Sunday, July 19, 2009

Aku Yang Selalu Blur...

Aku ada satu penyakit..di mana adakala aku lambat nak faham maksud seseorang, lagi-lagi kalau dia bercakap double meaning atau kata-kata kiasan. Ramai orang cakap takkan la bahasa kiasan pun kau tak faham..kan bila menulis novel..mesti banyak pakai bahasa-bahasa kiasan ni. Hehehe..memang la betul..tapi itu aku yang tulis sendiri, aku yang reka..bukan aku dengar orang lain yang cakap. Mana la sama.

Aku juga seorang yang pelupa. Di rumah, semua barang-barang penting aku selalu hilang sebab aku lupa kat mana aku letak. Adik aku kata ini semua simptom sebab aku selalu minum minuman yang dah dimasuki semut. Aku jenis orang yang tak kisah kongsi gelas atau selalu tak perasan ada apa dalam minuman aku. Sebab tu aku pernah makan cempedak yang ada ulat sampai setengah biji baru aku perasan apa benda yang aku makan.Hehehe..teruk kan aku ni.

Sebab tu di rumah my sis akan simpan semua barang-barang penting aku macam passport, surat beranak, tiket bas (kalau nak naik bas) atau boarding pass setiap kali sebelum aku nak naik flight. Adik aku juga akan simpankan tiket parking setiap kali kami park kereta. Aku selalu kehilangan jam tangan, nametag, kunci kereta, purse dan telefon. Kekadang sehari suntuk cari tak jumpa-jumpa jugak benda-benda ni semua. Setiap kali kehilangan barang, satu rumah akan tolong mencari dan satu rumah juga berleter panjang kat aku. Dan aku akan buat muka blur...

Di sekolah pun aku selalu hilang dokumen yang baru lima minit aku pegang dan selalunya kawan aku Kak Paridah akan menjadi tukang simpan barang-barang aku kerana aku memang pelupa 'overdose'. Aku juga sering hilang fokus kalau bercakap dengan orang dalam keadaan penat. Contohnya kalau ada orang ajak aku berbual memang aku layan borak. Tapi selang lima minit, kawan aku bercakap, aku sudah zzzzzzz dalam keadaan tegak dan kayu. Tapi yang ni jarang-jarang berlaku la, kecuali kat rumah memang selalu terjadi. Hahaha...

Sebut fasal pelupa aku teringat satu incident kelakar dan memalukan yang berlaku kat aku masa aku kat UM waktu nak ambil ujian untuk Genetic kalau tak salah. Aku belajar memang serius time tu..tapi sebab penat sangat tak tidur malam so otak aku jadi merapu. Bayangkan aku boleh lupa simbol biologi untuk lelaki dan perempuan. Benda alah yang senang tu pun aku tak ingat...

Kalau korang nak tahu simbol biologi untuk lelaki ialah bentuk A (biru) dan simbol biologi untuk perempuan pulak ialah bentuk B (putih). Tapi sebab otak aku mamai dan jadi blurr..suka hati aje aku lukis simbol aku sendiri. Ingat ini ujian untuk ambil pendidikan seni ke? Masa tu puas aku cuba ingat tapi entah kenapa otak aku beku terus. Sebab tak nak tinggal kosong punya fasal, last-last aku lukis orang lidi untuk simbol lelaki manakala untuk yang perempuan aku lukis orang lidi juga tapi ada skirt sikit. Hehehe..sebiji macam gambar kat bawah. Bila aku cerita kat kawan-kawan aku, semua pakat bantai gelakkan aku sampai pecah perut. Tapi aku tetap dengan muka blur...kata aku time tu..asal lecturer aku faham yang mana aku maksudkan lelaki yang mana aku maksudkan perempuan cukuplah..sekali lagi depa gelakkan aku sampai keluar airmata. Mesti sampai sekarang depa tak percaya yang aku dah jadi guru sains yang berkarisma..chewahhh! Hahaha comel je orang lidi tu. Aku rasa lecturer aku time tu tak kisah punyalah sebab aku lukis orang lidi tu lagi comel dari lukisan kat bawah ni.hehehe...

8 comments:

Orkid Edyliyne said...

kelakarlah akak ni...
dulu ayah kita selalu pesan, kalau benda tu penting dan kita selalu pelupa letak mana, kita letak benda tu depan mata. tak pun tempat yang senang kita nampak...
sebab kita pun macam tu juga dulu...
macam contohnya kunci bilik or rumah, gantung dekat tempat yang kita boleh nampak...
jadi taklah tercari2...
lagilah benda tu kecil kan...
pening kalau sekali hilang...
kalau cikgu kita dulu lagi ganas...
dia suruh beli tali rafia lepas tu gantung dekat leher...
dah tentu ingat punyalah...
heheh...
terpanjang pula celotehnya...
trylah kalau akak nak...
kesian akak...
jangan blur2 sangat kak...
;)

Camellia MK (Maria Kajiwa) said...

Kelakar juga membacanya..
terutama tentang simbol genetik tu.

Mazni Aznita said...

ah dah buat dah camtu, tetap tak berkesan..dgn tali-tali tu sendiri hilang. hehehe...

Anonymous said...

erm, kalu x silap sy...akak ni ade masalah kecacatan bahasa..ikut yg sy belajar la...kalu bab2 yang lmbt faham dan yg x phm kiasan tu mmg dipanggil kecacatan bahasa...nak cite pnjg2 pun, sy x reti mne gak...mls nk bace buku..hehe...

Farahusain said...

Huhuhu...kalau tali pun boleh hilang, dah kritikal tahap ke ‘blur’ an awak tu...bahaya ni... rasanya kan, sebab tabiat tido nita yang lain dari orang lain tu pun menyumbang kepada sindrom blur ni...hehehe

Hanya Aku Dihatimu.. said...

kesian nita rupanya penyakit dia..Blur..tak apalah nita blur..blur lah janji tak lupa dkat liza..dan setiap orang ada kelebihan dan kekuranganya..blur nita tapikan bila jari2 halusnya bila menulis ia sentiasa melakar sesuatu certa yang baik dan ada humpp bagi lizalah tak tahu yg lainya..k nita Blur..

Keluduk said...

bab-bab lupa nie semua orang ada. bukan apa... tanda kite dah tua lah tu.

tapi yang paling kelakarnya bila kite kritis untuk recall balik. Macam lukis orang lidi tu. Kalu aku jadi lecturer terus aje aku v A++

Anonymous said...

relax kak kita pun same
tp selalu nya kalau letak yg dpn2 mata baruxingat
kalau yg kat ceruk rantau @ dlm gua pun saya boleh ingat
terutama hphone hutang x abih lg hphone dah selamat tersimpan elok dlm tong sampah
sbb lupa kat mana letak buang sekali dgn sampah sarap

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com