UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

Sunday, August 30, 2009

Selamat Hari Merdeka

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52, semoga kemerdekaan ini akan terus menyatukan semua rakyat Malaysia dalam satu jiwa, satu hati dan satu bahasa. Meski berbeza pendapat, meski berbeza fahaman dan pendirian, namun 31 Ogos 1957 akan terus menjadi penghubung perpaduan di antara kita semua. Merdeka!

Berikut adalah beberapa fakta sambutan Hari Kemerdekaan yang harus kita raikan bersama :

1) Tema Hari Kemerdekaan ialah Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

2) Lokasi sambutan pada asalnya akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil tetapi mungkin dipindahkan ke bangunan Parlimen kerana penularan wabak H1N1

3) Sambutan diadakan pada bulan Ramadhan, bulan keberkatan kepada umat Islam.

4) Perayaan Hari Malaysia pula akan disambut pada 10 OKtober 2009 bertempat di Padang Merdeka, Kuching Sarawak.

5) Buat pertama kali logo Satu Malaysia telah diperkenalkan untuk mencerminkan rakyat Malaysia yang saling berkerjasama, saling bermuafakat,berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu negara bangsa

Sunday, August 23, 2009

Blog e-Novel

Salam semua pengunjung blog,

Disebabkan ada masalah teknikal yang berpunca dari kelalaian aku sendiri so kesemua blog-blog e-novel aku yang lalu terpaksa ditutup. Ini semua gara-gara nak mengubah blog-blog tersebut nak bagi nampak lain sikit konon-konon. Last-last aku yang terkedu tengok beberapa dari blog-blog tersebut ada yang terdelete dan ada yang function dia bila klik tak nak jalan da...adui tension aku sepanjang minggu ni.

So aku dengan penuh tekun (hehehe..sabar) menyiapkan satu blog baru yang menghimpunkan kesemua snippets untuk novel-novel aku yang telah diterbitkan atau masih dalam bentuk e-novel..mungkin pada waktu sekarang hanya kisah Arina sahaja yang sempat aku updatekan...jangan terkejut bagi sesiapa yang mengikuti cerita ini kalau lihat kedudukan chapter dia berubah...maklumlah bila blog terdelete, maka aku dah lupa susunan chapter cerita ni. Hehehe belasah ajelah ya.

Bagi yang ada buat link (followers) untuk blog2 e-novel tu, maka secara drastiknya, kesemua URL blog yang anda linkkan itu sudah tidak boleh digunakan.Jadi inilah blog baru untuk kesemua himpunan karya-karya aku yang sudah-sudah serta yang terkini..

Sila klik pada http://gedungnovellaa.blogspot.com/

Semoga terhibur dan salam ramadhan buat semua pengunjung blog..

Thursday, August 20, 2009

Alkisah Topeng Muka


Siapa sangka topeng muka yang murah aje harganya kini disebut antara barangan kawalan sementara kerajaan berikutan peningkatan harganya di pasaran. Macam pelik dan kelakar pun ada kan. Mungkin kalau bukan kerana H1N1 yang bagi aku tidak ditanggani secara telus, mungkin kotak topeng muka ini akan berdebu di setiap ceruk farmasi seluruh malaysia. Malah percaya atau tak, kilang pembuat topeng ini harus-harus mengaut untung yang banyak dalam keadaan penularan wabak penyakit ini yang semakin serius.

Di setiap farmasi di ibukota sekarang ini, kebanyakannya telah kehabisan stok topeng muka.Malah kelmarin aku ke farmasi, dan diberitahu topeng muka sudah out of stock, sedangkan orang-orang yang mahu membelinya berpusu-pusu datang. Kasihan juga tengok ada student-student aku yang tinggal di ceruk kampung yang sukar nak dapatkan topeng ni, jadi aku pun belilah beberapa kotak sewaktu di Perlis untuk diagih-agihkan pada pelajar-pelajar aku. Mujur ketika di Perlis, aku dapati ramai penduduk di kawasan tersebut tidak memakainya. Jadi senanglah sikit aku dapat. Kalau kat Terengganu nak beli satu kotak pun cukup sukar, macam nak beli gula masa harga gula melambung naik dulu.Tapi kelakarnya ada juga benda-benda yang pelik berlaku sepanjang tempoh penularan ini berkaitan dengan topeng muka yang kini laku bagaikan goreng pisang panas.

1) Antaranya ialah keluar dalam berita-berita di televisyen dan juga di media cetak tentang perompak-perompak yang mengambil kesempatan menggunakan topeng ini untuk merompak. Yalah bayangkan kalau ada orang masuk bank pakai topeng muka, takkan pengawal keselamatan nak halau dia keluar kut. Dalam hati aku ketika baca berita tu, hmmm..perompak pun pandai jaga kesihatan. Hehehe...tak mustahillah kalau ada student2 yang pakai topeng dalam kelas ambil kesempatan makan sebab tak nampak mulut mereka yang sedang mengunyah or mungkin juga ada di kalangan mereka yang ambil kesempatan jelir lidah pada guru yang mengajar di hadapan..mungkinkah?

2) Situasi adik aku pulak. Hamba allah ni demam dan sakit tekak sebab cuaca panas, so pergilah dia ke hospital untuk pemeriksaan. Di hadapan pintu masuk hospital, datang dari arah hadapan seorang pakcik sedang memimpin anaknya yang baru hendak keluar. My sis dan pakcik ni hampir nak berselisih. Tapi apa pakcik tu buat? Dia pandang adik aku macam nak juling then cepat-cepat bawa anak dia jalan jauh-jauh sikit dari adik aku. Adik aku ternganga je walau mulut dia tak nampak sebab dah cover ngan topeng. Hihi..Moral of the story, kelakar tengok pakcik tu takutkan adik aku yang bertopeng tapi dengan selamba dek berjalan di samping orang-orang tak bertopeng yang lalu lalang di kawasan hospital. Padahal kalau diikutkan kondisi adik aku lagi selamat dari orang2 lain kat situ. Dalam hati aku..kurang baca suratkhabar ngan tengok tv gamaknya pakcik ni.

3) Aku pergi bank nak keluarkan duit, then masuk dalam kawasan ATM dengan bertutup topeng. Cuba punya cuba tekan, kad tu asyik tak jalan je. Aku dah bengang dah sebab dah cuba banyak kali tak okey juga..dahlah aku takde duit sesen pun dalam beg. So aku merungut la sorang-sorang kat situ. Aku cakap mesti sebab aku pakai topeng ni baru mesin ATM tu tak nak terima kad aku. Ingat aku ni Nordin Mat Top ke sampai tak nak terima kad aku..macam2 aku luah perasaan depan ATM tu. Manalah tau ada hidden camera kat situ dan tengok aku yang bertopeng ni buat mesin tu suspek ke apa ke..hahaha gitulah otak aku fikir time tu. So dengan rasa penuh yakin aku pun bukalah topeng muka aku ni mengadap mesin ATM..Tunjuk sikit muka ayu aku ni moga-moga mesin tu cam.Tekan punya tekan, yess!! Berjaya beb.,aku keluarkan RM50 (hahaha nak RM50 je). Bila pusing belakang, tiba-tiba nampak seorang pakcik pakai topeng gak pandang ke arah aku. So aku buat dak je terus keluar.Dalam hati dah rasa malu, mesti pakcik tu dah dengar aku merungut2 tadi depan mesin ATM. Aiyoo camnalah aku boleh tak perasan pakcik tu masuk tadi.. ketika nak jalan kat kereta, tiba-tiba aku teringat yang aku masih belum ambil resit. Cepat2 aku berlari ke dalam semula. Tapi aku tergezut. Giliran aku pula dgr pakcik tu merungut.."apasal tak boleh yek? Kan dah buka topeng ni." Cakap pakcik tu. Aku pun apa lagi ketawa bagai nak rak tengok pakcik yang bertopeng berdiri belakang aku tadi dah buang topeng muka dia sambil mengadap mesin ATM..dalam hati aku apasal la pakcik ni boleh kena tipu hidup-hidup dengan aku. Lupa lak nak cakap dengan dia, lepas beberapa kali percubaan dengan kad aku yang tak berjaya tu, aku keluarkan kad lain pulak baru boleh guna. Bukan sebab aku buang topeng tu. Hehehe...sian pakcik tu. Tertipu tertipah pulak dia! Hahaha...

Monday, August 17, 2009

Salam Ramadhan 2009...

Pejam celik pejam celik sekejap je bulan Ramadhan menjengah kembali. Tanggal 22 haribulan ini insya allah kita semua rakyat Malaysia yang beragama Islam dan seluruh rakyat Islam sedunia akan menunaikan ibadat wajib yang dituntut ke atas semua individu muslim dan muslimah yang sihat tubuh badan, sihat akal dan sihat segala-galanya.

Mak aku sejak beberapa bulan lepas lagi sibuk bising-bising nak pastikan anak-anak dia dah mengganti puasa dan alhamdulillah sempat kami semua ni mengganti puasa atas kerahan ala-ala PLKN yang gempak punya. Hehehe..

Maka di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat berpuasa, pertama kepada ahli-ahli keluarga aku dekat dan jauh, buat teman-teman akrab di sekolah dan juga di universiti, juga tak dilupakan rakan-rakan penulis, pihak penerbit serta yang paling istimewa ialah para pengunjung blog aku yang cukup diingati. Di sinilah segalanya bermula dan di sinilah juga satu ukhwah persahabatan alam maya terjalin antara kita. Salam Ramadhan untuk anda semua, semoga ibadat puasa mampu kita jalankan dengan sempurna tahun ini. Amin...

Friday, August 7, 2009

Mini Novella Terbaru

AKAN DATANG
Terbitan : Fajar Pakeer (2009)
Harga : RM8.90


Berapa ramai lelaki dalam dunia ni yang begitu meminati bidang cosmetology? Dan berapa ramai antaranya yang sangat obses dengan kecantikan bibir seorang wanita? Kajian menunjukkan bilangan lelaki menyertai ahli-ahli beautician yang lain hanyalah 3 peratus sahaja. Bermakna bidang ini sebenarnya didominasikan oleh kaum wanita. Benarkah?

Sinopsis
Dua ahli cosmetologist saling bersaing dalam apa sahaja perkara. Perbezaan menjadikan mereka seperti api dan minyak. Tapi mereka tidak pernah menyangka perbezaan satu peratus inilah yang mendekatkan mereka tanpa mereka sedari.

Sejak awal lagi Kael tidak pernah menyukai Widuri. Baginya kehadiran gadis itu di makmalnya ada, tidak apa. Tidak ada juga dia tidak kisah. Gaya Widuri yang selekeh mencipta si Ugly Duckling yang tidak selera dipandangnya.Dan elergiknya dia pada Widuri sehingga menyebabkan dia sering mengabaikan apa-apa sahaja perkara berkaitan gadis itu. Sehinggalah suatu hari dia menemui seorang gadis seiras Widuri, memaksa dia menjadi penyiasat tak bergaji untuk membongkar misteri gadis itu. Siapa sebenarnya Widuri? Dan kenapa ada dua Widuri yang mempunyai personaliti berbeza?

Sunday, August 2, 2009

Di Mana Nilai Sayangmu..


Tergerak hati untuk menulis entry kali ini apabila dalam tempoh beberapa bulan ini aku dihidangkan dengan pelbagai peristiwa yang membuatkan aku terfikir sesuatu.

Pertama
Balik dari sekolah hari ini, aku terpandang seorang wanita menunggang motorsikal bersama anaknya dalam lingkungan usia 5 tahun. Kelakarnya si ibu memakai helmet manakala anaknya dibiarkan memakai helmet kepala..get what i mean?

Kedua
Beberapa minggu yang lepas, ketika aku dan adik aku sedang bersantap malam di sebuah restoran fast food di Giant Terengganu, mata aku terpandang sebuah keluarga India. Isinya ialah si ayah, si ibu, si nenek dan si anak yang berusia dalam lingkungan 3 tahun. Si anak merengek-rengek hendakkan sesuatu. Tiba-tiba si ayah menempeleng anak kecilnya menyebabkan anak itu menangis lebih kuat. Bunyi tempelengnya begitu kuat sehingga aku yang sedang makan dalam jarak lingkungan 1o kaki dari situ tergaman bercampur kelu. Beberapa ketika kemudian, si ibu itu pula menggantikan suaminya untuk menempeleng anak kecilnya yang tak mahu berhenti menangis. Bunyi tempelengnya sama kuat. Aku yang kelu terus terkedu! Cuba teka apa yang si nenek buat? Dia asyik membelek beberapa barangan di sebuah kedai berhampiran tanpa langsung menoleh ke arah cucunya yang diperlakukan bagaikan 'tempeleng bag'. Dalam hati aku...memang si hanuman betul family ni.

Ketiga
Aku selalu buat spot check kat kelas aku (kelas paling belakang). Mana-mana pelajar yang tak bawa buku sains dan latihan aku denda ambil beg cantik diaorang dan kuarantinkan dalam almari dalam bilik aku selama dua minggu. Aku cakap kalau dah ada beg sekolah cantik tapi isinya kosong, lain kali bawa beg plastik je atau tak payah bawa beg langsung. Bawa buku guna tangan je. Memadai la dengan sikap sorang-sorang yang malas bawa buku teks dan nota ke sekolah. Tapi tahu pula mereka sayangkan beg mereka. Tiap-tiap hari datang minta. Aku cakap another next week.Yang bestnya salah seorangnya datang jumpa aku dan wujudlah perbualan lebih kurang begini. Hehehe..

Dia : Cikgu, mak kita minta cikgu pulangkan semula beg kita.

Aku : Tak boleh. Saya cakap dua minggu, lagi dua minggu la awak datang balik.

Dia : Mak kita marah ni cikgu.

Aku : Saya pun marah ni

Dia : Beg tu mahal cikgu

Aku : Buku teks sekolah lagi mahal. Kalau jual balik kat kedai boleh beli tiga biji lagi beg macam awak punya. Barang mahal kena diisi dengan buku yang mahal.

Dia : Mak kita tak suka cikgu ambil beg kita.

Aku : Cikgu pun tak suka tengok mak awak yang ambil berat fasal beg awak lebih dari awak sendiri. Saya nak sangat tahu antara awak dengan beg, mana yang lebih mahal agaknya?

Dia : (terdiam sambil menggaru-garu kepala)

Aku : Cakap kat mak awak, kalau rasa nak sangat beg mahal ni, datang sendiri jumpa saya dan minta sendiri dengan saya. Kalau tak tunggu aje 2 minggu lagi baru saya bagi.

P/S : Anak murid yang kerek dapat cikgu yang sama kerek. Hehehe baguslah tu!Bestnya dah dua minggu aku tunggu, mak dia tak juga datang-datang. Dalam hati aku, tak nak ke beg mahal ni?

Contoh ibu zaman moden! Ketiga-tiga peristiwa di atas mengingatkan aku pada ibu aku. Tentang bagaimana baik sifatnya sebagai seorang ibu. Tentang betapa beralahnya dia pada kami semua. Tentang betapa sanggupnya dia menempuhi hidup susah bersama abah aku dulu meskipun dia berasal dari keluarga yang senang.

Tapi kedegilan aku semasa zaman sekolah dulu telah membutakan aku buat seketika betapa baiknya ibuku berbanding yang lain. Dia jarang marahkan kami, kalau pukul pun setakat cubit telinga atau cubit perut sahaja.Orangnya rajin sangat semasa muda, sehingga kerajinannya sewaktu itu sedikit sebanyak memberi mudarat pada kesihatannya kini. Meskipun tidak belajar setinggi mana, tapi nasihatnya penuh dengan ilmu yang takkan diperolehi dari mana-mana guru atau buku pun di sekolah. Nada suaranya sentiasa lembut memujuk jika kami dalam kesedihan. Masakan enaknya sentiasa mengisi perut kami yang sentiasa lapar. Sebelum ke sekolah, kami sentiasa diingatkan akan membawa semua buku untuk menagih ilmu dari guru. Tak cukup duit belanja, bekal pula disediakan untuk mengisi perut.

Tapi itu ibu aku. Bagaimana pula dengan tiga contoh ibu di atas? Aku percaya berjayanya seorang manusia di atas muka bumi ini adalah kerana didikan ibunya. Si ibu tidak perlu jadi garang untuk mengajar anaknya. Si ibu tidak perlu memegang rotan untuk mendidik. Si ibu juga tidak perlu meninggikan suara untuk membuatkan anak memahaminya. Apa yang perlu ibu lakukan hanyalah dengan mengasihi anaknya secara berpada-pada dan mengajar anaknya tentang apa yang betul dan apa yang salah dalam hidup ini. Barulah sayang yang diberi itu bukan sayang yang tidak bertepi, tapi sayang yang mempunyai nilai yang cukup mahal dan telus. Sayangkan anak bukan tangan-tangankan, tapi sayangkan anak tunjuk-tunjukkan!

Aku mungkin bukan seorang ibu di rumah tapi aku adalah ibu di sekolah kepada puluhan anak-anak didikku. Sukarnya mahu membuatkan anak-anak ini faham betapa pentingnya membuat keputusan tentang apa yang benar dan apa yang salah jika mereka tidak pernah mendengarnya dari ibu mereka sendiri.
 

Template by Blogger Candy