UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

Friday, May 15, 2009

Aku Yang Suka Merepek...Takde Kerja..


Tiga situasi yg berlaku kat aku dalam beberapa hari ni..hehehe

SITUASI 1
Bebaru ni masa aku tengah drive nak balik rumah dari sekolah, aku hairan tengok semua kereta pintas aku macam sibuk nak pergi mengundi. Woi mengundi dah habis da. Lepas satu..satu pintas aku sampaikan aku dok tertanya-tanya dalam hati..Apasal semua orang hari ni pelik? Laju semacam aje bawa kereta! Ke hari ni Hari Race Sedunia? Then ada yang siap hon kat aku…tambah aku pelik! Tapi aku maintain lagi buat cool. Kemudian ada sebuah kereta lagi pintas aku. Aku pun apa lagi berpalinglah..nampak la seorang pakcik berkopiah yang dah rongak ni tersengih-sengih tengok aku (sebab dia tersengih la aku nampak tang mana pagarnya yang roboh). Hehehe…tapi sebab aku malas nak layan, aku buat dak aje..sambil renung tembus kat belakang stereng kereta aku. Meter kereta aku tu aku renung lama. Mata aku rabun ke? Apasal jarum meter kat situ asyik cecah 50km/j? Aku pandang jalan pulak. Baru aku perasan kereta aku duduk kat sebelah kanan jalan sehala. Hehehe..patut pun! Aku yang terover slow hari itu…..

SITUASI 2
Dalam tempoh aku demam ni, aku kurang semangat sikit nak bercakap banyak..nak mengajar apatah lagi. Tapi sebab tugas, aku paksa diri ke sekolah. Tapi kebanyakkannya aku siapkan awal-awal kerja sekolah dalam bentuk worksheet atau suruh my student buat kerja dari dalm buku teks…Selalunya aku agak strict dgn pelajar kalau pelajar menganggu kelancaran kelas aku. Tapi hari tu aku memang tak larat sangat. So aku masuk kelas, bagi kerja dan cakap kat budak-budak, hari ni lantak diaorang la nak buat apa pun kat kelas tu asal jangan tercabut bilik darjah tu dah ler. Budak-budak tu bukan main gembira dgr aku cakap macam tu..siap tanya betul ke ni cikgu? Aku angguk sambil duduk kat kerusi dan buka buku besar aku pura-pura membaca. Kelas yang senyap tadi dah mula riuh rendah..maklumlah bukan selalu mereka boleh ‘kasi pecah’ kelas tu kalau aku ada. Walaupun aku nampak comel (cehh perasan. hehehe) tapi mulut aku jahat dan aku selalu lancarkan peluru berpandu tiba-tiba aje. Lima minit kelas jadi riuh rendah, aku tiba-tiba hempas rotan buluh atas meja aku di hadapan budak-budak. Mata masih kat buku sambil makan coklat Hacks untuk legakan tekak. Budak-budak terkejut, terus senyap sekejap…bunyi lagi satu dua suara, aku letak pulak pen marker atas meja….then tak sampai 30 saat aku letak pulak gunting besar atas meja. Kali ini semua dah tak jadi nak bercakap. Semua tunduk senyap dan siapkan kerja yang aku bagi tadi. Tapi aku sempat dengar ada suara berbisik..”Cikgu tu, dia demam ke tak demam ke takde beza pun..serupa aje.” Hahahaa…..tiga benda ni memang aku sering guna utk kecutkan hati my student.. rotan tu aku buat havoc je, tak pernah libas pun saja bawa utk buat suara aku kuat…pen marker tu aku suka conteng kat budak2 nakal buat tahi lalat Syarifah Aini. gunting tu pulak utk kerat rambut diaorang yang tercacak macam landak…maklumlah bebudak zaman sekarang ikut peredaran zaman. Datang sekolah tapi melawa macam artis…jambul sorang2 toksah cakaplah…haru sekolah zaman sekarang ni! But I'm......
SITUASI 3
Suatu hari aku dapat tahu ada satu paper ni siar iklan tentang buku aku. Aku pun apa lagi excited la. Aku kalau bab2 novel aku ni memang jadi tak betul sikit. So aku pun sanggup la pergi kedai nak beli Akhbar Metro. Masa tu jam dah pukul 9 malam dan dua buah kedai dah aku jelajahi dgn harapan janganlah suratkhabar ni habis. Tiba-tiba masuk sebuah kedai ni nampaklah paper Metro ni tapi tinggal satu je lagi. Aku pun gumbira macam nak terbang. Tengah aku berjalan slow motion penuh confident nak grab paper tu tiba-tiba ada budak kecil umur 8 tahun lalu depan aku. Biasa aku kalau nampak budak kecil takkan trauma punya, tapi yang ni lain fasal aku baru dengar mak dia yang sibuk belek majalah wanita kat tepi tu menjerit suruh dia ambil paper yang tinggal satu atas rak tu..tiba-tiba telinga aku pun berdesing. Langkah slow motion aku dah jadi too fast too furious. Hujung paper aku pegang..hujung satu lagi dia pulak yang pegang. Dia pandang aku..aku pandang dia. Mata aku jegilkan sikit nak bagi nampak garang konon-kononnya. Selalu aku kalau karipap tinggal sebiji atas pinggan, aku akan relakan adik aku kebas. Gitu jugak kalau adik aku rasa baju raya dia tak lawa, aku relakan aje dia pakai baju raya aku. Tapi kali ni aku takkan beralah kat budak kecik umur lapan tahun tu. Nak jadi apa pun jadilah…suratkhabar tu mesti aku dapatkan walau camana sekalipun. Tengah budak tu ralit n terkedu tengok muka aku yang macam muka Stone Cold Steve Austin, aku pun dengan penuh licik terus grab paper tu..bawa ke kaunter..bayar then terus keluar tak pusing-pusing dah. But aku yakin…budak tu, mak dia dengan amoi tokey kedai tu mesti terpinga-pinga tengok aku malam tu. Maklumlah dalam sejarah cikgu yang seorang ni buat perangai dia…hehehe.. then bila sampai rumah, aku pun selak la akhbar tu..padahal iklan je apahal la excited bebenor…tapi aku mmg camgini, benda yang tak pernah berlaku kat aku mesti buat aku excited giler pada kali pertama..dah masuk kali kedua baru aku dah jadi okey balik. Tapi bila aku bukak je paper tu, abah aku dah gelakkan aku…tu la berkat buat jahat kat budak kecik, inilah balasannnya..mana taknya ..cover novel orang lain cantik aje terpampang penuh satu muka kat akhbar tu..tapi cover novel aku separuh aje..tu pun bawah sikit dari tajuk dia. Mujur sinopsis dia pun bukan separuh terpapar kat situ, kalau tak…memang aku yakin aku memang mendapat balasan dari tuhan kerana kesadisan aku kat budak kecik tu. Hehehe..nasib..nasib!

5 comments:

liza68 said...

wahh..senyum liza baca ,pandu perlahan itulah etika jlan raya memandu perlahan tapi terover pelahan naya kita dimarah pemandu yg lain nita..pasti murid2 kenal dan suka Cikgu Mazni Anita Awang..guru sains tu..guru cute tu..tu lah nita kena hati2..budak tu pasti marah,apa kena dgan makcik tu dia bilang...pasti budak tu blur..tapi seronok baca..

zara said...

Woo dasyat betul kamu... boleh berebut dg budak tu... kamu tau apa budak tu cakap ngan mak dia...

Dia cakap... bila dia dah beso, dia nak kahwin ngan cikgu tu... kah3x
"Cikgu... tunggu ya, pinangan saya..." dia jerit-jerit tapi kamu tak dengar terus saja keluar...

Jangan risau Nita, novel Nita memang best. Tak payah iklan, peminat yg suka baca novel ni akan mendapatkannya segera. Insya-Allah.

ANITA ARUSZI said...

hehehe...tu ler benda paling bodoh saya buat dlm minggu ni kak zara.

tapi sy rasa terbalik mcm yang kak zara ckp tu..mesti mak dia kata..ko besor esok2 jgn cari kat mak calon menantu cam tu. hahaha...

ANITA ARUSZI said...

yup kak liza,

saya pun rasa budak tu mesti blur dia tak abis lagi smpi sekarang...

Keluduk said...

best gak bila teringat ada orang dewasa yang tidak beralah dengan budak kecil.ha33

 

Template by Blogger Candy