Friday, October 16, 2009

Selamat Hari Ulangtahun BS


Hari ini genap setahun novel yang sangat memberi erti pada aku iaitu Bunga Syurga di pasaran. Dan dalam tempoh setahun ini aku bersyukur sangat sebab novel ini masih diterima dan dibaca oleh segenap lapisan wanita pelbagai bidang kerjaya. Malah perasaan gembira tak dapat digambarkan dengan kata-kata bila novel ini diulang cetak dan masih terdapat di rak-rak buku. Ini menandakan kehadiran aku di dalam bidang ini rupa-rupanya diterima oleh para pembaca. Syukur alhamdulillah.

Antara banyak-banyak novel aku, Bunga Syurga boleh dikatakan sebagai antara novel terawal aku yang berada di tangan pelbagai penerbit dan mengalami pelbagai masalah yang boleh membuatkan aku hampir putus asa sebenarnya ketika itu. Sepertimana aku yang mula bertatih dalam bidang ini (masih bertatih sebenarnya), aku kurang arif dengan mana-mana penerbit sehingga aku mengharapkan sebuah syarikat penerbitan yang kurang dikenali untuk menerbitkannya. Tapi masalah pula melanda apabila syarikat ini mengalami masalah.

Sesudah itu aku lontarkan pula naskah ini pada Alaf 21. Tapi akibat masa yang terlalu panjang untuk menilai naskah ini (hampir setahun), maka aku dengan rela hati dan tanpa confident, melayangkan pula naskah ini pada tangan Kaki Novel. Alhamdulillah bila Rizal dari KN call aku, tuhan aje tahu betapa gembiranya aku ketika itu. Terasa melayang-layang perasaan ini.

Dalam proses editing novel ini, tiba-tiba aku menerima panggilan telefon dari pihak Alaf 21 yang mengatakan akan menerbitkan novel tersebut. Terkejut memang terkejut ketika itu. Bayangkan aku yang langsung tak dengar berita tentang manuskrip aku dari pihak Alaf dan hampir putus asa, tiba-tiba sahaja dihubungi dan diberikan berita yang aku nanti-nantikan sejak hampir setahun yang lalu. Tapi disebabkan aku seorang yang berpegang pada janji, maka aku jelaskan baik-baik bahawa aku telah menyerahkan manuskrip BS pada KN dan takkan sesekali menariknya kembali.Memang kena leter jugalah waktu itu dengan Kak Wan Alaf, tapi nak buat macamana, bukan rezeki aku dengan Alaf agaknya.

Waktu itu ramai juga kengkawan yang mengatakan bodohnya aku. Sepatutnya aku terbitkan manuskrip itu dengan Alaf.Tapi aku buat donno aje dengan kata-kata beberapa orang kawan. Jawapan aku mudah. Sudah bukan rezeki aku! Lagipun aku tak mahu dikatakan mungkir janji dengan pihak KN. Bagi aku yang dah dibesarkan dengan cara begini, janji adalah sesuatu yang harus dihormati dan bukannya digadaikan semata-mata kerana sebuah syarikat penerbitan yang terkenal. Lagipun tak ada salahnya menerbitkan manuskrip dengan KN yang aku kira sekarang sudah boleh dikatakan megah juga namanya, iya tak.

Dan dalam tempoh ini aku langsung tak menyesal memberikan manuskrip ini pada KN. Kerana aku sedar aku dilahirkan bukan untuk jadi penulis yang popular dan menerima royalti berpuluh-puluh ribu. Tapi aku dilahirkan untuk jadi penulis yang benar-benar gembira menulis dan gembira jika ada pembaca yang sudi membaca buku-buku aku.

Buat Bunga Syurga yang amat aku sayang, terima kasih kerana memberi mamamu ini satu keyakinan untuk meneruskan perjuangannya dalam bidang penulisan. Buat KN, thanks kerana menerima aku ketika aku bukan nobody, dan untuk kawan-kawan di blog, terima kasih kerana menyokong dan terus menyokong. Selamat Hari Ulangtahun Pertama Bunga Syurga, harap-harap tahun depan..ia akan terus hadir di rak-rak utama di kedai-kedai buku di seluruh Malaysia.

16 comments:

Farahusain said...

Selamat ulang tahun BS! Ini memang forever menjadi buku favourite saya. Sampai sekarang belum turun takhta. :-P

Mazni Aznita said...

baru perasan farah, bulan ni bulan ulangtahun pertamanya sejak di pasaran..sama plak tu ngan harijadi penulisnya..hehehe

yunixx77 said...

tahniah kak nita
pilihan akak untuk terus terbitkan BS dgn KN tidak salah
sebab kedua-dua pihak dah bersetuju
kita mana boleh mungkir janji
anggap la bukan jodoh akak dengan Alaf

Selamat Ulang Tahun gak untuk BS
sekarang ni ada kat kampung... kakak saya pinjam baca

Farahusain said...

heheh...double celebration lah ni..congratulations ya...semoga nita terus berkarya dan menghasilkan karya-karya yang terbaik di masa hadapan..

Mazni Aznita said...

yup betul tu yunix,

kita mmg tak leh mungkir janji klu dh berjanji..alhamdulillah bila bs diterima, k nita rasa dihargai..

buat penulis baru, siapa penerbit yg menerbitkan manuskrip kita tak penting asalkan adanya kerjasama yang baik...cukuplah..

Mazni Aznita said...

buat farah juga,

semoga dapat memasarkan ilham kasih dan nadi dengan penerbit2 yang bagus...insya allah

ezi said...

Kak Nita...kita suka sangat citer BS...tahniah and hope cerita2 akan datang pun best2 hendaknyer...

Keluduk said...

Tumpang gembira, moga cg akan sebaris dengan penulis-penulis terkenal.Amim...

Mazni Aznita said...

thnks ezi, k nita pun harap ezi juga akan berjaya dlm bidang penulisan..sama2 kita berjuang dalam bidang ini okay..

Mazni Aznita said...

salam cikgu keluduk,

terima kasih kerana menyokong...amin!! moga doa cikgu tu melekat pd saya..sy dh baca hasil penulisan cikgu kt blog...permulaan yg menarik walaupun pendek..tapi ayatnya sgt romantis lorrr...bertuah 'isteriku' itu...hehehe

aqilah said...

hai nita, tahniah! pejam celik pejam celik, dah setahun masa berlalu. bukalah sikit prolog ke part 1 part2 , psl BS2 tu. akak nak tahu gak. dah tak sabar dah ni.

Mazni Aznita said...

salam kak aqilah,

sbnrnya hari tu sy dah buka beberapa sedutan utk BS2..adalah sehingga part 7 kalau tak salah lepas tu sy stop..kak aqilah terlepas pandang tu. hehehe...

insya allah sy akan siarkan snippets utk BS 2 tak lama lagi..

Hanya Aku Dihatimu.. said...

salam nita tak terlambat nak ucapkan selamat ulang tahun pertama buat BS..,ni pun buahati liza,liza suka BS ni dah 3x baca tak jemu2 nita..tak tahu kenapa liza suka jlan certanya..mungkin watak lelaki tu liza suka..he..he..dan liza harap BS2 akan lebih meletop dari BS1..ada kekuatan certa tu ya..bila kelur BS2,inshallah jika ada dipasaran or nak oder melalui anita..kabar2 kat liza ya..he..he..agak2 apa ending dia nita?adakah cinta mereka bersatu?..jawaplah..

Mazni Aznita said...

hahah kalau liza nak tahu kesudahannya, liza kena tungguuuu!!saya tak kisah meletup ke tidak (lagipun BS 1 bukanlah meletup sgt dan gempak jualannya pun).hehehe mcm biasa harapan saya 'asal ada orang baca'. kichik punya dream kan....

Hurin aminin said...

kak...org terharu sgt...happy birthday to BS...dlm bz2 nih mmg terlupa..teruskan menulis...nantikan berita baik dr kami nanti!!!!

Mazni Aznita said...

salam jaz,

hehe lama tak dengar cite jaz kan...insya allah k nita mmg hantu menulis..sehari tak tulis mcm sehari tak makan nasi..heheh,,

apa benda berita baik tu? haha dari sebelum raya lagi k nita duk dengar korang kata berita baik..berita baik? hahaha ni teruja nak tahu ni?

jaz, ckp kt mr. rizal, suruhlah dia pujuk anuar zain jd cover novel k nita..kelas gitu..Tu baru betul2 berita baik tu..hihi

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com