Wednesday, October 21, 2009

Susahnya Nak Buat Orang Faham...

Beberapa hari ini sebenarnya aku rasa agak terkilan sedikit. Tapi untuk elakkan perasaan terkilan ini bercambah menjadi celaru, maka aku sibukkan diri dengan menyelesaikan report PEKA Sains anak-anak murid aku. Tapi perasaan sedih itu tetap terasa...

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa. Sebenarnya adik aku Aiza dah masuk hari keempat berada di wad di Hospital Besar Kuala Terengganu. Dia dibawa masuk ke hospital setelah muka dan kedua belah kakinya bengkak-bengkak. Sebenarnya ini bukan kali pertama mukanya bengkak-bengkak begitu. Kali pertama dulu, kami ingatkan ia sekadar alergik pada sesuatu. dan selepas dia pulang dari Kuala Lumpur kerana temankan adik aku interview, dia macam tak sihat dan demam-demam. Dua hari dia MC dan tak pergi mengajar.Tapi lepas habis MC, dia mengajar macam biasa. Tapi bengkak kat muka dia tak surut-surut. So kami hantar dia ke klinik. Dan doktor di klinik syorkan kami terus bawa dia ke hospital besar untuk pemeriksaan sebab doktor syak dia mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan paru-paru berair.

Sekarang ini hari keempat dia menjalani pelbagai ujian. Hampir tiap-tiap hari dia kena suntik dengan 4 atau 5 jarum suntikan. Kasihan pula aku tengok dia. Tekanan darah dia pula punyalah tinggi sehingga mencecah 154/110...even ayah aku yang mengidap darah tinggi pun tak kena setinggi itu. Dahlah kelmarin aku sempat menatap seorang jururawat yang suntik ubat pada adik aku punyalah kasar sampai adik aku dan berkerut-kerut tahan sakit.

Apa yang aku terkilankan ialah aku tak boleh kerap melawat dia sebab aku sekolah petang. Pukul 12.30 dah turun nak pergi sekolah dan balik pulak pukul 6.30 petang. Sedangkan masa melawat di hospital ialah 12-2 dan 5 -7. Kelmarin sahaja aku pecut dari sekolah dekat 100km/j untuk sampai ke hospital melawat dia. Tepat pukul 6.50 aku sampai ke hospital dan tak keluar-keluar dari wad dia sehingga dekat pukul 8 malam. aku buat tak peduli je bila ada nurse jeling-jeling aku. Pedulilah asal aku nampak adik aku cukuplah!

Satu lagi benda yang aku terkilan ialah fasal cuti. Kelmarin aku cuba minta-minta cuti dengan pihak pentadbir sekolah (petang) sebab nak ambil turn jaga adik aku, lagipun aku kasihan kat adik aku Zura yang terpaksa berulangalik ke hospital. Lagipun CRK aku banyak lagi, dan last aku ambil CRK ialah pada bulan 8 masa konvo adik aku kat Perlis. Tapi malangnya tak diberi.Alasannya...buat apa nak jaga adik, kan dah ada jururawat di hospital tu. Biarlah jururawat tu yang jaga. Begitulah bunyi kata-kata itu ditujukan pada aku. terus-terang cakap telinga aku memang berdesing mendengarnya. Terkedu dan terkecewa...lagi-lagi diucapkan oleh orang yang juga sakit. Aneh kan!

Mudahnya orang lain bercakap kalau bukan jatuh pada ahli keluarga sendiri.Kenapa hendak diharapkan jururawat yang ada di hospital untuk jaga ahli keluarga kita? Kitalah yang sepatutnya ambilberat tentang ahli keluarga sendiri. Kita yang sepatutnya temani dia dan beri kata-kata dorongan padanya. Sebab bagi orang sakit, ahli keluargalah yang mereka nak tengok, bukannya muka jururawat yang bersepah kat hospital tu. Terfikir juga aku, apakah selama ini waktu dia dimasukkan ke hospital tak pernah ditemani ahli keluarga, hanya jururawat sahaja yang menjaganya barangkali!

Aku pun jadi pelik, kenapa nak halang aku ambil CRK yang memang hak aku? Lagipun aku nak cuti ikut peraturan. Kali terakhir aku ambil CRK bulan 8 bermakna CRK aku ada jarak-jarak masa yang dibolehkan. Dan aku nak ambil CRK bukan nak pergi holiday atau pergi shopping kat mana-mana. Aku cuma nak habiskan masa dengan adik aku sahaja. Salahkah? Kalau tak nak beri sekalipun, janganlah buat keluar ayat yang boleh buat airmata aku mengalir.

P/S : Patutlah orang lain minta cuti tak pernah melalui dia..Ada sebab rupanya..aku yang terlebih hormat konon-kononnya..Maaflah kalau ada kengkawan satu sekolah yang terbaca luahan ni.. Aku tengah sedih dan kuciwa ni..

18 comments:

Keluduk said...

Aku faham sangat dengan apa yang terjadi kat cg , sebab aku pun pernah terasa jugak kat orang macam tu,Tp aku wat dunno aje lah.

Semoga cg sabar menghadapi ujian Allah ke atas adik cg. Banyakkan doa moga dia cepat sembuh.

Suhana Shahril said...

Maaf la kalo ana bertanya tp kalo k.nita xnak jwb pon xpa. Mgkn agak privacy. Adakah org yg k.nita tanya tu org yg kejanya kat opis iaitu org selain pengetua @ guru besar?Hehe..kalo jwtn org tu sprt yg ana jangka dlm kepala otak ana ni..mmg sahih org tu err..apa yek nak kata..kepoh kot nuu..Kalo baca dlm pekeliling, cikgu layak apply cuti 7 ari kot sethn (betul kan kalo ana salah). So,dah mmg ada diberi kelayakan, cuti pun nk apply ats sbb2 tertentu..bukan saja2 nak cuti p melancong.Apa yg org tu nak kecoh2kan.Slalunya pengetua sek xde apa2 tp yg bwh2 tu jer yg lebih2.Sabar je lah kak nita.
Buat aiza, Ana doakan semoga dia cepat sembuh.Ana paham bagaimana rasa terkilan dalam ati bila org yg kita sayang, kita xle nak berada d sisi dia slalu.Tp ana rasa Aiza pun tentu paham dgn keadaan kak nita.Byk2kan berdoa.Insyallah.

Jue said...

salam k.nita..

Semoga tabah hadapi dugaan ni dan semoga adik k.nita cepat sembuh. Pasal org yg byk songgeh tu, doa2kan dia lembut hati..dan kembali mempunyai hati dan perasaan.

HeroAjil ^ HeroinUsj said...

Salam...

Kak ita,solehah ni...terkejut nye tau ja masuk wad..tu pun may yg gtau....hope ja cepat2 sihat...cm nk balik trg jer...ade try kol dia tp ja tak angkat....kim slm kt ja eh

Mazni Aznita said...

cikgu keluduk

susah betul nak berurusan dengan org macam dia tu..tapi nak buat macamana dia ikan emas, kita ni ikan buntal je..mana nak sama..hehehe..tapi jganlah menunjuk-nunjuk kuasa dalam keadaan tak sesuai macam ni..haru betul la mak orang tu..heeeee

Mazni Aznita said...

takpe suhana, takde hal pun soalan tu..

mcm kak nita ni sekolah sesi petang (tahun ni start tukar) jadi suhana fikiaqlah sendiri siapa yg berkuasa sebelah petang tu selain pengetua dan pk.. (bukan kerani tau)

k nita ni bukan apa suhana, terkilan sgt sbb cara dia menjawab tu... kita dahlah emergency..mmg ikut patut k nita tak perlu bagitahu dia sbb k nita boleh direct terus pada pengetua..tp sbb hormat punya fsl sbb dia ketua kita, k nita maklumkan pd dia..padahal kengkawan k nita yang sidang petang yg lain rupa-rupanya lebih faham....

Mazni Aznita said...

salam jue,

haha rasanya sifat org klu dah meningkat umur ni susah dah lentur balik ye tak..kalu gitu kita sekarang, nak tunggu bila br nak berubah dan lebih memahami perasaan orang lain..nth lah malas nak fikir dah...ikut ere dia jelah...

Mazni Aznita said...

salam solehah,

may bagitahu ekk..tu ler dah dekat seminggu dia kat wad..enjoy sakan dia kat situ..tiap-tiap ari kecut perut kena ambil darah dekat 5 kali sehari..

dia tak angkat tel coz hari tu dia suruh bawa tel dia balik charge kat rumah..bebudak ni charge tp lupa nak bawa semula ke hospital tu..

mamashilla said...

Salam nita...

Lama tul mama x online...sekali bukak jer blog nita.. tertera tengtang Aiza. Mama turut bersimpati
dengan apa yg berlaku harap Aiza tabah menghadapi dugaan ini.

Memang sakit hatikan bila ada orng yg x paham kesusahan org lain.

Biasanya org yg macam ni x pernah ada hubungan rapat dng keluarga sendiri.

Aiza bertuah mendapat seorang kakak yg begitu mengambil berat dan sanggup bersusah payah demi tuk seorang adik..

Apa pun mama harap nita dan keluarga tabah dan sabar dengan dugaan yg ALLAH berikan..Setiap yg baik itu datang drinya yg buruk itu dtg dr kita sendiri...

AMIN

Anonymous said...

salam.. honey.. abaikan je hamba ALLAH tu.. at that age, n that condition, still cannot understand other people's sufferings, tak reti kita nak cakap.. just go fight for ur right to others who would listen okey.. there are a lot of others that will support u.. may allah mudahkan ujian buat aiza...

Mazni Aznita said...

thnks mama,

klu sy sakit sekalipun, paling utama sy juga mahukan support dr anggota keluarga..insya we all redha aje...

Mazni Aznita said...

irda, thnks 4 ur concern..

beruntung ada kawan spt ida yang memahami..kalu pengetua sekarang dia lebih terbuka kan...sy sepatutnya call pengetua aje..tp nnti org tu terasa pulak hati klu tak bagitahu dia dulu. tp bila kita bagitahu, begitu pula cakapnya..hahaha ni yang rasa nak pergi tonton new moon cepat2 ni nak hilang bengang (apa kena mengena lak ngan new moon..

irda, sy juga harap sakit irda tu sembuh ya dan operation irda tu lancar.apa-apa hal nnti always update me okay...

Indah Hairani said...

salam buat nita,'kesian kndah dengar, kakndah doakan adik sembuh dengan segera. Nita kena kuat semangat...slm sayang dari kndah

RinnTis said...

Tragedy is never a tragedy until it happens to you


org yg melihat tragedy blum tentu dapat merasa apa tragedi yg sebenarnya.


hope your sister is getting better. Amin.

Mazni Aznita said...

salam k indah..

thnks atas ingatan k indah tu..sakit ni ujian tuhan..bukan sahaja bg pesakit tap juga kita yang sedang sihat ni..kalu tuhan nak bagi sakit, bila-bila pun boleh sakit..iya tak..

Mazni Aznita said...

betul cakap rinn tu..

tapi ada juga org yang dah melalui tragedy dalam hidupnya tapi still tak mahu faham2..


thnks utk doa rinn tu..hoping the same too...

ziekiera said...

Nita...kak zie dah rasa itu semua masa arwah shakira ada dulu...kak zie lagilah kena berulang-alik ke wad neurologi HKL.kak zie dh ckp sian2 mnggu prtama cuti tak leh wat cuti terancang..alih2 dia masukkan jugak nama kak zie...kak zie ingat sampai mati apa yg pk1(pompuan) tu kata...."jgn igt semua org simpati dgn kita,ank sakit biasalah..."ya Allah ..smpai hati kecil kak zie berdoa...aku hrp bila ank pompuan kau kawin esok2,,,cucu kau sakit lebih teruk drpd anak aku.." Itulah cabaran2 dlm hidup kita...susah2 ta ambik je mc..abih citer...ni,Fatinabila ajk date 7.11 hari Sabtu dpan..nita free tak..?

Mazni Aznita said...

kekadang org bukan tak faham k zie, dia sengaja tak nak faham...simpati sy dengar kisah k zie...mungkin bukan sebab tak kena batang hidung sendiri, sbb tu sesedap hati aje diaorang cakap tanpa fikir perasaan org lain.

perkara sakit ni bukan benda main-main..lagi2 kalau family kita yg kena..sy pun bukan nak sgt bagitahu org tu tapi sbb mengenangkan kita still hormat kat dia tu yg kita bagitahu dia dulu..kalau ikut saya, baik bagitahu pengetua aje atau ambil MC mcm k zie ckp tu..nthlah skrg ni klu berhadapan dgn org tu, nk senyum pun susah..tak tahu kenapa...

date 17/11? boleh..boleh sgt..no hal..

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com