Wednesday, February 3, 2010

Tiada Sepertimu di Februari 2010

TIADA SEPERTIMU
hidup bersamamu tidak pernah mudah..
namun salahkah jika aku mencuba?
Genre : Thriller love story
Terbitan : Kaki Novel Enterprise (Feb 2010)
Harga : RM24 (Semenanjung)/RM27 (Sabah & Sarawak)
Tempahan awal melalui Kaki Novel boleh dibuat mulai minggu hadapan (klik)
MAKLUMAN TERBARU DARI KAKI NOVEL : TIADA SEPERTIMU AKAN BERADA DI PASARAN SELEPAS TAHUN BARU CINA.BLURB COVER



Keifli : "Biar betul! Takkan Ruby ingat aku main cinta dengan anaknya? Hish! Minta dijauhkan malapetaka ini. Siapa yang nak bertemankan perempuan seperti Zara? Sudahlah garang, keras kepala pulak tu!"

Zara : "Betul ke aku bencikan Keifli? Kalau aku bencikan dia, kenapa aku setuju disatukan dengan lelaki itu?"

Rubiah : "Benci itu satu perasaan yang amat dekat dengan cinta, Kif. I tahu you mampu buat Zara mencintai you. You mampu bahagiakan Zara."

Keifli dan Zara bersatu jua meskipun tanpa cinta di hati. Kenapa Rubiah nekad menyatukan anaknya dengan Keifli? Berjayalah Keifli menjinakkan Zara yang garang dan keras kepala? Bolehkah Zara menerima Keifli dalam hidupnya? Semuanya di dalam Tiada Sepertimu.

SINOPSIS
Keifli Benjamin dan Zara Melissa… kedua-duanya punya agenda tersendiri ketika diijabkabulkan. Keifli ingin melarikan diri dari kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ manakala Zara pula ingin menyelamatkan mamanya. Akhirnya mereka hidup sebagai teman serumah, yang saling tidak berhutang antara satu sama lain.

Hidup bersama Zara tidak pernah mudah buat Keifli. Ada sahaja yang tak kena di mata Zara. Namun jika namanya hidup sebumbung, mustahil perasaan masing-masing tidak tercuit. Namun keegoan yang menggunung tinggi mengekang masing-masing meluahkan perasaan yang terbuku.

Keifli yang hampir dapat melupakan Intan, kekasih lamanya tergugat dengan kemunculan semula gadis itu. Begitu juga dengan kemunculan semula Rania, rahsia hitamnya yang sering menghantui emosinya. Zara yang tidak berdosa telah menjadi sasaran utama Rania.

Keifli penasaran. Sempatkah dia meluahkan perasaannya pada Zara? Mampukah dia menyelamatkan Zara daripada jatuh ke dalam perangkap Rania? Bolehkan Zara menerima kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ itu?

17 comments:

Hany Nafisya said...

wah congrats kak nita. satu lagi novel keluar. jeles pulak tengok novel orang neh.. hehehe.. insyaAllah kalau saya balik tahun neh, saya akan beli ^_^
if not, macam biasa la.. pesan kat adik..

Mazni Aznita said...

thnks fisya...
don't worry, tak lama lagi k nita rasa giliran k nita pula tatap karya fisya..good luck 2u k..

Amrieezza Hamzah said...

Bestnya... ada lg buah tangan baru dari akak.... ni boleh tambah koleksi ni... :)

Tahniah...!!

Farahusain said...

Tahniah my fren! Covernya unik... hopefully ini boleh kembalikan semula semangat 'menulis' Nita. hehehe... ni kena suruh 'supplier' saya simpan siap2 untuk saya ni...hehehe

m.k.z.e said...

nita

diam2 ada buah tangan baru plak

good2

Keluduk said...

Tahniah! Kejayaan cg menerbitkan novel baru menjadi kebanggaan kami. Teruskan berkarya. Sy tetap menjadi peminat novel cg.

Suhana Shahril said...

wah..diam-diam kuar lagi yg baru..Tahniah K.Nita!

Mazni Aznita said...

salam amrieza, hehe sila-sila tambah koleksi yang ada..:)

salam farah,
hehe siapa supplier farah tu, amoi pasar malam tu ke? kirim salam kat dia ya..terharu sbb dlm banyak2 kedai buku, kat pasar malam juga yang ada.. hehehe

salam amarul,
nak buat mcmana , masa tu idea melonjak naik. le ni idea merudum turun..haha

Mazni Aznita said...

salam cikgu keluduk,
pandai ya ambil hati kita ek..hehe..tp sy sebnarnya kagum lagi kat cikgu yang punya banyak idea dan pengalaman dlm mendidik..salute boss!!

salam suhana,
thnsk atas sokongan suhana selama ini..

Anonymous said...

wah,cam best jer jalan cter bk nih...x sabar nk bli..tapi kan,sjak saya pindah balik ke negeri saya(sarawak), saya agak susah ckit nk bli buku cter.banyak halangan.tp kalo bk cter k.nita,saya MESTI bli...

Unknown said...

Salam A.A...best nyer!!! ada buku baru!!!

Mazni Aznita said...

salam anonymous..ramai juga pembaca dari sabah dan sarawak mengadu susah nak jumpa buku k nita kat sana..tp sennag cerita anon beli ajelah dgn kaki novel..mereka ada langganan online.dan thnnks kerana sudi membaca buku2 k nita..

Mazni Aznita said...

salam yusnita..

hehe beli tau jangan tak beli. tp kalau tak best jgn mare kite..huhu

po said...

Halo...i br je lepas bace novel ni..mmg best.. i really like it..
= D..lepas ni nk beli lagi buku anita yg lain..

Mazni Aznita said...

thnks po,

beli jangan tak beli..hehehe

az said...

k.nita, just read dis books..waaahhh, what i can say is SUPERB, i like!!!!wallahhh....
suke sgt nk watak keifli..
neway, waiting for sayangku casper, bile nk bukukan k.nita????

Mazni Aznita said...

salam az,

tengkiu sbb dah baca ts...sayangku casper tgh rancak ditulis..maybe tahun depan baru keluar coz tahun ni punya jadual novel dah full..

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com