Monday, July 6, 2009

Misi Betik


Papaya atau betik adalah sejenis buah tropika yang banyak terdapat di negara-negara iklim tropika termasuklah Malaysia. Buahnya comel, berkulit kuning bila masak ranum dan rasanya manis. Khasiatnya jangan cakaplah..macam-macam! Sekali berbuah, sampai berpuluh-puluh biji buat kita rasa geram dan asyik nak makan aje. Tak mustahillah ramai betul yang suka makan buah betik ni.

Di belakang rumah aku ada sebatang pokok betik yang menjadi kesayangan kami sebab buahnya hui manis sangat2. Dengan adanya si betik ini, hidup kami tak ubah dilimpahi seribu rahmat. Pagi petang siang malam, aku selalu nampak pokok betik yang sama dari tingkat dua rumah aku sebab aras ketinggian pokok betik tu sama tinggi. Kiranya nampak jelaslah berapa biji yang masak atau mentah setiap kali aku nak bersiap pergi kerja.

Tapi suatu hari, dari tempat yang sama...dan ketinggian yang sama, aku melihat beberapa biji buah betik yang tengah nak masak yang aku dah spot awal-awal, tiba-tiba lesap entah ke mana. Kuciwanya rasa, sebab baru je teringin nak makan buah betik tu. Tapi curiga jugalah siapa yang ambil. Tapi sebab malas nak berkira, kami diamkan aje...

Tapi tak lama lepas tu buah betik yang hampir nak masak, hilang lagi dan lagi dan lagi...hehehe..rasa cuak dah mula timbul. Sah and confirm, cik-cik betik kat rumah aku dah kena songlap la..Entah siapa yang punya kerja. Tapi kelakarnya pencurik ni profesional gila, boleh aje dia tibai buah betik tu walau hari siang. Mentang-mentang la pokok betik tu di belakang rumah. Huhuhu...sampai hati dia...
Aku sekarang dalam Misi Mencari Pencurik Buah Betik Aku....Siapa punya kerja ni? Sebelum aku hadap pencuri ni ke balai polis, last-last aku dapat fikir tiga suspek utama. Ha nilah rupa suspek-suspek aku...
SUSPEK A
Aku agak orang yang curi buah betik aku seseorang yang sentiasa lalu di belakang rumah aku dan menjadi saksi mutlak keranuman buah betik aku yang manis lagi sedap itu. Suatu hari mungkin sebab dia tak tahan sangat nak merasa buah betik tu, maka dengan muka tak malu dia memanjangkan tangannya beberapa kali.
hehehe..sabar ajelah!
Suspek B
Ini suspek nombor 2, fasal aku selalu terserempak hamba Allah ni duk melilau sekeliling rumah aku. Sebab rupa dia lebih cute, jadi aku tak sampai hati nak tuduh, maka aku lebih rela tuduh Suspek A yang sah-sah muka tongkang pecah!
Suspek C
Ini suspek ketiga yang paling besar kemungkinan curi buah betik aku. Aku dendam betul dengan Pepaya ni..dah lama sangat dah! Aku rasa motif utama dia songlap buah betik aku sebab jealous orang kat malaysia ni asyik sebut betik..betik...bukan pepaya..padahal dia susah payah lawan penjahat tapi tak glemer. Betik juga yang glemer! Hehehe...

4 comments:

Hanya Aku Dihatimu.. said...

kha..kha..ketawa liza baca..dekat brunei pepaya or betik kita orang panggil KEPAYAS ,nita..pucuknya nita dimakan dgan sambal belacan sedaplah nita..

Anonymous said...

hihihi kak nita ni smpaikan pepaya pun jadik mangsa...hehheh

zara said...

Assalamualaikum Nita,
Biak pi la depa nak curi... depa semua tu nak ghasa jugak kot. Cian si pepaya yang lurus bendui tu kamu dok ingat depa songlap sama... Teman pun, kalo lalu belakang ghumah Nita pun... teman ambik tanpa kebenaran... hehehe buah yg curik lagi masnis. Semanis cik Nita nyer.

Keluduk said...

redhalah... kata hadis Nabi 'bila tumbuhan kite dimakan oleh haiwan mahupun dicuri oleh manusia, sesungguhnya dia mendapat pahala sedekah'.

tapi yang bestnya... buat betik pun leh jadi cite. tahniah!!! teruskan perhati buah betik tu, kot-kot musim depan makin banyak buahnya.

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com