Macam ku kenal gaya tidur seperti itu..zzz di hadapan laptop dengan mulut ternganga luas..sebelah laptop ada nescafe yang dihurung semut.hihihihi
Hari ni Hari Sukan kat sekolah aku. Ingatkan ada cuti peristiwa hari Ahad. Ceh takdak pulak..hehe hampa sikit hati ni. Baru ingat nak enjoy2 jalan-jalan cari fasal hari ahad ni tp tak dpt..apa-apa ajelah. Balik dari sekolah, badan memang letih sangat. Pertama sebab dah dekat dua minggu bertungkus lumus menemani student-student berkawad di padang, dan kedua sebab buat kerja-kerja persiapan untuk perbarisan hari sukan. Tapi letih aku dan kawan-kawan lain berbaloi hari ni sebab rumah sukan kami dapat Johan untuk perbarisan dan Johan untuk khemah tercantik (congrats utk Ada yang sepetang menyiapkan khemah bersama pelajar-pelajarnya. Dengar cerita untuk acara olahraga pun, rumah Satria banyak sambar pingat, iya ke? Hehe cikgu dia tak tahu cerita sebab dah terbongkang keletihan dekat Bilik Akses. Sempat jumpa Muzzamiel bekas anak murid aku sekejap kat sekolah.
Tepat pukul 12, hati aku dah melonjak2 lonjak dah nak chow awal dari sekolah. Bukan apa aku rasa macam mengantuk sangat dan letih. Pukul 12 sepatutnya ada jamuan sebelum balik, tapi aku dah tak kira dah fasal makanan ni. Balik rumah tidur lagi baik! Tapi tiba-tiba teringat fasal buku Mariana. Aku pun terus kansel plan tidur dan bersiap-siap nak ke pejabat pos besar bertanyakan fasal buku yang hilang tempohari. Pelik juga kad merah minta tuntut bungkusan tu langsung tak sampai pun kat rumah. Ni yang aku nak pi tanya dengan niat nak marah2 orang pejabat pos tu sekali. Hehehe..auta betul aku ni!
Tengah nak siap, Muzammiel ex-student aku lak call. Then aku keluar jap jumpa dia kat Mc Donald. Dia tengah tunggu family dia dari Kelantan jemput. Tapi best borak dengan dia ni. Aku bawakan buku2 aku untuk dia dan dia minta aku sign buku-buku tu termasuk Di Bibirnya Ada Cinta yang dia beli di Bintulu. Bila dia kata dia dah baca DBAC tu dekat empat kali, aku rasa cam terharu pulak. Hehe emo…Katanya nak bawa buku aku naik kapal sebab dia kena belayar enam bulan. Seronok dengar cerita dia tentang dia melawat ke tempat-tempat seperti Jepun, Korea, Philiphines dan lain-lain lagi. Siap tunjuk gambar awek jepun dia lagi kat aku ( hehe kira jadilah tu ekk). Aku minta dia tanyakan master dia boleh tak aku ikut trip diaorang nanti. Sebab aku tengah rancang nak menulis buku tentang kehidupan navy dari sudut yang benar-benar tepat. Dia kata nak tanya Master dia dulu. Hehe..Muzzamiel..cikgu ko ni serius nak naik kapal tu tau!
Tapi serius cakap, melihat student-student aku membesar menjadi lebih matang, ada kehidupan sendiri, membuatkan hati aku rasa macam lapang. Tumpang seronok dengan kehidupan baru mereka dan masa depan mereka yang lebih panjang selepas keluar dari sekolah. Untuk Muzammiel, remember this. Hidup ini tidak seperti apa yang kita rancangkan. Belajar menyukai hidup baru itu biarpun hanya untuk sebentar, kerana masa depan tidak ada sesiapa pun yang boleh meramalnya kecuali Allah SWT.
Dekat 1 jam lebih borak and dia belanja aku minum (terbalik plak..sepatutnya aku yang belanja dia minum..hehehe)..kami pun ikut hala tujuan masing-masing. Kepala aku masih dok ingat dekat pejabat pos. Mata macam nak layu dah tapi sebab nak tanya juga pasal missing parcel tu, so aku pun ke pejabat pos. Minta la seorang akak ni cari parcel tu. Puas dia menelefon sana-sini, last-last dia kata parcel tu dah jadi ‘surat mati’. Maksudnya dikira hapus dan tidak akan dihantar lagi ke mana-mana! Dia suruh aku naik ke tingkat 4 untuk jumpa dengan seseorang (bahagian admin pejabat pos). Dengan tubuh letih, mata kuyu dan asyik menguap aje..aku pun panjat la tangga tu. Tak sangka dalam pejabat pos yang nampak takdelah besar mana pun sebelah Istana Maziah tu, ropa-ropanya ada 4 tingkat ruang pejabat.
Kat sana aku jumpa Puan Fauziah yang ramah tamah. Borak-borak dengan dia dan dia keluarkan parcel aku tu. Dah jadi rutin pegawai pos kena buka bungkusan tu dulu sblm serah kat kita. Bila dia buka dan nampak novel aku tu, dia terus tanya.. Nak tak nak aku jawab la novel tu aku poskan untuk orang yang nak beli. Dia tanya jual novel ke? Aku kata jual online sesiapa yang nak beli novel aku tu. Bila dia tahu akulah penulis novel yang ada kat tangan dia tu, terus dia belek-belek dan tanya macam-macam. Kecoh sekejap! Kelakarnya dia siap bagitahu kat semua orang kat ruangan admin tu sampai semua orang serbu aku kat ruang tamu pejabat tu. Haha glemer sekejap. Dah tu macam-macam pertanyaan diajukan pada aku. Dahlah malu kena keliling macam aku ni spesies alien yang baru mendarat kat bumi! Dalam ngantuk-ngantuk tu paksa diri juga menjawab pelbagai pertanyaan. Haha tapi kejadian hari ni memang lawak aduszz…
Balik rumah, ingat nak tidur..tapi bilik bersepah gila. Aku mengadap FB sekejap..balas email orang, kemas-kemas bilik yang dah jadi tongkang pecah ni. Dah settle, yes..nak tidur! Tapi tiba-tiba ada call plak untuk aku. Jawablah sekejap..Dah habis aku baring lagi. Kali ni mata aku dah terkelip-kelip pandang siling. Yang layu dah tak layu dah. Sebaliknya aku renung siling bilik aku sampai naik rabun. Gosh kenapa tak ngantuk pulak ni. Kat sekolah macam nak gila aku mengantuk sampai rassa nak belasah orang.. Adui bila nak tidur ni? Takkan nak tunggu malam karang? Huhuhu..mission not accomplish plak da..

pic source : link
4 comments:
salam.. lama dah tak singgah blog mani (blog sendiri pun.. tih tih..:) ) semenjak dua menjak pandai facebook nih.. anyway, congrats sebab berjaya..:) ida tahun ni homeless.. so, dok beri sokongan moral je lah dari makmal komputer atas tuh... anyway, congrats seklai lagi..:)
hai nita
amboi glamenye kat pos office 2
nasib baik x runtuh bukit puteri belakang 2
anak murid nita navy ker?
kl ikut trip 2, mcm nk pi Mekah dulu2 jer
kalu nk story psl navy, turun kat Lumut jer
mgkn dapat idea macam2
adios
salam irda,
takpe..irda sibuk..hehe sokongan dar atas pun dah orait..hari tu mmg busy dan tak cukup tangan.lagipun seblh petang cikgu2 tak ramai sgt..tp yang penting kerjasama kami tu tip top..semua sanggup keluar belanja tanpa mempersoalkan apa-apa, semua snggup balik lambat, sanggup sama2 berkumpul kat bilik akses untuk siapkan apa-apa yg patut..serius ckp, sy gembira dgn cikgu-cikgu Satria group petang sy irda..kerjasama yg utuh dan tidak berbelah bahagi itu lebih penting dari apa-apa pun..
salam mkze..
hehe glemer kejap, tp malu berkarung2..lepas ni cam segan dah nak tunjuk muka kt post office tu..
rasanya anak murid sy bukan navy, tp dia pelajar ALAM (akademi laut malaysia)dah tahun 3 kut..sebb dia baru 20 tahun..tp kena naik kapal memanjang dari bintulu sarawak ke serata tempat di dunia..wow saya mmemang kagum dgn org yg boleh merantau seluruh dunia begitu sebab itlah impian saya...
asalnya sy mmg nak menulis fsl navy..mulanya terfikir juga nak turun lumut tp takkan sesaja je nak turun macam tu tak kenal siapa2.hehe..rasanya mcm berminat nk menulis ttg trip yg student sy follow tu..dengar dia cerita aje dah rasa cam best..tp betul ckp amarul, mcm kena pergi mekah dulu..sbb sbnrnya sya tak reti berenang..hehehe
Post a Comment