Tuesday, July 28, 2009

The Curse Of Nescafe..


Ia hanyalah minuman berkafein yang disukai ramai. Boleh diminum dengan krimer, coffee mate atau minum macam tu aje. Semuanya sedap dan aku cukup yakin bukan hanya aku seorang sahaja yang menjadi penggemar nescafe ini. Pakcik aku yang tinggal di Pekan Pahang misalnya, kalau balik ke rumah aku time-time raya wajib bawa bekal nescafe dia sekali.Dan khabarnya dia akan meminumnya setiap malam.

Di rumah aku, peminum tegar nescafe adalah aku seorang aje manakala adik-adik aku yang lain lebih gemar dengan minuman tea, milo, ribena dan jus buah-buahan yang lain. Mesti ada yang tanya apa yang istimewanya dengan nescafe? Jawapan aku, hanya yang suka minum sahaja yang tahu apa istimewanya.

Tapi siapa yang sangka hanya dengan minuman biasa begini mampu mengubah rutin aku secara drastik. Ramai yang tahu aku menulis setiap malam berbekalkan dengan segelas nescafe panas di tepi laptop. Kadangkala hanya dengan mencium aroma nescafe sahaja cukup untuk membuatkan tangan aku berlari di atas kekunci laptop lebih pantas dari biasa. Terasa macam idea mencurah-curah keluar. Dan aku mampu menulis sehingga 30-50ms dalam semalaman. Hebatnya penangan nescafe ni sampaikan aku agak addicted dengan minuman ni. Kalau tak minum sehari seperti ada yang tak lengkap dalam hidup.Teruk kan!

Tapi beberapa bulan lepas sebab aku tak berapa sihat, jadi aku terpaksa ucap bye-bye pada nescafe buat seketika. My family pun dah warning, don't you dare to drink nescafe anymore! Kenapa? Sebab bermula dari zaman sekolah lagi, kalau aku minum nescafe dalam keadaan badan aku yang lemah dan tak sihat, insya allah aku akan keluarkan semula semua isi perut yang aku makan sepanjang hari itu. Kadangkala sampai lembik aku dibuatnya.

Sehingga ke hari ini, hampir tiga bulan lamanya aku tak berani nak sentuh nescafe. Walaupun sudah sihat sedikit, tapi kadangkala batuk aku datang lagi. Aku memang ada masalah kesihatan berkait dengan paru-paru ni. Tapi aku baru perasan (padahal dah lama pun) sejak aku tinggalkan rutin aku ni, pemikiran aku jadi lebih lembab dan slow.Tubuh aku jadi lebih lemah sama sewaktu aku sakit. Dan aku akan cepat mengantuk tak kira di mana sahaja dan bila-bila masa. Bayangkan aku yang selalu aktif dengan nescafe asyik fikir fasal tidur walhal jam baru aje pukul 8 malam. Dan kemampuan aku untuk menulis? Hanya tinggal 50% sahaja. Tak lama lagi mungkin akan jadi zero!

Bayangkan tiba-tiba sahaja aku jadi malas nak menulis. Ada yang cakap ini semua kesan kafein. Ya aku akui mungkin betul. Lagipun sejak azali aku tahu fasal kafein ni.tapi aku tetap minum nescafe ni sebab aku suka dengan rasa dan aromanya. Bagi aku ia adalah benda ajaib yang membantu aku menulis dengan penuh gembira, fokus dan keazaman. Kata kawan aku, kalau aku tinggalkan kafein selama beberapa bulan, insya allah aku akan menjadi individu yang lebih sihat, lebih ceria dan lebih lawa. Hehehe..(ayat ketiga tu yang tak tahan tu).

Tapi bayangkan kalau dah 3 bulan aku tinggalkan kafein tapi aku masih begini? Wajarkah kafein yang dipersalahkan? Hehehe..jawab aku, aku mungkin telah disumpah oleh si kafein kerana meninggalkannya selama 3 bulan (gantung tak bertali) tanpa surat cerai. Hehehe..apa-apa ajelah! HIDUP NESCAFE! (lepas ni pihak nestle tolong ambil aku jadi maskot Nescafe sebab separuh dari hidup aku sudah dihabiskan untuk meminum nescafe.

P/S : aku dah buat keputusan untuk bancuh segelas nescafe malam ini secara senyap-senyap tanpa pengetahuan sesiapa. Hehehe..apa-apa ajelah labi!

13 comments:

UMAIRA DZUL WIDAD @ NAZ AREESYA AMEEN said...

Salam Nita,
Hmm...degil tul cikgu seorang ni. Kesihatan tu kan aset penting dlm kehidupan? Apa kata kalau Nita gantikan nescafe tu dengan Lasindah Cafe...ala...Lasindah yang dalam iklan tu "kuat la pulokkk" hehe...selain dari mata tak ngantuk, ada khasiat herba dalam Lasindah Cafe ni...InsyaAllah tak addicted. Umaira pun tiap kali nak menulis sure bancuh secawan, tapi kalau tak dapat berhari2 hatta berbulan2 pun tak ada effect apa2...hmm...lepas ni umaira pun nak jadi maskot Lasindah gak :)

Mazni Aznita said...

la lasindah erkk..kuat lak pulokkk...hehehe..comei je tgline dia kan.

umaira, smlm nak bancuh nescafe..tgk2 dah mengeras lak isinya beb..hehehe lupa tiga bulan dah tak sentuh...huhuhu

FirasFirzana said...

Salam perkenalan,

Minum satu hari satu kali saja...dulu saya pun macam tu jugak...satu hari lebih daripada 4 cawan...tak makan tak per asal ada nescafe...tapi sekarang dah kurang...satu cawan sehari...kiranya dulu peminum nescafe tegar jugakla

Mazni Aznita said...

salam lolozh04,
gembira kenal dengan slh seorang peminum tegar nescafe macam saya. hehehe..memamg kegemaran ni dah jadi tabiat kan, susah nak tinggalkan..kalau tinggal akan jadi macam niler..tak bermaya aje..mcm org putus cinta aje..tapi putus cinta dengan nescafe la...

tanya sikit, lolozh ni penulis buku kanak-kanak ya..lain kali harap boleh bersembang pjg dengan lolozh sebab saya nak belajar cara menulis buku kanak-kanak lak..

zara said...

Assalamualaikum Anita,
Anda juga penggemar Nescafe rupanya. Sama la pulokkk. Minum Nescafe ada rasa cergas. Tapi akak tak suka manis-manis. Ada pahit skit.

Hebatnya kamu... boleh tulis 50 ms semalam. Akak sehari 2 ms saja yang mampu... hehehe idea belum mendatang.

Dah lama akak dengar kamu batuk2 masih tak baik sejak dari Pesta Buku dulu lagi. You have to do something my dear.

Keluduk said...

ciannya... sampai gitu sekali kesan nescafe.

cer.. tgk kesan halus nescafe tu,hingga sanggup bancuh senyap-senyap!!! dahsyatnya...

gantikan aje nescafe tu dengan air suam. Abis cerita. Nekadkan diri.!!!

Mazni Aznita said...

yes dah jumpa dah seorang.kak zara pun sama ye. betul kan minum nescafe cam rasa bersemangat dan rasa lebih cergas..syukur bukan saya seorang aje yang fikir begitu.

jarang sy boleh habiskan 50ms semalam kak zara, kekadang aje saya mampu tulis begitu. itu pun time cuti di mana kalau saya concentrate betul-betul. Tapi kalau setiap hari jumaat, memang saya pastikan saya menulis antara 30ms ke atas..bila siap rasa cam puas je. hehehe..

batuk saya ni memang susah nak baik. sy memang ada problem ksihatan sikit, sejak dari dulu begitu. tapi tak apa2.thnks 4 ur concern...cayang kak zara.

Mazni Aznita said...

hahaha cikgu keluduk, kalau dah suka..kena marah camna pun tetap cari jlan senyap-senyap.hehehe...

tapi yang kelakarnya bila selongkar kabinet dapur nak cari nescafe yang dah lama tak sentuh tu. tiba-tiba nampak botol nescafe yang punyalah besar..wah kita dah sengih lebar nampak nescafe tu. tapi bila buka alahai...dah keras pulokk...ruper-rupernya dah masuk angin da....hahahaha...frustnya!

anasir cerita said...

assalamualaikum wr wb cikgu menurut ku berat juga nih kasus bu guru, biasanya klau udah ketagihan emang repot mau merubahnya, alangkah indahnya jika kita bisa mengendalikan diri kita agar tidak mencicipi nescafe lagi, itu juga buat kebaikan sendiri, jadi intinya semua bermula dari hati klau hati yakin mengatakan bisa maka lakukanlah....semoga sukses ya wassalam

Che' Rose said...

Laa... Nita... ruginya berhenti minum nescafe... kan Maya Karin kata, nescafe mengandungi antioksidan... lambat nampak tua tau... hahhaha...



yang benar...
Che' Rose
Peminum Nescafe yang tegar, lebih seteko sehari!

Ya, Hidup Nescafe!

Mazni Aznita said...

iya mbak yulie, ku kira ku emang udah ketagihan nih...hehehe...tetapi huwaahh nescafe best la


erkks cik rose betui ke ni? (sambil garu dagu ni)...saya minum nescafe dari kecil, mlm ni nak tgk cermin la..ada nampak tua ke atau muda dari umur sebenar. hehehee...

che rose, meh kita buat persatuan peminum nescafe tegar, nak tak? che rose jadi presiden. hahaha...

yunixx77 said...

saya pun suka nescafe tapi idak ler sampai ketagih. boleh control lagi la. tp pagi2 tu mesti pekena nescafe dulu sblm start keja.

btw, kagumnya akka dpt menulis lebih dr 30 ms dlm satu malam. mung meman ganasssss la kak....saya nak dpt satu perenggan pun ntah berjaya ntah idak. hehehe

Mazni Aznita said...

hehehe jgnlah kagum dulu yunix...

k nita dpt siapkan 30ms tu bukannya tiap-tiap hari. sekali sekala je, itupun dengan bantuan nescafe ku ini...

tapi betullah sejak tak ambil nescafe, fikiran makin lembab dan culas..sbb tu klu yunix perasan, k nita kekadang terlambat update utk n3 arina dan blue sunset..bukan fasai takdok idea, tapi fasai malas nak sentuh laptop lama-lama, asyik ngantuk je..

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com