UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

Tuesday, July 28, 2009

The Curse Of Nescafe..


Ia hanyalah minuman berkafein yang disukai ramai. Boleh diminum dengan krimer, coffee mate atau minum macam tu aje. Semuanya sedap dan aku cukup yakin bukan hanya aku seorang sahaja yang menjadi penggemar nescafe ini. Pakcik aku yang tinggal di Pekan Pahang misalnya, kalau balik ke rumah aku time-time raya wajib bawa bekal nescafe dia sekali.Dan khabarnya dia akan meminumnya setiap malam.

Di rumah aku, peminum tegar nescafe adalah aku seorang aje manakala adik-adik aku yang lain lebih gemar dengan minuman tea, milo, ribena dan jus buah-buahan yang lain. Mesti ada yang tanya apa yang istimewanya dengan nescafe? Jawapan aku, hanya yang suka minum sahaja yang tahu apa istimewanya.

Tapi siapa yang sangka hanya dengan minuman biasa begini mampu mengubah rutin aku secara drastik. Ramai yang tahu aku menulis setiap malam berbekalkan dengan segelas nescafe panas di tepi laptop. Kadangkala hanya dengan mencium aroma nescafe sahaja cukup untuk membuatkan tangan aku berlari di atas kekunci laptop lebih pantas dari biasa. Terasa macam idea mencurah-curah keluar. Dan aku mampu menulis sehingga 30-50ms dalam semalaman. Hebatnya penangan nescafe ni sampaikan aku agak addicted dengan minuman ni. Kalau tak minum sehari seperti ada yang tak lengkap dalam hidup.Teruk kan!

Tapi beberapa bulan lepas sebab aku tak berapa sihat, jadi aku terpaksa ucap bye-bye pada nescafe buat seketika. My family pun dah warning, don't you dare to drink nescafe anymore! Kenapa? Sebab bermula dari zaman sekolah lagi, kalau aku minum nescafe dalam keadaan badan aku yang lemah dan tak sihat, insya allah aku akan keluarkan semula semua isi perut yang aku makan sepanjang hari itu. Kadangkala sampai lembik aku dibuatnya.

Sehingga ke hari ini, hampir tiga bulan lamanya aku tak berani nak sentuh nescafe. Walaupun sudah sihat sedikit, tapi kadangkala batuk aku datang lagi. Aku memang ada masalah kesihatan berkait dengan paru-paru ni. Tapi aku baru perasan (padahal dah lama pun) sejak aku tinggalkan rutin aku ni, pemikiran aku jadi lebih lembab dan slow.Tubuh aku jadi lebih lemah sama sewaktu aku sakit. Dan aku akan cepat mengantuk tak kira di mana sahaja dan bila-bila masa. Bayangkan aku yang selalu aktif dengan nescafe asyik fikir fasal tidur walhal jam baru aje pukul 8 malam. Dan kemampuan aku untuk menulis? Hanya tinggal 50% sahaja. Tak lama lagi mungkin akan jadi zero!

Bayangkan tiba-tiba sahaja aku jadi malas nak menulis. Ada yang cakap ini semua kesan kafein. Ya aku akui mungkin betul. Lagipun sejak azali aku tahu fasal kafein ni.tapi aku tetap minum nescafe ni sebab aku suka dengan rasa dan aromanya. Bagi aku ia adalah benda ajaib yang membantu aku menulis dengan penuh gembira, fokus dan keazaman. Kata kawan aku, kalau aku tinggalkan kafein selama beberapa bulan, insya allah aku akan menjadi individu yang lebih sihat, lebih ceria dan lebih lawa. Hehehe..(ayat ketiga tu yang tak tahan tu).

Tapi bayangkan kalau dah 3 bulan aku tinggalkan kafein tapi aku masih begini? Wajarkah kafein yang dipersalahkan? Hehehe..jawab aku, aku mungkin telah disumpah oleh si kafein kerana meninggalkannya selama 3 bulan (gantung tak bertali) tanpa surat cerai. Hehehe..apa-apa ajelah! HIDUP NESCAFE! (lepas ni pihak nestle tolong ambil aku jadi maskot Nescafe sebab separuh dari hidup aku sudah dihabiskan untuk meminum nescafe.

P/S : aku dah buat keputusan untuk bancuh segelas nescafe malam ini secara senyap-senyap tanpa pengetahuan sesiapa. Hehehe..apa-apa ajelah labi!

Saturday, July 25, 2009

Bertemu Di Losong Akhirnya....

Dari kiri kak zie, kak dyza ainun, kak potter, me dan fatin nabila.
kak dyza dalam ni tengah bertafakur agaknya..

mulanya ingat nak letak satu gambar kenangan je..tp sebab tunggu kak dyza bertafakur tak sudah-sudah kat atas, terpaksa la aku up kan satu lagi...hehehe..jangan mare ya kak dyza, gurau je!

Hari ni memang satu sejarah buat aku sebab aku berpeluang duduk semeja bersembang dengan penulis-penulis terkenal berasal dari Terengganu seperti Fatin Nabila aka Nur Hazma (Syurga di Hati- Alaf 21), Kak Dyza Ainun (Ku Ingin Bersamamu - Buku Prima), seorang kakak penulis yang tak ingin dikenali (aku bagi gelaran Kak Potter) sempena nama Beatrice Potter iaitu seorang penulis serta tak dilupakan Kak Ziekira yang menjadi penghubung antara kami. Kak Ziekira adalah blogger yang cukup popular di kalangan penulis aku rasa.

Mulanya rancangan ni dah diutarakan agak lama, tapi sebab masing-masing sibuk..ada aje hal yang tak dapat dielakkan. Tapi entah macamana atas usaha Kak Zie, kami semua akhirnya bersetuju untuk bersua muka. Tempat perjumpaan kami ialah di Muzium Losong.

Pada mulanya macam ragu-ragu nak pergi sebab rasa segan sikit. Maklumlah semuanya penulis2 Alaf dan Buku Prima yang sudah punya pengalaman menulis lebih lama dari aku. Aku pulak baru aje menceburkan diri. Pengalaman tiada, apa pun tak ada. Tapi keraguan aku dan rasa malu yang bersarang terhapus begitu sahaja apabila bertemu dengan setiap orang dari mereka. Best sangat dapat bertemu Kak Potter yang berbicara seindah bahasa-bahasa dalam novel-novelnya, Kak Dyza yang aku rasa cukup ramah dan kadangkala lucu orangnya, Fatin Nabila yang peramah serta punya banyak novel yang meletup serta Kak Zie yang banyak bercerita dengan kami tentang kehidupan, perasaan dan erti sebuah kasih sayang. Thank kak zie sebab sanggup sharing cerita-cerita tu. Efeknya amat besar bagi sebahagian dari kami.

Pertemuan kami berakhir pukul 2.30 petang dan aku rasa seronok sangat dapat meluangkan masa bersembang dengan mereka. Apapun Kak Potter, Kak Dyza, Kak Zie dan Fatin...terima kasih segalanya untuk hari ini. Insya Allah jika diizinkan kita bertemu lagi di lain masa...sayang you all...mmuahhh!
cetusan rasa...

Sunday, July 19, 2009

Aku Yang Selalu Blur...

Aku ada satu penyakit..di mana adakala aku lambat nak faham maksud seseorang, lagi-lagi kalau dia bercakap double meaning atau kata-kata kiasan. Ramai orang cakap takkan la bahasa kiasan pun kau tak faham..kan bila menulis novel..mesti banyak pakai bahasa-bahasa kiasan ni. Hehehe..memang la betul..tapi itu aku yang tulis sendiri, aku yang reka..bukan aku dengar orang lain yang cakap. Mana la sama.

Aku juga seorang yang pelupa. Di rumah, semua barang-barang penting aku selalu hilang sebab aku lupa kat mana aku letak. Adik aku kata ini semua simptom sebab aku selalu minum minuman yang dah dimasuki semut. Aku jenis orang yang tak kisah kongsi gelas atau selalu tak perasan ada apa dalam minuman aku. Sebab tu aku pernah makan cempedak yang ada ulat sampai setengah biji baru aku perasan apa benda yang aku makan.Hehehe..teruk kan aku ni.

Sebab tu di rumah my sis akan simpan semua barang-barang penting aku macam passport, surat beranak, tiket bas (kalau nak naik bas) atau boarding pass setiap kali sebelum aku nak naik flight. Adik aku juga akan simpankan tiket parking setiap kali kami park kereta. Aku selalu kehilangan jam tangan, nametag, kunci kereta, purse dan telefon. Kekadang sehari suntuk cari tak jumpa-jumpa jugak benda-benda ni semua. Setiap kali kehilangan barang, satu rumah akan tolong mencari dan satu rumah juga berleter panjang kat aku. Dan aku akan buat muka blur...

Di sekolah pun aku selalu hilang dokumen yang baru lima minit aku pegang dan selalunya kawan aku Kak Paridah akan menjadi tukang simpan barang-barang aku kerana aku memang pelupa 'overdose'. Aku juga sering hilang fokus kalau bercakap dengan orang dalam keadaan penat. Contohnya kalau ada orang ajak aku berbual memang aku layan borak. Tapi selang lima minit, kawan aku bercakap, aku sudah zzzzzzz dalam keadaan tegak dan kayu. Tapi yang ni jarang-jarang berlaku la, kecuali kat rumah memang selalu terjadi. Hahaha...

Sebut fasal pelupa aku teringat satu incident kelakar dan memalukan yang berlaku kat aku masa aku kat UM waktu nak ambil ujian untuk Genetic kalau tak salah. Aku belajar memang serius time tu..tapi sebab penat sangat tak tidur malam so otak aku jadi merapu. Bayangkan aku boleh lupa simbol biologi untuk lelaki dan perempuan. Benda alah yang senang tu pun aku tak ingat...

Kalau korang nak tahu simbol biologi untuk lelaki ialah bentuk A (biru) dan simbol biologi untuk perempuan pulak ialah bentuk B (putih). Tapi sebab otak aku mamai dan jadi blurr..suka hati aje aku lukis simbol aku sendiri. Ingat ini ujian untuk ambil pendidikan seni ke? Masa tu puas aku cuba ingat tapi entah kenapa otak aku beku terus. Sebab tak nak tinggal kosong punya fasal, last-last aku lukis orang lidi untuk simbol lelaki manakala untuk yang perempuan aku lukis orang lidi juga tapi ada skirt sikit. Hehehe..sebiji macam gambar kat bawah. Bila aku cerita kat kawan-kawan aku, semua pakat bantai gelakkan aku sampai pecah perut. Tapi aku tetap dengan muka blur...kata aku time tu..asal lecturer aku faham yang mana aku maksudkan lelaki yang mana aku maksudkan perempuan cukuplah..sekali lagi depa gelakkan aku sampai keluar airmata. Mesti sampai sekarang depa tak percaya yang aku dah jadi guru sains yang berkarisma..chewahhh! Hahaha comel je orang lidi tu. Aku rasa lecturer aku time tu tak kisah punyalah sebab aku lukis orang lidi tu lagi comel dari lukisan kat bawah ni.hehehe...

Wednesday, July 15, 2009

Congratulation Sis..

Pada 15 hb Julai yang lalu aku sengaja ambil CRK khas untuk menghadiri majlis konvokesyen adik aku Aiza yang baru sahaja menamatkan Pengajian masternya di Universiti Malaysia Terengganu. Tak sangka dapat juga dia habiskan pengajian setelah setahun lebih aku dengar dia merungut-rungut bila nak habis. Hehehe..

Tak ramai yang follow sebab dengan keadaan ibu aku yang sakit, so ada aku dan ayah aku sahaja yang menemani dia di hari bersejarahnya. Zura terpaksa stay di rumah untuk temankan my mum, Wawa terpaksa ke sekolah dan my brother Amrul pula terpaksa berkejar naik flight ke Kuala Lumpur pada hari yang sama. Dengarnya dia nak ke China..entah nak buat apa ntah..heii tak takut ke dengan H1N1 yang masih menular ni…apa-apa ajelah. Lepas dia balik ni aku rasa family kitaorg kena kuarantinkan dia..

Sebenarnya kami dah biasa begini. Bila ada anggota keluarga yang sakit, maka kami susah nak berkumpul bersama untuk meraikan sesuatu. Tapi kami terima ini sebagai satu ujian dan dugaan. Malah aku sendiri menghadiri konvokesyen aku di UM seorang diri sahaja tanpa ditemani sesiapa. Aiza juga menghadiri konvokesyen untuk ijazah sarjana mudanya juga tidak berteman...sebab tu aku sanggup ambil cuti untuk menemani dia. Malah untuk konvokesyen adik aku Zura pula pada bulan 8 nanti, aku juga bercadang mahu menghadirinya. Sebolehnya aku tak sampai hati mahu mereka meraikannya sendirian seperti aku dulu. Terasa perit sebenarnya sedikit di dalam hati ini bila nampak hari bersejarah kita tidak ditemani ahli keluarga seperti kawan-kawan yang lain.

Apapun untuk Cik Aiza comel, your sis n others nak ucapkan tahniah di atas tamatnya waktu-waktu sibuk yang sering dirungutkan itu. Lepas ni aku dah hilang seorang PA nampak gayanya..hehehe..cepat siapa nak jadi PA aku, boleh memohon secara online atau email. Tempat terhad! Hehehehe..

Monday, July 6, 2009

Misi Betik


Papaya atau betik adalah sejenis buah tropika yang banyak terdapat di negara-negara iklim tropika termasuklah Malaysia. Buahnya comel, berkulit kuning bila masak ranum dan rasanya manis. Khasiatnya jangan cakaplah..macam-macam! Sekali berbuah, sampai berpuluh-puluh biji buat kita rasa geram dan asyik nak makan aje. Tak mustahillah ramai betul yang suka makan buah betik ni.

Di belakang rumah aku ada sebatang pokok betik yang menjadi kesayangan kami sebab buahnya hui manis sangat2. Dengan adanya si betik ini, hidup kami tak ubah dilimpahi seribu rahmat. Pagi petang siang malam, aku selalu nampak pokok betik yang sama dari tingkat dua rumah aku sebab aras ketinggian pokok betik tu sama tinggi. Kiranya nampak jelaslah berapa biji yang masak atau mentah setiap kali aku nak bersiap pergi kerja.

Tapi suatu hari, dari tempat yang sama...dan ketinggian yang sama, aku melihat beberapa biji buah betik yang tengah nak masak yang aku dah spot awal-awal, tiba-tiba lesap entah ke mana. Kuciwanya rasa, sebab baru je teringin nak makan buah betik tu. Tapi curiga jugalah siapa yang ambil. Tapi sebab malas nak berkira, kami diamkan aje...

Tapi tak lama lepas tu buah betik yang hampir nak masak, hilang lagi dan lagi dan lagi...hehehe..rasa cuak dah mula timbul. Sah and confirm, cik-cik betik kat rumah aku dah kena songlap la..Entah siapa yang punya kerja. Tapi kelakarnya pencurik ni profesional gila, boleh aje dia tibai buah betik tu walau hari siang. Mentang-mentang la pokok betik tu di belakang rumah. Huhuhu...sampai hati dia...
Aku sekarang dalam Misi Mencari Pencurik Buah Betik Aku....Siapa punya kerja ni? Sebelum aku hadap pencuri ni ke balai polis, last-last aku dapat fikir tiga suspek utama. Ha nilah rupa suspek-suspek aku...
SUSPEK A
Aku agak orang yang curi buah betik aku seseorang yang sentiasa lalu di belakang rumah aku dan menjadi saksi mutlak keranuman buah betik aku yang manis lagi sedap itu. Suatu hari mungkin sebab dia tak tahan sangat nak merasa buah betik tu, maka dengan muka tak malu dia memanjangkan tangannya beberapa kali.
hehehe..sabar ajelah!
Suspek B
Ini suspek nombor 2, fasal aku selalu terserempak hamba Allah ni duk melilau sekeliling rumah aku. Sebab rupa dia lebih cute, jadi aku tak sampai hati nak tuduh, maka aku lebih rela tuduh Suspek A yang sah-sah muka tongkang pecah!
Suspek C
Ini suspek ketiga yang paling besar kemungkinan curi buah betik aku. Aku dendam betul dengan Pepaya ni..dah lama sangat dah! Aku rasa motif utama dia songlap buah betik aku sebab jealous orang kat malaysia ni asyik sebut betik..betik...bukan pepaya..padahal dia susah payah lawan penjahat tapi tak glemer. Betik juga yang glemer! Hehehe...
 

Template by Blogger Candy