Sunday, May 31, 2009

Wish Dream Comes True


Chatting dgn seorang teman beberapa hari yang lalu...

Member : Apa jadi kat ko punya manuskrip ala-ala supernatural tu?

Aku : Ada

Member : Mana?

Aku : Ada la, aku simpan dalam poket.

Member : Dah siap belum?

Aku : Sudah

Member : Bila kau nak publish?

Aku : Entah, belum fikir

Member : Publisher mana?
Aku : Entah, pun aku belum fikir.

Member : Macam tak nak publish je bunyinya..

Aku : (sengih tayang gigi biarpun aku borak dengan kawan aku dalam YM je)

Member : Publish dulu jdkan e-novel la..

Aku :Ko gila ke..aku dah ada tiga e novel baru yg tunggu turn kt blog.

Member :Tak nak publish jadi ko tulis nak simpan ajelah.

Aku :Tak..aku tulis dan simpan supaya aku boleh yakinkan diri aku yg aku pun boleh menulis genre macam ni. Tapi aku simpan bukan sebab aku tak confident, tapi sebab aku rasa kbykan penerbit duk lumba-lumba nak terbitkan kisah love story sekarang ni..mungkin takde sesiapa yg sudi terbit manuskrip kisah idea pelik2 aku ni..takut-takut tak menguntungkan pulak nanti. Aku pun tak nak susahkan orang. Hehehe (gelak lagi)

Member : Manyaklah alasan ko..Suka hati ko ler...

Aku : Selama ni aku memang menulis sesuka hati aku je...hehehe..

Sci-Fi, supernatural dan seram...inilah tiga genre yang aku nak cuba explore dan jadikan ianya genre salah satu novel tulisan aku yang akan ada di rak buku aku suatu hari nanti. Aku tahu mungkin ianya takkan menarik minat orang untuk membaca lagipun orang lebih minat membaca novel love story kan. Tapi aku dah fikir panjang...aku mahu menulis bukan untuk dibaca oleh certain person sahaja. Aku mahu menulis untuk tatapan pelbagai pembaca dari golongan fikiran yang berbeza, dan berharap untuk memiliki ramai pembaca dari kalangan lelaki. Hehehe..besar sangat ke wish tu?

Tapi setakat ini apa yang aku harap nak buat ialah gabungkan kisah cinta dengan pelbagai genre-genre begini. Kalau kisah cinta+ sci fi atau supernatural...aku still boleh buat. tapi kisah love story + seram? hehehe..susah sikit..lagipun ada ke manusia yang bercinta dgn hantu? Heheh...(minus twilight punya contoh ya!)

Setakat ini ada satu genre begini yang dah siap ditulis hanya perlu diedit sahaja agar cantik dan minimal dari segi spelling. Tapi kebiasaannya selagi belum ada penerbit, aku takkan siapkan editing. Satu lagi e-novel.. Arina juga merupakan gabungan sci-fi dan supernatural yang sedang cuba ditulis sedikit demi sedikit.Tapi Arina bukanlah seperti sci-fi lain-lain..ianya sebuah kisah sci-fi yang tak byk nama pelik-pelik dan latarbelakangnya pula lebih realistik la. Lagipun aku tak suka rushing sangat menulis, nanti otak aku cepat blurr..jadi aku selamba dek aje siapkan sikit2. Tapi draf setiap novel sehingga final sudah lama tersusun kemas di dalam laptop.

Mungkin ramai yang tak tahu aku adalah penggemar kisah-kisah supernatural dan sci-fi...kalau menonton, aku akan pilih cerita2 begini dahulu berbanding kisah-kisah love story. Kalau membaca lak, aku lebih prefer pilih bacaan yang ala-ala 'back to the future', ada unsur-unsur misteri atau seram-seram sikit. Mungkin ini banyak mempengaruhi idea dalam kepala aku. Sekarang korang tahulah kenapa sentiasa ada konflik dalam novel cinta aku. Hehehe...Dan mungkin ini juga sebabnya aku tak berapa reti nak menulis kisah-kisah love story yang touching dan romantik gila macam penulis2 lain. Kadang2 bila baca buku orang lain, hati aku terbuai-buai aje bila ada part2 romantik atau touching..lepas tu mulalah bercakap sorang diri..hai macamanalah diaorang boleh jadikan watak dalam cerita tu so sweet dan romantik dari awal cerita sampai akhir..aku pulak asyik nak jadikan watak dalam novel aku tu spy aje..sikit-sikit nak kena solve misteri. Hehehe...kesian hero-hero aku tuh..penat memanjang. Nak bercinta pun tak senang aku asyik kacau daun!

4 comments:

Keluduk said...

tahniah!! teruskan usaha anda sebagai seorang penulis. Seorang penulis yang hebat mestilah dapat menulis apa sahaja terlintas dalam minda khayalnya. Pedulikan mereka yang tidak suka tentang perubahan yang ingin kita buat; yang penting di dunia ini terdapat pilihan yang boleh dibuat oleh pembaca di luar sana. tahniah sekali lagi

m.k.z.e said...

kira ok 2

at least bakal ade novelis setaraf dengan abg RAM

Insya-Allah

Cute_chucky said...

Wah kalau A.A tulis grene nie memang best sebab sikit sangat penulis kat Malaysia yang hasilkan karya gini...yang aktif sekarang cuma RAM,Zehann & Abdul Rahim Awang...aku minat gile dengan mereka bertiga nie...so ape kata AA jadi penulis perempuan pertama hasilakn karya jenis nie.....

Mazni Aznita said...

hehehe..thnks semua ats pendpt masing2...

keluduk, sy setuju sgt2 dgn pendpt anda...penulis harus menulis apa shj tnpa terikat kpd genre yg disukai olh pembaca waktu kini...

mkze, jgn compare sy dgn RAM..whoo takut woo coz pertama RAM penulis thriller terhebat yg sgt2 sy kagumi dn suka karya2 beliau..(kecuali harajuku yg sy tak leh cerna). kedua sbb sy br je nak belajar jd penulis genre2 begini..hehehe insya allah akan ada novel sy yg bergenre begini suatu hr nanti..

QBC..insya allah sy akan cuba sahut cabaran QBC tu...wlupun hasil karya sy tak sehebat karya2 mereka tapi sekurang2nya saya memiliki satu rak karya saya yang dipenuhi dgn pelbagai genre termasuk cinta, kekeluargaan, komedi, seram, sci fi dan thriller..kiranya sy nak jadi penulis pelbagai genre..insya allah..

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com