Tuesday, September 8, 2009

Kejamnya Manusia Zaman Sekarang...

Kira-kira pukul 8 malam semalam, selepas berbuka puasa, abah aku dapat call yang bertalu-talu kat handset dia. Tapi sebab dia sembahyang kat tingkat atas, jadi mak aku suruh adik aku bagitahu dia tentang panggilan-panggilan tu. Hati mak aku masa tu dah tak sedap, rasa macam ada benda penting je..kalau tak takkan sampai macam tu sekali panggilan-panggilan tu singgah macam urgent sangat-sangat.

Then my father turun, terus reply call tu. Rupanya memang betul memang ada berita mengejutkan. Salah seorang kenalan abah aku masa dia berkhidmat sebagai Pengurus Felda dulu, rupa-rupanya dirompak dan dibunuh dengan kejam kira-kira jam 3.30 petang kelmarin. Terkejut jugak kita orang mendengar khabar berita ni, apatah lagi abah dan mak aku memang sangat-sangat rapat dan mengenali arwah makcik Simah dan suaminya Husin. Malah mereka sempat datang beraya ke rumah kami tahun lepas.

Kata mak aku, arwah Makcik Simah ni baik sangat orangnya dan peramah pada sesiapa yang dia baru kenal. Jadi tak mustahillah dia aktif dalam UMNO. Tak sangka ajalnya sampai dalam keadaan begini. Sedih mendengar bagaimana perompak itu menikam dia bertubi-tubi sehingga tali perut terburai keluar. Tak cukup dengan itu dikelarnya pula seorang wanita yang tak berdosa. Betul-betul perompak yang tak ada hati perut! Kejam dan tak berperikemanusiaan betul.

Menurut kata kawan abah aku yang menelefon semalam, si pelakunya adalah warga asing dan mungkin lebih dari seorang suspek. Tapi dalam berita dikatakan hanya seorang sahaja. Entahlah...apa yang pasti kami semua doakan agar pembunuh kejam ini mendapat balasan yang setimpal di atas apa yang dilakukannya dan semoga roh arwah Makcik Simah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...
Petikan Berita..(Harian Metro)

HULU TERENGGANU - Bekas Ketua UMNO cawangan Felda Mengkawang dekat sini ditemui mati dengan ususnya perutnya terburai setelah ditikam bertubi-tubi oleh seorang perompak yang memecah masuk rumahnya sebelum melarikan sejumlah barang kemas di Felda Mengkawang petang semalam.
Kejadian dipercayai berlaku kurang setengah jam selepas mangsa bertandang ke rumah jirannya apabila dia didatangi perompak yang dengan kejam meragut barang kemas dan nyawanya. Dalam kejadian itu dia dipercayai cuba mempertahankan diri.Ketika kejadian, mangsa, Asimah Abd. Rahman, 51, yang merupakan Pengerusi Gabungan Pergerakan Wanita UMNO Felda Wilayah Terengganu tinggal bersendirian kerana suaminya keluar bekerja.Kejadian hanya disedari jirannya, Asmah Mat Adam, 45, yang datang ke rumahnya pada pukul 3 petang. Asmah hairan apabila salam yang diberi tidak bersambut.Menurut Asmah, dia terus masuk ke ruang tamu rumah itu apabila mendapati pintu depan rumah mangsa terbuka dan televisyen terpasang.

7 comments:

Farahusain said...

makin dunia ni nak sampai ke penghujung hayat, manusia ni makin hilang kewarasan akal! dahlah mereka merompak, lepas tu dibunuh cara yang macam tu. memang kejam! kadang-kadang terfikir kejadian2 rompak yang makin menjadi2 ni adakah disebabkan faktor ekonomi semasa yang agak teruk ni? kat kawasan rumah saya ni dah banyak saya dengar benda2 mcm ni terjadi, sampaikan sekarang duduk dalam rumah sendiri pun rasa tak selamat. seminggu sudah, atuk yang duduk sorang2 dibelakang rumah saya pun hampir2 terima nasib yang sama. mujur ada jiran yang nampak penyangak2 tu masuk rumah. jiran tu nasib baik tak ditetak dengan parang yang penyangak tu bwak. kalau tak...ntahlah..takut nak fikirkan. dan guess what? penyangak2 tu adalah warga asing yg pernah menolong buat renovation salah satu rumah di kawasan saya. apa nak jadilah dengan dunia ni ye?

saya pun doakan supaya penjenayah tu terima balasan yang setimpal. takziah utk keluarga teman ayah anita tu.

Camellia MK (Maria Kajiwa) said...

Takziah, seram sejuk saya membacanya.Almaklum tinggal seorang diri setiap hari. Dari cara perlakuan itu memang cara org asing kan

Orkid Edyliyne said...

kejamnya...
manalah perasaan dia buat orang macam tu...

kita pun doakan benda yang sama...

Anonymous said...

innalillahiwainnailahirajiun...

astaghfirullahalazim...

kadang2 zaman sekarang ni kita nak bersangka baik dengan manusia pun susah... warga asing sekarang nih pun dah naik tocang dah.. takut ida dengar sebab kadang2 duk umah sorang2 waktu malam... kadang2 kunci umah pun, di guna pukau lah.. menyamar nak minta tunjuk alamat umah lah.. macam2... apa2 pun harap keluarga allahyarhamah bersabar.. Allah jemput allahyarhamah pulang dalam bulan puasa yang barakah.. Moga rohnya diletakkan di kalangan orang beriman.. Kita yang masih hidup ni... Masih tertanya2 bagaimana cara kita akan pergi nanti... Moga Allah mudahkan...

Mazni Aznita said...

tu ler fasal..

susah kita nak percaya org zaman sekarang..usahkan kata orang asing, kadang-kadang ahli keluarga sendiri pun susah kita nak percaya..

kalau tak takkan kita terbaca macam-macam cerita dalam paper..seorang pakcik drug addict tikam anak saudara umur 3 tahun, seorang anak ugut nak tikam bapak dengan pisau, then yg terbaru seorang anak saudara samun ibu saudara sendiri..semua ni bukti manusia di zaman alaf ni dah masuk dalam kategori gila, kejam dan tak berperikemanusiaaan.

qyqa said...

Salam kak..
salam takziah atas kehilangan tersebut..
memg skrg dunia tunggu nak hancur jer..
semua orang dah tak boleh nak berfikiran dengan waras.rasa diri sendiri jer betul..
hurm,dah nampak kan tanda akhir zaman..
kita yang dengar ni just boleh berdoa agar terselamat dari ansir jahat macam tu..
tu pun masih ramai yg tak sedar diri...
susah betul...
ni bukan nak ngata orang lain,kata kat diri sendiri jugalah,ho3..

fzzh said...

Salam Nita
Kejamnya dorang ni. Bunuh orang macam siang ikan. I rasa mereka ni ada sakit mental agaknya pasal orang normal tak akan buat begitu.

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com