Tergerak hati untuk menulis entry kali ini apabila dalam tempoh beberapa bulan ini aku dihidangkan dengan pelbagai peristiwa yang membuatkan aku terfikir sesuatu.
Pertama
Balik dari sekolah hari ini, aku terpandang seorang wanita menunggang motorsikal bersama anaknya dalam lingkungan usia 5 tahun. Kelakarnya si ibu memakai helmet manakala anaknya dibiarkan memakai helmet kepala..get what i mean?
Kedua
Beberapa minggu yang lepas, ketika aku dan adik aku sedang bersantap malam di sebuah restoran fast food di Giant Terengganu, mata aku terpandang sebuah keluarga India. Isinya ialah si ayah, si ibu, si nenek dan si anak yang berusia dalam lingkungan 3 tahun. Si anak merengek-rengek hendakkan sesuatu. Tiba-tiba si ayah menempeleng anak kecilnya menyebabkan anak itu menangis lebih kuat. Bunyi tempelengnya begitu kuat sehingga aku yang sedang makan dalam jarak lingkungan 1o kaki dari situ tergaman bercampur kelu. Beberapa ketika kemudian, si ibu itu pula menggantikan suaminya untuk menempeleng anak kecilnya yang tak mahu berhenti menangis. Bunyi tempelengnya sama kuat. Aku yang kelu terus terkedu! Cuba teka apa yang si nenek buat? Dia asyik membelek beberapa barangan di sebuah kedai berhampiran tanpa langsung menoleh ke arah cucunya yang diperlakukan bagaikan 'tempeleng bag'. Dalam hati aku...memang si hanuman betul family ni.
Ketiga
Aku selalu buat spot check kat kelas aku (kelas paling belakang). Mana-mana pelajar yang tak bawa buku sains dan latihan aku denda ambil beg cantik diaorang dan kuarantinkan dalam almari dalam bilik aku selama dua minggu. Aku cakap kalau dah ada beg sekolah cantik tapi isinya kosong, lain kali bawa beg plastik je atau tak payah bawa beg langsung. Bawa buku guna tangan je. Memadai la dengan sikap sorang-sorang yang malas bawa buku teks dan nota ke sekolah. Tapi tahu pula mereka sayangkan beg mereka. Tiap-tiap hari datang minta. Aku cakap another next week.Yang bestnya salah seorangnya datang jumpa aku dan wujudlah perbualan lebih kurang begini. Hehehe..
Dia : Cikgu, mak kita minta cikgu pulangkan semula beg kita.
Aku : Tak boleh. Saya cakap dua minggu, lagi dua minggu la awak datang balik.
Dia : Mak kita marah ni cikgu.
Aku : Saya pun marah ni
Dia : Beg tu mahal cikgu
Aku : Buku teks sekolah lagi mahal. Kalau jual balik kat kedai boleh beli tiga biji lagi beg macam awak punya. Barang mahal kena diisi dengan buku yang mahal.
Dia : Mak kita tak suka cikgu ambil beg kita.
Aku : Cikgu pun tak suka tengok mak awak yang ambil berat fasal beg awak lebih dari awak sendiri. Saya nak sangat tahu antara awak dengan beg, mana yang lebih mahal agaknya?
Dia : (terdiam sambil menggaru-garu kepala)
Aku : Cakap kat mak awak, kalau rasa nak sangat beg mahal ni, datang sendiri jumpa saya dan minta sendiri dengan saya. Kalau tak tunggu aje 2 minggu lagi baru saya bagi.
P/S : Anak murid yang kerek dapat cikgu yang sama kerek. Hehehe baguslah tu!Bestnya dah dua minggu aku tunggu, mak dia tak juga datang-datang. Dalam hati aku, tak nak ke beg mahal ni?
Contoh ibu zaman moden! Ketiga-tiga peristiwa di atas mengingatkan aku pada ibu aku. Tentang bagaimana baik sifatnya sebagai seorang ibu. Tentang betapa beralahnya dia pada kami semua. Tentang betapa sanggupnya dia menempuhi hidup susah bersama abah aku dulu meskipun dia berasal dari keluarga yang senang.
Tapi kedegilan aku semasa zaman sekolah dulu telah membutakan aku buat seketika betapa baiknya ibuku berbanding yang lain. Dia jarang marahkan kami, kalau pukul pun setakat cubit telinga atau cubit perut sahaja.Orangnya rajin sangat semasa muda, sehingga kerajinannya sewaktu itu sedikit sebanyak memberi mudarat pada kesihatannya kini. Meskipun tidak belajar setinggi mana, tapi nasihatnya penuh dengan ilmu yang takkan diperolehi dari mana-mana guru atau buku pun di sekolah. Nada suaranya sentiasa lembut memujuk jika kami dalam kesedihan. Masakan enaknya sentiasa mengisi perut kami yang sentiasa lapar. Sebelum ke sekolah, kami sentiasa diingatkan akan membawa semua buku untuk menagih ilmu dari guru. Tak cukup duit belanja, bekal pula disediakan untuk mengisi perut.
Tapi itu ibu aku. Bagaimana pula dengan tiga contoh ibu di atas? Aku percaya berjayanya seorang manusia di atas muka bumi ini adalah kerana didikan ibunya. Si ibu tidak perlu jadi garang untuk mengajar anaknya. Si ibu tidak perlu memegang rotan untuk mendidik. Si ibu juga tidak perlu meninggikan suara untuk membuatkan anak memahaminya. Apa yang perlu ibu lakukan hanyalah dengan mengasihi anaknya secara berpada-pada dan mengajar anaknya tentang apa yang betul dan apa yang salah dalam hidup ini. Barulah sayang yang diberi itu bukan sayang yang tidak bertepi, tapi sayang yang mempunyai nilai yang cukup mahal dan telus. Sayangkan anak bukan tangan-tangankan, tapi sayangkan anak tunjuk-tunjukkan!
Aku mungkin bukan seorang ibu di rumah tapi aku adalah ibu di sekolah kepada puluhan anak-anak didikku. Sukarnya mahu membuatkan anak-anak ini faham betapa pentingnya membuat keputusan tentang apa yang benar dan apa yang salah jika mereka tidak pernah mendengarnya dari ibu mereka sendiri.
13 comments:
Perpatah ada mengatakan yang tangan ibu boleh mengoncangkan dunia. Contoh-contoh cerita real yang dibawa oleh cikgu itu adalah sebahagian dari kisah-kisah kehidupan sebenar yang terjadi di luar sana. Hebatkan...!!!
Memang cikgu seorang pemerhati yang tajam pengamatannya. Tahniah!!
semoga anda mewarisi sifat-sifat keibuan yang telah dipamerkan oleh ibu anda.
assalamualaikum wr wb...
Guru yang baik adalah guru yang bisa membangun moral anak didiknya,tidak hanya sekedar mengajar atau menyampaikan materi diruang kelas,dan tidak semua anak didik dididik sama seperti gurunya, maka berbahagialah orang yang punya ibu seperti ibu anda, mengubah sesuatu yang tidak baik menjadi baik itu adalah hadiah terindah dari seorang GURU.....
anak yang dibesarkan dengan kasih sayang akan tumbuh menjadi anak yang perhatian dan menyanyangi semasa.
anak yang dibesarkan dengan pukulan maka akan tumbuh menjadi manusia suka berkelahi.
anak yang dibesarkan dengan sumpah serapah anak tumbuh jadi pemarah.
anak yang dibesarkan dengan kebohongan demi kebohongan akan tumbuh menjadi anak yang pintar berdusta...
terus semangat cikgu maju terus pantang mundur........
Tahniah dik...seorang pendidik harus mendidik dan melahirkan insan terdidik..
Wahh nita,jari2 nita boleh menulis bermacam certa,mulut nita bila berkata2 memang betul semoga sifat perhatin nita sebagi ibu yg punya anak ramai waktu sekolah akan menjadikan ibu contoh dan guru yang perhatin akan anak2 demi masa depam mereka kerana mereka harapan bangsa,bagi ibu2 ambillah sifat perhatin pada anak2 hargilah mereka dan didiklah mereka ilmu dunia/akhirat,mereka umpama kain putih kita yg mencoraknya dan buat nita taniah kerena dapat ibu yg baik dan mendidik nita dan adek2 nita menjadi orang yang berguna dan hargilah ibu2 kita...
Salam sahabat peminum nescafe tegar...
N3 ini mengingatkan saya kepada seorang guru...kerjanya tulis banyak-banyak di papan hitam kemudian suruh kami salin...dari awal tahun hingga akhir tahun kerja kami sekelas menyalin sahaja...siapa yang menanda buku..ketua kelas dan saya sebagai pembantunya... pen merah untuk menanda...cikgu bagi...hehehehe
ngeee...garangnyer cikgu...
Anak-anak kalau sudah terbiasa kena tempeleng, sepak terajang akan lali dengan perlakuan sedemikian. Maka perangainya juga tidak akan berubah. Kerana penyelesaian yang dilakukan tidak jujur. Mereka cuma mengajar anak supaya diam sahaja bukan mengajar tentang adab tertib kehidupan.
salam singgah.. best nyer ada blog mcm ni
cikgu keluduk juga seorang pemerhati yang tajam dan sangat mesra dengan pelajar.
yulie,
gue suke bangat sama pendapat kamu..
kak indah,
saya msih belajar utk jd insan yang baik dan guru yang memahami, meski ia sbnrnya cukup sukar dilakukan
liza,
sy hanya ibu di sekolah sahaja. hehehe..
salam juga buat noorul,sahabat peminum nescafe tegar saya..
minta murid salin nota di depan papan hitam bukan perkara luar biasa dilakukan seorg guru..tapi kalau menyuruh anda dan teman menyemak buku latihan..haa itu mmg luar biasa. hehehe...
eila,
garang kena bertempat..klu tak garang...takde siapa nak bawa buku teks lagi ke sekolah
setuju dgn ckp kak zara, masa sy nampak keluyarga india tu, saya rasa mcm nak lempang balik mak dan ayah budaktu..tapi kang nnti jd kes polis lak kan..
salam singgah misz A
hai dovey..:) well... its what we observed from around us.. thats why our students macam tu.. ida jenis kalu u berani buat, u berani tanggung... u n u alone r responsible for ur life.. kalu ur life ruined, its becoz u do nothing to straighten it...if the mother raises their children like that, she have to shoulder part of the blame also.. Allah bagi kita akal, tapi tak guna nak wat mcm mane.. mcm kitalah mazni, always being blamed for the good deed we do.. nawaitu nak mendidik tu Allah je yang tahu.. Rasulullah pesan dah, jihad is not easy... Kira mazni wat macam tu jihad nak membetulkan budak lah tu.. no worry.. I'll be your backbone...:)
saya pernah merasa jd cikgu kak.. anak2 murid skang nakal ek..
ada satu anak murid saya tunjuk 'isyarat tangan' kat sy.. sy yg ckgu ganti pun sedih,apatah lagi ckgu betul diorg.. adussshhh...
hehehe ida,
kekadang kalau denda budak teruk2 selalu hati kt dalam ni rasa tak sampai ati..tapi demi nak membetulkan semuanya sekali..cikgu yg lemah lembut ni terpaksa pura2 garang. hahaha...
hanny,
isyarat tangan itu mesti yang budak2 muda suka guna sekarang ni kan..jgn kata kat sekolah yg hanny ajar tu, kat sekolah k nita yg bebudak form1 and form 2 pun ada yang tunjuk macam tu kat cikgu...
garangnya cikgu ni...takut!!!!!!tapi salute
Post a Comment