Tuesday, February 9, 2010

Kuasa Alam Maya

Pelikkan…internet boleh menyatukan kawan-kawan lama yang terpisah. Sepertimana facebook telah menemukan aku dengan teman-teman sekolah lamaku dulu.

Dahulu waktu famili aku masih di Pahang, aku bersekolah di Terengganu, ditinggalkan sorang-sorang sejak aku di Tingkatan 1. Tapi masa tu jiwa muda, jadi hati di dalam lebih banyak memberontak. Aku memang benci asrama, sebab aku tak ada privacy di asrama. Jadi kehidupan aku di dua sekolah asrama di Terengganu sebenarnya bukan satu kenangan manis meskipun aku ada ramai kawan-kawan di situ. Dekat asrama sebenarnya aku selalu kesepian, jadi aku habiskan masa dengan menghasilkan cerpen dan sajak. Aku tak berapa berbakat bermain outdoor games meskipun aku masuk team hoki di sekolah.

Bila aku habis SPM dan balik ke Pahang, aku tak pernah contact kawan-kawan aku lagi. Aku manusia yang vanish. Lesap tanpa kesan. Begitulah kata salah seorang teman. Salah satu bukti kewujudan aku ialah kawan-kawan lama yang masih mengingati aku. Itu pun dengan bantuan facebook.

First kawan yang jumpa di alam maya ialah kawan aku sewaktu di sekolah teknik dulu. Che Ziha namanya. Dia ni memang rapat dengan aku masa tingkatan 4. Apa yang paling aku ingat tentang dia ialah dia ni bijak Add Math, agak pendiam masa sekolah dan ada famili yang sangat-sangat ramah. Sebab aku pernah beberapa kali bermalam di rumah dia waktu sekolah dulu. Aku tahu bila dia jumpa aku, ini bermakna aku akan jumpa kawan-kawan lain. Tapi aku tak tahu kenapa aku fobia dengan kawan-kawan aku yang lain. Mungkin sebab dah lama sangat tak jumpa, ada sebahagian dalam diri aku yang terkenangkan bahagian sisi gelap aku di teknik. Teringatkan mereka buat aku teringatkan kesepian yang aku rasakan untuk satu tempoh yang agak panjang di sana ketika itu.

Lepas tu aku jumpa kawan sekolah rendah aku waktu di Pahang dulu. Masa aku ikut ayah aku pindah ke Pahang, dia ni orang pertama yang tegur aku dan jadi kawan baik aku. Dan orang yang paling aku ingat antara teman-teman aku dari pelbagai sekolah masa kat Pahang. Ini disebabkan sejak kecil, aku dan famili hidup bagaikan berkelana. Sekejap di tempat itu, sekejap di tempat ini. Belum sempat nak berkawan, kami berpindah pula ke tempat lain. Yati ni anak seorang ustaz..sangat bijak dalam pelajaran dan pandai melukis. Kami banyak habiskan masa lapang kami di kelas dengan melukis. Kalau tak salah, dia juga berbakat dalam penulisan dan aku benar-benar sukakan dia. Kami berdua juga ada kenangan peristiwa histeria yang tak dilupakan sewaktu darjah enam dulu. Hehehe…Masa aku nak berpindah lagi, semalaman aku nangis kerana sedih terpaksa berpisah dengan Yati. Now aku gembira sebab aku jumpa dia balik. Dia pun dah jadi cikgu di sekolah di Jerantut. Hope so lepas ni dapat jumpa lebih ramai kawan aku di Pahang.

Then bebaru ni kawan aku Suhaini pula muncul. Budak kiut yang sangat baik hati masa kat sekolah. Tutur katanya sentiasa lembut dan dia suka tersenyum. Siapa sangka dah berbelas tahun kami tinggalkan sekolah dan membesar menjadi lebih dewasa dari sikap keanak-anakan yang lalu. Aku selalu kata kematangan seseorang bukan boleh diukur dari umurnya, tapi dari fikirannya. Mereka semua kelihatan semakin matang buat aku jadi malu sendiri. Ini disebabkan aku merasakan aku kurang matang. Hahaha..tapi entah kenapa, aku suka sikap keanak-anakan dalam diri aku dan dalam diri orang-orang yang aku kenal. Rasa macam seronok dan menghiburkan untuk sesekali berfikiran keanak-anakan. Sebab tu aku suka tonton anime, sesekali membaca komik, tengok gameshow di TV atau sesekali layan Kiteretsu, Putera Shazlan, Geng Bas Sekolah dan lain-lain lagi kat Astro. Apa salahnya kan?

pic source : link

1 comment:

Suhana Shahril said...

Tak salah kalo mnonton katun2 sebegitu..kerana ana juga masih menonton katun2 tu..tom and jerry,mickey mouse and friends..haaa..lagi dasat tuh..sbb terpaksa tengok pabila tv sudah di conquer oleh kanak2 ribena..ahaks! Tak dapat nak nolong dah haa..

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com