Thursday, August 20, 2009

Alkisah Topeng Muka


Siapa sangka topeng muka yang murah aje harganya kini disebut antara barangan kawalan sementara kerajaan berikutan peningkatan harganya di pasaran. Macam pelik dan kelakar pun ada kan. Mungkin kalau bukan kerana H1N1 yang bagi aku tidak ditanggani secara telus, mungkin kotak topeng muka ini akan berdebu di setiap ceruk farmasi seluruh malaysia. Malah percaya atau tak, kilang pembuat topeng ini harus-harus mengaut untung yang banyak dalam keadaan penularan wabak penyakit ini yang semakin serius.

Di setiap farmasi di ibukota sekarang ini, kebanyakannya telah kehabisan stok topeng muka.Malah kelmarin aku ke farmasi, dan diberitahu topeng muka sudah out of stock, sedangkan orang-orang yang mahu membelinya berpusu-pusu datang. Kasihan juga tengok ada student-student aku yang tinggal di ceruk kampung yang sukar nak dapatkan topeng ni, jadi aku pun belilah beberapa kotak sewaktu di Perlis untuk diagih-agihkan pada pelajar-pelajar aku. Mujur ketika di Perlis, aku dapati ramai penduduk di kawasan tersebut tidak memakainya. Jadi senanglah sikit aku dapat. Kalau kat Terengganu nak beli satu kotak pun cukup sukar, macam nak beli gula masa harga gula melambung naik dulu.Tapi kelakarnya ada juga benda-benda yang pelik berlaku sepanjang tempoh penularan ini berkaitan dengan topeng muka yang kini laku bagaikan goreng pisang panas.

1) Antaranya ialah keluar dalam berita-berita di televisyen dan juga di media cetak tentang perompak-perompak yang mengambil kesempatan menggunakan topeng ini untuk merompak. Yalah bayangkan kalau ada orang masuk bank pakai topeng muka, takkan pengawal keselamatan nak halau dia keluar kut. Dalam hati aku ketika baca berita tu, hmmm..perompak pun pandai jaga kesihatan. Hehehe...tak mustahillah kalau ada student2 yang pakai topeng dalam kelas ambil kesempatan makan sebab tak nampak mulut mereka yang sedang mengunyah or mungkin juga ada di kalangan mereka yang ambil kesempatan jelir lidah pada guru yang mengajar di hadapan..mungkinkah?

2) Situasi adik aku pulak. Hamba allah ni demam dan sakit tekak sebab cuaca panas, so pergilah dia ke hospital untuk pemeriksaan. Di hadapan pintu masuk hospital, datang dari arah hadapan seorang pakcik sedang memimpin anaknya yang baru hendak keluar. My sis dan pakcik ni hampir nak berselisih. Tapi apa pakcik tu buat? Dia pandang adik aku macam nak juling then cepat-cepat bawa anak dia jalan jauh-jauh sikit dari adik aku. Adik aku ternganga je walau mulut dia tak nampak sebab dah cover ngan topeng. Hihi..Moral of the story, kelakar tengok pakcik tu takutkan adik aku yang bertopeng tapi dengan selamba dek berjalan di samping orang-orang tak bertopeng yang lalu lalang di kawasan hospital. Padahal kalau diikutkan kondisi adik aku lagi selamat dari orang2 lain kat situ. Dalam hati aku..kurang baca suratkhabar ngan tengok tv gamaknya pakcik ni.

3) Aku pergi bank nak keluarkan duit, then masuk dalam kawasan ATM dengan bertutup topeng. Cuba punya cuba tekan, kad tu asyik tak jalan je. Aku dah bengang dah sebab dah cuba banyak kali tak okey juga..dahlah aku takde duit sesen pun dalam beg. So aku merungut la sorang-sorang kat situ. Aku cakap mesti sebab aku pakai topeng ni baru mesin ATM tu tak nak terima kad aku. Ingat aku ni Nordin Mat Top ke sampai tak nak terima kad aku..macam2 aku luah perasaan depan ATM tu. Manalah tau ada hidden camera kat situ dan tengok aku yang bertopeng ni buat mesin tu suspek ke apa ke..hahaha gitulah otak aku fikir time tu. So dengan rasa penuh yakin aku pun bukalah topeng muka aku ni mengadap mesin ATM..Tunjuk sikit muka ayu aku ni moga-moga mesin tu cam.Tekan punya tekan, yess!! Berjaya beb.,aku keluarkan RM50 (hahaha nak RM50 je). Bila pusing belakang, tiba-tiba nampak seorang pakcik pakai topeng gak pandang ke arah aku. So aku buat dak je terus keluar.Dalam hati dah rasa malu, mesti pakcik tu dah dengar aku merungut2 tadi depan mesin ATM. Aiyoo camnalah aku boleh tak perasan pakcik tu masuk tadi.. ketika nak jalan kat kereta, tiba-tiba aku teringat yang aku masih belum ambil resit. Cepat2 aku berlari ke dalam semula. Tapi aku tergezut. Giliran aku pula dgr pakcik tu merungut.."apasal tak boleh yek? Kan dah buka topeng ni." Cakap pakcik tu. Aku pun apa lagi ketawa bagai nak rak tengok pakcik yang bertopeng berdiri belakang aku tadi dah buang topeng muka dia sambil mengadap mesin ATM..dalam hati aku apasal la pakcik ni boleh kena tipu hidup-hidup dengan aku. Lupa lak nak cakap dengan dia, lepas beberapa kali percubaan dengan kad aku yang tak berjaya tu, aku keluarkan kad lain pulak baru boleh guna. Bukan sebab aku buang topeng tu. Hehehe...sian pakcik tu. Tertipu tertipah pulak dia! Hahaha...

7 comments:

Hati Yang Keboringan said...

hahhahaha..lawak gila situation yg ke-3 tu..sye bace sampai tergelak2..hahahahhahahhahaha

aqilah said...

nita, nita... terpaksalah akak gelak sorang2 masa baca kes (3) tu. kalau saya kat tempat pakcik tu pun, mungkin akan buat yg sama. nice joke!

aqilah said...

nita, kenapa tak leh masuk blog ARINA? ada ke blog BS2? nak masuk, please.........

Mazni Aznita said...

hehehe nak buat macamana...tak tau dalam kes tu siapa sebenarnya yang 'blurr'..saya ke pakcik tu? hehehe...

kak aqilah, sy tutup blog sbb nak edit balik..nnti sy buka blog tu.

Hanya Aku Dihatimu.. said...

Jenaka dibulan ramadhan nita..dekat brunei nita tak ada yang pakai toping nita ada pun taklah banyak nita..ada yang buat sendiri nita dijahit dgan macam fesyen nita ada lah pekedai ambik kesemptan jual toping bermcam2 bentuk dan yang beruntung nita ada yang memakai purdah tak payah beli toping sebab ada yang dah pakai untuk tutup aurat bahagian muka..apa maksud tuhan dgan datangnya penyakit H1N1 tg menyerang seluruh dunia yg menyebabkan kematian seramai 1,800 orang..

Indah Hairani said...

salam buat dik nita..
ha ha ha jap..jap..kndah nak ketawa jap...hilang mengantuk..oklah nak sambung menulis jap..
salam sayang

Unknown said...

hahahahaha...mmg x tak tahan tol bace ksh ke 3 2..lawak ah pkck 2..wahahaha

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com