Aku macam nak ketawa dua tiga hari ni..why? Bayangkan one of my student ugut aku semata-mata sebab aku denda dia kerana tak bawa buku ke sekolah. Bayangkan pelajar yang sama tak berminat nak belajar, tak bawa buku teks dan buku nota, bercakap masa aku tengah mengajar dan menganggu kawan-kawannya yang lain. Apakah wajar kalau aku jadi cikgu yang hanya terus mengajar tanpa apa-apa respon dengan jenis murid yang begini semata-mata sebab aku dah penat nak menegur? Jawab aku..maaf this is not me..
Aku akui kelas ni baru dua bulan aku ambil dari guru asalnya. Berbeza dengan kelas-kelas yang aku latih dari awal tahun, kelas ini agak sukar mahu dikawal. Aku tahu banyak sangat cabaran mengajar kelas-kelas yang ke belakang kerana mereka semuanya tidak berminat mahu belajar. Ditambah lagi dengan masalah disiplin mereka yang sering membuat ramai cikgu-cikgu pening kepala di sekolah.
Berkali-kali aku katakan dengan diri aku sendiri, yang tak pandai belajar tak mengapa..boleh diajar..tapi kalau murid biadab, guru MUSTI mengajarnya. Bukan hanya berdiam diri atau membiarkannya sahaja. Jika seorang murid biadap dengan gurunya, kemungkinan besar dia mempunyai sikap yang sama terhadap ibubapa dan adik beradiknya di rumah.
Bayangkan pelajar ini sering memberi alasan yang sama tidak bawa buku. Aku pun dah muak mendengar alasan yang sama. Jadi bila aku periksa beg sekolahnya..apa yang ada? Nothing at all. Hanya ada dua batang pen sahaja yang mungkin takkan berguna tanpa sebarang buku. Jadi jenis pelajar yang bagaimanakah sehingga langsung tak bawa buku ke sekolah? Usah katakan buku teks, buku tulis pun dia tak bawa. Beg sekolah dibawa hanya untuk ditunjuk-tunjukkan pada kawan-kawannya agaknya. Jadi seperti biasa, aku beri dia dua batang pen miliknya dan aku ambil beg sekolahnya. Kata aku selagi dia tak bawa buku-buku ke sekolah, aku takkan beri beg dia. Bukannya susah pun, dia ada dua pilihan. Samaada dia bawa buku atau dia takkan dapat balik begnya. Tapi apa yang pelajar ini pilih? Dia pilih untuk mengugut aku di hadapan rakan-rakannya yang lain.
Apa yang dia buat? Dia tenung aku dengan marah sambil mula mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat. Yang paling best dia buat dialog mengugut dalam loghat terengganu. Ini antara dialog dia yang paling gempak.
Dia : Tengok arr kalau aku jupe mung kat luar, mampuih mu aku buat..Siap mung nanti!
Aku terbeliak biji mata dengar ayat yang keluar dari mulutnya. Then apa aku buat? Dengan dialek terengganu juga aku membalas dengan lancar, kejam, sadis dan selamba.
Aku : Oh ada ati nak tunggu aku kat luar? mu pung sama..kalau aku jupe mung kat luar, mapuih mung jugok aku kerjakan. mung ingat mung sorang samseng, aku dok berani? Kalau berani mari la lawan aku kat depan ni.
Aku mencabarnya dengan menggunakan perkataan 'Aku'. Hahaha gempak jugak kan..then lepas tu ada satu beg kosong melayang ikut celah tingkap..ini beg kelima yang aku campak ikut luar tingkap dalam tahun ni sebab kosong takde isi.
Maaflah kalau ada ibubapa yang membaca entry ni beranggapan kata-kata aku terlalu kasar dan ekstrim. Even my mother pun kata aku ni terlalu agresif sebagai seorang guru. Tapi bagi aku yang ada pengalaman mengajar budak-budak begini, kelembutan menasihat sudah tidak ada ertinya bagi jenis pelajar begini. Sepertimana ada pelbagai jenis pelajar di sekolah dengan pelbagai ragam...kaedah untuk menyedarkan pelajar juga perlu pelbagai. Kadangkala kita perlu lembut tetapi kadangkala kita harus juga berkeras dengan mereka.
Bagi aku untuk mengajar pelajar biadab dan 'jahat mulut' begini, kita harus lebih biadab dan jahat darinya supaya dia tahu membezakan siapakah guru dan siapakah kawannya. Kelakarnya satu kelas terlopong tengok aku membalas kata-kata kawan mereka dengan penuh selamba tanpa perasaan takut atau gementar. Apa respon budak itu? Dia diam aje..
Sepanjang aku jadi cikgu, aku dah berhadapan dengan banyak ragam pelajar begini.Tahun ni sahaja aku dah berlawan mulut dengan ramai pelajar yang sewaktu dengan pelajar yang biadap ini.
Bagi aku, kebanyakan yang kuat melawan sebenarnya dalam hati mereka adalah pelajar yang penakut.. Aku paling faham tentang itu. Mereka bangga kalau berjaya menakut-nakutkan cikgu. Tapi kalau ada cikgu yang melawan mereka sekali sahaja, mereka takkan berani lagi bersuara..buktinya? keesokkannya pelajar itu sentiasa mengelak diri dari berjumpa aku kat sekolah..hahaha aku nak tengok aje sampai bila dia mengelak..Mapuihh mung kalu aku jupe!!! (Sedap pula ayat camgitu kalau disebut berulang-ulangkali..haha try ler).
26 comments:
salam kak..
kalu sy,walaupun still blajar tp sy sokong tindakan akak tu..
sy memang pantang kalu org kurang asam+asam+asam trutamanya kat cg..
even kalu kwn2 sy pun sy akan tegur tp x adalah sampai baling beg..
tu nak kena makan kasut tu,he3..
memang patut ajar macam tu..
eh...main ugut2 cg pula kan...
berdaulat sgt ler tuh..
ingatkan koje cg ni senang tp susah rupanya...
hurm...
as salam
gitulah asam garam jadi cg ni, mcm-mcm karenah pelajar yang kita jumpa.
Apa pun, pelajar berkenaan akan ingat ajaran cg tu.. sampai bila-bila. Terutama bila dia ada akal kekgi.
tindakan cg tu kira-kiranya tak ekstrem lagi kalu dibandingkan dgn guru disiplin.
Tahniah cg..! sekurang-kurangnya cg salah seorang cg yang mengambil berat tentang pelajarnya. Teruskan usaha murni cg.
Saya menyokong cg...
salam..
kak nita, klu dyazz jd kak nita pun dyazz wat cenggitu..kureng punye dak kecik..kecik2 da brani ugot cekgu yg bg die ilmu..g skola x bwk buku sme r mcm x g skola..better dok umah tlg mak..hik hik~
salam... tih tih tih.. ida penah gak baling buku kat budak kerana kebiadapan tahap melampau.. itu memang kalu dah bengang sangat sebab ida rasa ida ni jenis buleh bersabar.. tapi kalau budak2 kelas belakang nih, if they touch the right button, siap la.. bertukar jadi dragon.. but i am more of a crybaby kalu budak2 yang ida care (budak2 yang dah besar dan berakal) hurt my feeling... tih tih.. anyway mazni, that's us.. people out there, they dont experience this stuffs like us.. so we have to stick to each other and be supportive.. niat kita nak mendidik.. Allah lebih mengetahui.. budak2 zaman sekarang memang mencabar keimanan.. so harap mazni sabar okey... u definitely got thicker skin than i am..
gerun pula bila mengenangkan pelajar macam tu. kalau zaman kita dulu, nakal-nakal kita pun tapi bila ditegur cikgu tak berani nak menjawab. jangan kata menjawab, nak angkat muka pun segan. tapi zaman sekarang ni lain pula ya?
lebih tragis kalau ibu bapa pun sama je naiknya dengan pelajar tu. ingat lagi, waktu saya sekolah dulu tak berani pun beritahu mak dan ayah bila kena marah dengan cikgu dekat sekolah sebab mak dengan ayah dah warning 'satu cikgu kamu bagi, ayah tambah dua kali ganda'. tapi zaman ni anak kena cubit sikit je, sibuk saman menyaman walhal, yang salah anak tu.
saya memang respect cikgu yang macam anita ni sebab berani dan nampak keikhlasan cikgu menjadi pendidik. teruskan nita. guru adalah pekerjaan yang paling mulia jika kena pada gayanya. Ilmu yang seorang guru curahkan tu akan berterusan sampai akhir zaman.
pelajar yang kurang ajar tu insya-allah satu hari nanti akan berubah juga...
salam qyqa,
agaknya klu qyqa jd anak murid k nita, sejuk sikit hati k nita ni bila pergi sekolah ada anak murid baik macam qyqa..
salam ckg keluduk,
mmg salute sgt dgn cikgu hamid (Mentor saya tu) dan cikgu zali..they all one of the best cikgu disiplin yg sy pernah jumpa spnjng mengajar..
kt sek kita tu..agaknya klu aisyah diantikan olh pelajar perempuan..sy pulak ni mmg di'antikan' oleh budak2 lelaki kut..hehehe..
salam dyazz,
mmg bebudek ni kureng sungguh...hingus blm kering ada ati nak tunjuk samseng depan cikgu dia yg prnh jd samseng gak dulu..hahah
salam ida,
betul ida, kita kena support antara satu sama lain..baru budak2 boleh jd pelajar berguna..selalu sangat saya ulang pd budak..kalau tak pandai takpe asal hormat cikgu cukuplah..itu sahaja kriteria yg diperlukan utk jadi pelajar yg baik di sekolah.
kita pun klu budak hormat kita even belajar tak pandai..ati kita pun seronok sgt nak ajar mrk..tp klu jumpa yg 'kureng asam' mcm ni..masuk kelas serupa mcm nak anggak senapang pergi berperang..hahaha
salam farah,
haha yup betul dulu sy pun sama..klu kena marah dgn cikgu lgsung tak berani nak lawan kata-kata cikgu..diam aje. bukan tak rasa hati dgn cikgu sbb marah kita tapi diri kita klu dah terdidik dgn sikap mnghormati guru dr rumah..mmg tak berani wlu nak keluar sebaris ayat pun nk kutuk ckg..sebaliknya klu ckg yg marah kita tu senyum balik kt kita..huh rasa cam seronok sangat mcm dapat markah 100 kt sek..
but as you said, itu dulu..skrg ni dah lain dah farah...mailah jd cikgu satu hari kt skolh sy n nnti farah rasalah sendiri btp kami semua ni kena bersabar dgn byk perkara..dgn kerja2 kt sekolah..dgn kerenah birokrasi + kerenah pelajar itu sendiri + kerenah mak ayah mrk yg tak faham lagi..adui ni ler yg sbbkan cikgu2 byk kena darah tinggi..
wahh..salam nita..kesian cikgu ni ya..banyak cabaran memdidik anak bangsa nita, yg tak tahu bertapa penting nya ilmu tu..dgan ilmu tu merekakan menjadi manusia yg berguna ya..tanpa ilmu nadk jadi apa mereka tu nita..apakah mereka boleh hidup tanpa ilmu?sayang ya..kalau boleh liza sendiri nak pusing dunia ni kembali ke zaman ramaja,liza nak bersekolah kembali,belajar untuk mendapatkan ilmu dgan ilmu kita bolah menjadi manusia yg berguna dan berjaya dgan apa bidang yg kita suka...tapi ia tak berlaku nita...buat pelajar2 hormatilah guru..dalam islam pun kita disuruh menghormati guru tanpa merka siapalah kita ya..dan buat nita banyak2 bersabar nak jadi pendidik ni banyak bersabar dgan kerenah anak murid kita nak mereka berjaya juga..buat ibu/bapa yg perhatian awasi anak2 kita..nita liza syurkan jadikan kesah2 murid nita ni jlan certa buat novel baru nita nanti..he..he..
Assalamualaikum!Tahniah atas tindakan anda..saya sangat menyokong guru yang mengambil berat kepada pelajar...bagi saya guru yang hanya berdiam diri sahaja apabila pelajar melakukan kesalahan bukanlah guru yang sejati...Syukur le pelajar kat sekolah saya tak berani lagi nak ugut guru!
salam liza,
mmg jd pendidik bukan kerja senang..adakala kita penat dan lelah..dan setiap kali itu kita cuba bertahan..
cikgu2 yang mengajar di kelas hadapan mungkin lebih mudah kerja mrk kerana mrk hanya mengajar...murid2 akan ikut dan tak perlu dipaksa untuk belajar.
tp bg kelas belakang, setiap hari sy membuka mulut ttg benda yg sama. memastikan buku2 mrk ada di dalam beg, dan dlm ms yang sama memstikan mrk dapat walau sedikit ilmu yg diberi..kadangkala mmg letih dibuatnya..tp insya allah selagi ada daya..selagi itulah sy akan teruskan tugas yang diamanahkan dgn sedaya upaya..
salam iman,
thnks kerana ada yg sependapat menyokong tindakan saya ni..tapi terus terang cakp sy frust sbnrnya. klu kita aje yang pastikan budak-budak bawa buku, tapi yang lain2 tak..tak guna juga..
ada anak murid sy yang bawa satu buku sahaja ke sekolah tiap-tiap hari. Dan buku itu hanyalah buku teks matapelajaran yang saya ajar sahaja...bila ditanya kenapa bawa buku sains sahaja? jawabnya sbb saya bengkeng...terkedu mendengarnya..ini bermakna apakah cikgu lain tidak bengkeng sehingga murid-murid tidak berminat mhu mmbw buku teks subjek2 lain? entahlah nak komen lebih-lebih pun benda ni tak boleh..
salam,
anak murid sekarang mmg dah berani dan kurang ajar, bagus anita cakap macam tu biar tunjuk smaseng, dia ingat dia sorang je samseng? baguih anita......anak murid skang tak elok bagi muka sangat...lagi pijak kepala adalah.... go! go!
Bagus k.nita bagus.Mmg patut ajar budak cenggitu. Sbb husband pon slalu dok citer, kalo tegur budak yg prangai camtu dgn kata-kata gertakan jer,takkan menjadi. Skali skala bagi direct jer, br depa tau kita brani buat bukan dgn ckp jer.Dia kata cikgu kat sek yg main gertak pakai mulut jer, murid2 ni akan buat prangai balik, tp kalo bg direct, 4 sure pastu x brani buat dah.Silap2 ari bulan lari menikus bila tgk kita tgh jln.
Salute!
yup ida,
anak murid sekrg mmg tak leh beri muka..(kalau beri nanti mana muka kita lak)..
sy samseng gak..samseng kt rumah..depan adik2..hihihi
salam suhana,
tp mak k nita selalu marah k nita garang dgn budak2..nnti dia kata takut budak2 balas dendam..
ari tu ada dua org yg tak dikenali duduk depan rumah kitaorang..dia dah gugup..suspek org berdua tu datang cari k nita sbb cubit anak/adik diaorang..hahaha k nita gelak guling dengar..padahal dua orang tu tukang nak baiki rumah jiran kitaorang...kelakau sungguh..
hahaha... nita... mung kelakor abiss aaa...
salute!
salam che rose..kelakor? ya..ya kelakor yg sengaja cr fasal n masalah ..hihihi
heheh...bagus k.nita...saya yg baca ni pun naik geram...biar dia tahu konon dia je samseng..dia tak tahu cikgu dia lagi ganah!..hehehe
betul apa yang nita buat...budak sekarang tak sama dengan kita masa kita jadi student dulu...kita takut dan hormat cikgu...cikgu takde la garang sangat, dia pandang je kita rasa gerun...budak sekarang, kita tenung dia, dia tenung kita macam nak telan...bukan budak sekolah menengah je yang samseng, budak sekolah rendah pun gitu gak..baru tahun 6 dah mula samseng ngan cikgu...
zaman dulu adhan, kita ni sayang habis kat cikgu walaupun cikgu tu garang semacam..
sebb dlm hati kita tahu cikgu tu garang bersebab..klu tak buat hal tak buat kacau..takdenya cikgu nak marah2 iya tak..time tu tak pernah terfikir pun nak naikkan darah cikgu..tp pelajar zaman ni lain sungguh...dah tahu kita mkarah still lagi buat benda yang sama..mcm takde kesedaran langsung..
p/s : sampai ari ni pelajar tu belum jugak masuk kelas saya..kengkawan dia kata dia takut..amboi garang bebenor ke saya ni? hehe....tp dah report dah fsl budak ni ngan admin..
salam akak..terkejut sya bca entri akak..sya bakal guru..xtaula sya mcm mna sya nk hadapi klu ada pljr sya yg mcm 2..tapi,klu sya jadi akak pon, sya akn buat bnda yg sma..atau mungkin lbih 'ganas' drpd apa yg akak buat..bdk2 yg biadap ni mmg kna ajar dgn cara yg lbih biadap..bru diorang tau langit ngan bumi 2 dekat ke jauh..hahaha..sya suka novel blue sunset..!
salam anonymous,
takpe..bukan semua pelajar mcm ni...bak kata org dalam setandan pisang, bukan semuanya elok...
mungkin klu anon baru masuk sek..lps tu kena mengajar budak2 kelas ke belakang yg agak nakal..akan rasa sakit kepala. tapi lama kelamaan nanti biasalah..
kalu masuk kelas depan2 mungkin tak rasa susah sbb budak mmg baik2 dan kuat belajar..tp ada juga budak kelas belakang klu kta pandai capture hati mrk..akan lebih baik dari pelajar kelas hadapan..
moga jadi guru yang sabar, penyayang dan berani...opps juga 'samseng'....hehehe
thanks atas nasihat akak..insyaAllah, sya mmg berazam nk jd guru yg terbaik utk anak2 didik sya..tp mmg btol..kadang2,kta x mampu nak hadapi ujian yg melanda..terasa getir sgt nk mengahrungi hidup ini..2 yg bley skit ngajar budak2 yg xnak dgr ckp cgu..cgu pon kna pandai amik ati ank murid..
Post a Comment