aku bergambar kenangan bersama kak Indah Hairani, Fatin Nabila dan Kak Dyza Ainun sewaktu jalan2 cari fasal kat PBT hari pertama.
Hambar dan suram..
Itulah persepsi aku dan adik aku yang pergi ke Pesta Buku tu baru kejap tadi. Dengan orang yang tak berapa nak ramai, gerai-gerai buku yang tak berapa nak best, tak mustahillah aku balik dengan tangan kosong je. Tak tahulah nak beli apa! Last-last bawa balik jeruk dengan asam yang jual di luar bangunan TTC. Sekurang-kurangnya itu boleh jadi tarikan..hehehe..
Sebenarnya niat di hati nak bawa balik beberapa buah novel Tiada Sepertimu dan Street Vendetta yang aku nampak ada dijual pada hari pertama. Almaklumlah bila ada kawan-kawan yang bertanya fasal buku baru, manakala stok kat aku pula tak banyak, tolak yang adik aku ambil untuk kawan dia, jadi memang wajar aku nak cari buku-buku aku tu. Tapi malangnya bila sampai kat situ, si penjual geleng kepala kata dah habis..aku pun ada sikit-skit rasa sakit hati. Alamak kantoi! Dalam hati kenapalah sikit sangat stok korang bawak dari KL..alahai!
Lepas tu aku pergi pulak kat gerai Alaf dengan harapan Street Vendetta aku masih ada. Dalam hati aku, buku tu dah lama, confirm masih ada. Tapi bila pergi sana, sekali lagi aku kuciwa. Nampak gayanya terpaksalah aku bawak kotak besar dekat Pesta Buku Antarabangsa nanti untuk beli stok2 buku aku sendiri. Agaknya Tuhan nak suruh aku beli kat Pesta Buku di PWTC je sebab boleh dapat diskaun, murah sikit kut! Hehehe..ayat pujuk diri sendiri.
Tapi serius cakap, tak ada yang istimewa pada Pesta Buku Terengganu bagi aku. Nak kata murah? Kalau setakat diskaun 10 peratus, kat kedai buku pun boleh dapat diskaun tu. Aku belek novel-novel Inggeris sebab nampak diskaun 30 peratus, tapi novel tu dah season sangat dah..maksud aku novel yang betul2 lama dan hasil penulisan nama-nama penulis yang aku langsung tak follow. Adik aku cakap, tak payah belilah..buku lama, penulis tak kenal, harga dalam lingkungan RM30-RM45, dan tolak diskaun 30 peratus..memang tak berbaloi beli. Kat Terengganu ni kat mana entah nak beli novel-novel Inggeris yang best-best? Memang takde..itulah yang aku frust tu..
Satu-satunya buku yang menarik minat aku di situ ialah tentang Kisah Natrah dan Mansor Adabi yang pernah tersiar di Dewan Masyarakat suatu ketika dulu. Ketika itu aku masih di bangku sekolah dan adalah pembeli tetap Dewan Masyarakat semata-mata kerana nak membaca tentang kisah Natrah ini. Buku tu berharga RM99 (hardcover) dan RM75 kulit biasa kalau tak salah. Tapi seluk poket macam tak cukup duit nak beli. Hope so aku akan jumpa buku tu di Kuala Lumpur nanti dengan harga yang lebih berpatutan.
Buat Perbadanan Perpustakaan Negeri Terengganu, terima kasih yang tak terhingga kerana menjemput penulis ini ke Majlis Perasmian Pesta Buku Terengganu 2010. Seronok dapat berkumpul dengan penulis-penulis lain dalam sesi suai kenal yang amat bermakna.Tahun depan diharapkan Pesta Buku Terengganu akan berubah wajah dan warnanya, serta lebih meriah berbanding tahun ini.

6 comments:
org ganu x ramai yg gila buku ke?huhuhuh...dorg kena promote gila2 kot...
oo penulis novel pun kene beli novel mereka sndiri ea.. ingtkan blh ambik je tpbyr harge print je.. hehe
mungkin agaknya jue.entahlah tp pesta buku terengganu kena ubah stail la..sama je sepanjang tahun..pendapat k nita la..hehe tp nti org tanya lak nak ubah apa sbnrnya?hikhik
huhu biasalah ann, penulis dapat 5 copy buku percuma..tp klu beri kat kawan, sedekah kat sana sini..apa yg tinggal iya tak. jd terpaksalah cr alternatif lain.hehehe..beli kt penerbit boleh sesangat tapi mana ada masa..tibai mana yg paling dekat la..hahaha
Salam Nita...
(waaa... citer kat RF lama tak update...ampun ya...)
nak tanya bila Nita ada kat BF nanti?
turun tak?
nak beli Tiada sepertimu dengan Rembulan Berdarah (RB ni susah jumpa kat bookstore)... nak tandatangan sekali... hehehe
harap2 dapat jumpa Nita... sebab saya ada kat BF (PTS) hanya pada 21hb dengan kak Lily
salam rose,
hehe bukan citer che rose je..cite sy pun sekali tak update..yang laju cerita budak2 tu jer..hahaha...
insya allah sy turun kat pesta buku 19-21 hb..sy duduk dekat Seri Pacific sebelah PWTC tu jer.setakat ni sy dah dpt jemputan rasmi dr BP, dan secara YM dgn salah seorng staff Kaki Novel..mybe sy ada kt dua booth tu..nanti kite jumpa yek..ingatkan hari tu nak buat sesi kenal-jkenal utk blog RF..haha nanti nak ckp dgn farah klu2 dia boleh uruskan sesi makan2 time tengahari tu, itupun klu rose boleh join..hehe
kita pun nak gak wasilah cinta weera...ari tu nmpak kt kedai, ringan tangan nk sambar tp nak tunggu BF punya fasal, kena tahan diri nih..hehe
Post a Comment