UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

Monday, May 25, 2009

Stigmata

Sejak dua menjak ni, aku tak tahu kenapa aku begitu berminat dengan stigmata. Mungkin dalam kepala aku setiap sesuatu yang berkait dengan alam dan kepercayaan merupakan perkara yang sangat2 aku minati. Dan benda yang aku minat selalunya akan menyebabkan aku melekat dengan artikel-artikel dan jurnal-jurnal perubatan. Dua minggu yang lalu, aku berminat dengan teori stigmata bila aku mimpi badan aku cedera dan berdarah secara tiba-tiba. Hehehe..don't get too excited..it just a dream..bagi akulah. Apa yang aku maksudkan, kekadang benda yang kecil boleh mencetuskan kepada sedikit keinginan, minat, tumpuan, usaha dan akhirnya ilmu pengetahuan.
Lebih kurang sudah dua minggu aku berjinak-jinak dengan teori stigmata dan membaca berpuluh-puluh artikel tentang ini. Mungkin ramai yang tak pernah mendengar tentang perkataan ini, tetapi ianya merupakan salah satu istilah yang digunakan untuk satu fenomena mistikal merujuk kepada kecederaan pada anggota tubuh yang berlaku secara tiba-tiba tanpa ada penjelasan lebih lanjut. Maksudnya kecederaan pada tubuh kita selalunya ada sebab dan penyebab. Contohnya kita boleh cedera kerana pisau, atau cedera kerana accident, cedera kerana jatuh longkang dan sebagainya. tapi macamana nak explain kalau tubuh kita cedera secara tiba-tiba tanpa ada penjelasan secara logik dan rasional.
Mari kita berjinak2 dengan sejarah stigmata dahulu. Stigmata berasal dari perkataan purba Rom iaitu stigma merujuk kepada simbol atau kelaran pada tubuh banduan dan hamba abdi pada zaman dahulu sebagai satu bentuk penjajahan dan penguasaan. Dan ia digunakan sejak zaman dahulu kala lagi sewaktu peperangan. Setiap hamba abdi pula akan ditandakan dan ini telah berlaku sejak zaman Aparteid lagi di mana penghambaan menjadi satu bentuk kebanggaan oleh manusia kulit putih.
Selepas itu perkataan stigmata terus wujud dan dikaitkan dengan teori agama kristian purba dan gereja lama merujuk kepada simbol pengorbanan Jesus Christ yang disalib atau dipanggil The Crucifixion. Ia bermula bila muncul beberapa kejadian di mana berlaku kelaran atau tanda-tanda pada tubuh yang muncul secara tiba-tiba. Tanda-tanda ini berlaku dalam bentuk kecederaan, lebam, ruam dan sebagainya. Kejadian terawal yang membentuk fenomena stigmata ini berlaku pada seorang bangsawan bernama Saint Francis pada kurun ke-11 di mana terdapat kesan-kesan pada tubuhnya yang menyerupai apa yang dipanggil The Crufixition iaitu peristiwa yang menjadi kepercayaan masyarakat Kristian tentang penyaliban Jesus Christ. Dalam proses Crufixition, Jesus dikatakan disalib dan dikelar sebagai tanda pengorbanan untuk manusia. Dan stigmata yang menyerupai tanda-tanda Crufixition ini mula mendapat perhatian gereja dan dikatakan satu isyarat dari Tuhan tentang tanda-tanda kemurkaan tuhan.
Berbalik kepada Saint Francis, dua tahun selepas mendapat tanda-tanda stigmata itu beliau meninggal dunia. Beberapa tahun kemudian, kejadian yang menimpa Saint Francis berlaku lagi melibatkan pelbagai kes yang terus meningkat tahun demi tahun hingga memaksa satu penyelidikan saintifik dilakukan untuk mengesan puncanya. Dan ketika itu of course berlaku pendebatan antara dua golongan iaitu pihak gereja dan ahli-ahli sains. Ada pelbagai teori yang muncul ketika itu. Pihak gereja mengatakan individu yang memiliki tanda-tanda stigmata adalah individu yang dekat dengan tuhan dan ada yang berpendapat ia berkait dengan kultus-kultus ajaran syaitan. Beberapa teori lagi mengatakan ia berkait dengan fenomena supernatural yang tak mampu dijelaskan oleh akal.
Dan stigmata terus muncul sehingga ke hari ini dan berlaku di seluruh dunia. Ada beberapa kes yang dikesan di China apabila seorang lelaki dikatakan mengalami stigmata bila anggota tubuhnya mengalami kecederaan sebaik dia bangun dari tidur. Beberapa kes di Germany pula menyaksikan seorang lelaki yang mengalami kecederaan anggota badan sehingga anggota tubuhnya terpaksa dipotong sedikit demi sedikit untuk mengelakkan jangkitan kuman dan akhirnya lelaki ini mati begitu sahaja. Yang lain pula mengalami kecederaaan yang tidak dapat dijelaskan langsung oleh perubatan. So di mana misterinya stigmata? Dari mana asal usulnya stigmata ini?
Menariknya dalam keghairahan penduduk dunia mengaitkan stigmata dengan phenomena misteri dan keagamaan, ahli sains masih mampu mencari logic explanation tentang kes ini. Pertama, kejadian stigmata dikaitkan dengan kes mencederakan diri sendiri. Di mana individu yang mengalaminya mungkin tanpa disedari mencederakan diri sendiri. Jika tidak mustahil kita ada banyak kes split personaliti ataupun psycosis di mana seseorang itu mempunyai dua personaliti dan langsung tidak menyedarinya. Kedua, kes ini dikaitkan dengan apa yang dipanggil Pschogenic Purpura, iaitu kekusyukan seseorang individu terhadap sesuatu atau meditasi hingga boleh menyebabkan munculnya lebam-lebam di anggota badan seseorang. Ada logiknya kan..kita biasa tengok tanda lebam muncul pada dahi-dahi individu yang kuat beribadat. Jadi fikirlah, yang mana yang mahu dipercayai..bagi seseorang yang berpendidikan sains macam aku..dah tentu aku memilih untuk menerima teori ahli sains..but dalam masa yang sama aku percaya semua ini adalah tanda kekuasaan Allah dan langsung tidak ada kena mengena dengan kepercayaan mistikal, atau sihir atau juga Crufixion.

2 comments:

Maria Kajiwa said...

ya saya juga pernah tertarik dgn soal ini satu ketika dahulu dan percaya bahawa semuanya terjadi dengan kehendak Allah swt..mereka saja yang tiada pegangan dan mereka-reka pegangan.

Keluduk said...

Kita hari ini seakan lupa yang terdapat alam nyata (alam yang dapat lihat seperti manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan) dan alam ghaib seperti wujudnya iblis syaitan dan juga golongan jin.So, kejadian seperti ini tentu ada kaitan dengan alam ghaib yang kita telah dihijabkan ( dihalang ) dari melihatnya oleh Allah. Jesteru itu kita kena perlu lengkapkan diri kita dengan ilmu untuk melindungi diri kita dari makhluk yang kita tidak nampak tersebut

 

Template by Blogger Candy