Wednesday, September 16, 2009

Yeay Dah Nak Cuti!

Wah, hari ni cam excited je..al maklum last day sekolah sebelum nak raya. Pepagi ni lepas sahur terus tengok Diari Ramadan Rafique sekejap dengan family aku. Ni drama wajib tonton tiap-tiap kali bulan puasa padahal drama ulangan je. Kalau ada penerbit DRR baca entry aku ni..please..please..buatlah season baru drama ni untuk tahun depan. Sebuah drama yang menghiburkan dan terasa seperti hidup sangat untuk ditonton. Suka muka Rafique yang macam poyo-poyo aje..hehe.

My sis ingatkan aku fsl baju raya yang tersadai lagi kat kedai jahit. Dah dua kali call, makcik tu kata tak siap-siap. Jangan jadi macam tahun lepas dah le..tunggu punya tunggu alih-alih belek baju lama yang paling lawa je buat baju raya. Lepas tu aku teringat pulak kat kek yang aku tempah kat kedai, tunggu nak diambil.satay yang abah tempah lagi..aduii pening plak kepala aku ni..rasa cam berhelai-helai ringgit malaysia akan terbang dari poket aku lepas ni..

Kelmarin keluar jap bawa adik aku wawa beli kasut. Kitaorang sanggup buka puasa dalam kereta semata-mata sebab nak kejar masa takut ramai sangat orang. Jangan tak tahu, kat Kuala Terengganu ni makin dekat nak raya, makin penuh orang di bandar dari pagi sampai ke malam. Abah aku dah phobia dah nak keluar even sekadar nak pergi Giant dan Mydin Mall yang cuma 1 kilometer je dari rumah aku. Kelakarnya konon-konon sempat, padahal bila sampai sana, banyak kereta dah beratur dua line kiri dan kanan jalan..aku pandang adik aku, dia pun dah mula buat muka blurr..last-last dua-dua orang ni balik bodoh aje ke rumah. Esok? Kena fikir strategi baru ni camna nak kejar tempat parking kat kedai kasut tu.

Eii tak sabarnya nak cuti. Rasa cam melayang-layang aje rasa gembira ni. Kertas exam subjek sains untuk lima kelas dah setimbun atas meja aku. Baru selesai 2 kelas yang dah disemak..baki dia aku buat donno aje. Cuba fikir? Siapa yang nak bawa balik kertas-kertas tu time cuti-cuti gini? Sejak dulu prinsip aku tetap sama..kerja sekolah buat kat sekolah aje..jangan nak bawa balik kat rumah. Kat rumah masa untuk family je..

Peliknya aku tak sabar nak cuti bukan sebab nak raya sangat. Tapi sebab aku dah rancang nak sambung projek menulis yang tergendala sepanjang Ramadhan ni..Lepas ni bolehlah concentrate kat novel pulak..cuti..cuti, i really need you...haha apa yang aku repekkan ni??
P/S : atas sebab2 keselamatan dan nasihat rakan2, aku padamkam duit raya tu..hehe langsung tak teringat fsl gabenor..ingat fsl mr.bean je..anyway thanks tzaraz untuk duit raya kat atas tu..tahun depan bagi not seribu pulak ya...tp duit betul la...

9 comments:

m.k.z.e said...

insya-Allah, esok & lusa, kereta saya menambah "kesesakan" di Kuala Terengganu...

Anonymous said...

salam.. hai mazni... ida pun same macam ayah mazni.. malasnye lah nak kuar rumah musim orang sibuk nak beraya.. i just order my husband around sebab obviously tahap kesabaran dia lebih tinggi dari ida dalam bab jam mengejam kat tengah jalan cari parking.. argghh!! and i am from super hectic klang.. can u imagine me....?? tih tih.. no wonder jodoh org ganu.. kureng gaklah cars on d road.. tapi d past few days, banyak nye keta.. un believable!!

anyway.. ida nak ucapkan selamat hari raya and maaf zahir batin.. kalau ada salah silap ida sepanjang kita berkawan, bertwilight and bernew moon, (coming soon!!! *thud!*) ida minta maaf okey.. nanti nak minta mazni ajar ida tambah gadget kat blog.. i am super clueless!!! anyway, so glad kertas trial ida dah habis tanda.. YAHOOOO!!! simpati dengan mazni.. need my help??!! tapi ida tolong tanda lepah raye leh.. tih tih.. c u after raya okey.. have fun...:)

noorhayaty85 said...

g beli kasut kat mana tu smpai xde parking?kat ksut u o vinci?he3...biasalah org trgnu smakin ramai..he3...akak,kt dh beli buku street vendetta.tp x dpt pun cri sakti cinta tu..tension lah...akak mmg xde stok ek?

Suhana Shahril said...

Amboi..sonoknya dia dpt cuti awal.
Selamat Ari Raya utk k.Nita & famili.
Maaf zahir & batin ye...

Mazni Aznita said...

salam mkze,

selamat menambah kesesakan di jalan raya..ni nak kena cepat membeli ni sblm semua org terengganu di serata negeri balik ke mari. hehehe....

Mazni Aznita said...

hahaa blog ida mmg khas untuk twilight n new moon..info baru2 gitu...mcm ida, can't wait to see them again...(especially jacob black yang ku minat. Hehee dah berpaling tadah kat edward ni..

seronoknya ida boleh suruh hubby ke sana ke mari..me? i have to do all the things by myself, almaklumlah..faham2 jelah..huhu banyaknya kerja nk buat raya ni..dah pening nak fikir ni..

kertas exam boleh tunggu takpe..hahaha ada pulak gitu cikgu ni...nanti klu nak belajar fsl gadget dlm blog, datang ajelah ke bilik akses anytime..wlpun kite bukan pandai sgt berblog tapi okaylah juga..takdelah buta sgt...

Mazni Aznita said...

noor,

rutin orang terengganu yang jadi kebiasaan, beli last minute...lagi last..lagi banyak minute yang diperlukan..hahaha..termasuk k nita gak..

dah beli ek Street Vendetta..thanks..harap terhibur. Sakti Cinta masih ada 18 naskah...tapi 8 drpdnya k nita takkan jual dah..itu utk simpanan khas...klu noor nak, macam biasa email ya..

Mazni Aznita said...

salam suhana,

ala bukan cuti awal pun suhana..just sehari je..last-last kitaorg kt pantai timur ni juga yg sekolah dulu..hihi

dari kecik smpi besar asyik nampak bumbung sekolah je..mengeluh pulak time-time raya ni..

Keluduk said...

Tu le kita bila bergelar cg ni, hari cuti sekolah lebih ditunggu ngalah tunggu hari nak raya. Faham sgt-sgt...

Apa pun kita kena beraya jugak, postoned dulu tulis cerita novel tu... he..he.. bebenornya aku jeloues

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com