Baki cuti dua hari ini aku habiskan membaca sebuah novel sci-fi hasil karya Bahruddin Bekri yang bertajuk Adi Gempa : Evolusi. Dan novel ini baru selesai aku tamatkan 10 minit yang lalu.First impression, aku teringatkan siri Heroes kat TV, satu koleksi komik Musang Api yang pernah menjadi kegilaan aku lebih dari sepuluh tahun yang lalu serta movie X-Men. Hehehe...banyak betul first impression aku...
Kisah Adi Gempa ini berkisahkan seorang budak berusia 12 tahun yang tinggal di sebuah kampung bersama keluarga angkatnya. Suatu hari Hadi didatangi dua orang lelaki iaitu Profesor Asyraf dan Amin. Dan tanpa diduga tujuan kedatangan lelaki-lelaki itu adalah untuk mencari Boy-1 iaitu salah satu manusia ujikaji yang mempunyai kuasa untuk mengesan gempa bumi dan memanipulasikan gegaran di sekelilingnya. Dan Hadi adalah Boy-1 ataupun budak gempa yang menjadi rebutan antara pihak Amerika dan Russia.
Kisahnya begini, suatu ketika dahulu...kerajaan telah menemui sebuah logam berwarna hitam yang dikenali sebagai logam hitam yang berupaya memberi keupayaan tertentu kepada manusia. Maka satu eksperimen telah dijalankan dan 100 orang manusia ujikaji telah dihasilkan. Tetapi lima orang profesor yang ditugaskan menjalankan kajian tersebut telah mendapati eksperimen itu dijalankan atas dasar kepentingan sesuatu pihak, maka mereka telah bertindak membebaskan kesemua manusia-manusia ujikaji itu agar tidak dipergunakan oleh pihak yang salah. Maka bertebarlah semua manusia-manusia ujikaji di dunia ini yang mempunyai pelbagai kuasa dan keupayaan.
Kejadian gempa bumi yang kerap berlaku di Rusia telah menyebabkan Rusia menuduh Amerika menjadi dalangnya dengan menggunakan teknologi mereka untuk menghasilkan gempa bumi. Tujuan pihak Amerika adalah untuk menghasilkan dunia baru yang mereka idam-idamkan. Cara terbaik ialah dengan memusnahkan bandar-bandar utama di dunia menggunakan gempa bumi buatan. Untuk menyiasat tentang niat Amerika ini, maka Rusia mendapat tahu Hadi adalah budak gempa yang boleh mengesan gegaran 24 jam lebih awal sebelum gempa bumi berlaku. Dan terjadilah rebutan antara pihak Rusia dan Amerika untuk mendapatkan Hadi menyebabkan banyak nyawa terkorban dan kemunculan ramai manusia-manusia ujikaji yang lain yang saling bertempur sesama sendiri. Untuk mengetahui kisah ini seterusnya..dapatkan buku ini dan hayati sendiri.
So far ada banyak sangat watak-watak dalam cerita ini yang ditonjolkan oleh Encik Bahruddin. Watak Tokoh X mengingatkan aku pada Profesor Charles Xavier dalam X-Men..sebab dia dia ada kuasa ilusi sama mcm Charles Xavier..bezanya Tokoh X ni juga boleh teleport menerusi ruang masa. Selain itu watak2 yang penting adalah watak Hadi, Profesor Asyraf, Amin, Natasya, Jeneral Kashparov, Menteri Vladimir dan ramai lagi. Menariknya pula ada jugak Skuad Pembunuh Naga, Skuad Pengawal Gelap, Skuad Pembunuh Gelap dan macam-macam nama kumpulan lagi. Time ni aku teringatkan komik berjilid lama aku yang mengandungi pelbagai nama skuad-skuad pembunuh.
Sebuah cerita yang mengasyikkan bagi aku..ada beberapa kesilapan ejaan dan struktur yang aku kesan dalam cerita ini contohnya Pak Ali sekejap membahasakan dirinya ayah, sekejap abah pada Hadi. Tapi ianya tak menjejaskan jalan cerita. Oh ya bahasa di dalam novel ini agak formal dan kadangkala aku merasakan aku membaca sebuah novel yang sesuai digunakan sebagai teks komsas di sekolah-sekolah. Rasanya kalau dijadikan teks di sekolah, mesti ramai pelajar-pelajar lelaki berminat untuk membacanya sehingga habis. Tidaklah mereka asyik tidur sahaja sewaktu belajar ulasan novel. Cerita ini menarik dan aku menyukainya. Cuma mungkin agak sukar nak mengingatkan semua watak-watak pembantu di dalam ni sebab banyak sangat.
Entah kenapa bila sampai ke mukasurat terakhir, aku merasakan seolah-olah Encik Bahruddin ada niat nak buat sekuel untuk novel ini coz ada banyak lagi benda yang masih menjadi rahsia. Contohnya siapa Aryan yang dicari-cari oleh Tokoh X? Siapa lelaki berkerudung putih yang asyik-asyik mengintip gerak geri Tokoh X..dan siapa lelaki yang mempunyai tiga mata dalam balang pada mukasurat terakhir? Semua ini masih tinggal menjadi misteri!
2 comments:
Saya juga dah baca Adi Gempa. Jalan cerita okey tapi penyampaian bahasa kurang memuaskan. Seolah-olah novel ini khusus untuk pelajar menengah ke bawah. Kekerapan ejaan juga jelas. Tapi itu adalah biasa terjadi. Penggunaan paragraph kecil dlm satu bab x seimbang. Saya hanya boleh beri 2.5 bintang saja untuk karya beliau.
salam kenal,
looking forward for more reviews from you :)
Post a Comment