Karya Penulis

SINOPSIS

 

Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!
__________________________________________________________________

Tajuk : Sayangku Casper
Terbitan : Buku Prima
Harga : RM25.90
Tarikh Terbit : 31 Ogos 2011
Genre : Chic Lit/Komedi Romantik

......................................................................................................................

 Andai aku Cinderella yang hidupnya dinaungi kasih Prince Charming..
Andai aku Snow White yang cintanya seputih salji di pergunungan…
Andai aku Sleeping Beauty yang membuka mata hanya untuk putera tercinta..
Tapi itu semua hanya angan-angan kosong..
Ceritaku umpama mimpi dalam mimpi..
Sehinggalah suatu hari….

Tia Adila si nerd dan clumsy
Bertemu si putera yang slow and steady..
Maka terciptalah sebuah dongeng yang indah..
Di bumi Paris…pari-pari berteriak…
Mampukah dongeng menjadi realiti?
Atau cinta akan berakhir sepantas angin..?

_________________________________________________________________

GN Publishing 2010 (new version)
M/s : 800 ++
Harga : RM25.90


Aliya Murni yang kematian ibubapanya akibat kemalangan jalan raya membesar di rumah anak yatim dengan menerima ikhsan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai daddy. Dia tidak pernah kenal siapa lelaki itu. Dia juga tidak pernah tahu rupa lelaki itu. Namun mereka tidak menjadi asing meskipun saling tidak mengenali lantaran YM menjadi rutin harian.

Kehadiran pensyarah baru di kampusnya membuatkan dia hampir terlupa pada kewujudan daddy. Sedikit demi sedikit Adam Hazril mula mengambil tempat di hatinya. Kerinduannya pada daddy terubat dengan kehadiran lelaki itu. Apa yang tak diduga, kehadiran Adam Hazril dalam hidupnya semakin mendekatkan dirinya dengan daddynya yang misterius. Dia mula mengenali kewujudan Doktor Badrul, Haikal dan Irina dalam hidupnya. Tapi mampukah dia bertahan dengan panahan cinta Adam Hazril apabila ternyata Irina lebih berhak? Mampukah dia berkorban diri semata-mata untuk membalas budi daddynya?
________________________________________________________


Terbitan Buku Prima (2010)
M/s : 720
Genre : thriller + scifi + fantasy


Kehilangan adiknya Chayi di Mandaluyong Filiphina menemukan Arina dengan seorang lelaki bernama Alwiz.Dia terpaksa merelakan dirinnya berada di bawah kawalan Alwiz untuk melepaskan adiknya. Namun semakin dia mengenali Alwiz, semakin dia dekat dengan rahsia yang menyelubungi dirinya sendiri. Satu rahsia tentang Magdalena Anna aka Madina ibunya sendiri harus dibongkar dan membawanya ke sebuah pengembaraan yang jauh dari jangkauannya sendiri. Apatah lagi dirinya sebenarnya hilang ingatan dan diberi identiti baru. Apakah rahsia yang menyelubungi Arina dan ibunya? Dan siapakah Alwiz yang sebenarnya?
__________________________________________________________


Terbitan : Kaki Novel 2010
Harga : RM24
Genre : cinta + sikit2 thriller


Mereka disatukan tanpa cinta. Namun perkahwinan mereka mempunyai agenda tersendiri. Keifli menyangka berkahwin dengan Zara boleh menghalangnya dari digangggu seorang gadis psiko bernama Rania. Namun dia tersilap percaturan apabila nyawa Zara menjadi ancaman Rania memaksanya melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan isterinya.
________________________________________________________


Terbitan : Buku Prima (Julai 2009)
Harga : RM19.90
M/s : 631
Genre : Komedi Romantik

Cinta Harus Dikejar Atau Akan Hilang di Gugus-Gugus Waktu...
Love is Always A Beautiful Things In Our Heart...
Sweet and Sour...


Anabella yang banyak berhutang nyaris-nyaris kehilangan kereta apabila Kojie ditugaskan menarik kereta Waja miliknya. Tapi dengan pelbagai idea dan helah, dia sentiasa berjaya menipu Kojie yang lurus bendul. Suatu hari Anabella menerima panggilan telefon dari lelaki idamannya Iqbal semasa zaman sekolah..dan mulai saat itu dia berazam mahu mencari Iqbal di Cherating dan meluahkan perasaan. Malangnya dia terbawa sekali Kojie sepanjang perjalanannya...dan berlaku pelbagai peristiwa lucu dan aneh sepanjang perjalanannya..

__________________________________________________________


Terbitan : Fajar Pakeer (2009)
Harga : RM8.90
Genre : ntahlerr..hehehe

Dua ahli cosmetologist saling bersaing dalam apa sahaja perkara. Perbezaan menjadikan mereka seperti api dan minyak. Tapi mereka tidak pernah menyangka perbezaan satu peratus inilah yang mendekatkan mereka tanpa mereka sedari.

Sejak awal lagi Kael tidak pernah menyukai Widuri. Baginya kehadiran gadis itu di makmalnya ada, tidak apa. Tidak ada juga dia tidak kisah. Gaya Widuri yang selekeh mencipta si Ugly Duckling yang tidak selera dipandangnya.Dan elergiknya dia pada Widuri sehingga menyebabkan dia sering mengabaikan apa-apa sahaja perkara berkaitan gadis itu. Sehinggalah suatu hari dia menemui seorang gadis seiras Widuri, memaksa dia menjadi penyiasat tak bergaji untuk membongkar misteri gadis itu. Siapa sebenarnya Widuri? Dan kenapa ada dua Widuri yang mempunyai personaliti berbeza.

__________________________________________________________


Terbitan : Kaki Novel Enterprise (April 2009)
Harga : RM24
m/s : 786
Genre : Thriller dan love story


Sinopsis Ringkas
Pembunuhan Zainal Ikram membuatkan ayah Raihana yang bekerja sebagai pemandu lelaki itu dituduh membunuh. Raihana dan ibunya pula dihalau dari rumah.Tapi kerana dianiayai, Raihana dan ibunya terpisah..Beberapa tahun kemudian Raihana menjadi Duha Maisara setelah dia diselamatkan oleh Bustaman dan anaknya Zafran..Muncul Nashriq anak Zainal Ikram yang mahu menyiasat rahsia di sebalik kematian ayahnya dan mempertemukan Nashriq dengan Duha Maisara yang bekerja di Kelab Malam. Sejauh mana Nashriq berjaya menemui Raihana yang dirinduinya sejak kecil serta mencari pembunuh ayahnya?
___________________________________________________________


Terbitan : Fajar Pakeer (April 2009)
Harga : RM25.90
m/s : 700
Genre : Kekeluargaan dan Love Story


Anum Dahlia menyamar diri menjadi pelajar dari luar negara yang mahu membuat kajian tentang seni silat melayu..membawa dia ke Paya Mengkuang bertemu Pak Anjang dan Nek Jah..datuk dan neneknya sendiri yang tidak pernah dikenalinya selama ini. Di sana dia mula menyedari bahawa perbuatan ibunya yang lari dari rumah suatu ketika dahulu telah memporakperandakan hidup semua ahli keluarganya. Anum Dahlia bertekad untuk memperbaiki segala-galanya dan menebus setiap kesilapan ibunya yang koma. Berjayakah Anum Dahlia melakukannya sedangkan dirinya sendiri bertarung dengan maut.
____________________________________________________________


Terbitan : Ibook Publication (Mac 2009)
Harga : RM23.90
m/s : 755 ms
Genre : Kekeluargaan, Misteri dan Love Story


Sinopsis Ringkas

Sejak kecil Diaz menyimpan perasaan aneh pada adiknya sendiri Dina. Perasaan yang tidak difahaminya ini membuatkan perasaannya sering keliru dan memberontak, sekaligus memaksa dia membenci Dina dan membawa diri ke luar negara. Sepuluh tahun kemudian dia pulang ke Malaysia dengan harapan perasaan yang pernah dirasainya itu akan berakhir. Sebaliknya pula berlaku dan ini membawa kepada terbongkarnya suatu rahsia tentang asal usul Dina Azura yang sebenarnya..

_______________________________________________________________

Terbitan : Bunga Syurga (Oktober 2008)
Harga : RM23
m/s : 623
Genre : Love Story


Riffki seorang jurugambar professional telah kematian teman wanitanya Nurlaila semasa berlaku pengeboman di Bali pada tahun 2002. Di sana juga dia bertemu buat kali pertama dengan Nurul Hijjaz ketika terperangkap dalam situasi cemas di Bali..Beberapa tahun kemudian, Riffki yang kecewa atas kematian Nurlaila menghabiskan kehidupan hanya untuk diri sendiri dan tidak pernah mahu peduli pada orang lain. Namun pertemuan kembalinya dengan Nurul Hijjaz membuatkan dia mula menyedari, hidup bukan sekadar untuk mengenang kisah lalu.
_________________________________________________________________


iBook Publication 2007
M/s : 600++
Harga : RM23

Sinopsis
Aliya Murni yang kematian ibubapanya akibat kemalangan jalan raya membesar di rumah anak yatim dengan menerima ikhsan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai daddy. Dia tidak pernah kenal siapa lelaki itu. Dia juga tidak pernah tahu rupa lelaki itu. Namun mereka tidak menjadi asing meskipun saling tidak mengenali lantaran YM menjadi rutin harian

Kehadiran pensyarah baru di kampusnya membuatkan dia hampir terlupa pada kewujudan daddy. Sedikit demi sedikit Adam Hazril mula mengambil tempat di hatinya. Kerinduannya pada daddy terubat dengan kehadiran lelaki itu. Apa yang tak diduga, kehadiran Adam Hazril dalam hidupnya semakin mendekatkan dirinya dengan daddynya yang misterius. Dia mula mengenali kewujudan Doktor Badrul, Haikal dan Irina dalam hidupnya. Tapi mampukah dia bertahan dengan panahan cinta Adam Hazril apabila ternyata Irina lebih berhak? Mampukah dia berkorban diri semata-mata untuk membalas budi daddynya?

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com