UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

Friday, February 25, 2011

Kembangkan Potensi, Menulis Dengan Hati...

Sejauh mana kita suka menulis? Segila manakah idea kita yang ada di dalam kepala? Cuba tanya diri sendiri soalan itu.Juga tanyakan apakah kita mampu menulis lebih jauh dari jangkauan kita sendiri? Atau menulis sesuatu yang lebih sensitif yang mungkin akan dikritik seseorang.Jika jawapannya adalah YA..maka potensi seseorang penulis akan lebih menyerlah.Jika tidak, jadikah kita penulis di takuk lama. Mana yang lebih baik sebenarnya? Menulis kerana pembaca mahukan kisah sebegitu? Atau pembaca yang mahukan penulis, tak kisahlah apa pun yang ditulisnya.

Hati saya teringin mahu jadi penulis kategori kedua. Tapi mampukah diri membuatkan pembaca mencari buku-buku saya pada masa akan datang? Saya teringin menulis tentang dunia di luar sedar, menulis tentang masa depan yang lebih panjang, serta menulis tentang erti sebenar kekeluargaan. Teringin juga menulis tentang pontianak, menulis tentang alien, menulis tentang kemusnahan bumi..tanpa perlu berfikir apakah idea-idea saya ini terlalu melampau untuk dibaca orang?

Saya keluh kesah bila kadangkala penyakit malas saya menyerang. Dan bila ia datang, sudah pasti bahana yang akan menjelma. Banyak manuskrip akan tertangguh dan banyak dateline akan tersasar. Tapi seorang insan yang paling saya sayang memberitahu saya, jangan menulis kerana kuantiti, tapi menulislah dengan kualiti. Jangan menanti cepat atau lambat sesuatu manuskrip itu, tapi nantilah dengan kesabaran asalkan ia menjadi karya yang cukup bererti. Rasanya saya terlalu fobia, sedangkan kata-katanya benar belaka.  I love you dad...

Darinya juga, saya mendapat ajaran yang berguna. Untuk menjadi seseorang yang karya-karyanya diingati, maka menulislah dengan HATI..kerana HATI itu memberi NADI pada sesuatu karya..sharing this for all of you guys..

0 comments:

 

Template by Blogger Candy