Wednesday, October 7, 2009

Mini Novella Di Pasaran

Disebabkan internet kt sekolah cari fasal dengan aku dalam dua tiga hari ni, smpai aku tak perasan pula ada update terbaru dari FP tentang Mini Novella karya penulis2 FP yang Kini ada di pasaran. Harga pasaran di kedai adalah RM8.90..murah kan! Sesuai la dengan kenipisannya..So bagi sesiapa yang berminat nak membeli mini novella bukan sahaja karya aku tapi juga semua karya penulis-penulis FP yang lain bolehlah mendapatkannya di kedai-kedai terpilih mulai hari ini.

Kelakarnya hari itu aku baru je bercakap soal ketebalan novel-novel aku, aiseh camna boleh lupa pulak kat mini novella ni yang sebenarnya nipis sahaja. Kiranya inilah hasil karya aku yang paling nipis dengan cerita paling sempoi aku kira. Dan jangan suruh aku hurai panjang lebar apakah isi ceritanya coz aku dah lupa apa benda yang aku tulis. Ada kengkawan aku kata nak beli mini novella ni aku kata tak payahlah..hahaha ada la pulak gitu! Hehe sori bukan tak kasi beli tapi segan daaa....bukan apa rasa cam nak tulis panjang lagi la..hehehe...
BLURB BUKU (tak ingat bila buat ni?)
Kata orang cinta datangnya dari mata, terus turun ke hati. Tapi bagi Kael, cinta tidak semudah itu. Apatah lagi gadis-gadis yang berada di sekelilingnya langsung tidak menarik minatnya kecuali seorang…

Widuri bukan gadis idaman, malah jauh panggang daripada api untuk termasuk dalam senarai gadis-gadis yang diperkenalkan ibunya. Di matanya dia melihat Widuri sebagai si Ugly Duckling. Namun dwi-personaliti Widuri memangkah setiap perhatiannya kepada gadis itu.Apatah lagi sikap Widuri menimbulkan misteri tersendiri sekali gus menimbulkan rasa bingung, curiga dan keliru dalam diri Kael. Apakah misteri itu? Dan, benarkah si Ugly Duckling punya dua personaliti berbeza?

12 comments:

Keluduk said...

tentu best cite nie, tak sabar nak beli..

Hany Nafisya said...

wahhh dah ada kat pasaran!! congrats kak nita.. teringin nak beli tapi xtau bila nak boleh baca.. nanti nak suruh mama tolong belikan.. insya Allah next year kalau balik Malaysia boleh baca =)

Mazni Aznita said...

hehe mana ada best cikgu keluduk...cerita bese-bese dari otak yang bese-bese..

Mazni Aznita said...

thnks fisya..wui jenuh tunggu MN ni keluar di pasaran (dekat 3 bulan iklan kt sini ngan website FP)..last2 keluar jugak baby kecil k nita ni.

tak sabar nk tunggu karya fisya pulak..klu jd teman serumah ni best jugak..boleh la jumpa lain kali ya tak..k nita doakan fisya berjaya..chaiyok adik cayang...

m.k.z.e said...

Kedai-kedai terpilih?

mesti lambat area sini

takperlah, this weekend serang MPH Almanda Putrajaya

must buy

Hany Nafisya said...

thanks Kak Nita.. harap2 berkat doa Kak Nita ngan kawan2 yg lain.. karya tu akan diterbitkan..

tu la.. teringin gak nak jumpa Kak Nita neh.. asyik jumpa buku dia je.. tuannya tak pernah jumpa.. hehe..

Mazni Aznita said...

salam mkze..

hehe nak beli ye..malulah..citer ni punyalah sempoi habis...

Mazni Aznita said...

salam fisya,

k nita pun teringin nak jumpa fisya..nak pi France jauh sangat..terpaksa la tunggu fisya balik sini...

Jue said...

salam k.nita, lama jgk menunggu pengumuman ni...tahniah..walaupun masih byk novel2 tak terbaca kat umah tu..tapi di sebabkan novel ni nipis boleh cepat sikit abis baca.

m.k.z.e said...

x jumpa la

last2 jumpa hujan rindu plak...

hehehe...

Mazni Aznita said...

nih bukan setakat habis cepat baca..belek-belek aje pun dah boleh habis jue..hahaha...

Mazni Aznita said...

rasanya dlm proses pengedaran kt kedai2 la mkze..tu fsl belum jumpa lagi...

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com