Bila aku terima email dari orang yang tak dikenali..aku cuma tersenyum. Hati aku fikir kata-katanya di dalam email tersebut sangat menyakitkan. Tapi aku tidak mahu terlalu mengambil berat tentangnya. Tiba-tiba aku teringatkan email yang aku dapat masa aku nak masuk AVA dulu. Mungkinkah orang yang sama?
Di dalam hati aku selalu tertanya-tanya, aku tidak kenal dia. Dia juga tidak kenal aku. Maka kenapa dia cuba menyinggung perasaan orang yang dia tidak kenal dengan kata-kata yang agak kasar dan tidak berperikemanusiaan begitu? Apakah aku pernah menyakitinya dengan hanya tulisan dari novel-novelku? Anehnya, jika dia begitu tidak senang dengan novel-novel yang aku karang, kenapa dia mesti membeli dan terus membelinya sehingga 4 buah? Peliknya manusia ni. Bukankah jika tidak suka membaca karya seorang penulis, maka dia tidak perlu lagi membeli karya kedua, ketiga dan keempat aku? Dan kenapa dia asyik membandingkan aku dengan penulis-penulis yang disanjungnya? Apakah kehadiran aku di persada penulisan kreatif begitu membimbangkannya? Apa yang penulis bilis seperti aku ada berbanding penulis-penulis yang disebutnya sehingga dia melihat aku seperti satu ancaman besar?
Awal tahun baru ni, aku melihat beberapa perkara dalam sisi yang berlainan dari dulu. Memahami betapa dalam dunia yang kita huni sukar untuk kita tentukan hati manusia. Kadang-kala yang tersenyum pada kita tak semestinya menyukai kita. Dan yang asyik bermasam muka dengan kita pula tak semestinya membenci kita. Kadang-kala bila aku fikirkan semua ini aku takut dengan seseorang yang dipanggil manusia. Sesetengah dari mereka…boleh jadi amat dahsyat dan tidak berperasaan. Kadangkala juga, orang di sisi kita juga boleh jadi orang yang menakutkan.
Kak Mahani teman satu profesionku kata, kadang-kadang kita tak buat apa-apa pun orang tak suka kita. Kita banyak bercakap, orang tak suka. Kita pendiam pun orang tak suka. Apa nak buat, berserah sahajalah. Aku cuma manusia biasa. Tidak ada daya dan kudrat untuk memaksa seseorang menyukai aku.
Di dalam hati, entah kenapa aku simpati pada dia kerana dia tidak menyukai aku. Ini kerana aku paling faham..perasaan membenci seseorang itu terlalu menyakitkan bila disimpan di dalam hati. Dan dengan memilih aku untuk tidak disukainya…sebahagian hatinya tentu merasakan beban yang sarat, yang lama kelamaan menjadi berat jika tidak dilepaskan.
Tapi jika itu pilihannya..teruskan. Sebab sebanyak mana dia terus melemahkan semangatku, sebanyak itulah aku akan terus berdiri dan berdiri. Kerana aku tahu tidak semua orang sepertinya? Aku cuma berharap dia faham..aku hanya aku..insan biasa yang suka menulis. Aku tidak berniat menyinggung sesiapa. Aku tidak berniat untuk merebut tempat sesiapa. Aku cuma mahu hadir sekejap sahaja di dunia penulisan dan terus menulis sehingga otak ku menyuruh aku berhenti menulis dan tanganku sudah tidak mampu digerakkan lagi. Hanya sebentar sahaja. Aku tidak boleh menulis untuk selama-lamanya. Aku juga tidak boleh menulis untuk tempoh masa yang agak lama. Aku hanya singgah sebentar…sebelum aku sudah tidak mampu menulis lagi!
pic source : link

8 comments:
begitulah warna-warni kehidupan. Ada yang ok, ada yang sebaliknya. Apa pun ianya mengajar kita untuk mengenali hati budi seseorang.
Biarkan dia dengan perasaan bencinya. Cuma harapan kita, kita doakan untuknya agar berubah dari perasaaan benci bertukar sayang.
Benar kata cg, sesungguhnya beban benci itu cukup berat dipikul untuk selamanya.
A'kum....
Memang begitu lumrah dunia...tak semua yang kita buat orang suka. tapi apa yang penting...ialah diri kita, hati kita dan niat kita. Orang boleh memberikan pendapat, tak kiralah yang menyakitkan hati atau sebaliknya...hanya kita yang tau rahsianya. Abaikan je..tiba masanya, orang tu pasti penat sendiri...hehehehe
akak..
alalala..
x payah peduli owg cam tu.
memang banyak dalam dunia ni.
anggap jer owg cam tu jd fire akak..
go go akak..
salam cikgu keluduk,
betul ckp cikgu tu..mulanya sy fikir membenci org ni perlukan sebb..at least dr kedua-dua pihak.. tapi rupanya tak..membenci org/tak sukakan org tidak perlu ada sebb..mungkin ada sbb kukuh bg org tu sbb sy 'kunun-kunun' overshadow somebody..hahaha lucu kan..otak kuman betul dia ni..
salam mariani,
betul tu..kalau nak layan, buat sakit jiwa aje..tapi pelik juga la jumpa org mcm ni..hehe first time k nita jumpa dan tak pernah terfikir org macam ni boleh wujud dlm dunia ni..
salam qyqa,
nanti klu qyqa masuk dlm dunia penulisan, qyqa akan berdepan dgn mcm2 benda yg tak pernah qyqa jumpa sblm ni. patutlah ada bbrpa org kwn penulis k nita yg selalu kena fire tanpa sebab..ada juga yg smpi jd tension dibuatnya..tapi org ni klu inlah niatnya nak buat k nita hilang smngat..so sorry for her..sbb k nita bukan mudah putus semmnagt..kalau tak k nita dh lama berhenti jadi cikgu agaknya klu cepat down..
Salam Cik Anita....
Sabarlah...sedangkan nabi yang memang baik pun ramai yang benci inikan pula kita manusia yang kerdil...teruslah berkarya kerana ada orang (seperti saya) sentiasa menanti buku terbaru daripada Cik Anita...hehehhe
hehe thnks nurul..
sy mmg nak berkarya je..bukan nak cari gaduh dgn sesiapa..tp sy faham ragam manusia ni pelbagai..insya allah benda-benda mcam ni saya akn anggap benda remeh temeh aje dan tak menjejaskan apa-apa pun luar dan dalam..tengkiu utk sokongan..
Post a Comment