Sunday, September 6, 2009

Mencari Diri..

Pejam celik pejam celik dah dua minggu kita berpuasa, tinggal dua minggu lagi nak beraya. Proses mengkhatamkan quran aku macam biasa asyik tersekat-sekat je..kurang lancar. Rasanya aku kena sambung khatamkan quran tu sehingga habis raya baru habis kut.Hmm..biarlah lambat asalkan tamat. Asal aku mengaji dan khatam cukuplah, tak kisahlah bulan Ramadhan ke bulan Syawal ke...ye tak?

Di rumah, persiapan raya dah dibuat sikit-sikit. Konon-konon tahun ni tak nak tukar langsir, tapi tiba-tiba je dah tersangkut langsir baru kat ruang tamu. Konon-konon tak nak beli banyak kuih raya, tapi entah berapa ramai cikgu kat sekolah tu aku dok tempah kuih raya, sampai aku lupa kuih apa, berapa jenis dan dengan cikgu yang mana aku tempah. Hai masaklah aku bila time nak membayarnya nanti.Silap-silap haribulan, gaji aku habis time tu jugak.Inilah perempuan kan? Kalau namanya perempuan, semua benda terasa penting je pada hari raya..sedangkan ada banyak benda penting lagi yang nak kena fikir..contohnya ibadat kita sempurna ke tidak, atau dapatkah kita mencari Lailatul Qadar?

Tapi jika manusia..maka manusialah juga. Tidak dinamakan manusia jika kita sesempurna dan sebaik Rasulullah S.A.W.Mencari kesempurnaan diri itu memang sukar dalam beribadat.Tapi kita boleh belajar untuk menjadi manusia yang lebih baik dari hari-hari semalam.

Beberapa hari yang lalu, aku mendengar cerita tentang salah seorang pelajar aku yang kurang sempurna hidupnya. Sudahlah yatim bapa, ibu pula jatuh sakit dan tidak bekerja. Bayangkan rumah yang diduduki hanyalah rumah kayu biasa yang tidak memiliki sebarang perabut asas. Jangan katakan kerusi rotan, katil dan meja makan pun tidak ada. Mungkin ada banyak benda lagi yang tidak lengkap dalam rumah itu. Dah lama aku mendengar cerita tentang pelajar ini yang kurang mampu, tapi selama ini aku tidak pernah menyangka keadaan sebenarnya seteruk ini. Malah dia pernah dituduh mencuri aiskrim di kedai runcit suatu ketika dahulu. Semua ini buat aku terfikir, mungkin ada sebabnya dia mencuri. Mungkin dia teringin nak menjamah aiskrim sepertimana kawan-kawan seusianya tapi tidak mempunyai wang untuk membeli. Mungkin perbuatannya itu walaupun salah tapi jika difikir dari sudut keluarga dan latar belakang,ia hanya kerana didasari oleh keinginan untuk memiliki apa yang tidak pernah dimiliki oleh seorang budak berusia 13 tahun.

Mendengar cerita dari mulut salah seorang guru, membuatkan aku menginsafi diri seketika. Sebak rasa hati ini sebenarnya. Mendengar perut orang lain kosong, bagaimana kita sebagai manusia boleh sanggup makan sehingga kenyang di rumah sendiri? Melihat dia tidur hanya beralaskan kain-kain, bagaimana kita sebagai manusia sanggup tidur di atas katil empuk ditemani dengan udara sejuk dari aircond yang terpasang? Mendengar dia datang ke sekolah tanpa duit belanja, bagaimana kita sebagai manusia sanggup berbelanja sehingga beratus ringgit setiap kali membeli belah?

Semua ini buat aku menilai diri sendiri. Betapa aku tidak bangga dengan diri aku yang sekarang ini. Betapa aku terasa malu kerana tak mampu menyelami kesengsaraan anak murid aku sendiri sehingga orang lain yang mengkhabarkannya di telinga aku. Tiba-tiba aku rasa diri ini tidak layak dipanggil seorang guru...

10 comments:

ziekiera said...

Salam anita
Kak zie dah hadapi kes2 mcm ni dah lama..17 tahun di SMK dan 7 thn SK...pelbagai situasi miskin yg kak zie jumpa. Di tmpat skrang ni yg bwk singgit pun ada...ironinya..bila kak zie tmbh singgit lagi dia menolak..mak saya mrh mintak duit org...kata kak zie..bkn awk mntk cg yg bagi..kata kat mak cg bagi...jujurnya dia...tapi yg duduk di kerusi berpusing dan berhawa dingin dgn muka tak malu MEMINTA wang tumbuk rusuk..lebih2 lagi nak raya ni....

Mazni Aznita said...

tapi sedihlah kak zie bila kenangkan orang susah tapi kita hari-hari buka puasa lauk sedap dengan tiga empat jenis lauk, campur macam2 kuih lagi.Itupun bila tak terhabis buang aje macam tu.

pelajar saya ramai sgt yang kurang kemampuan, tapi saya tak terdaya kekadang nak tolong semua..tapi selalu rasa sedih bila ingatkan ada yang tak berkemampuan nak smbut raya yg bakal menjelang nnti..selalu terfikir apa yang mereka pakai dan apa yg mereka makan time-time nak raya nanti..hehe emo kan saya ni kak zie..

qyqa said...

Salam kak..
hurm memang insaf bila mengenangkan nasib kawan2 saya yang kurang upaya..
tapi kan kak,saya pelik sebab ramai sangat mereka yang dari keluarga yang kurang upaya tak mahu berusaha dan malas sangat nak belajar.
Bukan nak menuduh semua tapi kebanyakkannya begitulah.Lebih seronok nak melibatkan diri dengan hal-hal yang tak berfaedah.
Ada juga pelajar miskin yang berjaya macam nik madihah tapi susah betul nak jumpa.Situasi macam ni berlaku kat sekolah saya.
Sepatutnya kesusahan hidup tu diorang jadikan semangat tapi ni saya tengok ramai yang terumbang-ambing..
k kak..
apa-apa pun,selamat khatam al-quran.

Keluduk said...

Tersentuh hati kita bila melihat ke bawah kehidupan,. Begitulah kita disarankan untuk melihat ke bawah selalu, jangan asyik mendongak ke atas; melihat kelebihan dan kehebatan orang lain sehingga kita alfa dan lupa yang kita adalah seorang yang sudah hebat kiranya kita bandingkan orang yang berada di bawah kehidupan kita. Aku pernah merasai pengalaman seperti pelajar cikgu itu..

anasir cerita said...

assalamualaikum wr wb cikgu
apa kaba? mcmne puasa ?
manusia diciptakan miskin dan kaya, manusia juga diciptakan dengan perbedaan tujuannya agar manusia peka dan saling intropeksi diri dan belajar untuk memahami dan menyahati.
Allah juga menyuruh kita melaksanakan ibadah puasa tujuannya agar kita merasakan apa yang dirasakan saudara kita diluar sana. puasa bukan identik dengan makan sekenyang-kenyangnya dan mubazir.
semua itu tergantung pada diri kita sendiri.
terkadang kita kurang peka terhadap lingkungan kita, yang kita tahu kita ya kita mereka ya mereka.
terkadang kita baru sadar disekeliling kita dan diluar sana masih banyak orang-orang yang membutuhkan kita.
butuh bukan hanya dari segi materi doank tapi butuh semangat dan dorongan.
lebaran juga tidak mesti harus punya pakaian baru kan, lembaran kita menyambut fitri "bersih kembali hati, jiwa dan raga"
ya mudah2an kita kembali fitri ditahun ini met berpuasa ya.

Mazni Aznita said...

salam qyqa,

memang betul..susah kita nak cari pelajar yang miskin tapi cerdik..kebanyakan pelajar dalam kelas k nita adalah pelajar-pelajar yang seerhana dan dari golongan yang susah. Pelajar mcm Nik Madihah beruntung sebab dah ada dalam dri dia tekad utk ubah nasib keluarga dia + dorongan kekuarga.. tapi rata2 pelajar k nita sudahlah miskin, dorongan keluarga untuk anak itu belajar langsung tak ada. Bagi k nita sendiri, soal kaya atau miskin, bukan faktor anak itu cerdik atau tidak..tapi faktor bagaimana ahli keluarganya berfikir. kalau fikiran ahli keluarga budak tersebut langsung tidak menjurus ke arah kepentingan pendidikan anak-anak, beginilah jadinya..tp k nita tak salahkan ibu budak yang k nita kisahkan di atas..sebab kadangkala kemiskinan menjadikan seseorang itu lemah semangat, kemiskinan juga menjadikan seseorang itu melihat kepentingan mencari sesuap nasi untuk diisi dalam perut melebihi kepentingan untuk menuntut ilmu..

mcm ayah k nita pernah cakap dulu, sbb miskin nak kusyuk solat pun tak boleh sebab perut lapar...tapi kalau kaya sangat pun sembahyang tetap tidak kusyuk. Kenapa? sebab orang kaya bimbang ttg harta mereka yng melimpah ruah, takut kena rompak..hehehe betul atau tak tu wallahuaklam..

Mazni Aznita said...

salam yulie aka anasir cerita,

saya sihat..puasa juga bagus sekali meskipun kadangkala terlalai sebentar untuk menamatkan membaca Quran sehingga 30 juzuk..

Betul kata kamu itu, bulan puasa adalah bulan mulia yang memberi penuh kesedaran kepada hambanya untuk sama-sama merasai kesengsaraan orang lain.kerana itu kita diwajibkan membayar zakat untuk saudara-saudara seagama kita yang tidak berkemampuan hidupnya.

Mazni Aznita said...

salam cikgu keluduk,

Dari cerita-cerita cikgu keluduk di blog, saya tahu cikgu keluduk ada pengalaman yang sama seperti itu.Kerana itu saya rasa cikgu keluduk seorang yang sangat memahami dan lembut dengan anak-anak itu..semoga pihak sekolah kita dapat membantu sebilangan anak-anak itu dengan sejumlah sumbangan yang dikumpul oleh PIBG dan sekolah..agar aidilfitri mereka akan menjadi lebih bererti buat mereka..

Hanya Aku Dihatimu.. said...

salam nita sedihkan nita kita degar ada urang susah macam tu..antah berapa ramai yg ada gi yang kita tak sedar...lambaran kan datang apakah mereka kan membuat persiapan seperti kita,tempah kueahan,buat tabir,buat baju dan sebagainya bagaimana dgan sambutan raya buat mereka..kadang2 kita kena buka mata kita nita, keadaan dimana kita berada,ni liza pernah bantu berberapa anak murid sekolah yg liza tak kenal salah satunya anak murid tu tak mampu beli buku work book dan buku latihan,murid form berapa ya liza lupa,liza bantu beli buku2 tanpa liza kenal kerana melalui orang tengah,dan satu gi crta anak murid tu sekolah pakai kasut yang terlebih besar yg bukan saiz dia nita ,dia sarung kan jadi kami buat bantuan dgan mana2 yg punya kasut yg tak digunakan kami beri,anak tu hasil dari kelurga yg berpecahbelah nita,liza dapat kasut tu dan liza sarungkan ke kakinya untuk digunakan nita kan sedih nita..anak2 nak sekolah tapi serbaserbi kekurangan ada yg tak ada kasut/pakaian nita..mas tu liza bantu kawan dikantin sekolah tulah liza banyak kenal budak2 yg susah dan kami berikan wang raya yg kami kenalkan anak yatim piyatu nita..tapi tu masa 1 tahun lepas masa ni tak lah kita tahu sal liza tak bantu gi kawan liza tu..kadang2 kita nampak yg luar ja nita..kita kena selami hati mereka...semoga mana2 pehak yg perhatian pada2 mereka yg susah..kenapa terjadi pada mereka bila ada kes mencuri dan sebagainya nita..pasti ada sebab nita..

Mazni Aznita said...

inilah salah satu fadilat bulan puasa..kelaparan membuatkan kita terfikirkan nasib orang yang tak berkemampuan dan pada masa yg sama menyedarkan kita untuk membantu apa yang terdaya..

kekadang saya tak pernah berkira klau ada student yang minta duit belanja dengan saya seringgit dua...saya anggap itu satu sedekah..pedulikan betul atau tidak apakah mereka benar2 tidak ada duit ketika itu atau sengaja nak mengambil kesempatan ke atas cikgu mrk yg baik ati ni.hehehe..

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com