Tuesday, November 24, 2009

Hujan Oh Hujan!

Hujan makin lebat, air makin naik, tidur pun makin sedap! hehehe....

Setelah hari-hari mengadap TV berita fasal banjir, akhirnya Kuala Terengganu hampir nak bah dah..hari-hari hujan lebat, astro pula hari-hari mengongggg. Jangan kata takde kena mengena..mmg ada!! Aku tension dengan Astro daa!!! Kalau macam ni terus, nampak gaya aku kena potong siaran Astro kat rumah aku tiap-tiap kali musim tengkujuh. Habis musim tengkujuh, sambung la balik. Agak2 valid tak buat gitu?

Menurut berita terbaru, beberapa buah kawasan di Kuala Terengganu dah dinaiki air dan ada sebahagiannya yang dah dipindahkan ke kawasan penempatan. Kasihannya pada mangsa-mangsa banjir ni. Zura kat Pekan mesti risau takut tak leh balik beraya hujung minggu ni. Makcik pakcik kat kampung mesti risau lembu-lembu diaorang mati lemas sebelum kena sembelih.Hehehe...

Family aku dah sibuk bincang fasal banjir ni. Yalah kalau air naik, kereta nak simpan kat mana..dah la ada tiga biji kat rumah tu. Barang-barang kat tingkat bawah nak usung ke tingkat atas pakai apa? Hehe..mcm-macamlah. Tiap-tiap hari kami kena alert! Maklumlah tengah sedap-sedap tidur, tak fasal-fasal tidur dalam air plak nanti..Tapi aku kan ada. So aku la tukang alert nya!

Tapi aku kesian dengan budak-budak yang nak periksa SPM dan STPM ni. Sebab aku jaga periksa dalam keadaan hujan lebat so aku tahulah. Diaorang terpaksa protect kertas exam masing2 dari tempias hujan yang lebat menggila sambil menjawab. Dahlah sejuk beku sampai menggigil dibuatnya. Jangan kata mereka je yang kena hujan, kitaorang yang mengawasi peperiksaan pun turut terkena tempias.

Kami para pengawas peperiksaan pun dah tak reti macamana nak cover bilik-bilik tu dari tempias hujan. Sesetengah sekolah memang tak ambil peduli langsung pada tingkat nako bilik-bilik darjah yang susah nak ditutup. Kalau satu dua tu boleh kita kata terlepas pandang, ini hampir semua tingkap tu tak boleh ditutut.Kut ya pun apa salahnya suruh pekerja sekolah betulkan tingkap tu sebelum exam..tiap-tiap tahun exam dalam keadaan hujan dan tiap-tiap tahun mereka tahu students jawab exam di bilik yang sama, takkan cikgu-cikgu sekolah tu langsung tak cakna. Apa daa..hehe jahat kan! Aku pergi sekolah orang, lepas tukutuk pulak!! Tapi sebenarnya bukan kutuk, aku cadangkan je..nanti aku ingat nak sebut la sepatah dua idea bernas aku ni kat pengetua sekolah tu..hehe chewaahhh semangat pertiwi sungguh!

4 comments:

Anonymous said...

salam.. kesiannya lah bebudak tu... anyway, banyak2 bersabar ye mazni.. hopefully tak sampai banjir lah kat umah tu.. ida sampai klang dah.. n i'll be seeing new moon on thursday, at gsc the signature garden kat mida valley.. Yahooo!! :) hepi new mooning for us..:)

Mazni Aznita said...

haha ari tu cakap dgn nik fasal ida..terfikir jugak la..hari tu ida kata nak balik Klang, then pagi tu ada berita tv sebut ttg laluan ke KL dah tutup..so kitaorg puas fikir agak2 ida dh sampai ke belum kt Klang tu..hihihi

aalaaa jealousnya dia dh tgk dulu new moon, kitaorg mybe lepas raya baru nak pi tgk...tunggu hujan reda dulu sikit..

Keluduk said...

zaman dah canggih manggih, sepatutnya astro dari dulu lagi lah baiki keadaan siaran depa. kalu lagu ni, kite pun ikut langkah mcm cg gaklah, potong siaran astro musim hujan ni. wat boring aje.

apa pun, berhati-hati musim banjir ini, jangan terjun lopak masa bawa kereta dah. bawa kete tu pelan-pelan sikit.k

Mazni Aznita said...

haha cakap je nak potong astro...sekali baru sebut niat di hati dahhh kena jeling maut..hihi

cikgu keluduk,
saya ni hujan ke tak hujan ke tetap maintain bw kereta..tapi mcm cikgu keluduk katalah..kena hati-hatilah sikit..kang tak fasai2 pulak..

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com