Dah lama tak update blog, kadang-kadang malas ni datang tak diundang. Internet di Bilik Akses aku di sekolah still di tahap cikai. Sebab tu aku selalu tak dapat nak reply sapaan kawan-kawan di shout n chat. Kalau balas tu maksudnya aku dah balik rumah time tu. Sorry ya kalau ada yang merasakan tahap keramahan aku tu dah menurun. Hehe...Masa ni la membuak-buak dalam dada ni nak pergi Celcom dan kebas broadband satu supaya aku dapat terus melekat kat komputer ni dua puluh empat jam..
Sepanjang bulan ni saja aku rasa aku ni clumsy betul. Minggu lepas aku baru aje langgar pasu bunga kat depan kantin sekolah aku. Besar pulak tu pasu tu. Habis calar kereta aku tapi sikit aje la.. Yang kasihannya of course la pasu tu sendiri yang pecah berderai-derai macam kena langgar dengan kereta kebal. Hihhi.. Tak cukup dengan tu aku terpatahkan pula kerusi kat meja aku sampai patah riuk...Kawan-kawan mengusik, camanalah boleh duduk atas kerusi tu sampai patah? Kerusi tu punyalah kukuh buatannya. Kalau beli satu, duduk sampai tua pun tak patah-patah lagi. Jawab aku, pertambahan berat badan daa....(aku memang kuat makan sekarang ni)..
Hari ni pulak final exam dah start, sebab subjek pun dah habis diajar, jadi aku dah mula belek-belek beberapa buah bahan bacaan untuk dibaca.Nanti kalau budak dah habis exam, dah sah-sah aku terpaksa memerah otak semak kertas exam pulak. Last-last aku tarik buku Rose Harissa@ Nora Ismail. Actually aku dah buat speed reading dah (ikut istilah yunix) cerita Serasi Di Hati. Tapi entah macamana aku teringin nak baca lagi. Bagi aku ceritanya sangat menarik dan best. Aku jatuh hati kat Zarul, kasihan kat Edrinaz dan benci gila pada Zalina dan Syamsul Azman tu (sula aje lelaki macam ni. Siapa sokong angkat tangan!)
Aku baca lagi cerita ni sebab ia mengingatkan aku pada suatu keadaan yang mungkin sama tapi tak serupa. Kalaulah aku boleh syorkan cerita ni untuk dibaca oleh insan-insan yang aku kenal ni. Malangnya aku tak mampu nak bersuara, nanti dikatakan busy body pulak. Tapi kadang-kadang rasa kasihan dan simpati pula. Pelik kan? Perkahwinan sepatutnya sesuatu yang membahagiakan, ada persefahaman dan menerima diri isteri/suami tu seadanya lagi-lagi bagi orang yang berkahwin kerana cinta. Tapi kenapa ianya tak begitu? Salah siapa sebenarnya? Maaflah aku memang tak pandai bab-bab kahwin ni, tapi mata aku memang sangat peka walaupun nampak aje aku buat muka selamba dan tak kisah kat orang.
Masa aku belajar dulu, lecturer aku pernah cerita tentang 'Dopamine', bahan kimia dalam badan yang merangsang perkara yang menimbulkan kegembiraan dan passionate contohnya dalam cinta atau bila buat sesuatu yang menggembirakan atau bila kita suka pada makanan yang kita makan. Semuanya ada kaitan dengan Dopamine. Tapi kadar Dopamine dalam tubuh seseorang akan mula berkurang setelah dua tahun. Pada ketika ini tahap keghairahan seseorang pada sesuatu akan mula berkurangan. Begitulah kalau tak salah. Tapi kalau salah maaflah, maksudnya dah sah-sah aku tidur masa kelas Biokimia dulu. Apa yang aku maksudkan ialah, mungkinkah tempoh dua tahun adalah tempoh penentu untuk kebahagiaan sesebuah perkahwinan? Setelah dua tahun, cinta pada pasangan akan mula luntur dan ketika itu akan timbul pelbagai krisis. Semua ini pernah dibincangkan dalam kelas aku tu sewaktu di UM.
Mulanya aku memang tak percaya. Tapi ada beberapa contoh yang aku lihat sendiri dari orang-orang terdekat dengan aku. Bayangkan cinta bagai nak rak, tapi tup-tup bila kahwin, semuanya dah jadi hambar. Seperti kisah Edrinaz dan Syamsul Azman.Dan waktu itu aku terfikir, mungkin dari segi saintifik, itulah penyebabnya. Dopamine! Tapi kalau kita merasakan ada sesuatu kekurangan pada pasangan kita, tolong jangan salahkan Dopamine. Kalau pasangan itu pandai melahirkan rasa cinta dengan perbuatan, hadiah dan ungkapan kata-kata..Dopamine will go to hell! Jangan sesekali dikalahkan oleh Dopamine!
P/S : Sangat kagum dengan cikgu keluduk yang sangat loving dengan wifenya..suami mithali ni! Juga sangat kagum dengan one of my friend at school yang sangat penyabar dengan husbandnya. Merekalah orang-orang yang tak terkalahkan oleh Dopamine!!
2 comments:
Nita...
Teori tak sama dengan realiti...2 tahun kak zie kawin baru pregnant...ooo waktu tu baru rasa ci ta direalisasikan...aaa..cuba nita jengah blog kak zie 2 n3 terkini byk tips utk nita tempuhi hari muka....
memang sy pun tulis berdasarkan teori yg pernah disebut o lecturer kak zie.dari segi saintifik mybe betul berlaku pengurangan kadar dopamine dalam tubuh, tapi pokok pangkal bermula dr individu itu sendiri..
klu dia rasa cam bini/laki dia dah kurang handsome atau lawa atau mcm dah tak friendly, cepat-cepatlah sedar dan terima segala kekurangan dan kelebihan yg ada..org yg boleh terima ni la agaknya boleh berbahagia smpi ke tua..ia tak kak zie...
Post a Comment