Tuesday, November 24, 2009
Hujan Oh Hujan!
Friday, November 20, 2009
New Moon Upcoming
Sejak aku baca New Moon sampailah Eclipse..aku tak tahu kenapa aku lebih suka watak Jacob dari Edward. tetiba aje The Wolf nampak lagi macho dari The Bloodsucker. Haha jangan mare ya peminat Edward..
Camna pun untuk mengubat kerinduan dan ketidak sabaran hati aku ni, tetiba rasa nak upload gambar-gambar poster dari New Moon untuk tatapan yang sama-sama menantikan kehadiran New Moon di pawagam. Dah tak lama kan? Hehe..
Sunday, November 15, 2009
Komitmen 24 jam

Sunday, November 8, 2009
Musim Demam
Tuesday, November 3, 2009
Dopamine Go To Hell...
Dah lama tak update blog, kadang-kadang malas ni datang tak diundang. Internet di Bilik Akses aku di sekolah still di tahap cikai. Sebab tu aku selalu tak dapat nak reply sapaan kawan-kawan di shout n chat. Kalau balas tu maksudnya aku dah balik rumah time tu. Sorry ya kalau ada yang merasakan tahap keramahan aku tu dah menurun. Hehe...Masa ni la membuak-buak dalam dada ni nak pergi Celcom dan kebas broadband satu supaya aku dapat terus melekat kat komputer ni dua puluh empat jam..Wednesday, October 21, 2009
Susahnya Nak Buat Orang Faham...
Beberapa hari ini sebenarnya aku rasa agak terkilan sedikit. Tapi untuk elakkan perasaan terkilan ini bercambah menjadi celaru, maka aku sibukkan diri dengan menyelesaikan report PEKA Sains anak-anak murid aku. Tapi perasaan sedih itu tetap terasa...Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa. Sebenarnya adik aku Aiza dah masuk hari keempat berada di wad di Hospital Besar Kuala Terengganu. Dia dibawa masuk ke hospital setelah muka dan kedua belah kakinya bengkak-bengkak. Sebenarnya ini bukan kali pertama mukanya bengkak-bengkak begitu. Kali pertama dulu, kami ingatkan ia sekadar alergik pada sesuatu. dan selepas dia pulang dari Kuala Lumpur kerana temankan adik aku interview, dia macam tak sihat dan demam-demam. Dua hari dia MC dan tak pergi mengajar.Tapi lepas habis MC, dia mengajar macam biasa. Tapi bengkak kat muka dia tak surut-surut. So kami hantar dia ke klinik. Dan doktor di klinik syorkan kami terus bawa dia ke hospital besar untuk pemeriksaan sebab doktor syak dia mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan paru-paru berair.
Sekarang ini hari keempat dia menjalani pelbagai ujian. Hampir tiap-tiap hari dia kena suntik dengan 4 atau 5 jarum suntikan. Kasihan pula aku tengok dia. Tekanan darah dia pula punyalah tinggi sehingga mencecah 154/110...even ayah aku yang mengidap darah tinggi pun tak kena setinggi itu. Dahlah kelmarin aku sempat menatap seorang jururawat yang suntik ubat pada adik aku punyalah kasar sampai adik aku dan berkerut-kerut tahan sakit.
Apa yang aku terkilankan ialah aku tak boleh kerap melawat dia sebab aku sekolah petang. Pukul 12.30 dah turun nak pergi sekolah dan balik pulak pukul 6.30 petang. Sedangkan masa melawat di hospital ialah 12-2 dan 5 -7. Kelmarin sahaja aku pecut dari sekolah dekat 100km/j untuk sampai ke hospital melawat dia. Tepat pukul 6.50 aku sampai ke hospital dan tak keluar-keluar dari wad dia sehingga dekat pukul 8 malam. aku buat tak peduli je bila ada nurse jeling-jeling aku. Pedulilah asal aku nampak adik aku cukuplah!
Satu lagi benda yang aku terkilan ialah fasal cuti. Kelmarin aku cuba minta-minta cuti dengan pihak pentadbir sekolah (petang) sebab nak ambil turn jaga adik aku, lagipun aku kasihan kat adik aku Zura yang terpaksa berulangalik ke hospital. Lagipun CRK aku banyak lagi, dan last aku ambil CRK ialah pada bulan 8 masa konvo adik aku kat Perlis. Tapi malangnya tak diberi.Alasannya...buat apa nak jaga adik, kan dah ada jururawat di hospital tu. Biarlah jururawat tu yang jaga. Begitulah bunyi kata-kata itu ditujukan pada aku. terus-terang cakap telinga aku memang berdesing mendengarnya. Terkedu dan terkecewa...lagi-lagi diucapkan oleh orang yang juga sakit. Aneh kan!
Mudahnya orang lain bercakap kalau bukan jatuh pada ahli keluarga sendiri.Kenapa hendak diharapkan jururawat yang ada di hospital untuk jaga ahli keluarga kita? Kitalah yang sepatutnya ambilberat tentang ahli keluarga sendiri. Kita yang sepatutnya temani dia dan beri kata-kata dorongan padanya. Sebab bagi orang sakit, ahli keluargalah yang mereka nak tengok, bukannya muka jururawat yang bersepah kat hospital tu. Terfikir juga aku, apakah selama ini waktu dia dimasukkan ke hospital tak pernah ditemani ahli keluarga, hanya jururawat sahaja yang menjaganya barangkali!
Aku pun jadi pelik, kenapa nak halang aku ambil CRK yang memang hak aku? Lagipun aku nak cuti ikut peraturan. Kali terakhir aku ambil CRK bulan 8 bermakna CRK aku ada jarak-jarak masa yang dibolehkan. Dan aku nak ambil CRK bukan nak pergi holiday atau pergi shopping kat mana-mana. Aku cuma nak habiskan masa dengan adik aku sahaja. Salahkah? Kalau tak nak beri sekalipun, janganlah buat keluar ayat yang boleh buat airmata aku mengalir.
P/S : Patutlah orang lain minta cuti tak pernah melalui dia..Ada sebab rupanya..aku yang terlebih hormat konon-kononnya..Maaflah kalau ada kengkawan satu sekolah yang terbaca luahan ni.. Aku tengah sedih dan kuciwa ni..
Friday, October 16, 2009
Selamat Hari Ulangtahun BS

Tuesday, October 13, 2009
Tribute To Wawa
Hari ni aku just nak share cerita tentang adik bongsu aku. Bukan apa, saja nak tribute kat dia sebab hari ni last day dia selesai menduduki PMR. Dia ni memang comel orangnya (bagi akulah...hehe) n of course la aku cakap begitu fasal dia adik aku. Aku ada banyak nama gelaran untuk dia sejak dia kecil sampailah usianya lima belas tahun. Biasanya gelaran-gelaran yang aku beri akan lekat pada dia. Means.. apa yang aku panggil, itulah yang orang akan panggil pada dia. Kiranya pengaruh aku kuat jugak la dalam family. Salah satu nama gelaran dia ialah Tea Pot. Tapi lama kelamaan kami sebut 'tiput' aje sebab lebih kiut..Hahaha..sikit-sikit ada bunyi siput..we all know that n yet still like the name..Wednesday, October 7, 2009
Mini Novella Di Pasaran
Friday, October 2, 2009
Diugut Anak Murid Sendiri..

Monday, September 28, 2009
All The Pages...
Kelmarin dalam sibuk-sibuk termenung (biasalah org bekerja kalau lepas raya mesti termenung sana sini, al maklum poket tengah kontang), aku terpandang susunan rak buku-buku di hadapan aku. Banyaknya buku2 yang dibeli di pesta buku tahun ini yang belum habis dibaca. Dah la pesta buku tahun depan dah terasa sikit-sikit auranya. Wednesday, September 16, 2009
Yeay Dah Nak Cuti!
Saturday, September 12, 2009
Salam Lebaran Untuk Semua..
Next week semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya AidilFitri 1430H...seperti biasa setiap orang sedang berlumba-lumba memperlengkapkan ibadat mereka di hari-hari terakhir Ramadhan. Berakhir Ramadhan, menyusul pula Syawal yang dinantikan...Tahun ini sambutan lebaran terasa lebih bererti bagi aku kerana semua baby-baby aku yang tersangkut di salah satu syarikat penerbitan hampir setahun lebih kini semuanya dah keluar. Terasa lega sangat bila jerih-perih kita berjuang memastikan novel-novel itu dikeluarkan seperti yang dijanjikan, berbaloi sudah. Cuma harap lepas ni syarikat tu tak buat diam pulak masa nak bayar royalti aku. Hahaha..ada yang tanya aku apakah aku akan serik untuk berurusan dengan publisher itu? Jawapan aku entahlah..aku tak pandai nak mendefinisikan apa yang aku rasa. Yang pasti harapan aku agar kekecewaan aku pada tahun-tahun sudah takkan berulang lagi kali ini. Bagaimanapun aku doakan yang terbaik untuk semua pihak dan berharap pihak penerbit ini akan bersikap lebih telus pada penulis-penulisnya...kalau tak boleh untuk menerbitkan novel-novel ini, diharap jangan dibiarkan tersadai di meja sehingga bertahun-tahun lamanya. Serahkan kembali manuskrip yang tersadai lama tu supaya penulis boleh mencari alternatif lain. Kasihanilah para penulis yang bersusah payah menghasilkan karya tersebut. Kasihan kan kita ni Kak Non!
Tuesday, September 8, 2009
Kejamnya Manusia Zaman Sekarang...

HULU TERENGGANU - Bekas Ketua UMNO cawangan Felda Mengkawang dekat sini ditemui mati dengan ususnya perutnya terburai setelah ditikam bertubi-tubi oleh seorang perompak yang memecah masuk rumahnya sebelum melarikan sejumlah barang kemas di Felda Mengkawang petang semalam.
Sunday, September 6, 2009
Mencari Diri..
Pejam celik pejam celik dah dua minggu kita berpuasa, tinggal dua minggu lagi nak beraya. Proses mengkhatamkan quran aku macam biasa asyik tersekat-sekat je..kurang lancar. Rasanya aku kena sambung khatamkan quran tu sehingga habis raya baru habis kut.Hmm..biarlah lambat asalkan tamat. Asal aku mengaji dan khatam cukuplah, tak kisahlah bulan Ramadhan ke bulan Syawal ke...ye tak?Di rumah, persiapan raya dah dibuat sikit-sikit. Konon-konon tahun ni tak nak tukar langsir, tapi tiba-tiba je dah tersangkut langsir baru kat ruang tamu. Konon-konon tak nak beli banyak kuih raya, tapi entah berapa ramai cikgu kat sekolah tu aku dok tempah kuih raya, sampai aku lupa kuih apa, berapa jenis dan dengan cikgu yang mana aku tempah. Hai masaklah aku bila time nak membayarnya nanti.Silap-silap haribulan, gaji aku habis time tu jugak.Inilah perempuan kan? Kalau namanya perempuan, semua benda terasa penting je pada hari raya..sedangkan ada banyak benda penting lagi yang nak kena fikir..contohnya ibadat kita sempurna ke tidak, atau dapatkah kita mencari Lailatul Qadar?
Tapi jika manusia..maka manusialah juga. Tidak dinamakan manusia jika kita sesempurna dan sebaik Rasulullah S.A.W.Mencari kesempurnaan diri itu memang sukar dalam beribadat.Tapi kita boleh belajar untuk menjadi manusia yang lebih baik dari hari-hari semalam.
UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com


