Monday, September 28, 2009

All The Pages...

Kelmarin dalam sibuk-sibuk termenung (biasalah org bekerja kalau lepas raya mesti termenung sana sini, al maklum poket tengah kontang), aku terpandang susunan rak buku-buku di hadapan aku. Banyaknya buku2 yang dibeli di pesta buku tahun ini yang belum habis dibaca. Dah la pesta buku tahun depan dah terasa sikit-sikit auranya.

Tobat aku nak puasa dari beli buku buat sementara waktu sehingga buku2 di rak habis dibaca. Setakat ni buku-buku yang dah khatam ialah Ilham Hati, Viva Sakura, Belahan Jiwa, Mulanya Satu Cinta, Tika Rindu Berlagu, Biarlah YM Berbicara, Di Hujung Ranting dan Aku Ada Kamu. Tengoklah dalam 30 buah buku yang dibawa balik tempohari, tak sampai 10 pun aku sempat baca. Maklumlah masa aku benar-benar terbatas nak habiskan novel-novel tu. Mana nak habiskan kerja-kerja kat sekolah, mana nak curi masa untuk menulis lagi...nak buat macam-macam lagi. Betullah kata orang, aku memang takde sosial life langsung.

Ketika inilah aku dok tenung novel-novel aku pulak. Lepas beberapa saat, aku selongkar gobok aku dan cari pembaris dan tali tape..apa aku buat? Aku sibuk mengukur ketebalan novel-novel aku dengan novel-novel rakan penulis yang lain. Novel yang jadi mangsa perbandingan tentulah novel che rose, Mulanya Satu Cinta dan novel kak zara, BelahanJiwa. Hehe nampak sangat aku takde kerja dan dalam keadaan boring teramat...

Bukan apa, aku selalu over budget dan jadi kemaruk kalau dah start menulis. Ada orang kata buku aku tebal-tebal, sampai sakit tangan mereka nak pegang buku tu. Adui kasihan, aku nak tolong pegangkan pun..jauh di mata (tapi dekat di hati tau!).

Ada orang tanya kenapa aku suka menulis buku tebal-tebal. Jawab aku, bukan aku suka-suka tulis tapi 'tertebal' nak buat camna. Dah aku limitkan ketebalan tu, last-last aku langgar and redah je limitation tu sehingga puas.Tak tahu lah kenapa tiba-tiba bila siap tulis, tebal semacam pulak. Agaknya mungkin sebab bila aku menulis, aku asyik fikir fasal jalan cerita dan bagaimana nak buat penamat yang memuaskan, sebab tu aku tak ingat langsung fasal soal mukasurat.

Kekadang bila tengok novel orang lain antara 400-500 ms je, aku jealous gila. Bukan jealous kat diaorang tapi jealous sebab diaorang mampu melimitkan panjang novel itu sehingga ke had-had yang ditetapkan. Sedangkan aku pula asyik tulis, tulis dan tulis sampai lupa nak jeling pages.Terfikir pula bila tgk novel aku yang setebal 700 ms dengan novel kawan-kawan lain yang hanya 400 ms lebih.

Bayangkan kalau 700 ms tu aku bahagi 2, agak-agaknya aku dah boleh jimatkan masa dengan menulis dua buah novel. Hihihi gitu pulak otak aku fikir! Pening betul nak fikir panjang mana nak tulis. Lebih mudah untuk menulis sahaja mengikut jalan cerita yang terangka dalam otak. Sebab tu bila aku hasilkan mini novella, aku hampir putus asa nak hantar mini novella tu pada pihak FP..bukan apa, seksa nak edit mengikut jumlah ms yang diperlukan oleh mereka. Potong sana, buang sana, tambah sana..adui macam nak gila dibuatnya. Agaknya mungkin itulah mini novella terakhir yang akan aku tulis dengan FP..hehehe..

Tapi bestnya bila tengok novel Kak Norhayati Berahim, Chinta.. novel Kak Lily, Aku Ada Kamu serta novel Rose, Tuhan Lebih Tahu..entah kenapa sejuk sikit perasaan aku. Sebab apa? Kurang-kurang aku tahu bukan aku je tulis novel tebal, diaorang pun tulis novel-novel tebal jugak. Cuma bezanya novel tebal mereka lebih diminati orang dari novel aku..hahaha...

P/S : Tengah curious dan tak sabar menanti novel terbaru aku dengan Kaki Novel, entah setebal mana la pulak novel tu? Hahaha..nampak gayanya aku kena belajar tulis cerita kanak-kanak agaknya supaya aku terbiasa tulis manuskrip yang lebih nipis.KN ampun, aku memang tak reti tulis nipis...rasa macam cerita tak habis dan tak lengkap je..hihihi..

14 comments:

FirasFirzana said...

Salam Aidilfitri....

Tak mengapa tulis la tebal-tebal saya tetap baca dan beli...errr lambat sikit nak habiskan buku tuh...bukan apa kadangkala bila novel yang dibeli di selesaikan dalam masa sehari cam tak puas pulak...so...kena la cari novel yang tebal...hehehehe

Farahusain said...

novel apakah yang terbaru tu? Arina kah? :D

Mazni Aznita said...

salam aidilfitri juga untuk nurul,

kekadang ada org suka baca novel nipis, ada org pulak suka baca novel tebal. teringat masa sy remaja dulu (sekarang pun remaja lagi..hehehe)sy beli novel tebal atas reason yg sama yang nurul cakap tu..hahaha

Mazni Aznita said...

salam farah,

bukan novel Arina..novel ni novel yang farah pernah baca dulu..farah la org pertama yang baca manuskrip tu tempohari..

Suhana Shahril said...

Tak sabar nak tunggu buah tgn k.nita.Hehehe...

yunix77 said...

bila buah tangan baru tu nak keluar kak? nipis sket dari RB ker?

tapi memang betul pun. kalau tebal sgt lambat nak habis. bila lambat habis....jadi lupa jalan cerita. kalau yg rajin ulang 2-3 kali cam saya takper. baru faham jalan cerita bila baca berulang2. kalu sekali harung ja...seksa wooo nak habiskan.

saya tak suka novel CHINTA dr NB tu. tp Aku Bukan Billy Miligan saya suka. akak buat novel tebal macam tu jer dah laa.

selamat menulis yer. dah lama tak bermesra dgn k.nita. hehehe

Hanya Aku Dihatimu.. said...

Hai nita n salam dan selamat berhari raya..bagi liza tak kira nipis or tebal buku yg ditulis yg penting jlan certanya,pembaca faham maksud certa tu..yg penting kita berbaloi beli buku tebal dgan harganya dn isinya dan siapa penulisnya nita..walau pun penat tangan memegag buku nita tapi hasil muaahh..jgan peduli urang cakap,jika nak jadi penulis jgan mengeloh kita buat kerana kita cinta dan minat bidang tu dan ilham kan datang tanpa hentinya tu yg buat nita seronok menulis tak sedar2 dah masuk 7oo muka surat..teruskan menulis..hingga keujung nywa..he..he...apa nama buku baru tu nita?kash tahulah...

Mazni Aznita said...

insya allah suhana, novel ni tengah dlm proses editing dgn pihak KN..bila keluar tu k nita blm pasti bila..hehe hope so tahun depan la..sbb tahun ni korum dah cukup daa..

Mazni Aznita said...

salam yunix,

belum pasti lagi..dlm proses editing di meja editor..k nita rasa tahun depan kut keluar coz kuota KN dah penuh untuk tahun ni. tak kisah la bila keluar pun..

mybe lebih kurang je kut ngan RB..hahaha..k nita pula klu baca buku tebal suka cari masa yg sesuai cth hujung minggu..klu nak baca dua tiga kali cam yunix buat tu mmg tak ler jawabnya..al maklum masa tak banyak sgt.

CHINTA dah ada dlm simpanan cuma smpt buat light reading je la...Billy Milligan tu blm ada..nampak gaya tahun dpn baru boleh kumpul balik buku2 baru..

Mazni Aznita said...

salam liza,

sy menulis mmg tak pernah tgk mukasurat. Tu la fasal panjang macam ekor anakonda.. tak tahu kenapa susah sangat nak tulis cerita yg pendek sikit, sbb terasa mcm tak sempat nak settle semua konflik dlm novel..hehe..

Che' Rose said...

salam Nita...
hahahah... tak pasal2 MSC diukur ya... hehehe...
Ala... Nita tebal nipis tu bergantung pada citer... macm MSC tu saja saya buat nipis camtu sebab ada had ms dari penerbit... jadi daripada taip berjela jela dan kemudian kene cantas, baik buat sedang2 aje... lagipun citer MSC tu simple je... tu yg bleh buat nipis2... :)
tapi tak kisah, nipis tebal, janji enjoy membaca...
apapun, tepuk dada tanya selera... :)

ni nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kat Nita... :)

Mazni Aznita said...

haha salam che rose,

baca juga dia ya fsl MSC yang kena ukur..hehe nak buat camana, buku rose la yang paling kiut miut ntra yg lain dan yg paling cepat dibaca sbb lebih nipis..

bukan apa rose, terasa nak minta tips dgn bukan rose sahaja, mana2 penulis lain juga..ada tips tak utk memastikan novel kita complete, lengkap dri segi cerita dan ending, tpi masih sedang2 elok mukasuratnya...sebab itulah kelemahan saya sebenarnya..tak pandai cantas apa yg saya tulis..hahaha

Che' Rose said...

Salam Nita...
haa... nak dijadikan citer... mmg sengaja MSC tu ditagetkan dengan rega RM18... keke...
alorr... mintak tips? dari penulis bilis nih? isk isk...
nita dah biasa tulis buku tebal2 sebab penerbit tak kisah dgn ms kan?
mcm kat alaf tu, aku suka guna teknik cut n jump supaya citer cepat dan tak terlajak ms yang ditetapkan... hehe..
gitu la adanya...
aku lak jeles tgk buku tebal2... selalu fikir banyaknya idea dorg... hehehe

Mazni Aznita said...

teknik cut n jump? hahah masalahlah che rose cayang...nak cut kat mana n nak jump kt mana tu yg tak reti..silap2 aribulan cut kt situ, aluh-alih silap cut n silap jump smpi ke jepun..warghhhh..masalah tu...hihih

mmg betul setakat ni novel2 sy yng tebal tu jarang dpt teguran dr penerbit..sy tunggu juga diaorang tegur tapi takde pun..hahaha sy mmg camgini, ikut kepala angin sendiri je..

ada satu lg novel sy yg tebal lepas ni..lepas tu sy dah start limitkan pages dah...nak try la cut n put cam rose kata tu..thnks yek atas tips tu...tulung sikit..siapa kata rose penulis bilis? kita dah kenal nama rose masa jd org yg antu membaca tau...

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com