Tuesday, March 9, 2010

Cuit-Cuit


Seminggu tak update blog..rasa cam lama..padahal seminggu je..hehe..bukan tak ada benda dalam kepala..ada..tapi entah kenapa malas nak menaip. Jari-jariku sakitku sakit semua…huhu…

1) Bulan ni aku paling kuat tidur. Apasal? Pertama sebab aku demam paling singkat dalam sejarah. Tiga hari je dah baik. Tapi sebab tak nak membazir pil-pil aku yang mahal tu so aku continue makan pil demam dan selsema..akibatnya aku tidur macam baby for the whole day..haha..bodoh kan! Ke cerdik? Hihihi…

2) Datang sekolah borak-borak rancak dengan Aisyah dan Kak Paridah.Then pergi makmal sains, buat eksperimen tentang measuring weight and mass. Suruh budak buat report dalam buku..tiba-tiba aku nampak budak-budak di hadapan aku macam bintik-bintik kecil. Kepala aku pusing. Aku turn around dan terus masuk bilik pembantu makmal. Berehat 5 minit dan bila aku rasa okey, aku masuk balik dlm makmal dan nak pusing ke arah white board. Aku nak tulis sesuatu pada white board dan sekali lagi, pandangan aku gelap, berpinar-pinar dan aku hampir tumbang..sedaya upaya aku cuba balik ke bilik pembantu makmal tp di hadapan pintu aku dah tumbang..without anyone beside me. Masa tu terfikir sesuatu. Bagaimana kalau aku mati ketika itu juga? Seorang diri lak tu!

3) Aku jadi pemalas untuk segala-galanya..malas nak buka blog, malas nak check email, malas nak update Rumah Fantasi, malas nak jenguk rumah kawan-kawan, malas nak duduk rumah. Kawan-kawan suruh aku berehat di rumah, tapi aku lebih suka berada di sekolah. Pendek kata aku dah kena penyakit MALAS…Tido aje aku rajin! Hasil penangan pil selsema yang paling mahal pernah aku beli (sebab aku minta dengan doktor nak pil selsema yang paling kuat dan paling cepat berkesan..hasilnya? Barang baik..harga juga baik.)

4) Dapat khabar berita dari sekolah yang sifu aku, siapa lagi kalau bukan Cikgu Hamid Otai, dimasukkan ke hospital kerana dipercayai mengalami sesak nafas dan kemungkinan besar mengidap sakit jantung. Huh terkedu aku mendengar guru-guru di sekolah bercakap fasal CH. Kalau orang lain mungkin aku percaya ada penyakit tu, tapi CH? Macam musykil pula. Yalah dia antara orang yang bagi aku mempunyai gaya hidup yang paling sihat. Tengoklah makanan dia, semua yang organik dan berzat, tiap-tiap minggu dia habiskan masanya buat outdoor activities kat Redang dan Kenyir. Berkhemah dan memanjat gunung dah jadi hobi azali turun temurun CH sampai dia selalu merungut suruh aku follow semua aktiviti-aktiviti dia dengan budak-budak dia. Supaya aku jadi lebih sihat katanya. Jadi logik tak kalau aku sendiri pun tak percaya? Itulah kata orang, penyakit memang tak kenal sesiapa. Kira teori ni betullah tu. Aku yang hari-hari suka makan maggi tapi adik aku pula yang ada masalah buah pinggang. Habis camno?

5) Minggu ni juga aku sibuk merancang nak ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC 2010. Seronok juga sebab ini kali pertama aku ke sana bersama geng-geng penulis Buku Prima dan Alaf 21 dari Terengganu. Tapi meskipun aku beri confirmation untuk melibatkan diri dalam sesi penulis-pembaca..tapi kalau boleh aku tak naklah formal sangat. Aku nak pergi sana santai-santai aje sambil shopping buku-buku aku sendiri. Dah berhajat tahun ni nak cari buku Rose Harissa yang terbaru, nak tukar buku TS aku dengan buku terbaru Kak Dyza Ainun, nak jumpa kawan-kawan dari Blog Rumah Fantasi, kawan-kawan dari Fajar Pakeer terutama Kak Ainon Zaini yang dah lama sangat nak jumpa. Selama ni duk bersembang dalam blog aje. Aku juga nak jumpa penulis thriller pujaan hati aku Ramlee Awang Murshid sambil paksa dia sain buku-buku dia yang aku dah kumpul. Hehehe jangan terkejut dengar perkataan paksa tu..sebab tahun lepas naik gila aku tunggu dia..tapi RAM asyik hilang macam biskut chipsmore. Hehehe.. salah aku jugak sebab asyik datang masa dia nak makan, nak solat dan macam-macam lagi. harap-harap tahun ni janganlah RAM hilang lagi..kalau tak habis tunggang langgang booth alaf tu nanti aku kerjakan..hehe..ayat tension!


pic source : link

6 comments:

m.k.z.e said...

nk jumpa abg RAM nie...

ms jumpa dia ms 2 mmg la bz...

mungkin tahun ini blh jumpa...

dgr citer ada 'buah tangan' baru drpd abg RAM semasa pesta buku nanti..

p/s : jgn lupa jaga kesihatan, kalu boleh pi bt medical checkup nanti...

Mazni Aznita said...

salam amarul,

samalah kita amarul, pun nak jumpa RAM jugak ni..tahun lepas sy ke gerai alaf 2x stil takleh jmpa dia..tu yg frust tu..tp mesti beratur pjgn nak jumpa dia..nih kena check jadual dia nih..n beratur awal dulu..haha..takpun klu amarul jumpa dia dulu, tolong ikat dia supaya tak gerak ke mana-mana..haha

cinta sufi kan kalau tak salah..mmg mengumpul karya2 dia..

Anonymous said...

salam.. hai babe.. lama tak singgah blog.. ida pun tak sihat gak seminggu.. kepala mazni pusing sebab low bp kot.. yelah, jadi puteri bantal beberapa hari kan..:) anyway, cuti sekolah ni enjoy n jangan pk benda berat2.. p/s:kita pandai advise org, kita pun tertonggeng gaks.. tih tih...:) by d by.. ECLIPSE trailer ada dah kat you tube.. pi tengok cepat!! :)

Mazni Aznita said...

irda, hari lepas sy pengsan kan..my bro ambil sy kt sekolah, lepas tu sy ke klinik, tp doktor kata tekanan darah saya normal..entahlah mybe pressure atau sebab cuaca..but even now, sy selalu rasa huyung hayang bila berjalan dan kaki tangan semua kebas-kebas bila drive..irda pernah dengar tentang masalah saraf yng melibatkan pheripheral tak? doktor suruh sy buat medical check up sekali lagi utk detect problem

Anonymous said...

ida penah kena gak.. last2 gi jumpa pakar ent (ear,nose,throat).. tau2 dia kabo middle ear punye fluid tak seimbang.. patut mudah jatuh n huyung.. honey.. ida cadang mazni gi buat medical check up.. ur body is sending signal.. something is wrong.. u should investigate..

Mazni Aznita said...

that's why la sy ambil blood test ni ida..dan ada bbrp lagi test yg sy ambil kt hospital tempohari..rasanya manusia ni tak boleh nak sihat sentiasa..the signal is keep coming to me..haha memang dah lama datang pun, sy yang abaikan..cuma bila sy selalu rasa nak pitam dan terhuyung hayang even ms berjalan dan drive..rasanya dah tiba masa buat medical checkup tu..

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com