Tinggal seminggu sahaja cuti sekolah. Lepas ni semua orang bercuti panjang. Nampak macam best kan? Yalah cikgu-cikgi nak bercuti panjang. Tapi hakikatnya hmm..tak best langsung.Apa taknya lagi dekat nak cuti, lagi kepala aku ni serabut dengan pelbagai benda nak kena selesaikan.
Aku cuma ada ahad, isnin, selasa, rabu dan khamis. Ahad aku ada program, Isnin aku ada taklimat peperiksaan Selasa .je masa nak uruskan pelbagai benda sebelum bercuti. Rabu dan Khamis pulak aku kena jaga SPM. Bayangkan macamana aku nak selesaikan semua benda dalam satu hari? Aduihh berat dah kepala ni. Mana fikir nak hantar buku rekod mengajar lagi, nak selesaikan register kehadiran pelajar, nak uruskan pemulangan buku teks pelajar2 aku, nak serahkan komputer pada makmal lagi dan macam2 lah nak kena urus. Hari-hari terakhir sekolah sebelum cuti memang merupakan hari-hari sibuk bagi seorang guru.
Masalahnya kalau tahun lepas, aku relax je selesaikan semua kerja berdikit-dikit. Cukup tempoh seminggu kira boleh selesailah semua tu. Tapi dalam minggu ni, satu hari je aku berada di sekolah. Bermakna satu hari tu rasanya nak makan dan minum pun tak sempat. Silap2 hari bulan nak kerling kat kawan sebelah pun tak menyempat..Apa nak buat? Siapa suruh aku jadi cikgu? Hah terima ajelah nasib sodih aku ni!! Update sikit je lah ya..sebab lepas ni aku nak mempersiapkan diri aku jadi robot selama 24 jam pada hari Selasa ini. Haha inilah padahnya kalau asyik gilakan siri terminator kat AXN tu..Chaiyok kat diri sendiri untuk komitmen paling getir dalam minggu ini. Sayonara buat e-novel seketika!!
8 comments:
gitulah onak ranjau jadi cikgu. Biarpun masyarakat mengatakan kita banyak cuti, tp hakikat sebenarnya hanya orang yang jadi cikgu saja yang faham bebanan tugas jadi cikgu.
selamat menjadi robot le kita cikgu ya...
AIYAK.. i feel for u.. ida got 1 whole week to settle all the problems n i managed to settle a quarter of it on Monday.. ni pun tengah babysitting budak2 form 4 yang takde kelas.. sian gak budak2 ni.. datang skul but no class available.. whats the point of coming ye tak.. at least they can get their marks from the teachers n surf the internet n hang out with thier buddies.. whatever it is, GOOD LUCK WAKAF BERUAS!! tih tih tih..:)
Salam...
Hehehe...lain pekerjaan lain cabarannya...tetapi itu akan melengkapkan apa yang ada...jangan risau semuanya akan settle...terminator musti buleh punye...Salam Aidiladha...
alahai...ciannyaaa...ingtkan cikgu bila cuti sek boleh rehat.
salam ckg keluduk,
mujur sempat selesaikan semua kerja2 tu sblm hari selasa..legaaa sgtt..hehe
salam ida aka tweetweety,
hehe wakaf beruas ya..amboi! hahaha...ida tahu, starting from tht day, semua org kt sekolah asyik panggil kita wakaf beruas je..ini gara-gara encik mansor penceramah tu ler...
salam lolozh,
berkat pulun semuanya dlm satu hari, alhamdulillah kerja2 saya dah settle..tinggal nak uruskan buku rekod kemajuan je n ready jg periksa spm..
salam jue,
mana ada rehat cikgu cikgi ni...sbnrnya kerja cikgu ni sama je mcm kerja lain...
Post a Comment