Saturday, May 8, 2010

Our Dedication For U, Ma


Dedicated from ur son and daughters

Anita : Ma, Selamat Hari Ibu. Semoga sihat sokmo..sentiasa mengharapkan yg terbaik untukmu.


Amrul : too busy to wrote somethin..hehe


Aiza :Camat hari ibu ma..u're the best mother in the world..miss ur cooking very much..especially ayam masak merah + nasi ayam..;)..our praying is alwiz with u..get well soon mom..mmmmuuaaaahhhhhhhh ;) ;) ;)


Zura : lebih suka menelefon


Wawa : for what i done wrong,for what i said that hurt ur heart..i jz want u too know dat im not mean it.1001 apologise i ask to u,mom.i love u with all my heart :) hope u to get well soon.. selamat hari ibu..

Wednesday, April 28, 2010

Komik Studentku..


Bekas student aku ni memang pandai melukis komik..haha tapi pandai juga mengenakan cikgu dia dalam diam-diam. Jangan sangka ini komen sebarang komik, sbb isi cerita di dalamnya benar-benar terjadi kecuali part kereta aku accident tu. Hehehe..thanks Syamil kerana mengabadikan watak cikgu dalam komik-komik kamu.
P/S : Klik pada gambar untuk imej lebih jelas

Friday, April 23, 2010

Surat Cinta

Lelaki Yang Baik Untuk Wanita Yang Baik
Perfect Guy For Perfect Lady
Betui ka??

Pernah dengar tak quote macam ni? Haha sekarang ni rasanya benda ni tak leh jalan dah Gadis zaman sekarang dah tak macam dulu lagi dah. Dulu perempuan suka lelaki yang baik-baik. Kalau tak nampak kopiah atau janggut sejemput bawah dagu, perempuan tak mahu. Kalau yang jenis melepak bawah jambatan langsung mereka tak pandang. Zaman dulu, duit banyak orang tak pandang, akhlak tu yang penting. Kalau lelaki yang rajin imankan solat, mak bapak yang rajin ke surau dah target dah jadi menantu. Yang perempuan pulak mesti yang pandai mengaji, atau buat2 tunduk kalau jalan depan rumah bakal mertua. Hahaha..(versi orang tua zaman dahulu kala)

Zaman sekarang ni, perempuan dah tak suka lelaki yang baik-baik. Bosan kata mereka. Nak-nak yang jenis suka dengar cakap. Main yes aje. Perempuan zaman sekarang suka lelaki ala-ala jahat sikit (bukan jahat banyak tau!). Yang mana yang nampak brutal, yang rambut panjang mengurai, yang bercelak kat bawah mata, yang main gitar sambil melepak kat simpang jalan, yang naik motor laju kat jalanan tu lah yang mereka suka. Mereka suka lelaki yang kuat cemburu, tak nak mengalah. Kalau takde sebab nak gaduh pun, pura-pura ajelah bergaduh sebab kononnya bergaduh tu tanda sayang (versi anak murid aku)

CIKGU dia cuma tersengih aje mendengarnya. Dalam hati, canggih bebeno pemikiran budak-budak remaja sekarang dalam memilih pasangan.

Tiba-tiba teringat fasal situasi di sekolah yang mana banyak pelajar perempuan cerdik di kelas hadapan yang berboyfriendkan si pelajar lelaki di kelas belakang. Hal ini pernah menjadi tajuk perbualan kami para guru di kantin. Semua cikgu-cikgi menyuarakan kehairanan, apasal la pelajar lelaki di kelas tercorot paling diminati sehingga sampai tahap gaduh2 dan bermasam muka.

Jawab AKU sambil minum Sirap Bandung kegemaran aku :

“Fasal budak lelaki yang sama kelas dengan mereka takde masa nak ambil tahu hal mereka sebab diaorang lebih berminat nak belek buku dari jenguk hati budak-budak perempuan ni. Budak lelaki kelas belakang pula dah memang otak diaorg kosong, masa pulak banyak..jadi dari buang masa tengok buku, baik diaorang test skill ayat-mengayat..kut-kut bahasa melayu boleh dapat A.. Hahaha.

Tiba-tiba teringat suatu ketika dahulu, aku pernah rampas surat cinta seorang student aku dari kelas belakang yang nak bagi kata awek dia – bahasa budak ni fuhhh boleh buat aku ketawa pecah perut. Aku siap bagi balik surat tu kat dia sambil ajar dia buat surat baru yang betul tatabahasa, betul ejaan dan betul segala-galanya. Last-last sampai sekarang dia berterima kasih dengan aku sebab aku ajar dia tulis surat cinta sebelum dia diketawakan oleh awek dia yang pandai. Hihihi…

P/S : Surat cinta sepatutnya dimasukkan dalam sukatan pelajaran bahasa melayu selain dari surat kiriman rasmi dan tak rasmi dan surat-surat lain. Manalah tahu kot2 mereka boleh improve dalam bahasa melayu. Hehehe…


Saturday, April 17, 2010

Amaran Kalau Nak Shopping

Jangan confident sangat dengan kad kredit dan kad ATM anda!
WHY?
Becoz this is the whole story...

Last week aku dikenakan kad kredit aku sendiri. Bertuah sungguh kad kredit tu, anak siapalah agaknya! Langsung tak kasihan kat tuan dia ni. Alkisahnya one day ni, aku ajak my sis ke Giant. Mula-mula check duit dulu dalam dompet. Adalah dalam RM150. Nak ambil duit kat ATM malas, so aku ingat apa-apa hal nanti, aku guna ajelah kredit kad atau bank card.

Hajat hati nak beli bahan-bahan buat spageti (acara menggemukkan diri), tapi sebelum nak sampai ke bahagian spageti tu, sempat singgah macam-macam booth kat Giant. Mula-mula singgah kedai Playstation. Kat situ aku beli earphone aku yang dah rosak. Lepas tu jalan lagi tertarik pulak nak singgah ke sebuah kedai menjual perfume. Takde niat pun nak beli sebenarnya. Tapi entah macamana, hidu sana hidu sini..berkenanlah aku kat satu perfume ni. Jenama Anna Shui, yang kotak dan botol dia punyalah comel. Aku ni memang pantang tengok botol perfume. Aku pun terbeli la Anna Shui : Rock Me. Melayang la RM180 aku, huhuhu. Tapi masa tu aku guna kad kredit (dengan penuh yakinnya..)
memporakperandakan budget aku di Giant..Hahaha apalah..

Lepas tu baru aku masuk giant. Tapi faham-faham ajelah..bila dah masuk kat tempat ni, lagi-lagi bawa bakul. Macam-macam benda nak isi dalam bakul tu. Adik aku lagilah, semua benda dia nak borong. Mentang-mentang kakak dia yang bayar, sesedap rasa aje dia mengisi bakul tu. Time tu aku tahu dah, RM150 dalam dompet aku tu takkan cukup nak membayar harga barang-barang tu. Tapi takdelah bimbang sangat pun sebab kad kredit ada. Kad bank pun ada. No hal beb! Jeling sebelah mata aje.

Tapi bila time nak membayar, tak disangka-sangka kad kredit aku tak jalan. Aku pun simpan kad kredit dan hulur pula kad bank. Pun tak jalan jugak. Aku dah bengang tahap maut dah. Iskk apasal la benda alah ni? Takkan semuanya tak boleh kut! Tak logik! Tapi seriously semua kad aku memang tak boleh pakai time tu. Muka dah merah padam menahan malu. Hehe nih mesti org kat belakang tu kutuk. Punyalah banyak kad dia tunjuk, satu pun tak boleh pakai.

Then aku pun dapat idea nak pergi withdraw duit. My sis aku suruh tunggu kat barang-barang tu. Kaunter tu siap tutup sebab aku. Then aku pun pergilah kat mesin ATM tu, cuba keluarkan duit tapi semua kad aku tak jalan. Aku cuba semua, tapi still tak dapat. Aku dah panik gila! Alamak! Dahlah aku beli barang banyak, duit tak cukup pulak. Bukan banyak pun nak. Cuma nak RM20 jer. Nak keluarkan duit kat bank, kad aku tak approve.

Panik punya fasal, aku call adik aku Amrul. Kebetulan dia baru balik dari Riyaz Heritage. Adalah dekat 15 minit aku tunggu dia dengan wajah bengang dan perasaan membara. Rasa cam nak bakar aje semua mesin ATM tu. Hari tu semua benda alah tu dok berpakat nak kenakan aku. Lepas dapat duit dari my bro, adik aku Wawa pun pergilah tuntut barang tu. Tapi sampai kat sana, budak kaunter tu dah return semua barang-barang kitaorang. Punyalah aku dan adik aku bengang. Tapi nak salahkan kat dia pun tak boleh jugak, mungkin sebab dia dah tunggu lama. Padan muka kitaorang!

Kitaorang pun balik dari Giant tu dengan tangan kosong. Haha punyalah semangat nak beli barang, last-last bawa balik sebotol perfume aje. Tak ke kelakau tu? Rasa bodoh pun ada jugak. Lepas balik tu, aku singgah kat ATM di bandar. Saja nak confirm kan, betul ke kad-kad aku nak sabotaj tuan dia? Aikk boleh la pulak withdraw duit. Then aku guna kredit kad pulak beli barang harga RM15..hehe (angin je orang kaunter tu) Tapi orait jer…so apa yang tak kena dengan kad aku hari tu? Pelik sungguh! Misterius ni!

Moral of the story
1) Jangan beli perfume sesuka ati sebelum beli barang-barang dapur. Jangan tiru cam aku!!
2) Pastikan duit tunai kat dalam dompet banyak sebelum nak keluar. Kalau tak cukup, cekau la duit mak bapak, adik beradik atau duit tabung anda!
3) Paling penting, kalau nak ke Giant lain kali, tinggalkan aje adik aku yang nama WAWA tu.. hahaha.. (takde faedah bawak)

inilah perfume Anna Shui Rock Me yang telah berjaya memporak perandakan budget aku.

Thursday, April 8, 2010

Waiting For The Last Airbender

Poster yang dah release untuk tatapan peminat-peminat Avatarempat element yang menyeimbangkan dunia mereka
Aang si Avatar yang memiliki kuasa mengagumkan. Sangat rapat dengan Katara yang kadang kala seperti kekasih, kakak dan ibunya.
watak-watak dalam Avatar The Last Airbender

teka siapa ini? Hehe inilah Jasper, mamat vampire dalam twilight yang couple dengan alice adik Edward. Dia ni la yang akan pegang watak Sokka The Water Tribe

Watak-watak yang dah casting. Antara banyak-banyak watak Zuko (gambar ketiga) paling tak sesuai jd Prince Zuko. Sebab Zuko digambarkan sebagai seorang lelaki berbangsa Cina di dalam anime. Tapi dalam movie diganti dengan seorang yg berbangsa India. kan kelakar tu!

Dah lama tak update blog, rasanya blog aku macam bersawang aje. Lately aku rasa cam takde mood. Siti Nur Dhuha yang comel itu selalu rajin tanya aku soalan cepu emas, kenapa tak update blog? Hehehe..nak jawab apa lagi. Memang aku ketandusan mood yang baik.

Nak kumpul mood bukan benda senang. Kena alihkan tumpuan pada hal-hal yang tak menyenangkan di sekeliling aku. Masalahnya di sini, hidup kadang-kala terasa menyenangkan, dan adakalanya terasa begitu sukar. Sehingga kini, rasanya aku sudah mula membuat kiraan hidup aku satu persatu bermula dari belakang.

Mood yang tak baik membuatkan aku jadi gila menonton dari gedung movie melalui internet sehinggalah pada anime-anime kesukaan aku. Minat ni aku kongsi bersama seorang teman yang juga sukakan anime. Baru-baru ni aku pinjam CD anime dia bertajuk Avatar : The Last Airbender.

Dan ketika ini aku baru sahaja selesai menonton Avatar : The Last Airbender sebentar tadi. Betul cakap kawan aku Aisyah, cerita ni memang best kalau follow dari awal. Tak sangka aku tengok anime ni sebanyak 61 episode dalam tempoh seminggu. Cerita dia tentang empat elemen yang ada di dunia ketika zaman itu iaitu api,air, bumi dan udara. Setiap element ini mewakili kuasa-kuasa luarbiasa yang boleh dimanipulasikan oleh manusia. Dan empat elemen ini akan menyeimbangkan kuasa bumi. Tapi satu perang besar berlaku apabila Fire Lord dari Fire Nation menyerang ketiga-tiga kerajaan elemen lain untuk meluaskan kuasanya dan berlakulah perang hampir 100 tahun lamanya. Hanya ada seorang sahaja yang boleh menghentikan perang itu iaitu Avatar, manusia istimewa yang boleh menguasai keempat-empat kuasa elemen. Namun ketika Avatar diperlukan, ia menghilangkan diri. Ghaib entah ke mana!

100 tahun selepas perang, dua adik beradik Katara dan Sokka dari Water Tribe menemui segumpal ais beku di South Pole. Di dalamnya mereka menemui seorang budak lelaki bernama Aang membeku bersama binatang pendampingnya seekor bison bernama Appa. Aang adalah the next Avatar yang menjelma semula (reincarnation) dari kelahiran Avatar terdahulu. So bersama-sama Aang, Katara dan Sokka bergabung memulakan misi mereka untuk mencari guru bagi Aang bagi = melatihnya menjadi Avatar terunggul untuk melawan Fire Lord. Dalam pencarian mereka, mereka menemui teman-teman baru yang berjuang bersama menentang kekejaman Fire Nation. Best citer ni!

Hahaha…yang excited dan terujanya apabila tahu anime ini akan dibuat dalam bentuk movie dan release di pawagam pada bulan 7 nanti. Tak sabar nak tunggu dan tengok pengembaraan Avatar Aang, Katara, Sokka dan Toph beserta musuh-musuh mereka Zuko dan Azula bertarung untuk mengalahkan Lord Ozai dari Fire Nation. Must watch movie ni! Excitednya lagi watak Sokka dipegang oleh Jasper dalam siri Twilight Stephenie Meyer. Mesti ramai nak tengok si Jasper tu beraksi sebagai Sokka yang kelakar tapi bijaksana.

Mr. Night Shyamalan dipilih sebagai pengarah untuk movie ni. Berita yang sedikit menghampakan aku sebab aku agak pening dengan karya-karya Night Shyamalan ni seperti The Happening, Lady In The Water, The Village dan yang lain2, sebab rasa macam banyak sangat unsur-unsur abstrak dan seni bunyi yang pelik-pelik dalam filem-filem dia. Boleh mengantuk dibuatnya sebelum nak sampai ending.
Aku juga sempat tengok trailer untuk The Last Airbender dan agak frust sebab Aang di dalam movie tidak kelihatan nakal seperti Aang di dalam anime. Malah filem ini rasanya jauh dari unsur-unsur humor yang aku tonton dalam anime. Maklumlah Night Shyamalan tidak familiar dengan filem-filem yang memiliki sense of humour. Bagaimana pun aku still nak tengok keseluruhan movie ini dan harap ia lebih baik dr jangkaan awal aku.

Sempat tengok elemen aku dalam site Avatar ni. Yes! Rupa-rupanya aku adalah The Earthbender. Hahahaha..elemen bumi adalah elemen pemimpin. Haha macam tak caya aje..hehehe so kalau orang lain rancak menanti Eclipse tahun ini, aku pula sedang menunggu dengan sabarnya movie ini keluar.

Wednesday, March 24, 2010

Ceritera Pesta Buku 2010

Gambar-gambar sekitar Pesta Buku Antabangsa 2010 di PWTC baru-baru ini. Gambar-gambar lain akan diupdate di facebook. Sesiapa nak ciluk ambik ajelah.
Aku dan salah seorang pembaca. Matun namanya agaknya..hehe maaf kalau salah ya!
me and Kak Qimi, dah setahun tak jumpa, but still camtu jugak akak yang sorang ni. Peramah!

me and my sis yang kelakar tahap maut..Dyza Ainun. jika dia nak adik aku jadi hero novel dia. Aku lak nak mamat yang ambil order kat restoran nasi kukus di Gua Musang tu jadi hero novel aku. Kak Za, budak tu handsome betul! Hehehehe..

aku dan my mini novella. Ciluk dari Rinn.

aku dan Za di booth Buku Prima. Tengok! Za pun dah pandai angkat peace. Hehe..

Aku dan Siti Nur Dhuha di booth Buku Prima. Peace no war tu memang tak leh lari dari aku..haha automatik aku angkat peace kalau ada lensa kamera.

aku dan seorang pembaca buku aku di booth KN. Kagum tengok mak dia yang kat belakang tu sanggup temankan anak beli buku dan bergambar. sporting!!
aku dengan mkze dan tunang dia. Jumpa dgn diaorang cam rasa balik negeri plak padahal tak cakap ganu pun..hehehe..

KLIBF kali ini kesempatan terbaik untuk mengumpulkan saki baki karya Manaf Hamzah dalam koleksi aku. Now dengan bangga aku umumkan, aku dah ada semua karya-karya dia. Yahuuu..hehe over la plak.

koleksi buku-buku yang ditukar atau diberi oleh kawan-kawan

ini hadiah dari Kak Jua (GK) dan Dyea (GK) masa jumpa diaorang. Suka sangat dengan hadiah ni.Thanks!

ini cenderamata yang adik aku buatkan untuk aku sempena KLIBF kali ini.
Hadiah aku untuk para pembaca dan pembeli buku aku serta teman-teman penulis.


Ceritanyer...
Dah dua tiga hari balik dari pesta buku baru nak update blog. Malasnya nak update blog tuhan saja yang tahu. Buat pembaca Gedung Novella, sorrylah kalau blog tu dah bersawang. Al maklum si pemiliknya sedang dalam mood membelek-belek buku yang dah dibeli meskipun belum ada mood nak membaca.

Aku ke pesta buku tahun ni bersama-sama geng-geng penulis dari Terengganu seperti Dyza Ainun, Indah Hairani, Fatin Nabila dan Siti Nur Dhuha (budak sesat dari Kelantan. Hehehe..) Cuma bezanya Fatin, Dhuha yang lebih mesra dengan panggilan Ti serta salah seorang kawan Fatin, Za yang kini dah jadi teman aku juga, bertolak dengan bas. Manakala aku dengan Kak Dyza Ainun pula naik kereta yang my brother drive. Kak Indah pula sebab ada kerja so dia naik flight, datang lambat sehari. Tahun ni kami menginap di Sri Pacific betul-betul bersebelahan dengan PWTC. Dekat sesangat!

First day aku bertugas di booth Buku Prima. Tapi taklah sibuk sangat. Almaklum aku bukannya ada orang kenal pun kat booth tu. Hehe..penulis baru katakan! Tapi seronok juga tengok adik-adik yang excited datang jumpa aku nak minta sign buku Street Vendetta yang dibeli.

Second day, aku bertugas di dua tempat serentak. Pagi di booth Kaki Novel dan petang tu patah balik semula ke Buku Prima. Kelakarnya aku sesat dekat setengah jam semata-mata nak pergi cari booth Kaki Novel yang duduk kat seberang sungai. Aduii la, jauhnya booth tu. Lenguh gila kaki aku ni. Dah la tu, line handset langsung tak ada kat dalam dewan seberang sungai tu. Dalam tempoh sesat, sempat lagi aku singgah booth Fajar Pakeer dan jumpa sekejap dengan Kak Non (Ainon Zaini), Kak Zara, Syimal Syawal, Kak Qaseh Qaisara, Antasya Balqis, Bikash, Fida Gebus dan budak Rehal (kalau tak ingat nak sebut minta maaf deh). Fatin pun ada kat situ, tengah merewang..hahaha.

Kat booth Kaki Novel, sempat lah berborak-borak dengan Kak Qimi GK, Rizal, Jaz dan tak disangka-sangka kenalan blog aku, Amarul (orang ganu nih) singgah kat booth tu dengan tunang dia. Yang kelakarnya, dalam borak-borak tu rupa-rupanya tunang dia sepupu kepada cikgu sekolah aku. Oh tidakkkk!!! Hahaha..aku ni penasaran (ayat yang editor KN suka pakai) sikit kalau ada orang kenal aku. Tapi yang tak bestnya buku Tiada Sepertimu dah kehabisan stok dalam pukul 1 tengahari tu. Rasa hampa mencuit-cuit hati aku ni, tapi apa nak buat kan. Jaz kata habis sebab banyak stok dah jadi mail post. Wahai Kaki Novel, cepat-cepatlah cetak semula sebelum Pesta Buku ni habis!

Petang tu sewaktu balik ke booth Buku Prima, aku tak duduk lama dah. Malas! Sebab hati kat dalam ni dah menggebu-gebu nak pergi jalan-jalan kat situ cari buku. Hari tu bosan sikit sebab Kak Dyza dan yang lain2 dah tak bertugas sama dengan aku. Jadi aku macam pak pacak duduk sebelah Hani Fazuha di meja penulis. Sebab bosan gila, so aku dan Siti Nur Dhuha ambil kesempatan mencelah keluar dan jalan-jalan cari buku. Aku sempat kaut banyak buku-buku RAM yang belum ada dalam koleksi. Si Dhuha pula sibuk kumpul buku Zaifulzaman.


Lepas tu kami merewang pula kat booth Jemari Seni. Kat situ aku beli banyak buku-buku Jemari Seni sampaikan Kak Dyza, Kak Indah, Fatin dan Siti Nur Dhuha jadi mangsa aku. Kena bawa balik buku2 buku tu semua. Hahaha..ampun la kawan-kawan semua sebab kena buli dengan aku. Tobat lain kali tak buat lagi. Hehe boleh caya ke?
Esoknya hari terakhir, aku pergi Gathering Rumah Fantasi plak. Gathering ni tak serupa gathering RF sebab yang ramai hadir bukan penulis-penulis RF tapi member-member penulis yang lain. Tapi seronok sebab banyak yang boleh dikongsikan bersama, hanya mereka semua datang tak ikut masa. Suka ati aje, menyebabkan bila ada yang balik, akan ada yang baru datang. Hahaha.. Antara yang ada pada sesi pertama ialah aku, farah, jue (zuliana abuas), siti nur dhuha, noorul, adhan, fatin nabila, rose harissa, lily haslinda nasir serta hasif hamsyari yang datang dengan kakaknya. Sesi pertama ni best sebab kami berkongsi satu cerita yang boleh dijadikan pedoman untuk orang yang baru nak menulis. Sampaikan bila habis sesi ni, farah dan jue kata FOBIA!!! Haha fobia yek? Sabor ajelah cik farah oii..

Sayang juga sebab tak boleh berlama-lama dengan rose harissa dan kak lily haslina yang kebetulan waktu itu kena sambung bertugas di PTS. Seronok juga berbual dengan mereka berdua ni. Walaupun nama di arena penulisan dah gah tapi tak sombong. Ramah tamah. Rose Harissa seperti yang aku bayangkan. Mesti pakai tudung kaler merah. Mentang-mentanglah dia ros merah. Hehehe..hari tu juga tak disangka-sangka aku didatangi Geng Kicap. Kami sempat berborak sekejap dan bergambar bersama. Kak Jua dan Dyea hulurkan hadiah kain bersulam warna biru untuk aku. Hadiah katanya. Thanks Kak Jua, dyea…buat susah-susah aje. Cheh baru nak cakap macam tu! Hahaha..apa-apa pun aku suka sangat hadiah tu, siap fikir nak buat baju raya ni. Dyea pula hulurkan aku hadiah dari Yan Brunei. Terharu aku sebab Yan masih sudi ingatkan aku. Meskipun dia jauh, sempat lagi berkirim sesuatu untuk aku. Thanks Yan! Selain itu ada beberapa hadiah cenderamata lagi dihulurkan pembaca aku, tapi aku tak ingat nama siapa. Maaf sangat-sangat. Terlupa!

Apa pun pesta buku kali ini lebih meriah buat aku berbanding tahun lepas. Tapi tahun lepas lebih syok sebab dapat bersama-sama teman-teman penulis di Fajar Pakeer. Tahun ni sebab aku takde buku baru dengan FP, so aku hilang stesyen. Hehe..Bikash dah tanya-tanya dah bila nak hantar manuskrip baru. Alahai..manuskrip dah bersawang dalam laptop, tinggal nak edit je. Masalahnya aku betul-betul malas. Harap-harap lepas ni, aku lebih rajin dan lebih berdedikasi pada manuskrip-manusrip yang minta dikasihani tu. Ting Tong!

Monday, March 15, 2010

Sesi Penulis di Pesta Buku Antarabangsa 2010

Temui saya dan penulis-penulis Kaki Novel dan Buku Prima
di International Book Fair 2010
Bertempat di PWTC (19 Mac – 28 Mac)

SESI BERSAMA KAKI NOVEL
Booth : Dewan 2, D10

20/3/2010 (Sabtu) – 11-3 petang
Anita Aruszi
Areila Sahimi
Alina Haizar

21/3/2010 (Ahad) – 11 – 3 petang
Hanni Ramsul
Izzul Izzati
Izza Aripin

27/3/2010 (Sabtu) – 11-3 petang
Adila Tasya
Areila Sahimi
Hanni Ramsul

28/3/2010 (Ahad) – 11-3 petang
Haliza Ismail
Damia Zahra


SESI BERSAMA BUKU PRIMA
Dewan Tun Hussein Onn

19/3/2010 (Jumaat) – 3-6 petang
Mazni Aznita aka Anita Aruszi
Dyza Ainun
Siti Nur Dhuha
Naz Areesya aka Umaira Dzul Widad

20/3/2010 (Sabtu) - 11-2 petang

Indah Hairani
Siti Rosmizah
Dyza Ainun
Ummi Ariza
Siti Nur Dhuha
Shahrul Junaini


20/3/2010 (Sabtu) – 3-6 petang
Mazni Aznita aka Anita Aruszi
Danisha Nur
Nurul Syahida
Shahriah Abdullah


21/3/2010 (Ahad) - 11-2 petang
Indah Hairani
Mia Khaidina
Shahriah Abdullah
Siti Rosmizah
Shahrul Junaini


21/3/2010 (Ahad) - 3-6 petang
Danisha Nur
Nurul Syahida

YANG PALING DITUNGGU-TUNGGU SUDAH TIBA!!
Gathering Penulis-Penulis Blog Rumah Fantasi

Tempat : Fast Food (The Mall) - tingkat bawah (akan dimaklumkan dgn call)
Masa : 2.00 – 4 petang
Hari : Ahad (21/3/2010)

Antara yang confirmed hadir setakat ini..
Anita Aruszi, Farah Husain (nadi), Zuliana Abuas, Rose Harissa, Noorul, Khar, Remy Ikmal, Hasif Hamsyari, Dyza Ainun (Buku Prima), Indah Hairani, Siti Nur Dhuha, Adhan Ulat Buku, Fatin Nabila aka Nur Hazma, Za....list akan terus bertambah..

Kepada sesiapa yang berminat nak join gathering ni bersama-sama kami, boleh send email pada saya arr_nita@yahoo.com dan saya akan berikan nombor telefon saya dan farah untuk sebarang maklumat lanjut.

Tuesday, March 9, 2010

Cuit-Cuit


Seminggu tak update blog..rasa cam lama..padahal seminggu je..hehe..bukan tak ada benda dalam kepala..ada..tapi entah kenapa malas nak menaip. Jari-jariku sakitku sakit semua…huhu…

1) Bulan ni aku paling kuat tidur. Apasal? Pertama sebab aku demam paling singkat dalam sejarah. Tiga hari je dah baik. Tapi sebab tak nak membazir pil-pil aku yang mahal tu so aku continue makan pil demam dan selsema..akibatnya aku tidur macam baby for the whole day..haha..bodoh kan! Ke cerdik? Hihihi…

2) Datang sekolah borak-borak rancak dengan Aisyah dan Kak Paridah.Then pergi makmal sains, buat eksperimen tentang measuring weight and mass. Suruh budak buat report dalam buku..tiba-tiba aku nampak budak-budak di hadapan aku macam bintik-bintik kecil. Kepala aku pusing. Aku turn around dan terus masuk bilik pembantu makmal. Berehat 5 minit dan bila aku rasa okey, aku masuk balik dlm makmal dan nak pusing ke arah white board. Aku nak tulis sesuatu pada white board dan sekali lagi, pandangan aku gelap, berpinar-pinar dan aku hampir tumbang..sedaya upaya aku cuba balik ke bilik pembantu makmal tp di hadapan pintu aku dah tumbang..without anyone beside me. Masa tu terfikir sesuatu. Bagaimana kalau aku mati ketika itu juga? Seorang diri lak tu!

3) Aku jadi pemalas untuk segala-galanya..malas nak buka blog, malas nak check email, malas nak update Rumah Fantasi, malas nak jenguk rumah kawan-kawan, malas nak duduk rumah. Kawan-kawan suruh aku berehat di rumah, tapi aku lebih suka berada di sekolah. Pendek kata aku dah kena penyakit MALAS…Tido aje aku rajin! Hasil penangan pil selsema yang paling mahal pernah aku beli (sebab aku minta dengan doktor nak pil selsema yang paling kuat dan paling cepat berkesan..hasilnya? Barang baik..harga juga baik.)

4) Dapat khabar berita dari sekolah yang sifu aku, siapa lagi kalau bukan Cikgu Hamid Otai, dimasukkan ke hospital kerana dipercayai mengalami sesak nafas dan kemungkinan besar mengidap sakit jantung. Huh terkedu aku mendengar guru-guru di sekolah bercakap fasal CH. Kalau orang lain mungkin aku percaya ada penyakit tu, tapi CH? Macam musykil pula. Yalah dia antara orang yang bagi aku mempunyai gaya hidup yang paling sihat. Tengoklah makanan dia, semua yang organik dan berzat, tiap-tiap minggu dia habiskan masanya buat outdoor activities kat Redang dan Kenyir. Berkhemah dan memanjat gunung dah jadi hobi azali turun temurun CH sampai dia selalu merungut suruh aku follow semua aktiviti-aktiviti dia dengan budak-budak dia. Supaya aku jadi lebih sihat katanya. Jadi logik tak kalau aku sendiri pun tak percaya? Itulah kata orang, penyakit memang tak kenal sesiapa. Kira teori ni betullah tu. Aku yang hari-hari suka makan maggi tapi adik aku pula yang ada masalah buah pinggang. Habis camno?

5) Minggu ni juga aku sibuk merancang nak ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC 2010. Seronok juga sebab ini kali pertama aku ke sana bersama geng-geng penulis Buku Prima dan Alaf 21 dari Terengganu. Tapi meskipun aku beri confirmation untuk melibatkan diri dalam sesi penulis-pembaca..tapi kalau boleh aku tak naklah formal sangat. Aku nak pergi sana santai-santai aje sambil shopping buku-buku aku sendiri. Dah berhajat tahun ni nak cari buku Rose Harissa yang terbaru, nak tukar buku TS aku dengan buku terbaru Kak Dyza Ainun, nak jumpa kawan-kawan dari Blog Rumah Fantasi, kawan-kawan dari Fajar Pakeer terutama Kak Ainon Zaini yang dah lama sangat nak jumpa. Selama ni duk bersembang dalam blog aje. Aku juga nak jumpa penulis thriller pujaan hati aku Ramlee Awang Murshid sambil paksa dia sain buku-buku dia yang aku dah kumpul. Hehehe jangan terkejut dengar perkataan paksa tu..sebab tahun lepas naik gila aku tunggu dia..tapi RAM asyik hilang macam biskut chipsmore. Hehehe.. salah aku jugak sebab asyik datang masa dia nak makan, nak solat dan macam-macam lagi. harap-harap tahun ni janganlah RAM hilang lagi..kalau tak habis tunggang langgang booth alaf tu nanti aku kerjakan..hehe..ayat tension!


pic source : link

Monday, March 1, 2010

Alahai Pesta Buku

aku bergambar kenangan bersama kak Indah Hairani, Fatin Nabila dan Kak Dyza Ainun sewaktu jalan2 cari fasal kat PBT hari pertama.
Hambar dan suram..
Itulah persepsi aku dan adik aku yang pergi ke Pesta Buku tu baru kejap tadi. Dengan orang yang tak berapa nak ramai, gerai-gerai buku yang tak berapa nak best, tak mustahillah aku balik dengan tangan kosong je. Tak tahulah nak beli apa! Last-last bawa balik jeruk dengan asam yang jual di luar bangunan TTC. Sekurang-kurangnya itu boleh jadi tarikan..hehehe..

Sebenarnya niat di hati nak bawa balik beberapa buah novel Tiada Sepertimu dan Street Vendetta yang aku nampak ada dijual pada hari pertama. Almaklumlah bila ada kawan-kawan yang bertanya fasal buku baru, manakala stok kat aku pula tak banyak, tolak yang adik aku ambil untuk kawan dia, jadi memang wajar aku nak cari buku-buku aku tu. Tapi malangnya bila sampai kat situ, si penjual geleng kepala kata dah habis..aku pun ada sikit-skit rasa sakit hati. Alamak kantoi! Dalam hati kenapalah sikit sangat stok korang bawak dari KL..alahai!

Lepas tu aku pergi pulak kat gerai Alaf dengan harapan Street Vendetta aku masih ada. Dalam hati aku, buku tu dah lama, confirm masih ada. Tapi bila pergi sana, sekali lagi aku kuciwa. Nampak gayanya terpaksalah aku bawak kotak besar dekat Pesta Buku Antarabangsa nanti untuk beli stok2 buku aku sendiri. Agaknya Tuhan nak suruh aku beli kat Pesta Buku di PWTC je sebab boleh dapat diskaun, murah sikit kut! Hehehe..ayat pujuk diri sendiri.

Tapi serius cakap, tak ada yang istimewa pada Pesta Buku Terengganu bagi aku. Nak kata murah? Kalau setakat diskaun 10 peratus, kat kedai buku pun boleh dapat diskaun tu. Aku belek novel-novel Inggeris sebab nampak diskaun 30 peratus, tapi novel tu dah season sangat dah..maksud aku novel yang betul2 lama dan hasil penulisan nama-nama penulis yang aku langsung tak follow. Adik aku cakap, tak payah belilah..buku lama, penulis tak kenal, harga dalam lingkungan RM30-RM45, dan tolak diskaun 30 peratus..memang tak berbaloi beli. Kat Terengganu ni kat mana entah nak beli novel-novel Inggeris yang best-best? Memang takde..itulah yang aku frust tu..

Satu-satunya buku yang menarik minat aku di situ ialah tentang Kisah Natrah dan Mansor Adabi yang pernah tersiar di Dewan Masyarakat suatu ketika dulu. Ketika itu aku masih di bangku sekolah dan adalah pembeli tetap Dewan Masyarakat semata-mata kerana nak membaca tentang kisah Natrah ini. Buku tu berharga RM99 (hardcover) dan RM75 kulit biasa kalau tak salah. Tapi seluk poket macam tak cukup duit nak beli. Hope so aku akan jumpa buku tu di Kuala Lumpur nanti dengan harga yang lebih berpatutan.

Buat Perbadanan Perpustakaan Negeri Terengganu, terima kasih yang tak terhingga kerana menjemput penulis ini ke Majlis Perasmian Pesta Buku Terengganu 2010. Seronok dapat berkumpul dengan penulis-penulis lain dalam sesi suai kenal yang amat bermakna.Tahun depan diharapkan Pesta Buku Terengganu akan berubah wajah dan warnanya, serta lebih meriah berbanding tahun ini.

Friday, February 19, 2010

Bird Of Paradise

Semalam aku godek-godek internet. Then singgah sekejap di website flower expert. Hobi aku kalau dah bosan menulis, aku akan singgah mana-mana blog yang memberi ketenangan dan info baru. Jadi semalam rasa nak cuci mata tengok bunga-bunga exotic yang cantik-cantik.

Belek punya belek, aku terpandang sekuntum bunga yang macam familiar sangat. Hehe rupa-rupanya aku terjumpa bunga Bird of Paradise yang menjadi cover novel Bunga Syurga. La patutlah pihak KN pilih cover ni sebab bunga tu memang dikaitkan dengan syurga..namanya sahaja Bird Of Paradise. Mungkin disebabkan bunga ni kelihatan seperti burung kecil yang sedang hinggap pada kelopak bunga. Comel betul bunga ni. Agak-agaknya ada tak kat Malaysia. Kalau ada aku nak carilah dan tanam di rumah. Hehe tapi mimpilah..bunga ni susah nak cari. Ia banyak terdapat kat Afrika dan merupakan sejenis bunga hutan liar.


Sedikit info tentang Bird of Paradise yang aku baca kat internet : Bunga ni diperkenalkan oleh Sir Joseph Banks di Britain pada tahun 1773. nama saintifiknya ialah Strelitzia reginae. Dinamakan begitu sempena nama Queen Charlotte, isteri kepada Raja George III. Queen Charlotte ni ialah Duchess of Mecklenburg-Strelitz. Sebab tu nama sainfiknya Strelitzia. Queen Charlotte ni juga merupakan seorang ahli botani yang membantu membina Kew Garden di London suatu ketika dahulu. Kew Garden ni sekarang dikenali sebagai The Royal Botanic Garden yang menghimpunkan sebahagian besar spesies-spesies bunga di dunia ni. Hehe..hebat duchess ni. Memang betul-betul hantu bunga dia ni. Perkahwinan beliau dengan King George 111 berlaku hanya setelah 6 jam bertentang mata. Lagi hebat, baru 6 jam jumpa dah ajak kahwin. Hehehe..

Aku ni bukanlah hantu bunga sebenarnya sebab aku tak berapa suka bunga lain kecuali bunga raya. Kat rumah aku yang banyak ditanam ialah bunga raya pelbagai spesies dan warna yang memang aku cari dan ambil jika aku nampak warna bunga raya tu belum ada kat rumah. Kat sekolah jangan cakaplah, habis satu taman di sekolah tu aku round semata-mata sebab nak pastikan bunga raya yang ditanam di situ aku belum ada lagi. Baru-baru ni aku terbaca tentang spesies bunga raya biru yang tak ada stigma kat tengah-tengah kelopak. Cantiknya! Terasa nak cari dan cukupkan koleksi di rumah. Aku kan suka semua benda yang berwarna biru! Hihihi..

Thursday, February 18, 2010

Satu Hari Yang Memenatkan.

Macam ku kenal gaya tidur seperti itu..zzz di hadapan laptop dengan mulut ternganga luas..sebelah laptop ada nescafe yang dihurung semut.hihihihi


Hari ni Hari Sukan kat sekolah aku. Ingatkan ada cuti peristiwa hari Ahad. Ceh takdak pulak..hehe hampa sikit hati ni. Baru ingat nak enjoy2 jalan-jalan cari fasal hari ahad ni tp tak dpt..apa-apa ajelah. Balik dari sekolah, badan memang letih sangat. Pertama sebab dah dekat dua minggu bertungkus lumus menemani student-student berkawad di padang, dan kedua sebab buat kerja-kerja persiapan untuk perbarisan hari sukan. Tapi letih aku dan kawan-kawan lain berbaloi hari ni sebab rumah sukan kami dapat Johan untuk perbarisan dan Johan untuk khemah tercantik (congrats utk Ada yang sepetang menyiapkan khemah bersama pelajar-pelajarnya. Dengar cerita untuk acara olahraga pun, rumah Satria banyak sambar pingat, iya ke? Hehe cikgu dia tak tahu cerita sebab dah terbongkang keletihan dekat Bilik Akses. Sempat jumpa Muzzamiel bekas anak murid aku sekejap kat sekolah.

Tepat pukul 12, hati aku dah melonjak2 lonjak dah nak chow awal dari sekolah. Bukan apa aku rasa macam mengantuk sangat dan letih. Pukul 12 sepatutnya ada jamuan sebelum balik, tapi aku dah tak kira dah fasal makanan ni. Balik rumah tidur lagi baik! Tapi tiba-tiba teringat fasal buku Mariana. Aku pun terus kansel plan tidur dan bersiap-siap nak ke pejabat pos besar bertanyakan fasal buku yang hilang tempohari. Pelik juga kad merah minta tuntut bungkusan tu langsung tak sampai pun kat rumah. Ni yang aku nak pi tanya dengan niat nak marah2 orang pejabat pos tu sekali. Hehehe..auta betul aku ni!

Tengah nak siap, Muzammiel ex-student aku lak call. Then aku keluar jap jumpa dia kat Mc Donald. Dia tengah tunggu family dia dari Kelantan jemput. Tapi best borak dengan dia ni. Aku bawakan buku2 aku untuk dia dan dia minta aku sign buku-buku tu termasuk Di Bibirnya Ada Cinta yang dia beli di Bintulu. Bila dia kata dia dah baca DBAC tu dekat empat kali, aku rasa cam terharu pulak. Hehe emo…Katanya nak bawa buku aku naik kapal sebab dia kena belayar enam bulan. Seronok dengar cerita dia tentang dia melawat ke tempat-tempat seperti Jepun, Korea, Philiphines dan lain-lain lagi. Siap tunjuk gambar awek jepun dia lagi kat aku ( hehe kira jadilah tu ekk). Aku minta dia tanyakan master dia boleh tak aku ikut trip diaorang nanti. Sebab aku tengah rancang nak menulis buku tentang kehidupan navy dari sudut yang benar-benar tepat. Dia kata nak tanya Master dia dulu. Hehe..Muzzamiel..cikgu ko ni serius nak naik kapal tu tau!

Tapi serius cakap, melihat student-student aku membesar menjadi lebih matang, ada kehidupan sendiri, membuatkan hati aku rasa macam lapang. Tumpang seronok dengan kehidupan baru mereka dan masa depan mereka yang lebih panjang selepas keluar dari sekolah. Untuk Muzammiel, remember this. Hidup ini tidak seperti apa yang kita rancangkan. Belajar menyukai hidup baru itu biarpun hanya untuk sebentar, kerana masa depan tidak ada sesiapa pun yang boleh meramalnya kecuali Allah SWT.

Dekat 1 jam lebih borak and dia belanja aku minum (terbalik plak..sepatutnya aku yang belanja dia minum..hehehe)..kami pun ikut hala tujuan masing-masing. Kepala aku masih dok ingat dekat pejabat pos. Mata macam nak layu dah tapi sebab nak tanya juga pasal missing parcel tu, so aku pun ke pejabat pos. Minta la seorang akak ni cari parcel tu. Puas dia menelefon sana-sini, last-last dia kata parcel tu dah jadi ‘surat mati’. Maksudnya dikira hapus dan tidak akan dihantar lagi ke mana-mana! Dia suruh aku naik ke tingkat 4 untuk jumpa dengan seseorang (bahagian admin pejabat pos). Dengan tubuh letih, mata kuyu dan asyik menguap aje..aku pun panjat la tangga tu. Tak sangka dalam pejabat pos yang nampak takdelah besar mana pun sebelah Istana Maziah tu, ropa-ropanya ada 4 tingkat ruang pejabat.

Kat sana aku jumpa Puan Fauziah yang ramah tamah. Borak-borak dengan dia dan dia keluarkan parcel aku tu. Dah jadi rutin pegawai pos kena buka bungkusan tu dulu sblm serah kat kita. Bila dia buka dan nampak novel aku tu, dia terus tanya.. Nak tak nak aku jawab la novel tu aku poskan untuk orang yang nak beli. Dia tanya jual novel ke? Aku kata jual online sesiapa yang nak beli novel aku tu. Bila dia tahu akulah penulis novel yang ada kat tangan dia tu, terus dia belek-belek dan tanya macam-macam. Kecoh sekejap! Kelakarnya dia siap bagitahu kat semua orang kat ruangan admin tu sampai semua orang serbu aku kat ruang tamu pejabat tu. Haha glemer sekejap. Dah tu macam-macam pertanyaan diajukan pada aku. Dahlah malu kena keliling macam aku ni spesies alien yang baru mendarat kat bumi! Dalam ngantuk-ngantuk tu paksa diri juga menjawab pelbagai pertanyaan. Haha tapi kejadian hari ni memang lawak aduszz…

Balik rumah, ingat nak tidur..tapi bilik bersepah gila. Aku mengadap FB sekejap..balas email orang, kemas-kemas bilik yang dah jadi tongkang pecah ni. Dah settle, yes..nak tidur! Tapi tiba-tiba ada call plak untuk aku. Jawablah sekejap..Dah habis aku baring lagi. Kali ni mata aku dah terkelip-kelip pandang siling. Yang layu dah tak layu dah. Sebaliknya aku renung siling bilik aku sampai naik rabun. Gosh kenapa tak ngantuk pulak ni. Kat sekolah macam nak gila aku mengantuk sampai rassa nak belasah orang.. Adui bila nak tidur ni? Takkan nak tunggu malam karang? Huhuhu..mission not accomplish plak da..


pic source : link

Saturday, February 13, 2010

Selamat Tahun Baru Cina


GONG Xi FA CAi diucapkan buat teman-teman yang beragama Buddha. Seronok juga sesekali sama-sama memeriahkan perayaan Tahun Baru Cina ni. Apa yang paling aku suka tentang perayaan ini ialah buah limau mandarin dia yang best. Yumm..yum..so sweet. tiap-tiap hari jumpa limau kat sekolah. Bestnya kalau dapat pekena limau hari-hari. Malam ni makan besar kan!

Tuesday, February 9, 2010

Kuasa Alam Maya

Pelikkan…internet boleh menyatukan kawan-kawan lama yang terpisah. Sepertimana facebook telah menemukan aku dengan teman-teman sekolah lamaku dulu.

Dahulu waktu famili aku masih di Pahang, aku bersekolah di Terengganu, ditinggalkan sorang-sorang sejak aku di Tingkatan 1. Tapi masa tu jiwa muda, jadi hati di dalam lebih banyak memberontak. Aku memang benci asrama, sebab aku tak ada privacy di asrama. Jadi kehidupan aku di dua sekolah asrama di Terengganu sebenarnya bukan satu kenangan manis meskipun aku ada ramai kawan-kawan di situ. Dekat asrama sebenarnya aku selalu kesepian, jadi aku habiskan masa dengan menghasilkan cerpen dan sajak. Aku tak berapa berbakat bermain outdoor games meskipun aku masuk team hoki di sekolah.

Bila aku habis SPM dan balik ke Pahang, aku tak pernah contact kawan-kawan aku lagi. Aku manusia yang vanish. Lesap tanpa kesan. Begitulah kata salah seorang teman. Salah satu bukti kewujudan aku ialah kawan-kawan lama yang masih mengingati aku. Itu pun dengan bantuan facebook.

First kawan yang jumpa di alam maya ialah kawan aku sewaktu di sekolah teknik dulu. Che Ziha namanya. Dia ni memang rapat dengan aku masa tingkatan 4. Apa yang paling aku ingat tentang dia ialah dia ni bijak Add Math, agak pendiam masa sekolah dan ada famili yang sangat-sangat ramah. Sebab aku pernah beberapa kali bermalam di rumah dia waktu sekolah dulu. Aku tahu bila dia jumpa aku, ini bermakna aku akan jumpa kawan-kawan lain. Tapi aku tak tahu kenapa aku fobia dengan kawan-kawan aku yang lain. Mungkin sebab dah lama sangat tak jumpa, ada sebahagian dalam diri aku yang terkenangkan bahagian sisi gelap aku di teknik. Teringatkan mereka buat aku teringatkan kesepian yang aku rasakan untuk satu tempoh yang agak panjang di sana ketika itu.

Lepas tu aku jumpa kawan sekolah rendah aku waktu di Pahang dulu. Masa aku ikut ayah aku pindah ke Pahang, dia ni orang pertama yang tegur aku dan jadi kawan baik aku. Dan orang yang paling aku ingat antara teman-teman aku dari pelbagai sekolah masa kat Pahang. Ini disebabkan sejak kecil, aku dan famili hidup bagaikan berkelana. Sekejap di tempat itu, sekejap di tempat ini. Belum sempat nak berkawan, kami berpindah pula ke tempat lain. Yati ni anak seorang ustaz..sangat bijak dalam pelajaran dan pandai melukis. Kami banyak habiskan masa lapang kami di kelas dengan melukis. Kalau tak salah, dia juga berbakat dalam penulisan dan aku benar-benar sukakan dia. Kami berdua juga ada kenangan peristiwa histeria yang tak dilupakan sewaktu darjah enam dulu. Hehehe…Masa aku nak berpindah lagi, semalaman aku nangis kerana sedih terpaksa berpisah dengan Yati. Now aku gembira sebab aku jumpa dia balik. Dia pun dah jadi cikgu di sekolah di Jerantut. Hope so lepas ni dapat jumpa lebih ramai kawan aku di Pahang.

Then bebaru ni kawan aku Suhaini pula muncul. Budak kiut yang sangat baik hati masa kat sekolah. Tutur katanya sentiasa lembut dan dia suka tersenyum. Siapa sangka dah berbelas tahun kami tinggalkan sekolah dan membesar menjadi lebih dewasa dari sikap keanak-anakan yang lalu. Aku selalu kata kematangan seseorang bukan boleh diukur dari umurnya, tapi dari fikirannya. Mereka semua kelihatan semakin matang buat aku jadi malu sendiri. Ini disebabkan aku merasakan aku kurang matang. Hahaha..tapi entah kenapa, aku suka sikap keanak-anakan dalam diri aku dan dalam diri orang-orang yang aku kenal. Rasa macam seronok dan menghiburkan untuk sesekali berfikiran keanak-anakan. Sebab tu aku suka tonton anime, sesekali membaca komik, tengok gameshow di TV atau sesekali layan Kiteretsu, Putera Shazlan, Geng Bas Sekolah dan lain-lain lagi kat Astro. Apa salahnya kan?

pic source : link

Monday, February 8, 2010

Membenci Itu Sukar

Bila aku terima email dari orang yang tak dikenali..aku cuma tersenyum. Hati aku fikir kata-katanya di dalam email tersebut sangat menyakitkan. Tapi aku tidak mahu terlalu mengambil berat tentangnya. Tiba-tiba aku teringatkan email yang aku dapat masa aku nak masuk AVA dulu. Mungkinkah orang yang sama?

Di dalam hati aku selalu tertanya-tanya, aku tidak kenal dia. Dia juga tidak kenal aku. Maka kenapa dia cuba menyinggung perasaan orang yang dia tidak kenal dengan kata-kata yang agak kasar dan tidak berperikemanusiaan begitu? Apakah aku pernah menyakitinya dengan hanya tulisan dari novel-novelku? Anehnya, jika dia begitu tidak senang dengan novel-novel yang aku karang, kenapa dia mesti membeli dan terus membelinya sehingga 4 buah? Peliknya manusia ni. Bukankah jika tidak suka membaca karya seorang penulis, maka dia tidak perlu lagi membeli karya kedua, ketiga dan keempat aku? Dan kenapa dia asyik membandingkan aku dengan penulis-penulis yang disanjungnya? Apakah kehadiran aku di persada penulisan kreatif begitu membimbangkannya? Apa yang penulis bilis seperti aku ada berbanding penulis-penulis yang disebutnya sehingga dia melihat aku seperti satu ancaman besar?

Awal tahun baru ni, aku melihat beberapa perkara dalam sisi yang berlainan dari dulu. Memahami betapa dalam dunia yang kita huni sukar untuk kita tentukan hati manusia. Kadang-kala yang tersenyum pada kita tak semestinya menyukai kita. Dan yang asyik bermasam muka dengan kita pula tak semestinya membenci kita. Kadang-kala bila aku fikirkan semua ini aku takut dengan seseorang yang dipanggil manusia. Sesetengah dari mereka…boleh jadi amat dahsyat dan tidak berperasaan. Kadangkala juga, orang di sisi kita juga boleh jadi orang yang menakutkan.

Kak Mahani teman satu profesionku kata, kadang-kadang kita tak buat apa-apa pun orang tak suka kita. Kita banyak bercakap, orang tak suka. Kita pendiam pun orang tak suka. Apa nak buat, berserah sahajalah. Aku cuma manusia biasa. Tidak ada daya dan kudrat untuk memaksa seseorang menyukai aku.

Di dalam hati, entah kenapa aku simpati pada dia kerana dia tidak menyukai aku. Ini kerana aku paling faham..perasaan membenci seseorang itu terlalu menyakitkan bila disimpan di dalam hati. Dan dengan memilih aku untuk tidak disukainya…sebahagian hatinya tentu merasakan beban yang sarat, yang lama kelamaan menjadi berat jika tidak dilepaskan.

Tapi jika itu pilihannya..teruskan. Sebab sebanyak mana dia terus melemahkan semangatku, sebanyak itulah aku akan terus berdiri dan berdiri. Kerana aku tahu tidak semua orang sepertinya? Aku cuma berharap dia faham..aku hanya aku..insan biasa yang suka menulis. Aku tidak berniat menyinggung sesiapa. Aku tidak berniat untuk merebut tempat sesiapa. Aku cuma mahu hadir sekejap sahaja di dunia penulisan dan terus menulis sehingga otak ku menyuruh aku berhenti menulis dan tanganku sudah tidak mampu digerakkan lagi. Hanya sebentar sahaja. Aku tidak boleh menulis untuk selama-lamanya. Aku juga tidak boleh menulis untuk tempoh masa yang agak lama. Aku hanya singgah sebentar…sebelum aku sudah tidak mampu menulis lagi!

pic source :
link

Wednesday, February 3, 2010

Tiada Sepertimu di Februari 2010

TIADA SEPERTIMU
hidup bersamamu tidak pernah mudah..
namun salahkah jika aku mencuba?
Genre : Thriller love story
Terbitan : Kaki Novel Enterprise (Feb 2010)
Harga : RM24 (Semenanjung)/RM27 (Sabah & Sarawak)
Tempahan awal melalui Kaki Novel boleh dibuat mulai minggu hadapan (klik)
MAKLUMAN TERBARU DARI KAKI NOVEL : TIADA SEPERTIMU AKAN BERADA DI PASARAN SELEPAS TAHUN BARU CINA.BLURB COVER



Keifli : "Biar betul! Takkan Ruby ingat aku main cinta dengan anaknya? Hish! Minta dijauhkan malapetaka ini. Siapa yang nak bertemankan perempuan seperti Zara? Sudahlah garang, keras kepala pulak tu!"

Zara : "Betul ke aku bencikan Keifli? Kalau aku bencikan dia, kenapa aku setuju disatukan dengan lelaki itu?"

Rubiah : "Benci itu satu perasaan yang amat dekat dengan cinta, Kif. I tahu you mampu buat Zara mencintai you. You mampu bahagiakan Zara."

Keifli dan Zara bersatu jua meskipun tanpa cinta di hati. Kenapa Rubiah nekad menyatukan anaknya dengan Keifli? Berjayalah Keifli menjinakkan Zara yang garang dan keras kepala? Bolehkah Zara menerima Keifli dalam hidupnya? Semuanya di dalam Tiada Sepertimu.

SINOPSIS
Keifli Benjamin dan Zara Melissa… kedua-duanya punya agenda tersendiri ketika diijabkabulkan. Keifli ingin melarikan diri dari kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ manakala Zara pula ingin menyelamatkan mamanya. Akhirnya mereka hidup sebagai teman serumah, yang saling tidak berhutang antara satu sama lain.

Hidup bersama Zara tidak pernah mudah buat Keifli. Ada sahaja yang tak kena di mata Zara. Namun jika namanya hidup sebumbung, mustahil perasaan masing-masing tidak tercuit. Namun keegoan yang menggunung tinggi mengekang masing-masing meluahkan perasaan yang terbuku.

Keifli yang hampir dapat melupakan Intan, kekasih lamanya tergugat dengan kemunculan semula gadis itu. Begitu juga dengan kemunculan semula Rania, rahsia hitamnya yang sering menghantui emosinya. Zara yang tidak berdosa telah menjadi sasaran utama Rania.

Keifli penasaran. Sempatkah dia meluahkan perasaannya pada Zara? Mampukah dia menyelamatkan Zara daripada jatuh ke dalam perangkap Rania? Bolehkan Zara menerima kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ itu?

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com