Pejam celik pejam celik sekejap je bulan Ramadhan menjengah kembali. Tanggal 22 haribulan ini insya allah kita semua rakyat Malaysia yang beragama Islam dan seluruh rakyat Islam sedunia akan menunaikan ibadat wajib yang dituntut ke atas semua individu muslim dan muslimah yang sihat tubuh badan, sihat akal dan sihat segala-galanya.
Mak aku sejak beberapa bulan lepas lagi sibuk bising-bising nak pastikan anak-anak dia dah mengganti puasa dan alhamdulillah sempat kami semua ni mengganti puasa atas kerahan ala-ala PLKN yang gempak punya. Hehehe..
Maka di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat berpuasa, pertama kepada ahli-ahli keluarga aku dekat dan jauh, buat teman-teman akrab di sekolah dan juga di universiti, juga tak dilupakan rakan-rakan penulis, pihak penerbit serta yang paling istimewa ialah para pengunjung blog aku yang cukup diingati. Di sinilah segalanya bermula dan di sinilah juga satu ukhwah persahabatan alam maya terjalin antara kita. Salam Ramadhan untuk anda semua, semoga ibadat puasa mampu kita jalankan dengan sempurna tahun ini. Amin...
10 comments:
Salam Ramadhan 1430H
Cik Anita Aruszi
sama la kita m.k.z.e
salam ramadhan juga untuk kamu..hijrah hati dan hijrah diri..
Salam,
Selamat mengerjakan ibadah puasa...errr berbuka dan bersahur dengan nescafe panas ker.....heheheh
selamat berpuasa juga buat awak noorul...insya allah jika diizinkan, nescafe panas yg akan jd santapan berbuka dan bersahur. hehehe...
Sedih lah baca ucapan ramahdan yg nita tulis tu..semoga dibulan ramadan ni segala amalan kita diterima allah nita, inshallah tapi kita tak tahu apakah tahun depan kita sempat gi berpuasa nita..moga allah dengar rintahan hambanya dan segala amal/perbuatan kita allah terima..inshallah..
itulah liza, Ramadhan ni sya berhajat nak khatam quran smpi 30 juzuk kalau diizinkan allah..aktiviti menulis akan dislowkan..
tahun lepas ada niat yg sama , tapi tak berapa nak berjalan..entahlah..agaknya inilah yg dikatakan manusia, selalu terlalai. harap-harap tahun ni saya tak terlalai lagi..
harap segala yang diniatkan dapat kita tunaikan ramadhan kali ni..mana tahu kan, mungkin ini ramadhan terakhir kita? apa-apa pun selamat menjalankan ibadah puasa buat awak dan keluarga..terima kasih atas ucapan semangat awak tu..insya-allah saya akan usaha lebih kuat lagi utk KI dan Nadi...
Selamat Berpuasa utk K.Nita
Semoga ibadat kita diterimaNya
Jaga diri bebaik yer di musim2 selsema pelik2 nih
farah dan yunix,
selamat berpuasa juga untuk kalian berdua..moga2 allah limpahkan seribu rahmatpd kita semua sepanjang menjalani ibadat puasa ni..aminn
farah dan yunix,
selamat berpuasa juga untuk kalian berdua..moga2 allah limpahkan seribu rahmatpd kita semua sepanjang menjalani ibadat puasa ni..aminn
Post a Comment