Saturday, June 6, 2009

Cuti-Cuti Di Rumah

Dah habis satu minggu cuti..nak masuk minggu kedua dah..tapi apa yang aku dah buat sepanjang satu minggu ni? Nothing! Nak menulis takde mood..baru aku taip lima mukasurat, aku dah sibuk cari anime untuk ditonton. Tapi so far lega juga sebab aku mampu concentrate untuk terus menyiapkan Part 2 : Arina.

Minggu ni aku rindu sangat kat 'kakak'...bestnya kalau aku dapat buli dia time-time boring ni. Hehe..kakak yang aku maksudkan ni my niece Sarah Adriana yang selalu panggil aku Mak Lun...sebab pelat. Hahaha...Mak Lun pun Mak Lun lah..siapa sangka aku boleh berlawan mulut dengan budak berusia 3 tahun kan. Dia memang selalu nangis sebab kena sakat dengan aku mak sedara dia yang suka mengusik tak kena tempat.

Masuk hari ni dah sebulan 2 minggu aku batuk tak baik-baik lagi. Dan dah masuk kali ke 4 aku dpt penyakit biasa aku ni. Mana tak nya aku ni memang 'disease absorber'...pantang ada orang sakit kat sebelah aku..aku akan sakit semula. Malangnya nasib aku kan! Makan ubat banyak mana pun, antibodi tetap kalah..

Bulan ni juga aku masih menanti Street Vendetta dengan sabarnya. Uhu aku memang penyabar orangnya..durian runtuh aku pun aku lupa nak tunaikan kat bank...mujur takde tarikh luput. hehehe...

Plan dengan adik nak pi tengok wayang, entah bilalah agaknya..Aku nak drive jauh dalam keadaan sekarang memang impossible la...bebaru ni tertengok trailer Blood : The Last Vampire...akan ditayangkan pada 26 Julai kalau tak salah. Hehe kali pertama aku tengok aje trailer tu aku dah tahu itu cerita tentang seorang gadis bernama Saya yang half human dan half vampire dalam anime yg dah lama aku habis tengok iaitu Blood+. Tapi frust Saya ini berambut panjang, sedangkan dalam anime..aku lebih suka Saya yang berambut pendek, lebih cute. Mungkin movie ni ambil versi awal Saya yang memang berambut panjang tocang. Tapi dalam trailer citer ni nampak hebat dan menarik..Saya versi movie ni pun lawa la jugak boleh tahan..tak sabar nak tunggu cerita ni release..aku mesti tengok kat pawagam..harap-harap cerita ni tak macam Kill Bill atau Princess Warrior yang sekadar menunjukkan keganasan wanita tanpa isi cerita yang menarik.

5 comments:

mamashilla said...

uhuh nakal tul maklun ni yer....masih batuk lagi ke?lama tu..tension jer cuti2 badan x
sihat kan?

kalau dh gi klinik pun masih x baik juga cuba nita makan ubat batuk SEDILIX(boleh didapati diklinik @ farmasi)

Ubat ni amat bagus kalau kita batuk terlalu lama.ia cepat sembuh tapi boleh menyebabakan MENGANTUK.

cubalah insyaallah..

-mamashilla-

Hanya Aku Dihatimu.. said...

salam nita,kesian dgar dgr batuk2 belum sembuh juga tak apa sabar ja ya..cuti ni makin sibuk nita dgan menulis certa,dakat brunei cuti sekolah bermula 14hb ni..tak tahu nak buat apa yang ada masa ni liza dan anak liza cuma buat berbasikal ja..buang2 boring nita..

zara said...

Assalamualaikum Nita,

Alahai mak lun batuk tak baik lagi ya...

Nita, ubat batuk akak paling mudah. Hisap gula-gula HACKS dalam 20 biji. Insya-Allah elok. Akak pun disease absorber macam Nita gak. Makan ubat doktor dan farmasi tak baik-baik. Dengan HACKS baik pulak tu. Tiap kali batuk, akak akan ambil gula2 Hacks.

Tahniah buku banyak dapat sambutan.

Mazni Aznita said...

mamashilla, tak pernah dengar sedilix ni tapi nanti boleh try..thanks mama..ni sayang mama nih.heheh...

liza, cuti ni ingatkan mmg nak siapkan atleast sehingga 50 ms tapikesihatan diri tak mengizinkan...nmpknya lepas ni kena tunggu cuti sekolah lama bulan 11 br boleh sambung menulis...


kak zara sama la macam saya, sy kalau batuk memang bawa bekal Hacks pergi mana-mana. Kekadang klu bercakap byk tekak akan cepat gatal dan mudah batuk, time tu sy pastikan Hacks sentiasa ada dlm mulut saya wlpun time sy mengajar....

p/s : td pergi giant ambil satu balang besar hacks..my sis kata melampau lak mcm nak berniaga. hehe..last2 ambil dua plastik aje Hacks untuk bekal ubat sakit tekak..

Keluduk said...

Laa.. batuk lagi. Tu lah jaga kesihatan. Tidur itu biar cukup!!! yang penting makan ubat. Jangan ada kebencikan di hatimu pada ubat.Moga cepat sembut

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com