UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN

UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

Friday, April 10, 2009

Tonton lagi...

Princess Of Ja Myung Go
50 episode daa..

Sekarang inilah kegilaan aku, drama terbaru Korea yang historic tetapi mempunyai jalan cerita yang menarik bagi aku. Kisah Princess Ja Myung Go ini adalah mengenai dua puteri yang mempunyai ayah yang sama tetapi dilahirkan oleh dua wanita berbeza pada waktu yang sama (maksudnya mereka ni adik beradik la, mak aje lain2). Sewaktu kelahiran puteri ni, ada prediction mengatakan salah seorangnya akan menjadi penyelamat kepada kerajaan NangNang, manakala yang seorang lagi ditakdirkan memusnahkan kerajaan tersebut. Oleh sebab itu raja NangNang meminta ayah mereka untuk membunuh kedua2 puteri ni.

Disebabkan mak kedua ni pandai so dia berjaya selamatkan puteri dia dgn mengatakan anaknya itu lelaki. Tetapi malang bagi Puteri Ja Myung Go yang terpaksa dibunuh oleh ibunya (mak pertama) untuk selamatkan keseluruhan keluarga mereka yang akan dibunuh kalau gagal tunaikan perintah raja NangNang yang jahat ketika itu. Bunuh kali pertama, baby ni selamat juga..lepas tu bunuh lagi kali kedua..pun selamat juga. Maknanya baby ni la Puteri Ja Myung Go yang jadi heroin cerita ni.

Lepas tu bila Raja NangNang dituruntahtakan sebab rakyat tak berkenan dengan ulah raja jahat ni, maka ayah kedua puteri ni ditabal menjadi raja NangNang yang baru. Tetapi sayangnya khabar angin tentang ramalan itu menyebabkan Puteri Nak-Rang dari isteri kedua dianggap puteri pembawa tuah lalu diangkat menjadi pewaris, manakala Puteri Ja Myung Go (anak dari isteri pertama) pula dianggap puteri yg membawa bencana lalu disorokkan dari orang ramai dan menjadi penjaga kepada sebuah dram mistik. Dram ini kononnya mampu menjaga keamanan NangNang kerana dikatakan akan berbunyi memberi amaran kepada rakyat NangNang jika berlaku peperangan. Tapi bukan dram ini yang mistik sebenarnya tetapi Puteri Ja Myung Go yang membunyikan drum tersebut jika ada kecemasan. Maknanya dialah yang sentiasa memperhatikan keamanan NangNang dan membantu ayahnya.

Selepas tu datang pula serangan dari Goguryeo yang mahu menawan NangNang. Putera Hodong dari Kerajaan Gogoryeo ditugaskan untuk menawan kerajaan itu tetapi terikat dengan cinta dua orang puteri. Dan kerana cintanya juga Puteri Nak-Rang bertindak bodoh dengan memusnahkan dram mistik tersebut dan mencederakan Puteri Ja Myung Go. NangNang akhirnya berjaya ditawan, Puteri Nak-Rak mati akhirnya dan Puteri Ja Myung Go pula bersembunyi dan diam-diam menjadi pemimpin gerakan gerila yang mahu merampas kembali kerajaannya. Dalam masa yang sama Putera Hodong ditugaskan membunuh Puteri Ja Myung Go yang dikhabarkan masih hidup tetapi tidak sanggup melakukannya kerana cintanya pada Puteri Ja Myung Go. Hehehe...jalan cerita yang syok banget tetapi tetap memberi pengajaran.

3 comments:

Yaniez said...

wah menarik betul cerita tu...
dvd ker kak?

liza68 said...

liza nak juga tengok,mun dah nita sebagai penulis kata bagus certanya kena beli lah..certa bersiri ke or filem..tk

ANITA ARUSZI said...

Yaniez, cite ni rasanya citer baru keluar tahun ni tapi klu pandai cari..

lupa nak ckp citer ni kak nita tgk melalui online sbb VCD/DVD dia pertengahan tahun ni br keluar..

Liza, hehehe..jgn percaya sgt kt cakap2 saya ni coz lain orang lain minatnya..tp sy mmg suka tgk historic drama yang ada gabungan semua benda iaitu pedang, kungfu, love story n prince-princess ni..

 

Template by Blogger Candy