Tapi so far aku memang suka bandar Melaka ni. Kalau ada kesempatan memang aku nak singgah lama sikit untuk habiskan cuti sekolah yang hanya tingga tak sampai dua minggu pun. Kesian juga bila fikirkan Quratu'ain (penulis novel Ku Intai Cinta Di Dalam Rahsia) terpaksa balik ke Kuala Lumpur sendirian dengan big boss KN, Rizal dan side kick dia Taha. Anyway untuk big boss dan sidekick..terima kasih atas kesudian mencemar duli mengajak kami turun padang membuat promosi buku-buku Kaki Novel di Kedai Buku Thaikuang, Mahkota Parade Melaka pada 20 dan 21 Disember baru-baru ini. Best jugak dapat jumpa Suhaila (Quratul'Ain) dan Kak Lia (Lia Azira, penulis Fajar Pakeer) yang ramah tamah. Tapi ampun big boss, sebab kami ni tak berapa reti buat promo untuk diri sendiri. Tak biasa sebenarnya! Untuk Su dan Kak Lia...hope so kita jumpa lagi akan datang ya.
Tuesday, December 23, 2008
Ronda-Ronda Melaka
Tapi so far aku memang suka bandar Melaka ni. Kalau ada kesempatan memang aku nak singgah lama sikit untuk habiskan cuti sekolah yang hanya tingga tak sampai dua minggu pun. Kesian juga bila fikirkan Quratu'ain (penulis novel Ku Intai Cinta Di Dalam Rahsia) terpaksa balik ke Kuala Lumpur sendirian dengan big boss KN, Rizal dan side kick dia Taha. Anyway untuk big boss dan sidekick..terima kasih atas kesudian mencemar duli mengajak kami turun padang membuat promosi buku-buku Kaki Novel di Kedai Buku Thaikuang, Mahkota Parade Melaka pada 20 dan 21 Disember baru-baru ini. Best jugak dapat jumpa Suhaila (Quratul'Ain) dan Kak Lia (Lia Azira, penulis Fajar Pakeer) yang ramah tamah. Tapi ampun big boss, sebab kami ni tak berapa reti buat promo untuk diri sendiri. Tak biasa sebenarnya! Untuk Su dan Kak Lia...hope so kita jumpa lagi akan datang ya.
Saturday, December 13, 2008
Me n My Day
Aduh bosannya pagi-pagi macam ni, tak tahu nak buat apa. Semalam aku tidur awal, jaga tepat pukul 6.30 pagi ini dan lepas tu aku dah tak boleh tidur lagi dah. Masuk dapur siapkan sarapan. Menu Nasi Goreng + bilis + bahan-bahan yong tau fu + carrot. Semuanya aku hentam masukkan dalam menu suka-suka hati aku. Memang kalau aku bosan, aku akan masuk dapur dan create apa sahaja masakan yang terlintas kat kepala. Tapi kalau aku rajin, maka akulah orang yang paling malas masuk dapur.Friday, December 5, 2008
Salam Aildi Adha
Monday, December 1, 2008
Segalanya Tak Menjadi...

Sunday, November 23, 2008
Back to Routine

Thursday, November 13, 2008
Hooray!! Dah Cuti Sekolah Rupernya....
Jamuan Perdana Akhir Tahun 2008
Thursday, October 30, 2008
Kereta Oh Kereta...
Saturday, October 4, 2008
Majlis Berbuka Puasa
Tanggal 20 September yang lalu, aku dijemput ke Majlis Berbuka Puasa dan sekaligus majlis pelancaran novel terbaru aku Bunga Syurga bertempat di pejabat Kaki Novel Enterprise di Wangsa Maju. Mulanya aku malas nak rakamkan gambar-gambar sekitar majlis tersebut kerana di blog Geng Kicap pun dah ada. Tapi disebabkan si situn dan si sinin minta agar gambar-gambar itu dipublish, jadi inilah dia. Hahahah sempoi habis....
Sebelum menunggu waktu berbuka, siangnya aku berjalan-jalan dengan Aiza di Jalan Tar dan sempat singgah di Miverva membelek-belek beberapa novel. Sempat juga aku tibai novel Hijab Sang Pencinta karya RAM dan Tika Rindu Berlagu karya Lily Suriani. Paling best dapat jumpa Kak Uda dan Kak Ija katMinerva. Kedua-duanya peramah tapi sayangnya tak leh nak berborak lama.
Petang itu aku dan family ke Wangsa Maju, mujurlah tak sesat. Tapi best bila sampai sana dapat jumpa ramai blogger dan penulis-penulis KN. Antara yang hadir ialah Geng Kicap...Kak Qimi aka Kak Noor, Nicky Azrai, Wan Amalyn, Mamaeera, Wabbit, Carrie dan yang lain-lain (maaf kalu ada tertinggal). Penulis KN yang hadir pula ialah Izzul Izzati (Baya kawan aku minat tul kat buku Bukan Cinta Biasa tu), ada juga Kak Wi (Rabiatul Adawiyah- Airmata Cinta) dan Aimy Najwa (Bahang Selatan) yang peramah orangnya. Semuanya bawa family masing-masing.
Thanks banyak-banyak Rizal kerana sudi menjemput. Lawa tul wife Rizal ni. Dan terima kasih juga buat krew-krew KN yang bersusah payah siapkan hidangan yang sedap tu. Kalau bukan sebab terpaksa pulang ke Terenganu malam itu kerana keesokannya aku kena mengajar..dah tentu aku akan berlama-lama lagi kat sana berborak ngan kak qimi dan nicky yang peramah.
Thursday, September 25, 2008
Menjelang Raya
Tuesday, September 9, 2008
Penantian Yang Kini Berakhir
BUNGA SYURGA
Terbitan : Kaki Novel Enterprise
Price : RM23
(keluaran Oktober 2008)
Sunday, September 7, 2008
Memori Negara Serumpun
Lepas tu kami singgah di Cempaka Emas, sebuah pusat beli belah.Kata Pak Basuki, ramai orang suka ke Mangga Dua di Jakarta, padahal barang-barang yang murah ada di Cempaka Emas. Lepas shopping buku di Gramedia, kami jalan-jalan di sekitar Cempaka Emas. Memang murah barang-barang di situ, tapi mungkin mood shopping kami belum muncul. Kat sini pun ada Giant, tapi anehnya kosong je. Rasanya mungkin sebab kebanyakan mereka kat sini tak mampu membeli belah di Giant agaknya. Aku dan Aiza sempat tibai perkakas-perkakas Maybelline kami yang hanya RM28 kat sini, berbanding kat Malaysia dah sah-sah harganya RM46 ke atas. Kemudian, kami pergi soru tengahari. Masa nak pesan makanan, semua confuse se
Day 3, kami bertolak ke Bandung. Jumpa beberapa rombongan malaysia dalam perjalanan. Kami singgah beli makan segera di Cianjur. Banyaknya biskut cam nak beli semua. Hahaha. Perjalanan kami lancar je tapi semakin bertambah seju
Wednesday, September 3, 2008
Bingkisan dari Jakarta
Monday, September 1, 2008
And I Hate You So
Puasa Yang Membawa Berkat
Sunday, August 24, 2008
Santai Sebelum Sibuk...
Wednesday, August 6, 2008
PELITA dan SM NOOR
Petang tadi selepas balik dari sekolah, aku tidur sekejap sementara menunggu untuk tuition sebelah malam. Maklumlah badan memang cepat letih. Sekejap aje aku terus terlelap.Senang pula nak terlelap. Kalau malam pula, aku kelip-kelip sorang diri. Semua orang di rumah dah tidur, aku dok renung siling aje. Penyakit tak tidur malam ni datang lagi tak diundang. Nak menulis, malas tahap dewa. Dalam keadaan mamai, nampak ayah aku masuk bilik selongkar rak buku aku. Apalah yang dibuat dek lelaki idaman malaya tu belek-belek almari buku aku. Tapi punyalah malas nak bertanya, aku biarkan aje meskipun aku dah nampak dia bawa keluar novel pertama aku DDH. Sekejap lepas mamai aku dah hilang, aku dah terkejut. Naya...janganlah ayah aku tu tunjuk lagi buku tu kat member-member dia. Naik segan aku dibuatnya. Dahlah dia senyap-senyap kirim novel aku tu kat salah seorang member dia di Perak beberapa minggu yang lalu. Puas aku cari salinan novel tu,tapi tak jumpa. Rupa-rupanya kerja ayah aku dalam diam-diam. Pandai sungguh bab-bab macam ni. Habis semua copy DDH aku kena derma kat orang. Aku sorok copy last tu dari dia, tapi jumpa juga dia.
Aku jenguk ke luar bilik, dengar suara orang berbual. Ingatkan member dia, rupa-rupanya tetamu kenalan ayah dengan mak aku...SM Noor. Dia salah seorang penulis sejak zaman aku kecik-kecil dulu. Selain menulis novel, SM Noor ni juga banyak menghasilkan skrip drama untuk Angkasapuri. Rupa-rupanya dia dah ambilalih jawatan presiden PELITA (persatuan penulis terengganu). Dan dia syorkan agar aku masuk persatuan PELITA ni, tapi cam malu jek. Maklumlah orang-orang kat PELITA tu penulis lama Manalah layak aku yang cabuk ni join penulis-penulis lama yang dah gah namanya tu. Lagipun aku ni menulis citer ringan-ringan je, tapi mereka ni menulis tentang tema yang lebih berat. Tapi menurut SM Noor, ada seorang lagi penulis di Terengganu ni yang aktif menulis, katanya namanya Normah dari Marang Terengganu. Aku pun garu kepala sekejap. Confuse! Samakah Normah yang ini dengan penulis yang pernah dikatakan oleh seorang kenalan aku? Kalau ada sesiapa yang mengenali si penulis bernama Normah ini, hope so sangat bantu aku menghubungi beliau. Teringin nak mengenali siapa dia sebenarnya.
Pilihan Hak Mutlak Kita
Hari ni sempat berpesan dengan my student tentang betapa pentingnya kita memilih sendiri jalan hidup yang harus kita tempuh. We choose what we are today! Bukan orang lain tapi diri kita sendiri. Tapi the most important, kita harus bertanggungjawab terhadap apa yang kita pilih. Ramai di kalangan student aku dapati masih ragu-ragu dengan apa yang patut mereka buat pada masa hadapan. Ramai yang lebih suka ambil jalan mudah dengan membiarkan sahaja diri mereka mengikut apa yang telah ditakdirkan untuk mereka selain dari mengambil inisiatif menentukan hala tuju diri sendiri. Tapi sebagai guru, aku cuba menyakinkan mereka yang mereka ada hak untuk memilih apa yang mereka mahu jadi pada masa hadapan.For all my students, especially kelas 5Dinamik yang akan menghadapi Trial SPM tidak lama lagi. Remember this. Manusia di dunia ini tidak dilahirkan untuk kalah selama-lamanya. Jika kalah sekali, bangkit segera. Jika kalah kali kedua, bangkitlah lebih cepat dari kali pertama dan jika kalah lagi kali ketiga, capailah tangan seseorang dan bangkitlah lebih cepat dari kali pertama dan kedua. Doa cikgu untuk kamu semua and i'm pretty sure...everyone will score better results in coming SPM. Wish u all the luck.
Tuesday, July 22, 2008
Jakarta, wait for us...
Congak punya congak lagi tiga minggu aku dan teman-teman akan berangkat ke Jakarta. Tiga minggu tu rasanya kejap aje. Kami pilih tarikh 14 Ogos untuk ke sana. Memasing nampak dah excited sangat nak bercuti lepas berpenat lelah dengan tugas masing-masing. Adik aku Aiza pun asyik tersenyum sorang diri je dua tiga hari ni sebab dah tak sabar nak jalan-jalan. Aku tahu otak dia dah sarat ngan nota-nota. Tu yang dia suka sangat tu. Benjamin tu pun sibuk congak berjuta-juta rupiah nak angkut kat sana. Tergelak besar aku bila dia minta aku belikan mak dia beg kat sana. Hehehe kiut betul permintaan tu. Macamlah aku ni reti nak pilih beg-beg tangan ni. Baya as usual, asyik low profile je.Canda Akalku
Hmm..dah lama tak catat sesuatu dalam blog ni. Kesibukan kerja dah jadi rutin harian cikgi macam aku ni. Kalau tak ke kelas sibuk siapkan lesson plan untuk esok, kalau tak pun mencacak di bilik akses siapkan apa-apa yang patut untuk pertandingan 3k. Ada cikgu yang aku kenal kata, buat apa bersusah payah dengan pertandingan ni kalau akhirnya orang yang di atas juga yang dapat nama. Nak tergelak pun ada dengar komen sebegini. Jauh di sudut hati aku, aku mengerti yang pandangan sebegini tak patut keluar dari mulut seorang guru. Berkhidmat untuk sekolah, bukan bersandarkan pada pujian atau pangkat semata-mata, tapi ini keikhlasan kita untuk melakukan satu sumbangan kecil pada sekolah. Ini yang sepatutnya kita lakukan. Mungkin sumbangan kecil ini akan berupaya menaikkan nama sekolah, biarpun akhirnya kita akan tetap berada di takuk yang lama. Itu sudah lumrah. kalau hendakkan balasan semata, rasanya tak perlulah jadi cikgu..lebih baik kerja di bidang yang senang naik pangkat dan boleh menentukan apa yang kita mahu atau tidak. Macamana cikgu lama boleh cakap macam tu sedangkan aku yang baru setahun jagung pun sedar tentang semua ni?? Bukanlah aku ni baik sangat pun, cuma aku tak leh dengar apa-apa yang aku rasa tak logik. Ada ke pulak sebab tak mahu orang atas dapat nama, sampai kita nak lingkupkan prestasi sekolah. Pernah dengar ke benda mengarut ni? Maybe he can do that but i still can't. Hehehe obviously aku ni tukang bangkang kat sekolah. Lumrah alam beb, lain orang lain ragam...Tuesday, July 8, 2008
Tahukah anda..
Sunday, July 6, 2008
Intel Punya Pasal
ngajaran. Sengal betul! Macamana aku nak suruh cikgu-cikgu tu bersedia on time dengan P&P menggunakan CMPC kalau kami didatangi tetamu mengejut begini. Siapa aku nak arah-arah cikgu-cikgu kelas tu begini begitu? Dahlah kelas aku banyak terjejas kerana lawatan-lawatan sebegini. Sempat juga lepas perasaan kat Cikgu Nik, aku kata kenapa..dah tak ada orang lain lagi dah kat sekolah tu sampai asyik-asyik aku kena...asyik-asyik aku yang kena layan tetamu jauh semata-mata aku penyelaras kelas KPM-Intel. Padahal aku bukannya mengajar kelas tu. lagipun kalau alasan aku lebih pakar dalam penggunaan Master Program di kelas tu, rasanya ada 13 orang cikgu yang pergi kursus tu dulu. Await aku deh yang kena. Kelakar pun ada masa kat makmal, bila Cikgu Nawi call, aku kata kejap lagi aku datang. Cikgu isa call, aku kata aku dah on the d way. Padahal aku selamba aje mengajar kat lab. tapi cukup 6 7 kali call mencurah-curah masuk, student aku pulak yang berbunyi. Siannn cikgu...takpelah cikgu...orang dah panggil tu pergilah. Heheheh asam boi betul student tu. Padahal depa dah boring dah dengar amylase, lipase, protease dan segala-gala suffix -ase yang keluar dari mulut aku tak henti-henti..mata memasing dah macam mata cicak kubing. layu jeee..jangan kata diaorang, aku pun sama. Enzyme-enzyme ni memang aku alergik sikit. So bila dah student kata camtu, terpaksa aku stop kelas dan berlari pecut 100 m dengan penuh keayuan ke bilik KPM-Intel. Dahlah pecut, shortcut belakang Pusat Sumber pulak tu. Sempat pula dengar ada orang menyiul fasal nampak aku lari. Heheh student manalah yang kurang asam tu. Tapi time tu buat muka derkk je...asal nak sampai tepat sebelum orang Pinang tu datang. Kalau tak berbakullah leteran mak nenek tersedia untuk aku..Hahaha macam-macam..Friday, July 4, 2008
Realiti...malunyer
Aku pernah pernah berbicara dalam blog lama yang aku agak malu jika ada orang yang terapat membaca novel aku. Antaranya ialah ahli keluarga sendiri terutama mak dan ayah aku sendiri. Meskipun mereka tak membacanya tapi cukup sekadar jika mereka menyentuh kulit novel DDH dulu, betul-betul buat aku segan sedikit. Mungkin kerana blurp di belakang kulit novel yang disediakan oleh pihak ibook sendiri rasanya sedikit 'hot' dan menarik perhatian Adik-adik aku pula mujurlah bukan dari jenis yang suka membaca novel cinta. Thank god for that. Kurang gangguan, kurang bertanya dan segala-galanya. Mulanya aku berniat mahu kekal menulis as a silent writer, tapi beberapa minggu sudah anak murid aku sibuk bertanyakan tentang novel aku yang berada di perpustakaan negeri. Jumpa jugak mereka akhirnya. Dan antara ayat yang disuarakan oleh salah seorang dari mereka ialah...romantiknya novel cikgu. hehehehe..merah beb kulit muka ni. Walaupun ditanya berkali-kali, aku buat tak faham je..Bukan tak nak bagi novel DDH yg masih ada beberapa buah dalam simpanan, tapi mengenangkan mereka akan menghadapi SPM tahun ni yang tinggal lebih kurang 4 bulan sahaja lagi. Hehehe alasan sebenarnya. As their teacher, aku memang tak mahu anak murid aku baca novel aku sebenarnya. Pertama bukan sahaja sebab exam mereka tapi juga kerana masalah aku segan orang yang aku kenal baca hasil karya aku. Beberapa guru di sekolah juga sudah menempah novel yang akan keluar nanti. Entah bagaimana mahu menghalang dan membuat alasan supaya mereka tak membacanya. Teruk betul aku ni..tapi realitinya memang itulah yang aku rasakan. Segan sekali...bagaimana agaknya penulis-penulis lain berhadapan dengan hasil karya mereka yang dibaca orang yang terdekat dengan mereka. Kalau ada, kongsilah dengan aku ya..Wednesday, July 2, 2008
Mirage..antara nampak dan tidak nampak.
Mula serius menulis tahun 2004 semasa di UM dan mula menerbitkan buku pertama November 2007. Kira-kira dah tiga tahunlah aku mula serius menulis. Tapi mula-mula menulis dulu, aku tak pernah terfikir pun nak terbitkan manuskrip-manuskrip ni. Hantar ke syarikat penerbitan pun secara main-main je atas desakan dan pujukan my sis. Now kenapa bila aku ada sebiji buku yang dah keluar, sebiji buku yang tersadai serta sebiji lagi on coming serta beberapa lagi yang dipegang oleh penerbit, tetiba aku rasakan langkah aku ni tak betul sebenarnya. Kenapa jadi penulis di blog sendiri rasanya lebih gembira dan puas dari jadi penulis yang ternanti-nanti karyanya bila nak keluar? Tetiba aku rasakan aku dah buat satu mistake. Mungkin aku sepatutnya tak payah susah-susah jadi penulis yang mempunyai buku sendiri. Cukuplah kalau aku jadi penulis yang menulis di blog untuk diri sendiri. Senang tak payah fikir banyak dan tak payah rasa bersalah pada orang lain. Buat teman-teman yang setia menanti novel-novel ini diterbitkan, maaf banyak-banyak kerana saya sudah tidak tahu bagaimana harus menjelaskan. Mulai sekarang, hentikan pertanyaan anda sebab saya takkan mengupdate sesuatu yang saya tidak pasti. Kalau novel saya sah sudah ada di pasaran dan mata saya melihatnya sendiri di rak buku, baru saya war-warkan pada anda semua. Jika tidak, anda hanya akan nampak diri saya yang berdiam diri sahaja pada pertanyaan anda. Hope semua setuju yek!!Wednesday, June 25, 2008
Selamat Hari Bapa.
Meskipun agak terlewat menyambutnya tahun ini, tapi aku pastikan aku mengucapkannya di hadapan abah. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, tidak ada hadiah kali ini dek kesibukan kerja yang tak putus-putus. Dan satu lagi mungkin kerana adik-adik aku yang lain, masing-masing berada di Kuala Lumpur. Apapun aku sedang menanti kepulangan my sis untuk satu surprise party untuk abah kami yang tersayang. Hopefully this surprise will be landing soon at our home. Untuk abah, kami ucapkan SELAMAT HARI BAPA. Thanks for being our understanding father and we wish you GUD LUCK for your new bussiness. Jaga kesihatan, jaga diri dan ceria selalu.UNTUK MEMESAN SILA HUBUNGI EMAIL DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN
Email : arr_nita@yahoo.com

