dipercayai berlaku kurang setengah jam selepas mangsa bertandang ke rumah jirannya apabila dia didatangi perompak yang dengan kejam meragut barang kemas dan nyawanya. Dalam kejadian itu dia dipercayai cuba mempertahankan diri.Ketika kejadian, mangsa, Asimah Abd. Rahman, 51, yang merupakan Pengerusi Gabungan Pergerakan Wanita UMNO Felda Wilayah Terengganu tinggal bersendirian kerana suaminya keluar bekerja.Kejadian hanya disedari jirannya, Asmah Mat Adam, 45, yang datang ke rumahnya pada pukul 3 petang. Asmah hairan apabila salam yang diberi tidak bersambut.Menurut Asmah, dia terus masuk ke ruang tamu rumah itu apabila mendapati pintu depan rumah mangsa terbuka dan televisyen terpasang.

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com