UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

Tuesday, April 28, 2009

Kenangan Manis KLIBF 2009

tempat penginapan aku kat Rumah Universiti Malaya..tempat singgah wajib kalau ke KL.

Ni ler buku-buku yang aku bawa balik dr KLIBF 2009. Sebahagiannya hadiah, sebahagiannya swap dengan rakan2 penulis dan yang lebihnya beli sendiri daa..huwaa bila la aku nk khatamkan semua buku2 ni.



Huhu tiga hari berkampung di KL, dua hari di PBAKL..Turun je dr kapal terbang, aku terus pulun nasi tiga pinggan. Jangan bimbang lima belas minit je aku jadi wanita aggresif ni. Selebihnya aku tetap maintain lemah lembut ala-ala wanita melayu terakhir gitu. Hahaha…

Apa perasaan pergi Pesta Buku? Mestilah seronok, dapat jumpa dengan ramai penulis-penulis hebat yang sealiran. Seronok sangat dapat jumpa dengan my bestfriend blog Jue dan Farah, my editor Fyda (Hafielda) dan Bikash yang sibuk 24 jam kat booth FP. Selain itu aku dapat juga bersua muka dengan geng-geng penulis FP seperti Sarnia, Umaira yang putih melepak bersama puteri2 dia, Rafishah, Siti Rozilah, Ezi yang pernah terserempak ngan aku di Mahkota Parade serta Suria Areesya (Ikmal Syah) bersama wife lawa dia. Tak terkecuali sempat juga aku jumpa kak Zara Aluwi yang kecik molek, Fatin Nilam Sari, Nass Alina Noah, Fatin Nabila (orang kampung den), Aleeya Aneesa, Kak Yati NB, Rose Harissa yang aku gemar sgt lukisannya dan Lily Haslina yang ayu.

Paling best aku dapat jumpa Manaf Hamzah hari akhir tu. Siap minta autograph dan ambil gambar sekali. Dekat dua jam aku tunggu dia datang. Berbaloi gak sebab aku rembat empat buah buku MH, walaupun aku kata dulu nak cari buku Aylana dia je.Satu je frust sebab tak leh jumpa dengan Ramlee Awang Mursyid. Huhuhu..nak nangis..Asal aku pergi je dia takde..asal dia takde je…aku pula menonong datang.

Tapi best la duduk kat booth FP..maklumlah ada layanan best dari Bikash, Fyda dan yang lain-lain. Walaupun diaorang sibuk, tapi still datang cakap-cakap dgn kitaorang. Encik Fakeer (yang dipanggil ‘uncle’ oleh Bikash dan Hafielda) pun best. Sporting gila! Gila pun tak sporting macam ni. Aku merepek ke ni? Anyway thanks pihak FP atas layanan baik dan belanja makan dua kali tu. Dahlah belanja makan, nak balik tu Uncle Fakeer ni bagi lak present buku-buku dan sekaki payung. Tuhan je tahu aku seronok tengok payung tu coz payung merah aku baru je dipatahkan tanpa belas kasihan oleh orang-orang tak bertanggungjawab. Aku ler salah seorangnye..hahaha..

Walaupun aku bukannya penulis glemer tapi ada jugak sorang dua yang sudi minta tandatangan aku yang entah apa-apa tu. Tapi paling terkejut dapat sergahan dari geng-geng kicap yang berpakaian macam mafia. Serba hitam. Aku pun pakai tema hitam gak..Ntah camanalah aku tak perasan dua-dua baju yang aku bawa semuanya kaler hitam. Hehehe…thanks ya Jujun sebab bagi present dari Miri. Comel benda tu.. Tak dilupakan kunjungan istimewa dari Singapura..pembaca setia aku boleh ke kata macam ni Azzie? Hehehe..Puan Azizah Jamal ni sanggup turun dari Singapura untuk memborong semua novel-novel aku. Ni yang buat aku terharu ni! Hehehe..thanks ya Azzie!

Tadi dalam perjalanan balik tadi, masa dalam perut kapal terbang..ada kejadian cemas berlaku..Aku dah siap pegang telefon ni ready nak onkan balik sebab nak calling my family. Manalah tahu apa-apa jadi kan sempat la aku pesan apa-apa.

Apasal yek? Haha..ntah macamana aku rasa kapal terbang yang aku naik tadi tak stabil la..senget sebelah. Puas aku fikir apsal ya jadi senget, selalu aku naik orait je..pikir punya fikir baru aku tahu. Opss rupanya kapal terbang yang aku naik senget sebab buku-buku yang aku bawa balik dari PBAKL hampir mencecah 30 biji tersimpan dalam beg Polo aku yang dah patah kakinya sekerat. Hehehe…ntah bila la aku boleh perabih novel-novel tu semua dengan kerja aku kt sekolah dgn nak kejar date utk manuskrip lagi yg patutnya aku dah hantar dah..huwaa..otak aku dah karat dah ni..huhuhu..

So inilah gambar2 yang aku sempat snap kt PBKL tu..bagi sesiapa yang nak tu ambik ajelah..jangan malu-malu. hehehe...
Aku dan Kak Zara yang comel...sukalah dia ni..so sporting..actually gambar ni aku ciluk dari blog dia..
Kak Mimie Afinie (kiri) dengan Umaira si mama cute (kanan). Rupa-rupanya Kak Mimie ni orang terengganu.
Aku sempat snap gambar dengan Kak Fatin Nilam Sari. Belakang tu gambar Ikmal Syah sedang termenung risaukan wife dia yang sedang shopping buku time tu. Hehehe..jangan mare Ikmal, gurau je..
Aku seronok sangat nak ambil gambar dengan Kak Yati (NB) sampai lupa lak nak ambil kamera. Mujur ada Kak Zara yang tolong snap dengan handphone dia. Asal ada cukuplah. Hahaha..
Lepas tu jumpa lak Lily Haslina (duduk sebelah aku) dengan Rose Harissa (belakang). Aku siap suruh Jue simpankan poster hasil design Rose lagi sebab aku memang suka design cover NB Kara. Cumei sangat-sangat. Paling gembira bila Rose signkan buku baru dia dengan poster tu sekali kat aku. Lani dah tertampal kat dinding bilik aku jadi hiasan.
Inilah dia..Taraaaa...
My Buddies' Blog...Farah dan Julia Esqalia (Zualiana Abuas- Viva Sakura)
Lamo dah kita plan nak jumpa..sekarang baru bersua muka...seronok tak terkata!! Hehehe...
Tiga serangkai...di PBAKL..kekeke... First impression!!
Jue yang periang dan selamba dek serta Farah yang pemalu. Hihihi...
Ni pun gambar yang aku ciluk dr blog kak Zara. Ntah masa bila la Kak Zara ni snap gambar aku ni. Sebenarnya, time tu aku nampak je serius..tapi otak aku kosong sebenarnya..'Kepebenda la aku nak tulis kat buku budak ni hah?' Gitulah lebih kurang isi hati aku time tuh..
Kunjungan dari Geng Kicap! Terkejut gak aku kena serbu serentak..ingatkan mafia mana la yang jatuh dari langit..ropa-ropanya geng-geng kicap ni. Ada Jujun, Kucc, Silence, Dyea, Acun dan yang lain-lain. Maaf kalau aku tak leh nak ingat semua...ramai lorr..but anyways thanks kerana sudi membeli buku-buku aku. Jenuh nak menyain time tu...tapi aku seronok menerima kunjungan istimewa mereka. Best2...
Hadiah dari Jujun..jauh ni diterbangkan dari Miri kalau tak silap..Thanks Jujun..ingatkan Jujun nak bawa salah satu anak kucing dia kat aku buat anak angkat. Hehehe...
Paling tak dilupakan, kunjungan istimewa dari Azie aka Azizah Jamal, salah seorang kenalan blog yang sanggup turun dari Singapura semata-mata nak jumpa aku. Thanks Azizah, saya terharu sangat-sangat. Hopefully next time kita boleh bersua lagi.

Lepas masing-masing penat melayan pembeli dan pembaca di booth masing-masing, kitaorang pun pergi makan kat Food Court kat The Mall. Seronoknya berkumpul time tu sambil berborak. Macam-macam cerita keluar. Dari kiri dan hadapan (Jue, Farah, Kak Mimie Afinie, Umaira, Rafisyah, Sarnia, Ikmal n wife, Bikash, Hafielda dan Kak Zara). Aku? Hehehe..of courselah yang ambil gambar ni..

Time nak balik tu sempat ambil gambar dengan Encik Pakeer, Sarnia Yahya dan Bikash. Best Encik Pakeer ni, sempat hadiahkan kitaorang cenderamata berupa payung dan buku-buku yang dibawa balik.

10 comments:

zara said...

Membaca post Nita, seolah mendengar Nita bercerita depan akak. Itulah kenangan pertama akak dapat bertemu penulis-penulis yg sebelum ini hanya kenal nama sahaja.

Lepas novel Sarnia, akak akan baca novel Nita pula. Oh... bukan citer seram ya...

ANITA ARUSZI said...

hehehe..bukanler kak zara...

tau tak masa PBAKL hari tu ramai org ingat RB tu citer seram..

saya rasa cam nak gelak aje bila dengar..mybe tajuk dia coz ala-ala seram gitu..tp bukan...takde sikit pun kisah hantu ke jin ke jembalang ke...kekekeke..

seronok jumpa kak zara yg ramah tamah ni...nnti jumpa lagi yek..

liza68 said...

salam nita,p kbar?seronok tengok gambar n certa nita tentng pesta buku2 dan berkmpungny penulis dan diserang pemint,kha..kha..mula liza buka blog nita,liza dah dapat teka nita yang pakai tudung biru,rupa macam aiza ke?cntik permpun melayu terakhir..buku RB dah sampi liza ambik dekat posofis tu pun liza tanyakan dah khatam pun nita,seharian liza duduk membaca dan tak payah masak nita beli nasi katok ja, ya allah nita, liza enjoy dgan jln certnya..nanti liza komen n emailkn ya..

ANITA ARUSZI said...

hehehe mana sama muka saya dengan aiza, sikit2 je..hehehe..

takpe saya tunggu komen dari liza nanti..silakan.

UMAIRA DZUL WIDAD said...

Putih melepak ke?hehehe.....ada2 je Nita ni. Anyway...saya dah habiskan Sakti Cinta dalam masa 2 hari. Huhuhu...tak tido malam dibuatnya!Dan saya tak pelik kenapa Nita kena serbu kat KLIBF. You deserve it! Keep it up. Memang idea yang fresh dan mantap!

anita aruszi said...

hehehe memang putih melepak pun cik umaira kiut ni...

hehehe pandai2 je umaira kata kita kena serbu..mana ada...kalau nass alina tu mmg patut la coz lawa macam artis...jgn mare nass!!

sbnrnya sy tak tahu tang mana kelebihan citer SC ni umaira, sbb sy sendiri rasa cerita ni biasa-biasa je..ntahlah..klu ada org suka jalan cerita dia syukur la jugak..tapi sejujurnya saya msih tak rasa SC ni mudah digemari pembaca yg lain2...

camne pun umaira...best jumpa umaira..bila kita nak jumpa lagi yek..hehehe..

somerollben said...

datang KL xdapat jpe...kecewa!!!

ANITA ARUSZI said...

nak buat camna, semua sibuk!!

Rose Harissa (NORA) said...

Salam Nita...
aduhai... terlambat nak menyapa-nyapa kat sini...

sebenarnya aritu tak sangka dapat berjumpa dengan Anita yang sering disebut-sebut gengkicap... hehehe... berbesar hati dan terharu kerana nita sanggup simpan poster lukisan saya yang tak seberapa itu...
mekasih!

ANITA ARUSZI said...

Salam Rose..

sbnrnya sy yang tak sangka akan dpt berjumpa sendiri dgn Rose, Kak Lily Hslina dan Kak Norhayati Berahim ketika itu. Selama ini dengar aje semua nama2 besar ni..tapi hr tu dpt jumpa sendiri..seronok tak terkata..

tahu tak sy pesan Jue (zuliana abuas) minta simpankan poster-poster hasil design Rose coz sy suka sgt dgn lukisan poster. Tp hari tu Jue kata tinggal poster Tuhan Lebih Tahu je...hehehe dlm hati sy time tu. hehehe tak kira aku nak juga t/t rose harissa kt poster tu. Sy sebnrnya selalu merendek kt blog roses yang merah menyala tu..hui suka sgt dgn lukisan2 rose kt dalam tu..suka juga dgn pelukis dan penulis berbakat ni...

 

Template by Blogger Candy