Friday, June 12, 2009

Street Vendetta Is Back..


STREET VENDETTA
Terbitan : Buku Prima
Harga : RM19.90
M/S : 631 ms

Terkejut beruk bila balik dari kursus Ladap kat sekolah, my sis dah tersenyum-senyum sambut aku kat muka pintu. Aku dah buat muka pelik dah..apahal lak budak dua orang ni? Siap main jemput-jemput depan pintu segala..sah buang tebiat...gitulah otak aku fikiaq..

Ingatkan budak dua orang ni nak suruh aku belanja makan.Then bila depa tunjukkan bungkusan untuk aku, terkejut beruk aku dah jadi terkejut gorilla...apa taknya bila nampak complimentary copy dari Buku Prima. Yess! My Street Vendetta dah keluar beb! Seronoknya aku tak terkira. Hilang sekejap lelah dan mengantuk sebab kursus kat sekolah tadi..Macam tak percaya, ribut takde..angin takde..tetiba je copy dia dah sampai kat tangan aku..

So inilah buku terbaru aku Street Vendetta yang menggunakan nama baru aku. Actually nama pena baru aku ni sebenarnya nama penuh aku yang mak bapak aku bagi. Jadi bagi sesiapa yang ingin membaca kesinambungan kisah antara Kojie dan Anabella bolehlah mendapatkan buku ini di pasaran tak lama lagi. Bila ada kat pasaran tu..itu aku belum pasti..

SINOPSIS

Anabella si gadis hipokrit bermata duitan yang gemarkan kekayaan dan gemarkan status. Kojie, si jejaka selekeh..bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Bila kedua-duanya bertemu, dunia seakan mahu runtuh. Kerana sebuah kereta, kedua-duanya dipertemukan dalam situasi aneh. Kerana mengejar sebuah cinta, kedua-duanya saling cuba memahami.

Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkannya.

Perpisahannya terakhirnya dengan Kojie di Cherating entah kenapa sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella mula dihimpit keliru. Siapa Kojie? Siapa pula Fakruzi? Semuanya akan terjawab di dalam Street Vendetta. Love is always a beautiful things in our heart. Sweet and Sour!!

Thursday, June 11, 2009

Adi Gempa : Evolusi


Baki cuti dua hari ini aku habiskan membaca sebuah novel sci-fi hasil karya Bahruddin Bekri yang bertajuk Adi Gempa : Evolusi. Dan novel ini baru selesai aku tamatkan 10 minit yang lalu.First impression, aku teringatkan siri Heroes kat TV, satu koleksi komik Musang Api yang pernah menjadi kegilaan aku lebih dari sepuluh tahun yang lalu serta movie X-Men. Hehehe...banyak betul first impression aku...

Kisah Adi Gempa ini berkisahkan seorang budak berusia 12 tahun yang tinggal di sebuah kampung bersama keluarga angkatnya. Suatu hari Hadi didatangi dua orang lelaki iaitu Profesor Asyraf dan Amin. Dan tanpa diduga tujuan kedatangan lelaki-lelaki itu adalah untuk mencari Boy-1 iaitu salah satu manusia ujikaji yang mempunyai kuasa untuk mengesan gempa bumi dan memanipulasikan gegaran di sekelilingnya. Dan Hadi adalah Boy-1 ataupun budak gempa yang menjadi rebutan antara pihak Amerika dan Russia.

Kisahnya begini, suatu ketika dahulu...kerajaan telah menemui sebuah logam berwarna hitam yang dikenali sebagai logam hitam yang berupaya memberi keupayaan tertentu kepada manusia. Maka satu eksperimen telah dijalankan dan 100 orang manusia ujikaji telah dihasilkan. Tetapi lima orang profesor yang ditugaskan menjalankan kajian tersebut telah mendapati eksperimen itu dijalankan atas dasar kepentingan sesuatu pihak, maka mereka telah bertindak membebaskan kesemua manusia-manusia ujikaji itu agar tidak dipergunakan oleh pihak yang salah. Maka bertebarlah semua manusia-manusia ujikaji di dunia ini yang mempunyai pelbagai kuasa dan keupayaan.

Kejadian gempa bumi yang kerap berlaku di Rusia telah menyebabkan Rusia menuduh Amerika menjadi dalangnya dengan menggunakan teknologi mereka untuk menghasilkan gempa bumi. Tujuan pihak Amerika adalah untuk menghasilkan dunia baru yang mereka idam-idamkan. Cara terbaik ialah dengan memusnahkan bandar-bandar utama di dunia menggunakan gempa bumi buatan. Untuk menyiasat tentang niat Amerika ini, maka Rusia mendapat tahu Hadi adalah budak gempa yang boleh mengesan gegaran 24 jam lebih awal sebelum gempa bumi berlaku. Dan terjadilah rebutan antara pihak Rusia dan Amerika untuk mendapatkan Hadi menyebabkan banyak nyawa terkorban dan kemunculan ramai manusia-manusia ujikaji yang lain yang saling bertempur sesama sendiri. Untuk mengetahui kisah ini seterusnya..dapatkan buku ini dan hayati sendiri.

So far ada banyak sangat watak-watak dalam cerita ini yang ditonjolkan oleh Encik Bahruddin. Watak Tokoh X mengingatkan aku pada Profesor Charles Xavier dalam X-Men..sebab dia dia ada kuasa ilusi sama mcm Charles Xavier..bezanya Tokoh X ni juga boleh teleport menerusi ruang masa. Selain itu watak2 yang penting adalah watak Hadi, Profesor Asyraf, Amin, Natasya, Jeneral Kashparov, Menteri Vladimir dan ramai lagi. Menariknya pula ada jugak Skuad Pembunuh Naga, Skuad Pengawal Gelap, Skuad Pembunuh Gelap dan macam-macam nama kumpulan lagi. Time ni aku teringatkan komik berjilid lama aku yang mengandungi pelbagai nama skuad-skuad pembunuh.

Sebuah cerita yang mengasyikkan bagi aku..ada beberapa kesilapan ejaan dan struktur yang aku kesan dalam cerita ini contohnya Pak Ali sekejap membahasakan dirinya ayah, sekejap abah pada Hadi. Tapi ianya tak menjejaskan jalan cerita. Oh ya bahasa di dalam novel ini agak formal dan kadangkala aku merasakan aku membaca sebuah novel yang sesuai digunakan sebagai teks komsas di sekolah-sekolah. Rasanya kalau dijadikan teks di sekolah, mesti ramai pelajar-pelajar lelaki berminat untuk membacanya sehingga habis. Tidaklah mereka asyik tidur sahaja sewaktu belajar ulasan novel. Cerita ini menarik dan aku menyukainya. Cuma mungkin agak sukar nak mengingatkan semua watak-watak pembantu di dalam ni sebab banyak sangat.

Entah kenapa bila sampai ke mukasurat terakhir, aku merasakan seolah-olah Encik Bahruddin ada niat nak buat sekuel untuk novel ini coz ada banyak lagi benda yang masih menjadi rahsia. Contohnya siapa Aryan yang dicari-cari oleh Tokoh X? Siapa lelaki berkerudung putih yang asyik-asyik mengintip gerak geri Tokoh X..dan siapa lelaki yang mempunyai tiga mata dalam balang pada mukasurat terakhir? Semua ini masih tinggal menjadi misteri!

Saturday, June 6, 2009

Cuti-Cuti Di Rumah

Dah habis satu minggu cuti..nak masuk minggu kedua dah..tapi apa yang aku dah buat sepanjang satu minggu ni? Nothing! Nak menulis takde mood..baru aku taip lima mukasurat, aku dah sibuk cari anime untuk ditonton. Tapi so far lega juga sebab aku mampu concentrate untuk terus menyiapkan Part 2 : Arina.

Minggu ni aku rindu sangat kat 'kakak'...bestnya kalau aku dapat buli dia time-time boring ni. Hehe..kakak yang aku maksudkan ni my niece Sarah Adriana yang selalu panggil aku Mak Lun...sebab pelat. Hahaha...Mak Lun pun Mak Lun lah..siapa sangka aku boleh berlawan mulut dengan budak berusia 3 tahun kan. Dia memang selalu nangis sebab kena sakat dengan aku mak sedara dia yang suka mengusik tak kena tempat.

Masuk hari ni dah sebulan 2 minggu aku batuk tak baik-baik lagi. Dan dah masuk kali ke 4 aku dpt penyakit biasa aku ni. Mana tak nya aku ni memang 'disease absorber'...pantang ada orang sakit kat sebelah aku..aku akan sakit semula. Malangnya nasib aku kan! Makan ubat banyak mana pun, antibodi tetap kalah..

Bulan ni juga aku masih menanti Street Vendetta dengan sabarnya. Uhu aku memang penyabar orangnya..durian runtuh aku pun aku lupa nak tunaikan kat bank...mujur takde tarikh luput. hehehe...

Plan dengan adik nak pi tengok wayang, entah bilalah agaknya..Aku nak drive jauh dalam keadaan sekarang memang impossible la...bebaru ni tertengok trailer Blood : The Last Vampire...akan ditayangkan pada 26 Julai kalau tak salah. Hehe kali pertama aku tengok aje trailer tu aku dah tahu itu cerita tentang seorang gadis bernama Saya yang half human dan half vampire dalam anime yg dah lama aku habis tengok iaitu Blood+. Tapi frust Saya ini berambut panjang, sedangkan dalam anime..aku lebih suka Saya yang berambut pendek, lebih cute. Mungkin movie ni ambil versi awal Saya yang memang berambut panjang tocang. Tapi dalam trailer citer ni nampak hebat dan menarik..Saya versi movie ni pun lawa la jugak boleh tahan..tak sabar nak tunggu cerita ni release..aku mesti tengok kat pawagam..harap-harap cerita ni tak macam Kill Bill atau Princess Warrior yang sekadar menunjukkan keganasan wanita tanpa isi cerita yang menarik.

Tuesday, June 2, 2009

Fushigi Yuugi..adoii my fav anime now...



Hari ni sanggup redah tiga empat buah kedai sebab nak menjejaki anime baru yang sekarang aku dah addicted...Fushigi Yuugi...tapi huwaargg tak jumpa da....sia-sia aje aku heret adik aku yg demam ke hulu ke hilir untuk cari anime ni.

Nampak cam kena beli online je cite ni.. setakat ni aku dah tengok sampai episod 24 dr 52 episode kalau tak salah..tapi benci....coz the next episode dia dah subs kepada english version...sorry tapi aku memang tak leh feel tengok anime yang cakap omputih..aku suka jepun jugak..cute jer bunyinya..

Cerita dia menarik mengenai Miaka Yuki yang terjumpa satu buku ajaib yang membawa dia mengembara ke dunia Ancient China dan dia dikatakan (prediction) salah seorang gadis yang merupakan Priestless Of Suzaku..gadis yang akan membawa keamanan kepada kerajaan Konan. Dan akan muncul tujuh pahlawan Suzaku yang akan melindungi Miaka Yuki dari orang-orang yang ingin membunuhnya. tapi yang sweetnya ada cinta 3 segi melibatkan Miaka dengan dua orang protectornya..seorang ialah Hotohori si emperor yang gagah perkasa dan handsome dan other ialah si Tamahome yang mata duitan tetapi sayang sangat kat Miaka..aku suka Tamahome...suka..suka..hehehe..teruk dah aku ni! Nampaknya aku kena mulakan operasi mencari anime ni lagi esok..hehehe hope so berjaya dijejaki~~~

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com