Saturday, September 12, 2009

Salam Lebaran Untuk Semua..

Next week semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya AidilFitri 1430H...seperti biasa setiap orang sedang berlumba-lumba memperlengkapkan ibadat mereka di hari-hari terakhir Ramadhan. Berakhir Ramadhan, menyusul pula Syawal yang dinantikan...

Tahun ini sambutan lebaran terasa lebih bererti bagi aku kerana semua baby-baby aku yang tersangkut di salah satu syarikat penerbitan hampir setahun lebih kini semuanya dah keluar. Terasa lega sangat bila jerih-perih kita berjuang memastikan novel-novel itu dikeluarkan seperti yang dijanjikan, berbaloi sudah. Cuma harap lepas ni syarikat tu tak buat diam pulak masa nak bayar royalti aku. Hahaha..ada yang tanya aku apakah aku akan serik untuk berurusan dengan publisher itu? Jawapan aku entahlah..aku tak pandai nak mendefinisikan apa yang aku rasa. Yang pasti harapan aku agar kekecewaan aku pada tahun-tahun sudah takkan berulang lagi kali ini. Bagaimanapun aku doakan yang terbaik untuk semua pihak dan berharap pihak penerbit ini akan bersikap lebih telus pada penulis-penulisnya...kalau tak boleh untuk menerbitkan novel-novel ini, diharap jangan dibiarkan tersadai di meja sehingga bertahun-tahun lamanya. Serahkan kembali manuskrip yang tersadai lama tu supaya penulis boleh mencari alternatif lain. Kasihanilah para penulis yang bersusah payah menghasilkan karya tersebut. Kasihan kan kita ni Kak Non!

Buat publisher2 aku yang best-best seperti KN, FP dan BP...thanks a lot kerana sudi menerbitkan karya-karya aku yang tak seberapa tu. Sesungguhnya aku rasa bertuah sangat dapat bernaung di bawah syarikat-syarikat yang sedang mewarnai dunia penerbitan tanahair. Menjadi sebahagian dari mereka adalah benda terindah yang berlaku pada aku sepanjang tahun ini. Terima kasih juga atas kiriman kad-kad raya tu..wah syok dapat kad raya..kalau tak asyik tgk kad raya digital aje..

Teristimewa buat ahli-ahli keluargaku yang tersayang..abah, ma, amrul, ida, aiza, zura, wawa, sarah dan qistina..cayang kamu semua..thnks atas sokongan yang tak berbelah bagi diberikan pada aku untuk menjadi sebahagian dari dunia baru ini. Terutama buat abah yang menjadi moral support terkuat yang sentiasa menegur kenapa aku tak menulis kalau nampak aku duduk lepak-lepak kat depan tv, yang sentiasa teruja melihat cover-cover novel aku, yang sentiasa menolong aku tunaikan cek-cek royalti aku, dan yang sentiasa datang ke bilik aku untuk menjenguk novel apa yang aku taip di skrin. Thanks abah, your are the best father in the world!

Teristimewa juga buat teman-teman baikku, ayu, ben, naim, baya, asyrani, hariri, che ziha, kak ma, rosziyani (kak zie), gee, lida..semoga kalian sukses dalam hidup.

Buat teman-teman penulis seperti bikash, hafielda, rehal, umaira dzul widad, kak zara aluwi, kak ainon zaini, kak dyza ainun, kak indah hairani, fatin nabila, sarnia yahya, che rose harissa, kak mimie afinie, izza aripin, kak izzul izzati, hanni ramsul, shaheila arimi (ila), quratul'ain(sue), ida nardiel,ikmal syah, mr. khar dan yang lain-lain...adoii ramainya..maaf kalau tak dapat sebut semua kat sini.Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dan menegur penulis cabuk ini di blognya. Hahaha..

Tak lupa juga buat teman-teman pengunjung blog, para reviewers and a few linkers seperti farah, julia esqalia, sonata, kak ziekiera, cikgu keluduk, twitweety (ida), geng kicap, april snow (kucing ungu), rinn, kak maria kajiwa, nafisya, reben merah, liza, yan brunei, yulie (indonesia), suhana UNIMAP, tzaraz, yunix77, misznana, princess, kesengalan terserlah, bulan hijau, cik ulat buku, wan jazlina (jaz), yusnita casting, qunia dunia indah, norazila (nay), kak noor, kak jua, jujun, kak udaidza, kak ija, kak wan amalyn, adhan (dunia novel), amarul, ain,fralyana, shalby salbina, mamaerra, hantunovel, qasehnuriz..sekali lagi maaf jika tidak disebut semua..thnks atas kesudian singgah ke blog aku serta sudi mereview novel-novel aku.

Buat mereka-mereka di atas dan semua yang pernah mengunjungi blog anita aruszi dan blog gedung novellaa, aku ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Jika ada terkasar tutur bicara dan perbuatan, aku pohon maaf yang tak berbelah bagi. Semoga Ramadan dan Syawal ini akan terus menyambungkan ukhwah persahabatan kita semua di alam maya..salam aidilfitri untuk anda semua...

28 comments:

Keluduk said...

SELAMAT HARI RAYA AIDIFTRI KEMBALI..
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Anonymous said...

Salam kenal kawan,saya sangat mengharapkan untuk bisa menjalin persahabatan dengan owner blog ini,nice posting !! saya tunggu kehadiranya di blog saya,saran serta masukanya sangat saya nantikan,untuk masuk ke blog saya silahkan klik Di Link Ini makasih banyak!

adhan said...

salam...
selamat hari raya cikgu anita....bila mini novella nak kuar ni? tak sabar dah hehehehe

Mazni Aznita said...

cikgu keluduk,

Selamat Hari Raya untuk anda juga. Semoga lakaran kisah anda yang sgt indah dan penuh memori itu akan menjadi arkib yang sangat berharga untuk anak-anak anda suatu hari nanti..

Mazni Aznita said...

salam air novel ababiel,

Saya telah melawat ke blog anda,dan tertarik dengan tulisan-tulisan anda tentang peristiwa-peristiwa abnormal yang tertulis di paparan blog anda.Insya allah saya akan mencari masa untuk membaca semua posting2 itu..salam kenal dari saya untuk anda..

Mazni Aznita said...

adhan,

belum ada apa-apa berita lagi ni..hahaha peliknya saya pun tak tertanya-tanya pula pada bikash tentang tarikh sebenar mininovella nak released di pasaran..

Farahusain said...

salam lebaran kembali buat nita sekeluarga...mohon maaf zahir dan batin kalu ada salah silap, terkasar bahasa atau tersilap kata sepanjang persahabatan kita..

Anonymous said...

salam lebaran Nita & keluarga..Maaf zahir & batin.. kalau naik kl dtg la ke rumah....terharu betul sonata dengar ttg sokongan ur father N ur family...semoga dengan ini nita dpt bekarya dgn > bagus lg...slm lebaran sekali lg & slmt bekarya...

zara aluwi said...

Salam Aidil Fitri buat Anita sahabatku yang manis. Sebait kata maaf untuk menghapuskan salah dan khilaf. Mohon kemaafan atas terkasar bicara. Semoga Syawal memberi kegembiraan dan kebahagiaan Anita sekeluarga.

Mazni Aznita said...

Saya pun begitu farah, seronoknya dapat mengenali farah yang begitu supportive, begitu memahami dan begitu halus bahasa cintanya di dalam KInya..semoga kita akan terus bersahabat di alam maya dan juga realiti..

Mazni Aznita said...

Saya pun begitu farah, seronoknya dapat mengenali farah yang begitu supportive, begitu memahami dan begitu halus bahasa cintanya di dalam KInya..semoga kita akan terus bersahabat di alam maya dan juga realiti..

Mazni Aznita said...

sonata,

kekadang hidup tanpa sokongan orang terdekat akan membuatkan diri terasa kosong meskipun sebanyak mana kejayaan kita raih.bagi saya my family is everything...

untuk sonata yang baru ku kenali..
wish u happy hari raya..balik kampung tu hati-hati sikit di musim perayaan ni.send my regard to ur sis..

Mazni Aznita said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk kak zara yang lebih manis dari gula dan lebih cute dari turtles sy yang tergantung kt dalam bilik..

semoga berpeluang jumpa kak zara lagi tahun depan..

farah said...

selamat hari raya aidilfitri kak.

:)

Mazni Aznita said...

Selamat Aidilfitri untuk farah yang manis jugak...

suka jengah blog farah, blog dengan tuannya seperti serupa..sweet!

Suhana Shahril said...

Alamak malu nyer..nama kiter pon ada jgk ker.Tak penah buat ape2 pon.hehehe..hns..hns..kembang2 idung...
Anyway,ana lah yg sepatutnya ucap trimas kat k.Nita. Kalo x krn k.nita sudi lawat blog ana..xde nyer ana nak trus menulis...huhu..

FirasFirzana said...

Salam Aidilfitri...

m.k.z.e said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin

Cik Mazni Aznita

Mazni Aznita said...

salam suhana,

k nita ni mmg blog walking punya orang daa...klu free semua blog k nita masuk..cuma ada yg tegur ngan tak je..hehehe..bagus suhana dah mula menulis..next time klu dah jd manuskrip, cubalah antar ke penerbit..manalah tahu rezeki suhana pula jadi penulis..

Mazni Aznita said...

Salam lolozh aka nurul,

hari tu masuk blog nurul nak tegur, tapi takde chatbox..hehe sekarang dah ada ke? blm smpt nak jengah lagi...

untuk Nurul kenalan baru, diucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri..maaf zahir dan batin..hehe apasal dialog hari raya ni sama jekk...

Mazni Aznita said...

hehe kena ubah sikit stail,

salam mkze aka amarul..selamat ari raya. balik ke terengganu ke raya tahun ni?

Ida Ra said...

Selamat Hari raya
Moga terus sukses dan sukses :)

Adney said...

Salam.. selamat menyambut hari raya aidilfitri.. maaf zahir batin kak nita :)

Mazni Aznita said...

salam ida nardiel,

semoga ida juga terus sukses dalam berkarya...

sedang menanti-nantikan karya terbaru ida..

Mazni Aznita said...

salam adney..

selamat menyambut aidilfitri..
salam perkenalan dr k nita utk adney

m.k.z.e said...

iye, insya-Allah malam nie saya pulang terengganu....

nk ambil berkat tol free malam nie...

my hometown, i coming....

Mazni Aznita said...

selamat pulang beraya mkze...seronok balik beraya ni..malangnya kita kat sini dah tak boleh rasa semua tu...

semalam buat gila ajak adik bawa kereta sampai ke kuantan then balik semula kunun2 nak rasa semula pengalaman balik raya (dulu kitaorang stay kuantan pahang)..nasib tak buat!! hehehe...

m.k.z.e said...

thanks anita

seronok jgk balik kg

tapi

dalam kereta penuh barang untuk raya

adus.....

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com